Tutorial Bergambar Mohon Saham IPO Menggunakan Maybank2U (TERKINI)

Saham IPO merupakan saham yg pre-list di papan Bursa Malaysia.

IPO ini boleh di mohon melalui online banking seperti Maybank2u dan CIMBClicks. Duit tolak terus dari akaun simpanan. Tetapi perlu ada nombor akaun CDS yang aktif untuk memohon.

Jadi, panduan ini akan menerangkan dengan ringkas cara membeli saham IPO dengan mudah menggunakan Maybank2U.

1. Biasanya sehari selepas tarikh undi anda boleh semak semula di M2U sama ada dapat atau tidak.

2. Duit akan di pulangkan semula jika tidak berjaya.

Jika berjaya saham ini akan di kreditkan dalam akaun CDS anda sehari sebelum penyenaraian di Bursa Malaysia. Andai kata tak dapat, silakan mencuba untuk memohon saham IPO lain kali pula. Jangan kecewa kerana jika tidak dapat beli pada harga IPO, anda boleh beli pada hari pertama ia tersenarai di Bursa Malaysia seperti biasa.

Soalan : Berapa minima perlu beli?
Minima hanya 100 unit dan tiada had maksima.

Soalan : Bolehkah saya memohon satu-satu IPO itu banyak kali?
Tak boleh. Hanya satu permohonan sahaja dibenarkan bagi setiap pemohon.

Soalan : Bolehkah kita pohon saham IPO di beberapa online banking sekaligus?
Tak boleh. Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi setiap IPO baru yang ditawarkan.

Soalan : Kalau ada akaun CDS di RHB Investment, boleh beli IPO guna M2U?
Boleh, tiada masalah.

Soalan : Apa faktor yang mempengaruhi peluang dapat beli saham IPO?
Ada banyak faktor, antaranya ‘tuah’ tetapi cara paling senang adalah guna modal yang besar supaya lebih cerah peluang untuk dapat.

Akhir kata jangan melabur jika kita tidak tahu risiko dan produk yang ingin kita laburkan.

Baca lagi Apa Itu Saham IPO

Ada banyak bahan bacaan percuma yang ajar benda-benda asas untuk melabur di pasaran saham. Nak Google semua memang memakan masa.

Pernah dengar tentang buku Malaysia Melabur Saham? Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat dalam pelaburan saham tetapi “ZERO” buku ini teramat sesuai.

This image has an empty alt attribute; its file name is 210115-MMS-Thumbnail-700x468.jpg

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

  • Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang.
  • Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
  • Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Air Selangor Selesai Terbit Sukuk SRI Bernilai RM1.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) — Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd berjaya menyempurnakan terbitan tranche ketujuh dan terbesar sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) di bawah program Sukuk Kelestarian Air Selangor bernilai RM1.5 bilion.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata terbitan tersebut merangkumi lima siri sukuk dengan tempoh matang antara tujuh hingga 25 tahun.

Ia merupakan terbitan kelapan di bawah Program Sukuk Murabahah Air Selangor yang dinaikkan hadnya kepada RM20 bilion bagi menyokong keperluan infrastruktur jangka panjang dan matlamat kemampanan syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Adam Saffian Ghazali berkata sambutan yang menggalakkan terhadap sukuk SRI sebelum ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap daya tahan kewangan syarikat serta komitmen bersama ke aras kemajuan mampan.

Beliau berkata untuk terbitan kali ini, ia menerima permintaan tinggi daripada pelabur, dengan lebihan langganan sebanyak 2.51 kali dan jumlah nilai perolehan kontrak mencecah RM3.77 bilion, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Air Selangor dalam pasaran sukuk mampan.

“Program Sukuk Murabahah itu turut menerima pengukuhan semula penarafan kredit AAA jangka panjang dengan tinjauan stabil oleh RAM Rating Services Bhd pada 28 Ogos 2025, membuktikan asas kredit program yang kukuh,” katanya.

Air Selangor berkata hasil daripada penerbitan sukuk SRI ini akan digunakan bagi membiayai projek-projek layak yang sejajar dengan keutamaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) syarikat serta Rangka Kerja Sukuk Kelestarian Pembangunan Mampan.

Antara projek utama yang bakal menerima pembiayaan termasuk inisiatif bekalan air mampan dan pengurusan sumber air seperti Skim Bekalan Air Rasau serta program penggantian paip, yang mencerminkan komitmen Air Selangor dalam memastikan jaminan bekalan air jangka panjang untuk generasi akan datang, kata syarikat itu.
— BERNAMA