Market Koyak, Tetapi Pulangan Saham Lebih 30% Dalam Masa 11 Hari

“Pasaran saham teruk sekarang ni masih boleh buat duit ke?”

Pelaburan saham merupakan salah satu medium untuk menjana keuntungan jika pelabur melabur dengan ilmu pengetahuan yang betul. Ianya juga boleh menjadikan modal pelaburan kita hangus jika kita melabur tanpa strategi yang betul. 

Dalam dunia pelaburan saham pula ada pelbagai jenis pelabur dan masing-masing mempunyai cara tersendiri. 

Baca: 4 Jenis Trader Dalam Saham. Anda Yang Mana Satu?

Ramai yang memilih untuk menjadi swing trader atas sebab kelebihan yang ada sebagai swing trader ini. Antaranya adalah seperti:-

  • Tak perlu monitor saham hari-hari
  • Melabur sebagai sumber pendapatan kedua
  • Melabur dengan tenang
  • Kajian hanya dilakukan pada hujung minggu

Oleh kerana kerjaya sebagai swing trader ini lebih fleksibel, ramai pelabur memilih untuk menjadi swing trader tanpa menjejaskan kerja hakiki mereka.

Keadaan indeks saham di Malaysia sejak kebelakangan ini sangat tidak menentu dan banyak juga saham yang didagangkan mengalami kejatuhan harga. 

Namun, jika kita menggunakan teknik pelaburan yang betul, tidak mustahil untuk kita jana keuntungan dalam pelaburan saham ini. 

Mari kita lihat bagaimana seorang swing trader ini menjana keuntungan lebih daripada 30% dalam masa kurang daripada sebulan.

Untung 30% Dalam Masa 11 Hari 

Sumber: Portfolio Tuan Khuzaimie

Walaupun pasaran dalam keadaan yang tidak menentu, masih ada peluang untuk pelabur menjana keuntungan lebih daripada 30% dalam masa kurang daripada sebulan seperti portfolio Tuan Khuzaimie Khalid di atas.

Teknik belian yang digunakan adalah breakout downtrend line dan beliau memegang saham ini selama 11 hari sehingga ke paras resistance yang telah ditandakan sebelum melepaskan pegangan beliau. 

Teknik ini telah memberikan pulangan sebanyak 35.90% kepada beliau untuk pelaburan bulan Jun 2021. 

Bukan itu sahaja, beliau juga pernah membuat keuntungan lebih daripada 200% dalam masa tiga hari sahaja dengan pembelian warrant.

Nak tahu lebih lanjut, jemput baca Untung 271% Dalam Masa 3 Hari Dengan Teknik Swing.

Apa Rahsia Kejayaan Tuan Khuzaimie?

Tuan Khuzaimie merupakan salah seorang speaker Webinar Swing Trading bersama sahabat beliau Zhafir Anuar yang juga merupakan seorang Remieser daripada broker RHB Bank.

Mereka berdua sememangnya pengamal teknik swing yang tegar dan cara kajian mereka sangat mudah untuk difahami oleh semua lapisan pelabur termasuk pelabur yang masih baru dalam dunia pelaburan ini. 

Kaedah yang beliau gunakan lebih cenderung kepada analisis teknikal namun tidak melupakan fundamental sesebuah syarikat. 

Nak tahu bagaimana mereka mencari saham-saham yang berpotensi untuk swing? Nak jana keuntungan walaupun tanpa perlu melihat harga saham setiap hari?

Daftar sekarang di Webinar Swing Trading -> thekapital.my/swingtrading

Artikel ini merupakan artikel asal yang ditulis oleh Hazim Rosman di portal saham The Kapital

Previous ArticleNext Article

ACSR Keluar Laporan Kemampanan Ilustrasi untuk Membimbing Syarikat mengenai Piawaian ISSB

Jawatankuasa Penasihat Pelaporan Kemampanan (ACSR) hari ini mengeluarkan Laporan Kemampanan Ilustrasi (ISR) berdasarkan Piawaian ISSB , untuk menyokong pendedahan kemampanan di bawah Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).

Dua ISR tersebut disediakan untuk sektor perladangan dan pembinaan. Matlamat keduadua laporan adalah untuk menyediakan rujukan ilustrasi kepada syarikat apabila menggunapakai keperluan IFRS S1 dan IFRS S2 dalam pendedahan kemampanan mereka.

Laporan ini adalah sebahagian daripada PACE (Dasar, Andaian, Kalkulator, Pendidikan), iaitu inisiatif ACSR yang menyediakan panduan dan pembinaan kapasiti untuk pelaporan kemampanan.

ISR telah disediakan dengan memberi fokus kepada industri untuk mencerminkan laporan sejajar ISSB praktikal. Dalam membangunkan ISR, ACSR telah melibatkan pemain industri untuk memahami cabaran praktikal dalam keperluan pelaporan.

Pengerusi SC dan ACSR Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata, “ISR menawarkan panduan tepat pada masanya dan menyediakan contoh terperinci untuk membantu syarikat menyediakan laporan kemampanan mereka selaras dengan Piawaian ISSB.”

Inisiatif PACE lain termasuk Program Penyedia NSRF (NPP). RFN telah dilancarkan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC), cabang latihan SC. Sesi pertama telah dijalankan pada 15 Julai 2025, dengan sesi selanjutnya dijadualkan sepanjang tahun.

Ia termasuk modul mengenai pelaporan kemampanan menurut Laporan Kemampanan Ilustrasi, pengiraan dan pelaporan pelepasan GHG Skop 3, dan analisis senario berkaitan iklim.

ISR boleh didapati di www.sc.com.my/nsrf/resources. Untuk pertanyaan, sila hubungi Sekretariat ACSR di [email protected].