6 Tips Mengambil Takaful Bercirikan Medical Card

Terdapat polisi yang memberikan anda kemudahan daripada segi medical card dalam pelan takaful. Medical card ini berfungsi sebagi lesen untuk mendaftar masuk ke sesebuah hospital swasta serta membolehkan anda mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

Berikut adalah 6 tips mengambil takaful bercirikan medical card.

1. Ambil Ketika Muda

Masa muda adalah masa yang amat tepat dan bersesuaian untuk anda mengambil polisi takaful. Ini kerana pada ketika itu, anda membayar premium yang rendah sebagai bayaran bulanan.

Walaupun begitu, jangan berasa bimbang sekiranya anda telah menginjak usia yang agak lewat tetapi masih mahu mengambil medical card ini. Namun begitu, sekiranya anda telah mempunyai rekod perubatan yang tidak baik, anda akan dianggap liabiliti oleh pihak takaful. Perlu Ke Ambil Pelan Takaful Walaupun Sedang Sakit?

Ini bermakna, pada ketika itu anda harus menanggung kos keseluruhan rawatan menggunakan duit sendiri. Cuba bayangkan duit simpanan anda habis digunakan untuk membayar kos perubatan yang tinggi.

Baca juga Rugi Ke Bayar Takaful Setiap Bulan Tapi Tak Sakit

2. Polisi Yang Tidak Menanggung 100% Kos

Perlu tahu bahawa ada pelan takaful yang memperkenalkan ko-Takaful di mana sebahagian kecil daripada kos rawatan perubatan di hospital perlu ditanggung oleh anda sendiri. Pada kebiasaannya, ia berada dalam lingkungan 5%-10% daripada jumlah bil perubatan di hospital.

(Ko-Takaful bermakna perkongsian bersama kos yang dikeluarkan oleh pihak hospital kepada peserta dan pengendali takaful)

Oleh itu, pastikan betul-betul medical card yang anda ambil agar tidak berlaku perselisihan faham di kemudian hari.

3. Guarantee Letter Yang Cepat

Anda perlu bijak memilih syarikat takaful yang cepat mengeluarkan guarantee letter (GL) kepada pihak hospital. GL ini berfungsi sebagai surat pelepasan daripada pihak takaful bahawa bil perubatan anda nanti akan ditanggung oleh pelan takaful yang anda miliki.

Jika GL ini lambat dikeluarkan oleh pihak takaful, maka lambatlah untuk anda dapat masuk ke hospital. Silap haribulan, kena bayar dulu kemudian claim daripada mereka.

Zaman sekarang semua dalam apps, jadi mungkin isu GL cepat atau lambat tidak lagi menjadi isu.

4. Had Tahunan & Had Seumur Hidup

Ambil tahu berkenaan had tahunan dan had seumur hidup ini. Had tahunan adalah jumlah maksimum yang dibenarkan untuk anda claim dalam masa setahun.

Sebagai contoh Medical Card A, had tahunan adalah RM60,000, maka peserta hanya boleh gunakan maksima RM60,000 sahaja dalam masa satu tahun. Apabila memasuki tahun kedua, had tahunan ini akan kembali kepada RM60,000.

Begitulah untuk tahun ketiga dan seterusnya. Apa yang selalu berlaku adalah peserta mungkin terpaksa claim sehingga melebihi had tahunan (selalu keluar masuk hospital atau sakit kritikal) dan kemudian perlu top-up dengan wang sendiri.

Manakala had seumur hidup pula adalah jumlah maksimum yang dibenarkan untuk anda claim selagi polisi tersebut masih aktif.

Sekiranya medical card peserta hanya melindungi sehingga umur 80 tahun, maka had seumur hidup itu boleh digunakan sehingga peserta mencecah umur 80 tahun.

5. Faham Polisi Takaful

Mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan takaful anda adalah sangat penting. Ini untuk memudahkan anda memahami apa yang terkandung dalam polisi takaful anda sendiri.

Untuk pengetahuan anda, setiap takaful mempunyai polisinya tersendiri yang berbeza secara bertulis. Anda boleh mendapatkan info lebih terperinci daripada agen takaful anda.

6. Elak Bayar Terus Kepada Ejen

Pilih pembayaran secara auto debit mahupun kad kredit. Jika boleh elakkan untuk membayar terus kepada ejen takaful.

Ini kerana terdapat kes ejen menggunakan duit yang dibayar pelanggan mereka untuk tujuan peribadi. Kesudahannya, polisi anda pun lapsed dan terbatal. Bila nak guna kemudahan medical card, baru tahu anda dah lama tak bayar kerana duit telah digelapkan oleh ejen.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Bayar Tuntutan Skim MySalam RM936.12 Juta – MoF

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — Kerajaan telah membayar tuntutan skim perlindungan takaful percuma MySalam berjumlah RM936.12 juta bagi tempoh 2019 hingga Disember 2023.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata tuntutan itu melibatkan 1.27 juta penerima manfaat merangkumi individu B40 serta pasangan berumur 18 hingga 65 tahun yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Beliau berkata bayaran itu melibatkan tuntutan manfaat hospitalisasi, penyakit kritikal, pesakit di bawah siasatan, COVID-19 dan tuntutan kos peranti perubatan.

Pembayaran tuntutan paling tinggi sebanyak RM382 juta dibuat pada 2022, yang memberi manfaat kepada 650,000 penerima, diikuti pada 2021 dengan tuntutan RM246.72 juta melibatkan 365,000 penerima, katanya di persidangan Dewan Negara, pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Dr Lingeshwaran R Arunasalam mengenai jumlah pampasan yang dibayar kerajaan.

Lim berkata dianggarkan lebih 10.92 juta rakyat Malaysia terdiri daripada golongan B40 layak menerima manfaat daripada skim MySalam tahun ini.

“Selangor mencatatkan jumlah penerima layak paling tinggi iaitu 1.48 juta diikuti Johor sebanyak 1.34 juta dan Sarawak dengan 1.13 juta, manakala bilangan penerima layak bagi Kelantan ialah 825,000 orang,” katanya.

Selain itu, beliau berkata bilangan pembayar cukai yang menuntut potongan cukai bagi premium insurans nyawa untuk tempoh lima tahun mulai tahun taksiran 2019 sehingga 2023 secara purata ialah 2.14 juta setahun.

Potongan itu memberi penjimatan bayaran cukai sebanyak RM635 juta setahun, katanya.

Beliau berkata purata pembayar cukai yang menuntut potongan cukai bagi premium insurans pendidikan dan perubatan untuk tempoh yang sama ialah dua juta setahun, dengan memberi penjimatan cukai berjumlah RM611 juta setahun.

Lim berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Seri Zurainah Musa mengenai jumlah individu yang telah menikmati potongan cukai bagi insurans perubatan dan nyawa dalam tempoh lima tahun lepas.

— BERNAMA