Adakah Covid-19 Termasuk Dalam Kategori Penyakit Yang Membawa Maut? Bolehkah Pesakit Membuat Wasiat Dan Hibah?

Coronavirus (CoV) atau lebih dikenali sebagai Covid-19 adalah salah satu daripada keluarga virus yang menyebabkan pelbagai penyakit, daripada selsema hingga ke penyakit yang lebih teruk seperti MERS-CoV (sistem pernafasan timur tengah) dan SARS-CoV (sistem pernafasan akut teruk).

Setakat Jam 5 petang, 29 Mac 2020, kes positif Covid-19 di Malaysia telah mencecah 2470 orang dan 34 orang telah meninggal dunia, manakala 388 pesakit lagi telah disahkan sembuh.

Artikel ini akan cuba membincangkan persoalan berkaitan keabsahan wasiat atau hibah bagi seseorang pesakit yang terkena Covid-19.

Marad al-Maut : Penyakit Yang Tiada Harapan Sembuh

Dari sudut bahasa Marad bermaksud sakit atau penyakit, manakala al-Maut pula adalah mati.

Jadi secara mudahnya marad al-maut boleh diertikan sebagai penyakit yang pada kebiasaannya akan membawa kepada kematian si pesakit.

Terdapat tiga ciri-ciri penyakit yang boleh dikategorikan sebagai marad al-maut.

  1. Tak mampu untuk mengerjakan aktiviti harian atau memenuhi kemaslahatan diri sendiri.
  2. Perasaan takut kerana hampir kepada kematian.
  3. Berlaku kematian dalam tempoh tertentu.

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin pula menyenaraikan secara khusus dua belas contoh sakit marad al-maut di dalam bukunya ‘Panduan Wakaf, Hibah dan Wasiat Menurut Al-Quran dan As-Sunnah’ seperti:

  1. Radang otak
  2. Radang selaput dada
  3. Sakit jantung
  4. Cirit-birit yang berpanjangan
  5. Keluar darah dari hidung secara terus menerus
  6. Permulaan lumpuh (stroke)
  7. Akhir dari penyakit Tuberculosis (TB);
  8. Demam yang berpanjangan
  9. Demam yang datang setiap empat hari
  10. Penyakit yang disaksikan oleh dua orang doktor muslim yang adil bahawa ia membimbangkan
  11. Orang yang berada di daerah yang sedang terjangkit penyakit taun
  12. Wanita yang mengalami sakit pada ketika melahirkan anak

Majoriti ahli-ahli fekah (jumhur) selain Syafi’iyyah berpandangan tindakan pesakit yang dalam keadaan marad al-maut dalam urusan dunia adalah tidak sah pada sisi hukum syarak.

Sebagai contoh, ketika dalam marad al-maut, lafaz talak, wasiat atau hibah yang dilakukan adalah tidak sah dan tidak boleh dilaksana.

Ini kerana keadaan marad al-maut, minda pesakit terganggu dan tidak dapat berfikir dengan logik dan waras.

Dalam keadaan ini, dikhuatiri keputusan dan tidakan pesakit tersebut akan menzalimi waris.

Adakah Covid-19 Termasuk Dalam Kategori Marad al-Maut?

Seperti yang telah diketahui umum, penyakit Covid-19 ini lebih memberi kesan terutama kepada pesakit yang mempunyai penyakit kronik dan mereka yang lebih berusia.

Kira-kira 80% kematian yang direkodkan adalah daripada golongan yang berumur 60 tahun dan 75% mempunyai keadaan penyakit kesihatan yang sedia ada termasuk penyakit kardiovaskular dan diabetes.

Walaubagaimapun, menurut laporan daripada WHO, kadar kematian adalah 4% dan mungkin lebih rendah.

Jadi bolehkah Covid-19 dikategorikan sebagai marad al-maut?

Saya secara peribadi berpendapat, penyakit ini bukanlah termasuk dalam kategori marad al-maut kerana kadar kematian yang agak rendah melainkan kepada pesakit yang sedia ada lemah imunisasinya disebabkan penyakit-penyakit lain.

Hal ini disokong pula dengan kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang mengatakan pesakit Covid-19 yang berada di tahap empat dan lima (iaitu yang perlu dibantu dengan alat pernafasan) juga boleh dirawat serta dipulihkan di unit rawatan rapi (ICU).

Setakat ini, 45 mangsa dilaporkan berada di unit berkenaan dan kesemua mereka dalam keadaan stabil.

Jadi kesimpulannya, penyakit Covid-19 bukanlah satu penyakit yang boleh membawa maut dengan kerana penyakit itu sendiri yang membawa makna marad al-maut.

Jika pesakit Covid-19 membuat wasiat atau hibah, maka ianya masih diiktiraf dan sah tindakannya tersebut. Melainkan jika ada dua orang doktor muslim yang adil yang boleh mengesahkan bahawa pesakit tersebut berada dalam keadaan marad al-maut.

Ditulis oleh Fakhrur Radzi, seorang konsultan di sebuah firma runding perancangan harta dan urus pusaka.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penjagaan Kesihatan: Program Rintis MediAsas Bakal Bermula Akhir Julai

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Program perintis untuk MediAsas, iaitu Pelan Asas Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT), dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Walaupun senarai hospital yang menyertai program ini masih belum diumumkan, kami menjangka pengendalipengendali fasiliti perubatan yang kami kaji akan menyertainya, walaupun secara pilihan. Premium bulanan indikatif berlingkungan antara MYR60 dan MYR550, manakala harga muktamad akan ditetapkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Apa itu MediAsas?

Ia merupakan produk asas MHIT yang direka untuk menambah baik tahap kemampuan sambil bertindak sebagai batu loncatan ke arah pelaksanaan berperingkat sistem bayaran mengikut diagnosis pesakit (DRG). Dua produknya iaitu Medi Asas Teras (pelan biasa) dan MediAsas Fleksi (pelan tambahan), akan dilancarkan secara rintis di Lembah Klang sepanjang tempoh tiga bulan sehingga Okt 2026.

Program rintis ini melibatkan enam syarikat insurans dan takaful, iaitu AIA, Allianz Malaysia (ALLZ MK, BELI, TP: MYR23.90), Great Eastern Malaysia, Prudential BSN Takaful, Etiqa, dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga (STMB MK, NEUTRAL, TP: MYR3.60), dan hospital-hospital terpilih. Premium bulanan indikatif dijangka berlingkungan antara MYR60 dan MYR550 untuk individu yang menyertai pelan tersebut sehingga usia 70, dengan liputan dilanjutkan sehingga usia 85. Harga akhir akan disahkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Ciri-ciri utama dan bakal implikasi.

Kertas Putih untuk pelan MHIT Asas yang diterbitkan sebelum ini menggariskan potongan MYR500 di samping mekanisme bayaran bersama (co-payment) dua tahap, dengan tiada bayaran bersama untuk hospital Tahap 1 (rangkaian dalaman) dan bayaran bersama sebanyak 20% (terhad padaMYR3,000 bagi setiap kecacatan) untuk hospital Tahap 2 (luar rangkaian).

Dua kesan penting:

i) Hospital yang tidak terpilih sebagai hospital panel pilihan mungkin akan mengalami tekanan terhadap bilangan pesakit (kesan terhadap pengendali premium seharusnya kecil memandangkan tumpuan mereka pada kes-kes yang lebih serius

ii) penetapan harga yang dibandingkan dengan hospital swasta bertahap lebih rendah hingga sederhana mungkin memerlukan pengendali premium untuk menawarkan pakej yang lebih seragam dan cekap kos, sekali gus membataskan keupayaan mereka untuk mengewangkan nilai jenama premium untuk segmen M40.

Menyentuh hal tersebut, kami berpendapat bahawa KPJ Healthcare berada pada kedudukan terbaik untuk memanfaatkan pelaksanaan MHIT dan DRG kelak, khususnya menerusi rangkaian luas hospital sekunder/komuniti miliknya yang beroperasi dengan asas kos yang lebih rendah, dengan ruang untuk menampung lebih banyak bilangan pesakit dan seterusnya mungkin memelihara margin bawah struktur pembayaran balik berasaskan DRG.

Risiko-risiko negatif utama, kos mengurus lebih mahal daripada anggaran, kunjungan pesakit dan pertumbuhan intensiti hasil lebih rendah berbanding jangkaan, dan perubahan dasar yang buruk. Sekiranya nilai USD melemah dengan ketara, IHH Healthcare mungkin mengalami kesan FX yang buruk terhadap perolehannya di luar negara manakala Duopharma mungkin meraih manfaat daripada pelepasan kos terhadap bahan farmaseutikal aktif (API) diimport.