Kenali John Clifton ‘Jack’ Bogle, Pengasas The Vanguard Group Dan Saham Indeks Pertama Dunia

John Clifton ‘Jack’ Bogle merupakan pengasas The Vanguard Group, yang kini mempunyai lebih daripada $5.1 trilion USD aset di bawah pengurusannya. Beliau juga telah mewujudkan saham indeks pertama di dunia.

Namun tahukah anda, beliau telah meninggal dunia pada tahun 2019 ketika berusia 89 tahun? Beliau mempunyai sejarah masalah jantung dan terkena serangan jantung pertama ketika berusia 31 tahun. Beliau pernah menjalani pemindahan jantung pada usia 65 tahun.

Kenali John C. Bogle

Beliau dianggap sebagai pelabur terbesar di dunia. Dana di dalam saham indeksnya membolehkan para pelabur mencapai pulangan yang tinggi dengan kos yang lebih rendah daripada dana yang diuruskan secara aktif.

Beliau telah mengasaskan The Vanguard Group, organisasi dana bersama yang terbesar di dunia pada tahun 1975. Kemudiannya, beliau berkhidmat sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif sehingga tahun 1999.

Vanguard kini menguruskan aset lebih daripada 20 juta pelabur di 170 buah negara. Kekayaan peribadi miliknya bernilai $180 juta setakat tahun lepas.

Nak kenal The Vanguard Group, BlackRock, Norges Bank dan jerung-jerung antarabangsa lain di persada dunia; jemput baca Siapa Jerung Antarabangsa Dan Di Mana Mereka Suka Melabur?

Buku Pelaburan Karya John C. Bogle

Siapa sangka, lagenda pelaburan ini telah menulis 13 buah buku mengenai pelaburan. Buku yang terakhir ditulisnya adalah pada tahun 2018 yang bertajuk “Stay the Course: The Story of Vanguard and the Revolution Index”.

Selain daripada itu, para pengikutnya telah mencipta sebuah laman web berdasarkan nasihatnya iaitu Bogleheads.org.

John C. Bogle Dan Sistem Pengurusannya

Pada awal kerjayanya, beliau bekerja untuk Wellington Management sebelum menubuhkan syarikat dana bersama dengan Vanguard. John C. Bogle menggunakan struktur pemilikan baru di mana para pemegang saham dana, bersama-sama menjadi sebahagian daripada pemilik dana yang mereka labur.

Mereka telah mewujudkan satu struktur mudah di mana ia membenarkan firma memasukkan sebarang keuntungan ke dalam struktur operasinya. Sekaligus mereka dapat mengurangkan kos pelaburan untuk para pelabur.

Pada tahun 1976, beliau telah memperkenalkan dana Vanguard 500 yang merupakan dana indeks pertama yang dipasarkan kepada pelabur runcit. Struktur unik beliau yang membenarkan penyediaan dana bersama yang tidak membebankan dan tidak mengenakan komisen ke atas pelaburan.

Semuanya nampak lebih mudah bukan?

John C. Bogle bersara sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Vanguard pada tahun 1999. Untuk pengetahuan anda, beliau mempunyai 6 orang anak dan beliau juga pernah mempunyai saudara kembar, yang telah meninggal dunia pada tahun 1994.

Semoga dengan kisah pengasas pelaburan saham indeks yang merupakan seorang pelabur lagenda, dapat membakar semangat kita untuk menjadi seorang pelabur yang berjaya.

Sumbe Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Kembali Ke Fasa Pengukuhan

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO ini menurun MYR9 semasa sesi dagangan lalu untuk ditutup pada harga MYR4,597. Pada hari Jumaat, komoditi ini memulakan dagangan pada paras MYR4,604. Pada awalnya, ia jatuh ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,575. Ia kemudiannya melantun ke paras tertinggi sesi tersebut pada MYR4,608 dan menutup dagangan pada MYR4,597. Di samping pergerakan RSI ke bawah, penutupan dagangan terkini yang menurun menunjukkan momentum menurun kembali menguat.

Komoditi ini mungkin akan melanjutkan fasa koreksi harga dan menguji paras sokongan semula pada MYR4,390. Sementara itu, garisan SMA 50 hari masih bergerak ke paras lebih rendah, lantas mengukuhkan keadaan pasaran menurun. Sekiranya komoditi ini mencatat pergerakan menaik, paras MYR4,700 akan menahan harga daripada menembusi paras berkenaan. Selagi FCPO terus berada di bawah paras ambang MYR4,700, kami tetap akan berpegang pada bias dagangan negatif.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,390 dan diikuti oleh paras sokongan lebih rendah pada MYR4,250. Paras rintangan pertama pula ialah MYR4,700 yang diikuti oleh paras MYR4,900.