7 Keunikan Sunway Cassia @ Batu Maung Yang Perlu Anda Tahu

Anda tinggal atau kerja di Pulau Pinang dan sedang tercari-cari hartanah yang ‘hot’? Jom kita tengok 7 keunikan Sunway Cassia @ Batu Maung yang perlu anda tahu.

1. Terletak Di Lokasi Strategik

Tahukah anda bahawa Batu Maung terletak di kawasan yang strategik di Pulau Pinang? Batu Maung terletak berhampiran dengan dua nadi infrastruktur pengangkutan terkenal di Pulau Pinang, iaitu Jambatan Kedua Pulau Pinang (Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah) dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Dengan siapnya flyover baru di Bayan Lepas pada penghujung tahun lepas, kini lebih mudah dan dekat untuk anda ke Lapangan Terbang dari Batu Maung. Keadaan trafik kini juga menjadi semakin lancar.

Di sini juga terdapat dua kawasan tumpuan pelancong yang popular iaitu Muzium Perang bagi mereka yang nak melihat sendiri peninggalan perang, dan Akuarium Batu Maung bagi mereka yang nak tengok keindahan ikan-ikan. Maklumlah, asal-usul Batu Maung pun kampung nelayan kan?

Selain daripada itu, Batu Maung juga terletak berhampiran dengan Zon Perindustrian Bebas atau Free Industrial Zone yang menempatkan syarikat-syarikat ternama seperti Agilent Technologies, Clarion, Renesas, Osram, Intel, Bosch dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan, Batu Maung ni sangatlah dekat dengan Queensbay Mall – iaitu pusat membeli-belah yang sangat happening di Pulau Pinang. Dan bagi mereka yang biasa lalu Lebuhraya Utara Selatan, mesti pernah nampak atau singgah ke Design Village Premium Outlet Mall kan? Ianya hanya terletak berdekatan dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang di sebelah seberang. Dan katanya IKEA baru pun akan siap tak lama lagi, cuma perlu menyeberangi Jambatan tersebut dah sampai.

2. Peningkatan Harga Rumah Di Kawasan Sekitar

Nak tahu prestasi sektor hartanah di Batu Maung, kita akan guna laman web Brickz sebagai rujukan; kerana ia mengambil data daripada Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta dan merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Ia merekodkan segala transaksi hartanah setelah duti setem bagi Sale and Purchase Agreement telah dibayar.

Sumber: Brickz

Lihat saja betapa meningkatnya harga hartanah di Batu Maung sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kalau diikutkan kepada trendline hartanah mewah di atas, pada April 2013 ianya berada di paras RM1.1 juta dan meningkat naik ke paras RM1.3 juta pada November 2017.

Kalau diikutkan, trend ini akan berterusan untuk tahun-tahun yang mendatang.

3. Kawasan Eksklusif Rumah Mewah

Kalau nak beli di kawasan yang semakin meningkat naik di Pulau Pinang, sudah pasti tempatnya adalah di Batu Maung. Tengok sendiri harga hartanah landed seperti berikut:

Sumber: Brickz

Secara puratanya, harga median hartanah landed di Batu Maung berharga RM1 juta. Kita ada Sunway Tunas Jaya dengan rumah Teres dan Semi-D berharga RM1.1 juta, dan Sunway Mutiara dengan rumah Semi-D bernilai RM1.38 juta.

Rumah teres di Sunway Tunas Jaya, semasa ianya baru dilancarkan pada tahun 2003 harganya adalah pada paras RM380 ribu, tetapi kini naik sehingga RM1.1 juta.

Begitu juga halnya dengan Sunway Mutiara. Harga semi-D pada waktu pelancaran pada tahun 2005 adalah sekitar RM750,000, dan kini hampir naik sekali ganda pada paras RM1.38 juta.

Dijangkakan semakin banyak hartanah premium akan dibina di sini, menjadikannya ini kawasan yang eksklusif. Siapa duduk di Batu Maung, memang bergayalah. Maklumlah, rumah yang baru ni mempunyai keluasan yang lebih besar jika dibandingkan dengan rumah yang dah berusia. Nama pun rumah baru, dia punya keseronokan pun lain macam bila semuanya baru.

4. Rumah Besar Dengan Tanah Yang Luas

Tadi kita baru cerita bab kawasan Batu Maung itu sendiri, mari kita sentuh bab rumah Sunway Cassia @ Batu Maung pula.

Lihat sajalah gambar-gambar rumah di Sunway Cassia ni:

Ruang tamu dan makan rumah Semi-D yang serba luas
Dapur basah dan kering berasingan
Bilik tidur utama yang lapang dengan ruang almari berasingan

Rumah cantik dengan ruang yang cukup lapang, ditambah pula dengan kawasan tanah yang luas. Balik ke rumah sahaja, terus berada dalam keadaan yang sangat tenang; hilang semua penat setelah seharian bekerja.

5. Ciri-ciri Moden

Rumah yang cantik di Sunway Cassia turut dilengkapi dengan ciri-ciri moden mengikut citarasa terkini. Setiap rumah dipasang dengan Sistem Penggera Rumah Individu, Sistem Pemanas Air Solar dan Butang Panik. Ianya diikuti dengan siling yang tinggi agar dapat memberikan pencahayaan semulajadi yang terang, dan ruang pengudaraan teratur bagi menyejukkan rumah.

Rumah-rumah di sini juga mempunyai 3 ruang tempat letak kereta tanpa tiang, dan ada juga unit terpilih yang mempunyai sehingga 9 ruang letak kereta. Reka bentuk yang moden dan praktikal menjadikan Sunway Cassia unik, dan lain daripada yang lain.

Yang lebih menariknya, Sunway Cassia dikelilingi oleh 3 ekar rimbunan hijau dengan 6 taman landskap. Sebaik saja melangkah masuk menerusi pintu utama, anda akan berasa tenang apabila melalui deretan pokok kelapa di Palm Avenue. Kalau rasa nak berpiknik, singgah saja di Tecoma Lounge di mana ada disediakan meja dan kerusi sambil merasai redupnya di bawah pokok Tecoma yang berwarna-warni. Atau berjalan-jalan di Nature Park, kawasan yang dikhaskan untuk menikmati keindahan semulajadi hutan tropika.

Laluan yang tenang menuju ke puncak Nature Park

6. Dibangunkan Pemaju Yang Berkaliber

Siapa yang tak kenal dengan Sunway Group? Nama yang tidak asing lagi di Malaysia, syarikat Sunway juga tersenarai di Bursa Malaysia. Nak jadi pemilik syarikat Sunway, beli saja saham mereka.

Kalau nak tahu, Sunway Cassia ini dibina oleh Sunway Property yang merupakan salah satu daripada 12 bidang yang diceburi mereka.

Dan Sunway Property pula merupakan nama yang sangat besar dalam sektor hartanah di Malaysia. Bukan sahaja di Malaysia, mereka juga membangunkan hartanah di China, India, Cambodia, Vietnam, Australia dan Singapura.

Di antara projek Sunway Property yang terkenal adalah Sunway City di Kuala Lumpur, Sunway Geolake Residences, Sunway Damansara dan Sunway Velocity di Selangor, Sunway City Ipoh di Perak dan Sunway Cassia dan Sunway Wellesley di Pulau Pinang.

7. Promosi Hebat

Bagi mereka yang tak sabar-sabar nak pindah masuk terus, Sunway Cassia @ Batu Maung ada menyediakan Pakej Perabot Separa Lengkap; dapat kunci boleh terus tinggal di sini. Itu belum masuk promosi-promosi hebat lain untuk bakal pembeli. Memang rugi siapa yang tak beli hartanah yang cukup berpotensi ini.

Sila layari laman web Sunway Cassia atau hubungi mereka di talian 604-684 8000 untuk dapatkan maklumat lanjut dan promosi terkini.

Jemput tengok video di bawah ini dan lihat sendiri keunikannya:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Axis REIT: Pengambilalihan Kedua Tahun Ini

Saranan BELI dan harga sasar (TP) MYR2.42 dikekalkan, potensi kenaikan harga saham sekitar 20%, dengan kadar hasil dividen 5.2% untuk FY26F

Axis REIT telah mengumumkan pengambilalihan keduanya untuk tahun 2026, iaitu sebuah perjanjian jualan dan pajakan semula bernilai MYR128j dengan City-Link Express (M) untuk sebuah pusat pengedaran di Bandar Saujana Putra, Selangor. Kami memandang agak positif akan perkara ini kerana ia masih menepati strategi REIT ini untuk memperoleh aset-aset perindustrian yang memberikan kenaikan hasil sambil menyokong sasaran pengambilalihan pihak pengurusan sebanyak kira-kira MYR350j sepanjang FY26-27.

Butiran mengenai pengambilalihan

Axis REIT mengambil alih hartanah ini dengan bayaran tunai sebanyak MYR128j (kira-kira 2% daripada jumlah aset), yang dibiayai menerusi pembiayaan bank sedia ada. Hartanah ini sekarang dihuni 100% oleh pemilik dan akan dipajak semula kepada City-Link Express untuk tempoh tetap selama 15 tahun, dengan kenaikan sewaan yang dipersetujui semasa tempoh pajakan. Pengambilalihan ini menawarkan pendapatan berulang yang stabil, dengan sokongan daripada struktur pajakan semula yang panjang dan kadar hasil kasar awal yang baik sebanyak 6.2%.

Pengambilalihan ini dijangka selesai pada 4Q26. Selepas perjanjian selesai dimeterai, paras hutang Axis REIT dijangka meningkat kepada kira-kira 35.1%, dengan ruang untuk mengambil pinjaman sekitar MYR840j lagi (berdasarkan penyata kewangan 1Q26 yang terkini).

Butiran mengenai hartanah

Aset ini terdiri daripada dua tanah komersial bersambung dengan status pegangan pajakan selama 99 tahun (baki tempoh pajakan lebih kurang 68 tahun), di samping bangunan-bangunan pusat pengedaran, blok pejabat dan fasiliti sokongan. Hartanah ini mempunyai jumlah kawasan boleh disewakan sebanyak kira-kira 355 ribu kps (sekitar 2% daripada jumlah NLA) dan terletak di Bandar Saujana Putra dengan akses kepada Rangkaian Pusat Lebuh Raya Utara Selatan E6 atau ELITE, Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuh Raya Pesisir Barat (WCE), dan Lebuh Raya Shah Alam atau KESAS. Hal ini menyokong kegunaannya sebagai hab logistik dan pengedaran.

Pandangan kami

Kami memandang agak positif akan perjanjian ini, dan setelah ia selesai, kami menjangka ia akan memberikan sumbangan positif mulai FY27, dengan pendapatan sewaan tahunan sekitar MYR7.9j (kira-kira 2% daripada hasil FY27). Perkara ini diterjemahkan kepada kadar hasil kasar sebanyak 6.2% sebelum mengambil kira kos pembiayaan yang berkaitan dengan pinjaman baru. Kami menjangka pengambilalihan ini secara bersihnya akan menaikkan kadar hasil semasa Axis REIT untuk FY27F sebanyak 5.3%.

Sementara itu, tempoh pajakan semula selama 15 tahun kepada pengendali sedia ada, di samping kenaikan sewaan yang termasuk dalam perjanjian, menawarkan prospek jelas untuk pendapatan dalam jangka sederhana. Walaupun ia dibiayai sepenuhnya menggunakan hutang, paras hutang Axis REIT selepas memeterai perjanjian ini masih dalam keadaan terkawal, dengan adanya kapasiti kunci kira-kira yang mencukupi untuk langkah pengambilalihan lain.

Ramalan dan penilaian

Sementara menunggu selesainya pengambilalihan ini dan bayangan lanjut daripada pihak pengurusan, kami kekalkan ramalan perolehan dan TP MYR2.42 yang diperoleh melalui kaedah DDM (dengan kiraan premium ESG 2% kerana markah REIT ini ialah 3.1), iaitu kadar dividen kira-kira 5% untuk FY26F mengikut TP. Risiko negatif: Tiada pembaharuan bagi pajakan-pajakan REIT yang tamat tempoh, kadar turun naik harga sewa yang lebih rendah daripada jangkaan, dan cadangan pengambilalihan aset terbatal.

Asas Penilaian

Model diskaun dividen (DDM)

Faktor Pemacu Utama

Permintaan lebih tinggi untuk hartanah perindustrian yang disokong oleh penembusan pasaran e-dagang yang berterusan, penstrukturan semula rantai bekalan dan kemasukan pelaburan asing langsung yang kukuh dalam segmen pembuatan.

Risiko Utama

i. Pajakan yang tamat tempoh tidak diperbaharui
ii. Kadar turun naik harga sewa yang lebih rendah berbanding jangkaan
iii. Cadangan pengambilalihan aset dibatalkan

Profil Syarikat

Axis REIT sebuah REIT yang mempunyai portfolio perniagaan pelbagai, dan berpengkhususan dalam hartanah komersial dan perindustrian.

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.