Macam tak percaya kan? Tapi itulah hasil daripada kajian yang dijalankan Baghunter pada tahun 2016. Di antara fakta-fakta menarik beg Hermes Birkin buatan Perancis ini:
Nilainya meningkat lebih daripada 5000% dalam tempoh 35 tahun
Bekalan yang terhad, tetapi permintaan yang sangat tinggi
Pelaburan yang lebih selamat jika dibandingkan dengan pelaburan saham
Nilai beg Birkin dijangka meningkat dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun
Bilangan pengumpul/pelabur beg Birkin tertinggi dicatatkan pada tahun 2016
Beg Hermes Birkin adalah simbol baru bagi golongan kaya
Beg Birkin hanya dijual kepada pelanggan istimewa Hermes sahaja
Mereka turut membandingkan instrumen pelaburan yang lain seperti S&P 500 (Indeks 500 Saham Terbesar Di Amerika Syarikat) dan Emas. Hasilnya adalah seperti berikut:
Berapa Modal Nak Beli Beg Hermes Birkin?
Katanya kos nak beli beg ini berbeza-beza, tapi yang paling murah pun berharga lebih kurang $12,000 US Dolar dan yang paling mahal pula berharga atas $200,000 US Dolar.
Memang bukan untuk sebarangan orang dapat beli beg Hermes Birkin ni. Berbeza dengan pelaburan emas, ada yang memerlukan modal hanya serendah RM1 dan ada juga yang serendah 1 gram emas.
Manakala untuk mula dengan pelaburan saham di Bursa Malaysia, minima pembelian adalah 1 lot atau 100 unit saham. Ada yang tak sampai RM100 pun nak mula melabur saham ni.
Apa kata kita menabung daripada hari ini untuk membeli sekurang-kurangnya satu beg Hermes Birkin ini.
Dan katanya Victoria Beckham ada 100 lebih koleksi beg Birkin. Sesuai dengan status beliau sebagai seorang selebriti yang cantik, bergaya dan popular. Isteri pula kepada David Beckham yang hensem dan gentleman.
Zaman sekarang, sebut sahaja pasal AI, semua orang akan pandang kepada NVIDIA. Memang tak dinafikan, NVIDIA sekarang adalah ‘King’ dengan keuntungan mencecah $99.2 bilion berbanding Samsung yang sekadar $30.5 bilion.
Namun, penganalisis ekonomi mula nampak satu peralihan kuasa yang besar. Menjelang tahun 2027, Samsung diramal bakal memintas NVIDIA dengan unjuran keuntungan luar biasa:
Samsung: $331 Bilion (~RM1.4 Trilion)
NVIDIA: $329 Bilion (~RM1.39 Trilion)
Dunia sekarang tengah ‘demam’ AI. Memang betul NVIDIA yang buat cip AI (GPU), tapi ramai yang terlepas pandang satu fakta penting: Cip AI NVIDIA tak boleh berfungsi tanpa memori yang dihasilkan oleh Samsung.
Ibarat NVIDIA buat enjin Ferrari yang paling laju, tapi Samsung pula yang pegang stok minyak petrol gred tinggi. Bila permintaan AI mencanak, bekalan memori pula tak cukup, maka harga memori dijangka naik mencacak. Di situlah Samsung akan ‘makan besar’.
Selain itu, Samsung mempunyai kelebihan. Mereka bukan setakat jual cip, mereka buat telefon, skrin OLED, hingga ke perkakas rumah. Bila semua benda mula letak AI, Samsung untung di setiap penjuru. Malah, kontrak terbaharu membekalkan skrin untuk iPhone Foldable selama 3 tahun juga bakal memberi margin ‘kayangan’ kepada mereka.
Prestasi Luar Biasa Q1 2026: Rekod Sejarah Terpecah!
Bukan sekadar ramalan kosong, Samsung baru sahaja membuktikan kehebatan mereka dalam laporan suku pertama (Q1) 2026. Walaupun dunia risau dengan ketidakstabilan ekonomi di Timur Tengah, permintaan cip AI nampaknya jauh lebih kuat.
Berdasarkan laporan awal (preliminary earnings):
Untung Operasi Q1: 57.2 trilion won (~$37.9 bilion USD).
Lonjakan: Naik 755% berbanding tempoh yang sama tahun 2025!
Fakta Menarik: Keuntungan Q1 2026 ini sahaja sudah mengatasi keseluruhan keuntungan tahunan mereka bagi tahun lepas.
Pendorong utama sudah tentu ‘Semiconductor Super-Boom’. Harga DRAM dan NAND melonjak hampir 90% berbanding suku sebelum ini. Bahagian semikonduktor sahaja dianggarkan menyumbang lebih 50 trilion won kepada keuntungan syarikat.
Supaya senang faham, bayangkan komputer atau telefon pintar kita ni macam sebuah pejabat:
DRAM (Dynamic Random Access Memory): Ibarat MEJA. Lagi besar meja, lagi banyak kerja/app kita boleh buka serentak tanpa hang. Bila kita tutup komputer, “meja” ni akan kosong balik. Dalam dunia AI, “meja” ni kena besar gila sebab AI buat pengiraan yang sangat banyak dalam satu masa.
NAND (Flash Memory): Ibarat STOR. Ini tempat simpan segala gambar, video, dan dokumen kita secara kekal walaupun komputer ditutup. Semua pusat data (Data Center) dunia perlukan “stor” yang sangat besar dan laju untuk simpan data AI.
Walaupun Samsung diramal akan menjadi syarikat paling untung, mereka tetap perlu berwaspada dengan SK Hynix dan Micron yang turut berebut kontrak membekalkan memori kepada NVIDIA. Micron adalah wakil tunggal dari Amerika Syarikat dalam liga gergasi memori. Disebabkan isu politik Amerika Syarikat-China, banyak syarikat seperti Microsoft dan Google lebih selesa membeli dari Micron atas faktor keselamatan.
Apa Kesannya Kepada Pelabur Di Malaysia?
Kita sebagai pelabur, ini adalah isyarat jelas bahawa sektor teknologi belum lagi mahu ‘berehat’. Kerajaan Malaysia sekarang bersungguh-sungguh menarik pelaburan Pusat Data (Data Center) dari Microsoft, Google dan Amazon masuk ke Johor dan Selangor.
Pusat-pusat data ini memerlukan beribu-ribu rak pelayan (servers). Dalam server itu ada cip NVIDIA, dan dalam cip itu ada memori Samsung.
Rantaian bekalan ini akan memberi kesan limpahan (spillover effect) kepada syarikat-syarikat OSAT tempatan seperti:
Inari Amertron: Pakar dalam pemasangan dan pengujian cip komunikasi.
Malaysian Pacific Industries (MPI): Banyak terlibat dalam pembungkusan cip untuk automotif dan pusat data.
Selain itu, pelaburan besar Samsung SDI di Seremban juga membuktikan Malaysia adalah rakan strategik utama dalam ekosistem global mereka.
Kesimpulan
Adakah Samsung akan benar-benar menumbangkan NVIDIA dari takhta syarikat paling untung di dunia menjelang 2027? Berdasarkan prestasi ‘ganas’ mereka di awal 2026 ini, jawapannya nampak sangat positif.
Apapun, dalam dunia pelaburan, ini semua adalah ramalan dan unjuran data. Realitinya nanti macam mana, entahlah… harap-harap kita sebagai pelabur pun tumpang untung juga!