3 Punca Utama Tabung Simpanan Rosak

Ramai yang sanggup menghabiskan duit hanya semata-mata untuk ‘reward’ diri sendiri setelah berhempas-pulas bekerja mengumpul duit siang dan malam. Golongan begini biasanya mudah lupa diri yang akhirnya menghabiskan duit yang dikumpul begitu saja.

Tidak salah sekiranya hendak berbelanja, tetapi bukan dengan cara yang berlebihan. Berpada-padalah dalam berbelanja kerana ditakuti ianya akan memakan diri sendiri di kemudian hari.

Berikut adalah beberapa perkara yang biasa dilakukan oleh kebanyakan orang, yang akan menyebabkan tabung simpanan mereka rosak tanpa disedari.

1. Beli Kereta Luar Kemampuan

Hari ini, kereta dilihat sebagai salah satu keperluan bagi setiap keluarga mahupun individu. Tidak salah jika kita beli kereta untuk kegunaan harian.

Yang menjadi salahnya adalah apabila kita membeli kereta melebihi kemampuan diri sendiri. Ramai yang menurut hawa nafsu dan ingin menunjuk-nunjuk kereta apa yang dipakai.

Sedangkan kereta adalah aset yang semakin berkurang nilainya saban tahun. Hari ini beli kereta, keluar saja showroom harganya dah turun sebanyak 10%.

Sebaiknya kita beli kereta berdasarkan gaji bulanan didarabkan dengan 12. Sebagai contoh sekiranya sebulan gaji kita adalah RM3,000, maka belilah kereta yang berharga RM36,000.

2. Gaya Hidup Mewah

Perkara ini sering berlaku di kalangan anak muda. Terikut sangat dengan gelora jiwa muda yang mementingkan keseronokan dan gaya hidup mewah.

Ada segelintir anak muda yang sanggup berhabis beribu-ribu ringgit hanya untuk memiliki telefon pintar yang terkini walaupun bergaji kecil. Ada juga yang membuat instalment selama 12 bulan atau 24 bulan, bagi membeli telefon yang berharga lebih tinggi daripada gaji bulanan.

Itu belum masuk lagi menghabiskan duit untuk makan dan minum di kafe-kafe hipster atau meminum kopi mahal hampir setiap minggu.

3. Hutang Jahat

Tidak dinafikan, hari ini kita tidak boleh lari daripada bebanan hutang. Namun, jika bijak mengatur kewangan dan menjaga tabung simpanan sendiri, tidak semu hutang ini adalah hutang jahat.

Kalau muda-muda telah membiasakan diri dengan hutang, sampai bila-bila pun hidup akan terikat dengan hutang. Bergelumang dengan hutang  akan menyebabkan hidup kita terus dalam kesempitan.

Sebaliknya kita kena fokus untuk membuat hutang yang bakal meningkatkan nilai aset seperti membeli hartanah.

Baca lagi Kebodohan Yang Aku Buat Dari Segi Kewangan

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

BJAK Diluluskan Oleh Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR: Seiring dengan peningkatan rakyat Malaysia yang beralih kepada platform digital untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan, keperluan untuk memilih penyedia perkhidmatan yang dipercayai serta dikawal selia semakin penting.

BJAK, platform insurans terbesar di Malaysia, terus menyokong rakyat negara ini dengan menyediakan cara yang lebih mudah dan telus untuk membanding serta memperbaharui insurans dan takaful kenderaan secara dalam talian.

BJAK merupakan Penasihat Kewangan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia, sekali gus memangkin komitmennya dalam menyediakan platform yang dipercayai untuk perbandingan dan pembaharuan insurans.

Melalui BJAK, pengguna boleh membandingkan pelan daripada sehingga 16 syarikat insurans dan pengendali takaful dalam satu platform. Ini membolehkan pengguna membuat keputusan yang lebih bijak berdasarkan harga, perlindungan dan manfaat, semuanya melalui pengalaman digital yang mudah dan lancar.

Dalam era peningkatan kes penipuan dalam talian serta maklumat yang mengelirukan, rakyat Malaysia disarankan agar sentiasa menyemak kesahihan penyedia perkhidmatan kewangan sebelum membuat sebarang pembayaran atau berkongsi maklumat peribadi secara dalam talian.

Pemilihan platform yang dikawal selia dan dipercayai dapat membantu pengguna membuat keputusan kewangan yang lebih selamat dan yakin.

Selain perbandingan insurans, BJAK turut menawarkan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan secara dalam talian, sekali gus memudahkan rakyat Malaysia menguruskan keperluan berkaitan kenderaan mereka secara digital.

Dengan membolehkan pengguna membandingkan pelbagai syarikat insurans dan pengendali takaful di satu tempat, BJAK komited untuk membantu rakyat Malaysia mengelakkan pembaharuan secara terburu-buru tanpa perbandingan, di samping menggalakkan keputusan kewangan yang lebih bijak melalui ketelusan dan pilihan.

— Awani