Apa Jadi Dengan Saham-Saham UMNO?

Baru-baru ini, Sinar Harian telah membuat sesi FB Live bersama dengan sifu saham Dato Dr. Nazri Khan (DDNK) bagi membincangkan topik pelaburan saham – lebih spesifik saham-saham yang ada kaitan dengan Barisan Nasional khususnya parti UMNO.

Sedikit Latarbelakang DDNK

Sumber Gambar: DrNazriKhan.com

Dato Dr. Nazri Khan adalah lulusan Ijazah Ekonomi Dan Kewangan dari Universiti Manchester. Beliau juga seorang Penganalisis Ekuiti Berlesen yang berpengalaman selama hampir 20 tahun sehingga ke peringkat antarabangsa. Beliau pernah mengendalikan lebih 1000 buah program pelaburan di dalam dan luar Malaysia.

Pada masa ini Dato Dr. Nazri Khan memegang jawatan Chief Executive Officer and Chief Investment Officer Hermana Capital Berhad dan Chairman & Lifetime Fellow Malaysian Association of Technical Analysts dan merupakan Ahli Persatuan Penganalisis Teknikal (UK) sebelum menyertai Affin.

Selain itu, beliau juga merupakan bekas Ketua Penyelidikan MIMB Investment dalam bank dan pernah berkecimpung dalam pelbagai program Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia. Dato Dr. Nazri Khan turut menjadi pilihan media utama dalam memberi komen-komen tentang Pasaran Saham seperti TV3, Astro Awani, Bloomberg, CNBC, The Star, The Edge, Bernama dan beliau telah dinobatkan sebagai Top Opinion Leader 2015-2017 di BursaMarket Place.

Dato Dr. Nazri Khan merupakan pemegang PhD dari Universiti Multimedia Malaysia dan Pakar Analisa Teknikal yang diiktiraf dunia. Selain itu, beliau juga memberi ucapan pada sidang International Federation of Technical Analysis di Tokya, Australia & Italy bagi membentangkan pendapat dan idea mengenai Teknologi Teknikal Analisis dan merupakan anak melayu pertama yang memberi pandangan peribadi mengenai pasaran saham serta ekonomi Malaysia di mata dunia bertempat di Bankers Club London.

Survival Ekonomi Melayu

Dalam sesi FB Live ini, DDNK kongsikan masalah survival ekonomi melayu dan penyelesaian serta data-data terkini bumiputera. Tidak cukup dengan itu, beliau turut berkongsi mengenai perbezaan dan hala tuju antara Mahathirnomic dan Najibonomic dalam memasuik ‘era’ Malaysia Baru dari segi ekonomi.

Dan yang paling menarik, perkongsian berkenaan hala tuju pelaburan saham. Setiap krisis yang terjadi mempunyai peluang tersendiri. Apa pun berlaku kita harus bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

50 Poin Penting DDNK

1. Pelaburan saham adalah sangat mudah, umpama kita membeli bisnes. Di Amerika Syarikat kita boleh beli saham Facebook, Google dan Amazon. Di Malaysia pula, kita ada saham Padini dan AEON.

2. Beli saham, tak perlu simpan lama-lama. Naik saja boleh terus jual

3. Saham ni patuh Syariah, mudah, selamat. Asalkan kita berdaftar dengan broker bertauliah (yang dipantau Suruhanjaya Sekuriti)

4. Mula pelaburan saham dengan modal serendah RM10

5. Ada lebih daripada 100,000 saham di seluruh dunia yang boleh kita beli

6. Beli saham yang kita pakai produk atau perkhidmatan hari-hari, contohnya suka Microsoft – beli saham Microsoft. Yakin dengan kualiti kereta Jepun, beli saham Toyota

7. Faktor politik memainkan peranan yang penting dalam dunia saham. Kemenangan Pakatan Harapan (PH) menyaksikan saham berkaitan kerajaan baru naik meletup-letup. Di Amerika Syarikat pula, bila Donald Trump menang, saham berkaitan hartanah dan hotel semua naik. Cuba cari saham yang ada kaitan dengan manifesto PH. Sebaliknya saham berkaitan UMNO, semuanya jatuh

8. Kalau dulu Najibonomics, sekarang Mahathironomics 2.0. Dato’ Sri Najib tekankan sektor kewangan, liberalisasi sektor kewangan – kita lihat Bursa Malaysia meningkat, saham bank semua naik. Saham Takaful naik 600% dalam masa 2 tahun setengah. Labur RM10,000 dalam masa 2 tahun jadi RM60,000.

9. Tun Mahathir pula tekankan sektor konsumer, saham Padini, AEON, QL, Dutch Lady, F&N dah naik banyak

10. Beli saham pakai smartphone saja

11. Nak kenalpasti broker yang bukan scam, tengok laman web SC

12. World Cup bolasepak, tengok brand apa yang keluar di stadium/TV, beli saham mereka -> Microsoft, Adobe, Electronic Arts dan Nvidia. Malaysia pula ada TM dan Axiata.

13. Bila bertukar kerajaan, normal untuk pasaran saham jatuh. Ini disebabkan pelabur asing keluar dulu, tengok polisi kerajaan baru, kemudian masuk balik, kena tunggu 3-6 bulan.

14. Masa saham tengah jatuh ni, banyak saham tengah murah. Boleh beli saham TM, Axiata, TNB, Bank Islam, Takaful.

15. Cari broker yang ada nama Investment Bank, Affin Investment Bank, Maybank Investment Bank, Bank Islam Investment Bank. Lagi senang cari paling dekat dengan rumah. Cuma bawa IC dan RM10, dalam 3 hari dapat password & username. Perlu bersih dalam CCRIS, CTOS dan bukan bankrap. Kalau nama blacklist, guna nama orang lain, isteri atau mak ayah.

16. Ramai orang kata pelaburan saham ni haram? Jangan risau, ada 100 orang pakar Syariah dalam Suruhunjaya Sekuriti yang memantau setiap waktu, biar mereka buat kerja

17. Nak tahu saham Syariah? Di trading platform, belakang nama saham ada tanda [s], 70% saham di Malaysia adalah patuh Syariah, Amerika Syarikat pula hampir 70% patuh Syariah

18. Nak kenalpasti saham asing patuh Syariah? Rujuk laman web Bloomberg dan Ideal Rating. Saham Facebook, Microsoft dan Apple semua patuh Syariah.

19. Amazon 10 tahun dulu bernilai $20 US Dolar, sekarang $1,700 US Dolar,  Cahya Mata Sarawak 7 tahun dulu bernilai RM0.50, sekarang RM7.00.

20. Perlu ada ilmu Technical Analysis untuk cari saham hebat dengan menggunakan psikologi, tengok saham atas carta, ada pattern ready nak meletup, beli sebelum meletup, jual sebelum jatuh. Cari saham ada momentum, pakai smartphone untuk tengok chart.

21. Nak beli saham asas? Pergi kelas 3 jam pun dah cukup, beli saham simpan 10 hari kemudian jual.

22. Nak jual beli pantas, 2-3 jam, perlu ilmu Advanced, cari buku Technical Analysis.

23. Pergi seminar, baca buku, tau sikit, mula melabur.

24. Keuntungan sehari 10-100% itu biasa.

25. Beli 10 saham, 7 untung dan 3 rugi itu biasa, kerugian akan dicover dengan keuntungan.

26. Akaun UMNO dibekukan? Cari peluang income pasif, buat pinjaman daripada broker yang boleh beri margin, ada Islamic share financing. Ada RM10 ribu boleh pinjam RM30 ribu, guna leverage.

27. Boleh juga cari trader yang ada track record untuk tolong tradekan.

28. Ketidaktentuan kerajaan baru, pertama kali berlaku di Malaysia, boleh tengok negara jiran apa berlaku. Di Indonesia pernah, Thailand paling kerap berlaku. 3 bulan pertama kecoh, havoc, chaos.

29. Tengok di mana bottom KLCI, sampai Raya Haji, penjualan akan reda.

30. Correction atau jualan seteruk ini dalam masa 10 tahun, terakhir berlaku tahun 2008 di mana Bursa jatuh 50%. Sekarang baru jatuh 10% , boleh dikira Lelong Raya Haji.

31. Ekonomi ambil masa nak pulih, cabaran baru dengan hutang kerajaan tinggi. Akan ambil masa 2-3 tahun untuk reda, hutang kerajaan & hutang isirumah ke-8 tertinggi di Asia.

32. Hutang isirumah RM600 bilion, hutang kerajaan RM1 trilion, kerajaan perlu berjimat cermat.

33. Korea Selatan dan Indonesia perlu 5 tahun sebelum ekonomi naik balik.

34. 40 tahun lepas Malaysia lebih kaya dari Hong Kong, 30 tahun lepas Malaysia lebih kaya dari Korea.

35. Tingkatkan kualiti usahawan, pendidikan, lagi ramai pelabur saham di Amerika Syarikat, untung bawa balik Malaysia, belanja di sini.

36. Pelabur saham umpama seorang peniaga dan usahawan.

37. Duduk rumah, goyang kaki, takde bos, pakai smartphone saja. Boleh trade dalam masjid, perpustakaan, kedai Mydin pun boleh.

38. Apa kerugian akaun UMNO dibekukan dan melibatkan nisbah bagaimana? Ianya bersifar sementara bagi memudahkan siasatan. Tapi bila kena beku, perlu ada backup plan. Cairkan aset yang tidak beku, jadikan collateral untuk dapatkan cash dan laburkan dalam saham.

39. Saham Facebook susah nak jatuh, 5 tahun lepas $20 US Dolar, sekarang $200 US Dolar. Orang Malaysia 10 jam main Facebook, tapi tak pandai buat duit dengan Facebook.

40. Forex ada halal ada haram? Cari pelaburan yang diiktiraf pakar Syariah. Ada instrumen pelaburan seperti Bitcoin, Forex yang tak clear tinggalkan dulu, tunggu ulama kata OK.

41. Pelaburan saham jelas patuh Syariah, sebab saham perniagaan, ada objek, ada perniagaan, patuh di sisi Islam.

42. Apa saranan untuk lebih mahir dalam pelaburan? Cari ilmu, sehari belajar 30 minit, baca buku, buat homework, pergi FB Live tanya direct, pergi seminar percuma ½ hari, daftar broker bertauliah dapat, mereka boleh beri pendidikan percuma untuk pelabur.

43. Fokus ilmu saham dalam 2-3 hari, boleh overhaul kehidupan kita 30 tahun, rezeki milik Allah.

44. Saham merupakan jihad ekonomi, kuatkan ekonomi bangsa dan ummah, yang penting jangan lupa bayar zakat saham.

45. Nak labur saham kene concentrate 24 jam dan berhenti kerja? Sekarang tak perlu duduk depan komputer, malah tak perlu komputer, hanya perlu smartphone & software yang diberi percuma oleh broker.

46. Perlu 10 minit sehari, ada scanner untuk tengok saham hebat, sebelum meletup beli, tekan butang Buy.

47. 5 tahun ni sesuai beli saham jana pendapatan sampingan? Ya, kerana ekonomi Melayu lemah, dengan gaji paling rendah.

48. Cari pendapatan pasif, duit geli-geli, boleh jadi 10 kali gaji.

49. Cuma perlu ada ilmu, kalau tak jadi judi.

50. Labur lebih dapat lebih, labur sikit dapat sikit.

Untuk video penuh yang berdurasi 37 minit, boleh tontoh di bawah ini:

Siaran Langsung: ' Krisis Vs Peluang: Apa Jadi Dengan Saham-saham Umno?' Bersama Datuk Dr Nazri Khan

Siaran Langsung: ' Krisis Vs Peluang: Apa Jadi Dengan Saham-saham Umno?' Bersama Datuk Dr Nazri Khan

Posted by Sinar Harian on Rabu, 4 Julai 2018

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.