Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Oktober 2018

Memang benarlah seperti yang diperkatakan – bulan Oktober adalah bulan sangat ditakuti para pelabur saham seluruh dunia. Sebab itu jugalah, lagu ‘Tragedi Oktober’ benar-benar menusuk kalbu, kerana sudah pasti ramai di kalangan kita yang mengalami kerugian.

Sebab itu jugalah, kita diminta untuk lebih berhati-hati dalam membuat pelaburan, kalau taknak merana seperti yang ada dalam senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Untuk Bulan Oktober 2018 berikut:

Sumber: iSaham Screener

1. Datasonic Group

Sumber: Bursa Marketplace

2. Prestariang Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

3. Barakah Offshore Petroleum

Sumber: Bursa Marketplace

4. iDimension Consolidated

Sumber: Bursa Marketplace

5. AppAsia Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

6. Key Asic

Sumber: Bursa Marketplace

7. SC Estate Builder

Sumber: Bursa Marketplace

8. WZ Satu

Sumber: Bursa Marketplace

9. KESM Industries

Sumber: Bursa Marketplace

10. Lay Hong

Sumber: Bursa Marketplace

Beri Perhatian Kepada News Juga

Seperti mana yang kita sedia maklum, kejatuhan saham Datasonic Group yang menjunam sebanyak 50.68% adalah disebabkan oleh terpalitnya isu rasuah terhadap syarikat berikutan pendakwaan yang dilakukan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Boleh baca selanjutnya di Saham MYEG Dan DSONIC Jatuh Teruk Susulan Pendakwaan Terhadap Zahid Hamidi.

Amat penting juga bagi kita untuk mengelakkan daripada saham-saham berkaitan politik dan pembinaan buat masa ini, jika tidak mahu mengalami kejatuhan yang teruk dengan berita yang tiba-tiba diumumkan oleh pihak kerajaan. Di kala pasaran saham yang tidak menentu ini, tindakan untuk tidak membeli juga boleh dikatakan sebagai tindakan yang bijak.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Oktober 2018 di atas adalah berdasarkan Screener Worst Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener,  Value Investing Screener dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan MADANI Sasar Senaraikan 10 Syarikat Bumiputera Di Bursa Malaysia Pada 2026, 2027

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 syarikat Bumiputera disasar untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2026 dan 2027, dengan empat daripadanya berada dalam perancangan bagi disenaraikan tahun ini.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, berkata penyenaraian itu susulan hasil Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, sasaran itu jauh melebihi pencapaian lima tahun sebelumnya.

“Bagi menyokong sasaran berkenaan, program ’10 Juara Bumiputera’ hasil kerjasama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah diperkenalkan untuk membimbing syarikat berpotensi tinggi serta melahirkan 10 syarikat Bumiputera bernilai RM500 juta setiap satu menjelang 2028,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Fahmi berkata ekosistem PETRONAS, GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan salah satu penyumbang penting kepada agenda pembangunan bumiputera negara.

Beliau berkata, ekosistem berkenaan telah menyumbang RM50 bilion setahun, termasuk RM49.2 bilion pada tahun lalu, merangkumi pelaburan langsung, perolehan vendor, pembangunan bakat dan komuniti.

“Pada masa yang sama, garis panduan baharu pembangunan vendor Bumiputera turut diperkenalkan bagi memperkukuh saluran pembangunan vendor serta meningkatkan kapasiti mereka secara lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, Jemaah Menteri juga sedang meneliti cadangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) agar tempoh bayaran GLC dan GLIC kepada vendor tempatan dipendekkan bagi memastikan aliran kewangan atau ‘cash flow’ syarikat dan vendor tempatan dapat diuruskan dengan lebih baik.

Sementara itu, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai prestasi operasi pelabuhan persekutuan bagi suku pertama tahun ini yang mencatat 8.002 juta unit setara 20 kaki (TEU), menunjukkan peningkatan 8.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Ini dipacu oleh peranan negara sebagai penghubung utama bagi barangan dunia melalui aktiviti pemunggahan pindahan ke kapal atau transshipment yang mencatat pertumbuhan 9.96 peratus berbanding suku pertama 2025,” katanya.

Beliau berkata, kargo konvensional turut menunjukkan peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, terutama bagi kargo am yang meningkat 8.93 peratus dan kendalian pukal kering yang bertambah sebanyak 3.55 peratus.

“Prestasi ini amat membanggakan walaupun ketika negara berdepan dengan krisis geopolitik di Asia Barat yang bermula sekitar suku pertama tahun ini,” katanya.

— Berita Harian