Senarai Saham Dengan Dividen Yang Semakin Meningkat Sejak 3 Tahun Lalu (2016-2018)

Ada dua jenis keuntungan dalam pelaburan saham, iaitu:

  • Kenaikan harga saham
  • Dividen syarikat

Ramai di kalangan kita yang tergolong dalam kategori pertama, iaitu beli saham pada harga rendah dan jual pada harga tinggi. Atau beli pada harga tinggi dan jual pada harga yang lebih tinggi, sebab itu kita disarankan beli saham yang sedang uptrend.

Tapi tak kurang ramainya pelabur yang lebih suka cari saham-saham yang memberikan dividen. Ianya lebih kepada pelaburan jangka masa panjang. Sebab syarikat yang biasa beri dividen, biasanya adalah syarikat yang untung. Bila syarikat untung, mereka ingin berkongsi keuntungan syarikat dalam bentuk pemberian dividen kepada pemegang saham.

Jadi kalau syarikat tersebut beri dividen yang semakin meningkat saban tahun, sudah pasti keuntungan syarikat juga semakin meningkat saban tahun.

Nak tahu lebih lanjut pasal dividen ni, boleh rujuk artikel Apa Itu Dividen Saham? Sebab kita kena ambil tahu 4 perkara penting berkenaan setiap pengisytiharan dividen dan 3 tarikh penting dalam pemberian dividen. Sebab dividen dalam saham adalah berbeza dengan dividen yang diberi oleh ASB atau Tabung Haji.

Dah tahu apa itu dividen dalam saham, jom tengok senarai saham dengan dividen yang semakin meningkat sejak 3 tahun yang lalu (2016-2018)

Sumber: Malaysia Stock Biz

Pemberian dividen adalah dalam nilai, iaitu dalam sen. Tapi bukan semua saham syarikat di atas adalah patuh Syariah. Untuk saham patuh Syariah, boleh tengok seperti berikut:

1. BIMB Holdings (Bank Islam)

Sumber: Bursa Marketplace

TahunHarga Saham (RM)Dividen (RM)Pulangan Dividen Per Saham
20164.220.133.08%
20174.400.143.18%
20183.560.1554.35%

2. C.I Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

TahunHarga Saham (RM)Dividen (RM)Pulangan Dividen Per Saham
20162.520.051.98%
20172.280.083.51%
20181.640.106.10%

3. Dialog Group

Sumber: Bursa Marketplace

TahunHarga Saham (RM)Dividen (RM)Pulangan Dividen Per Saham
20161.540.0221.43%
20172.510.02651.06%
20183.110.0321.03%

4. Dominant Enterprise

Sumber: Bursa Marketplace

TahunHarga Saham (RM)Dividen (RM)Pulangan Dividen Per Saham
20161.230.043.25%
20171.300.053.85%
20181.280.075.47%

5. Hartalega Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

TahunHarga Saham (RM)Dividen (RM)Pulangan Dividen Per Saham
20162.420.083.31%
20175.340.0851.59%
20186.140.1171.91%

6. IOI Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

TahunHarga Saham (RM)Dividen (RM)Pulangan Dividen Per Saham
20164.310.081.86%
20174.430.0952.14%
20184.450.2054.61%

7. KESM Industries

Sumber: Bursa Marketplace

TahunHarga Saham (RM)Dividen (RM)Pulangan Dividen Per Saham
20169.850.0750.76%
201719.500.1250.64%
20187.670.1852.41%

8. Oceancash Pacific

Sumber: Bursa Marketplace

TahunHarga Saham (RM)Dividen (RM)Pulangan Dividen Per Saham
20160.3950.0717.72%
20170.6950.0811.51%
20180.5550.1018.02%

9. Perak Transit

Sumber: Bursa Marketplace

TahunHarga Saham (RM)Dividen (RM)Pulangan Dividen Per Saham
20160.1250.0021.6%
20170.240.0072.92%
20180.2350.014.26%

10. SKP Resources

Sumber: Bursa Marketplace

TahunHarga Saham (RM)Dividen (RM)Pulangan Dividen Per Saham
20161.290.0352.71%
20172.280.04151.82%
20181.050.05064.82%

11. Success Transformer Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

TahunHarga Saham (RM)Dividen (RM)Pulangan Dividen Per Saham
20160.9950.044.02%
20171.180.054.24%
20180.520.06512.5%

12. UCHI Technologies

Sumber: Bursa Marketplace

TahunHarga Saham (RM)Dividen (RM)Pulangan Dividen Per Saham
20161.550.138.39%
20173.100.258.06%
20182.540.2710.63%

Kalau tengok kepada Fundamental saham-saham di atas, boleh dikatakan semuanya berada dalam keadaan baik. Dengan pemberian dividen yang meningkat setiap tahun, sangat sesuai untuk mereka yang nak melabur untuk jangka masa panjang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.