Isu Tabung Haji: Cara Pemikiran Kita Berbeza

Izinkan saya berbeza pendapat.

1. Saya perhatikan sebahagian dari kita terutama yg terdidik dalam bahagian kewangan agak jumud pada kiraan nombor dan pematuhan guideline sehingga kadang2 tidak membebaskan anda untuk berfikir dgn creative untuk objective yg lebih besar.

2. Konsep conservatism dan prudence yg sebati dalam jiwa membentuk pemikiran menjadi “black and white” people dan sgt sukar menerima “grey” people. Saya masih ingat seorang Senior Vice President di syarikat saya berkata kepada bahagian kewangan kami “you guys are doing business with yourselves”. We were startled by that comment but made us think.

3. Kita melihat beberapa “pakar kewangan” juga nampak hampir tenggelam dalam lubuk technicalities. Technicalities adalah “manmade”. Allah bagi kita kebijaksanaan untuk berfikir creative untuk mencapai objective yg lebih besar.

4. Islam itu sendiri banyak mengajar kita untuk berfikir dalam konteks yg besar. Saya bagi contoh yg mudah, dalam dunia perakaunan dan kewangan yakni dunia kiraan atas kertas, derma tidak membuat akaun anda lebih baik.
Mana mungkin orang yg berbahas dari sudut teknikal melihat kewarasan Saidina Abu Bakar r.a mendermakan seluruh hartanya. Konsep kewangan traditional ialah semakin banyak derma semakin rugi. Tapi kita orang islam berfikir dalam konteks yg lebih besar yakni barakah. Mereka ada ambik sikit konsep itu dengan menamakannya CSR tapi tidak sampai kepada barakah dalam definisi kita.

5. Sama juga subsidi bukanlah sesuatu yang baik bila ditolak campur atas kertas. Tapi yg melihat dalam konteks yg lebih besar akan berfikir berbeza. Dalam konteks subsidi haji umpamanya, saya risau bila mereka yg patut bercakap dgn nilai taqwa memberi bayangan kemungkinan melupuskan subsidi haji dimasa depan dengan menekankan lebih kepada istito’ah sedangkan ia patut dilihat lebih dari sudut barakah. Mereka bercakap tentang “hadiah” jadi ikut suka nak bagi atau tidak sedangkan kita melihat pada sisi yg lebih besar. Kita dalam TH umpama satu keluarga yg menolong satu sama lain. Bayangkan seorang adik yg tidaklah susah tapi sedikit pertolongan akan cepatkan proses mampu untuk pergi haji, tiba2 abang dia cakap “kau belum mampu tak payahlah pergi, janganlah asyik harap subsidi dari aku”. Ayatnya tidaklah begitu, tapi itulah maksudnya. Tidak selayaknya berkata begitu sesama adik beradik. Malah mengingatkan adik beradik bahawa ini hanya hadiah seolah-olah agak kasar. Bila saya baca begini, saya fikir jumudnya pemikiran, tidak selari dgn konsep tabung keluarga orang islam. Ada juga rasa sakit hati membacanya.

6. Orang “perakaunan international” yg kita buat reference itu tak mungkin boleh faham konsep ini. Tapi kita biarkan diri kita tenggelam dlm technicalities mereka. Sebab kenapa TH diterajui oleh islam ialah sebab pendekatan dan pemikiran kita sepatutnya berbeza. Bila kita mahu bercakap dalam acuan sama dengan mereka, ianya jadi tidak kena.

7. Saya juga pelik umpamanya bila pemberian dividen TH tinggi beberapa tahun yg lepas jadi perdebatan. Dulu bergolek kalau umum dividen rendah, sekarang bergolek sebab dulu beri dividend tinggi. Peningnya. Saya dan anda tidak pernah benar-benar rasa rugi sehingga hari dividen 1.25% diumumkan. Ya, kita boleh go through technicalities dan boleh berdebat till the cow goes home tapi tidak akan berjumpa titik temu sebab satu pihak fokus pada technicalities tapi satu pihak fokus kepada big picture. Saya ulang, technicalities adalah “man-made”, terpulang pada kebijaksanaan kita supaya bigger objectives are met.

8. Juga saya nampak kecenderungan berfikir dengan memusatkan perhatian pada satu titik sahaja sedangkan setiap sesuatu adalah sebahagian dari rantaian yg lebih besar. TH itu adalah sebahagian dari ekonomi yg lebih besar. Apabila dividen tinggi, pendeposit akan berbelanja lebih dan memulangkan wang lebihan ini kepada ekonomi. Apabila ekonomi rancak, keyakinan pelabur akan naik. Bila keyakinan pelabur kembali ini akan diikuti kenaikan harga saham yg kemudiannya mendatangkan kebaikan pada pegangan saham TH juga.

9. Juga ramai orang islam yg kaya menyimpan jutaan dalam TH menggunakan dividen yg tinggi itu untuk kebaikan ummah dengan redistribute what they get to those in need.

10. Dividend tinggi juga encourages rich muslims to save here dan akan menaikkan nilai zakat yg kemudian akan kembali kepada ekonomi orang islam. Ini yg kita kata melihat konteks menyeluruh. Tapi klu asyik tgk satu step saja, memang tak nampak.

11. Ramadhan tahun ini, seluruh ekonomi islam akan short by $2-$3bil in cash dividends yang selalunya berlegar dalam ekonomi islam dalam berbagai bentuk termasuk bantuan buat masjid, bantuan anak jiran yg perlu bantuan belajar, bantuan ramadan yg bakal tiba dsbnya. Contoh kalau seorang muslim ada 2 juta ringgit dalam TH dan menganggar dividend sebanyak 5% bersamaan RM100ribu. Dia menganggar 50% atau RM50 ribu dari dividend ini mahu diinfak kepada pembinaan masjid. Tapi tiba tiba dapat RM20 ribu saje dividend jadi jumlah yang diinfaq juga akan berkurang. Mungkin lebihan lagi RM50 ribu digunakan untuk umrah yg akhirnya pergi kepada syarikat umrah islam. Ianya adalah satu rantaian ekonomi dan bantu membantu. Dari sinilah timbul barakah.

12. Sama juga dengan ratiban kemusnahan TH. Hari hari kita ambik pendekatan burukkan keluarga kita. Walaupun kalau sebahagiannya benar, ia tak membantu institusi keluarga kita ini. Tahi yg dilempar pasti ada yg terpercik ke muka sendiri.

13. Bagi saya perbalahan hari ini ialah kerana perbezaan approach. Seperti membetulkan seorang anak yg agak nakal tapi sebenarnya banyak potensi.

14. Pimpinan terdahulu mengambil approach lebih kepada “big picture” memastikan anak ini terus diyakini masyarakat dengan selalu menonjolkan kebaikan anak dan mungkin handle keburukannya didalam rumah tanpa bising2 pada jiran dan masyarakat – manakala pimpinan sekarang mengambil approach merotan anak ini didepan masyarakat, menghebahkan segalanya – dengan pergi kepada pelbagai technicalities, ada yg benar ada masalah, ada pula yg adat berniaga dan ada hanyalah masalah cara rekod – sebagai bukti dia seorang ayah yg transparent untuk tunjuk kepada masyarakat that he is doing something about him.

15. Both approach pun akan ada yg kritik dan ada baik buruknya – sebab tidak ada yang perfect. Cuma saya lebih kepada pendekatan yg dulu sebab pada penerhatian saya dalam pendekatan lama fokusnya pada anak tapi pendekatan baru fokusnya lebih untuk ayah kelihatan bagus. Dalam pimpinan baru ini, setiap hari dalam kampung asyik letih membawang pasal anak dia saja sehingga mungkin hilang fokus pada anak anak yg lain. Susutnilai (atas kertas) TH 4.1Bil disebut setiap hari tetapi kerugian nyata yg lebih besar seperti Bursa Malaysia yg jatuh 200 anak mata dari tarikh PRU14 sehingga kini (dianggarkan dengan nilai $280Bil) tidak mendapat fokus. Penny wise pound foolish.

Mungkinlah cara fikir kita berbeza.

Wallahua’lam, maaf kalau ada tersilap bahasa. Tulisan ini bukan untuk berbalah sebab tak mungkin ada titik temu bila melihat dari sisi berbeza tapi sekadar mengajak kawan kawan berfikir dengan jiwa yg lebih besar. Tidak ada niat lain dalam tulisan ini kecuali untuk kebaikan ummah.

Hamba Allah
Binjai 8, Kuala Lumpur

Sumber: FB ايلي عبد الرشيد

Meraikan Perbezaan Pendapat

Di sebelah pihak Tabung Haji, kita boleh baca Penjelasan Berkaitan Isu Tabung Haji oleh Lembaga Tabung Haji. Habis tu dah kenapa Tabung Haji (TH) Untung Setiap Tahun, Tetapi Bagaimana Liabiliti Melebihi Aset?

Pendapat yang lain pula menyatakan Hibah Tabung Haji – Adakah Salah Menggunakan Budi Bicara Untuk Beri Kepada 9.3 Juta Pendeposit?

Di pihak orang awam pula, Betul Ke Simpanan Di Tabung Haji Untuk Tujuan Pergi Haji Sahaja, Bukan Untuk Tujuan Pelaburan?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rawatan Gigi Yang Mana Tidak Boleh Dituntut Sebagai Pelepasan Cukai?

Ramai yang tidak tahu bahawa kos rawatan pergigian sebenarnya boleh dituntut sebagai pelepasan cukai pendapatan.

Bukan setakat rawatan hospital, pemeriksaan kesihatan atau pembelian ubat-ubatan tertentu. Rawatan gigi seperti scaling, tampalan dan cabutan gigi juga termasuk dalam senarai perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai.

Pelepasan cukai bukan bermaksud kita boleh tuntut semula wang yang dibayar kepada klinik gigi. Sebaliknya, perbelanjaan yang layak akan ditolak daripada pendapatan agregat bagi mengira pendapatan bercukai.

Untuk Tahun Taksiran 2026, pembayar cukai boleh menuntut pelepasan sehingga RM1,000 bagi pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Tetapi tidak semua rawatan gigi layak dituntut.

Ada yang pergi klinik gigi untuk scaling, tampalan, cabutan gigi dan pemeriksaan rutin. Ada juga yang memasang braces, membuat veneer atau menjalani rawatan pemutihan gigi.

Persoalannya, adakah semua perbelanjaan ini boleh dimasukkan dalam e-Filing?

Jawapannya, tidak.

Jom kita lihat rawatan pergigian yang perlu diberi perhatian sebelum membuat tuntutan pelepasan cukai.

1. Pemutihan gigi (Teeth Whitening)

Rawatan pemutihan gigi bertujuan menjadikan gigi kelihatan lebih putih dan menarik.

Ia lazimnya dikategorikan sebagai rawatan kosmetik dan bukannya rawatan pergigian untuk tujuan kesihatan.

Oleh itu, kos pemutihan gigi tidak boleh dituntut sebagai pelepasan cukai.

2. Pemasangan Veneer

Veneer ialah lapisan nipis yang dipasang pada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki warna, bentuk atau penampilan gigi.

Walaupun dilakukan oleh doktor gigi, rawatan ini lazimnya bersifat kosmetik.

Jadi, jangan anggap semua rawatan yang dilakukan di klinik pergigian secara automatik layak mendapat pelepasan cukai.

3. Rawatan Kosmetik Pergigian

Antara rawatan lain yang bertujuan semata-mata untuk memperbaiki penampilan gigi juga perlu diberi perhatian.

Contohnya:

  • Pembentukan semula gigi untuk tujuan kosmetik.
  • Rawatan estetik untuk memperbaiki senyuman.
  • Prosedur kosmetik yang tidak mempunyai indikasi perubatan.

Prinsipnya mudah: rawatan kosmetik semata-mata tidak termasuk dalam skop pelepasan rawatan pergigian.

4. Bagaimana pula dengan pemasangan pendakap gigi (braces)?

Ini antara perkara yang sering mengelirukan pembayar cukai.

Braces atau pendakap gigi digunakan untuk membetulkan kedudukan gigi dan masalah gigitan.

Walaupun rawatan ini dilakukan oleh pakar ortodontik, jangan terus menganggap kos pemasangan braces layak mendapat pelepasan cukai.

Ketetapan Umum LHDN tidak menyenaraikan braces secara khusus sebagai rawatan yang layak.

Jika rawatan mempunyai keperluan klinikal atau perubatan, dapatkan pengesahan LHDN berdasarkan keadaan sebenar rawatan sebelum membuat tuntutan.

Rawatan gigi apa yang boleh dituntut?

Antara rawatan pergigian yang termasuk dalam skop pelepasan cukai ialah:

  • Pemeriksaan pergigian.
  • Scaling dan pembersihan karang gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Cabutan gigi.

Rawatan tersebut mestilah dilakukan oleh pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan disokong dengan resit rasmi.

Boleh tuntut untuk isteri dan anak-anak?

Ya sudah tentu!

Di bawah perenggan 46(1)(g)(iv), Akta Cukai Pendapatan 1967, pembayar cukai layak menuntut pelepasan bagi perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk:

  • Diri sendiri.
  • Suami atau isteri.
  • Anak-anak.

Pelepasan yang dibenarkan adalah terhad kepada RM1,000 secara terkumpul, bukannya RM1,000 untuk setiap individu.

Contohnya:

Anda membelanjakan RM500 untuk scaling dan tampalan gigi sendiri, RM400 untuk rawatan gigi isteri dan RM300 untuk rawatan gigi anak.

Jumlah perbelanjaan ialah RM1,200.

Namun, jumlah maksimum yang boleh dituntut hanyalah RM1,000.

Bagaimana pula rawatan gigi untuk ibu bapa?

Ini lebih menarik.

Rawatan pergigian ibu bapa dan datuk nenek mempunyai kategori pelepasan cukai yang berbeza.

Di bawah perenggan 46(1)(c) Akta Cukai Pendapatan 1967, perbelanjaan rawatan perubatan dan pergigian ibu bapa serta datuk nenek boleh dituntut sehingga RM8,000 setahun. Ibu bapa atau datuk nenek hendaklah bermastautin di Malaysia.

Antara rawatan yang dinyatakan termasuk:

  • Cabutan gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Scaling.
  • Gigi palsu.
  • Rawatan akar (root canal).
  • Rawatan menggantikan gigi.
  • Pembaikan gigi.

Had RM8,000 ini dikongsi dengan perbelanjaan perubatan lain yang layak untuk ibu bapa dan datuk nenek.

Jangan lupa simpan resit!

Sebelum meninggalkan klinik pergigian, pastikan anda mendapatkan resit rasmi yang menyatakan jenis rawatan yang dilakukan.

Pastikan juga maklumat klinik atau doktor gigi dapat dikenal pasti.

Simpan semua resit dan dokumen sokongan selama tujuh tahun kerana LHDN boleh meminta dokumen tersebut sekiranya tuntutan dipilih untuk semakan atau audit.

Satu lagi perkara penting: jika kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan atau syarikat (klinik panel), jangan tuntut semula perbelanjaan yang sama sebagai pelepasan cukai individu.

Bila tarikh akhir untuk mendapatkan pelepasan cukai?

Perbelanjaan yang dibuat dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026 akan diambil kira untuk Tahun Taksiran 2026.

Maksudnya, jika anda memang bercadang untuk membuat pemeriksaan atau rawatan gigi, jangan tangguh sehingga tahun hadapan.

Pergi buat pemeriksaan. Kalau ada karang gigi, buat scaling. Kalau ada gigi berlubang, buat tampalan sebelum masalah menjadi lebih serius.

Ajak sekali pasangan dan anak-anak. Jangan lupa periksa keadaan gigi ibu bapa juga.

Kesimpulannya, pelepasan cukai bukan alasan untuk berbelanja secara berlebihan. Tetapi kalau memang ada keperluan rawatan, manfaatkan pelepasan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Jaga kesihatan gigi, jaga poket dan jangan biarkan pelepasan cukai yang layak dituntut begitu sahaja.

Sumber: Ketetapan Umum No. 7/2025, Pencukaian Individu Bermastautin Bahagian I – Hadiah atau Sumbangan dan Potongan yang Dibenarkan.