Kenali Syarikat Sekuriti (Securities Company) Dan Ciri-Cirinya

Syarikat Sekuriti atau juga dikenali sebagai Securities Company merupakan sebuah syarikat atau organisasi yang terlibat dalam pasaran modal yang menguruskan transaksi pelaburan.

Jangan keliru pula syarikat sekuriti dengan syarikat yang menawarkan perkhidmatan ‘pak guard’ ya. Kerana selalu sangat orang yang tak berapa tahu tentang industri kewangan dan pelaburan di Malaysia, akan tersilap.

Disebabkan inilah kita sebagai seorang pelabur, kena tahu syarikat sekuriti dan fungsi mereka. Kerana tanpa syarikat sekuriti, tak mungkin sesuatu transaksi pelaburan akan berjaya.

Apakah Syarikat Sekuriti?

Merupakan syarikat sekuriti yang mengurus dan membantu dalam urusan berkaitan pelaburan, saham serta menjadi perantara jual beli (broker). Terdapat 2 jenis syarikat sekuriti yang harus anda tahu dengan fungsi yang berbeza.

2 Jenis Syarikat Sekuriti Dan Fungsinya

1. Syarikat Sekuriti (Discount Broker)

Syarikat Sekuriti Diskaun Broker adalah syarikat yang menjadi orang tengah untuk jual beli (broker) kepada pelabur. Ia bukanlah sebuah badan penasihat atau organisasi yang menetapkan strategi perniagaan pelabur, namun ia hanya menurut arahan daripada pelabur untuk melaksanakan tanggungjawabnya.

Sebagai contoh, syarikat sekuriti akan menyiapkan laporan pembelian dan penjualan.

2. Syarikat Sekuriti (Full Service Broker)

Tahukah anda, Syarikat Sekuriti Full Service Broker ini menawarkan perkhidmatan penuh kepada pelabur? Syarikat sekuriti juga bertindak sebagai perantaraan jual beli, malah mereka juga menyediakan khidmat nasihat berkaitan pelaburan.

Ia terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu pemerhatian, penyelidikan serta analisis pasaran. Mereka juga akan memberi cadangan dalam seperti pemilihan portfolio dan risiko pengurusan.

Ciri-Ciri Syarikat Sekuriti

Terdapat beberapa ciri syarikat sekuriti yang harus anda tahu supaya tidak berlaku masalah di kemudian hari. Penting juga untuk kita tahu agar urusan pelaburan saham berjalan lancar dan lebih selamat.

1. Mempunyai Lesen Yang Sah

Syarikat perlulah mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan operasi mereka di Malaysia. Di sini, kita ada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang berperanan mengawal fungsi kawal selia perkara yang berkaitan bursa serta meningkatkan pembangunan sekuriti Malaysia.

Baca: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Dan Peranannya.

2. Keupayaan Penyelidikan

Syarikat sekuriti perlu ada sebuah unit penyelidikan dan penganalisis yang efektif serta berkualiti dalam menjalankan penyelidikan. Mereka yang melakukan banyak kajian dan analisis yang tepat sering dianggap sebagai syarikat sekuriti yang berkualiti.

3. Modal dan Kecairan

Transaksi dan urusan anda juga dipengaruhi oleh modal sekuriti sesebuah syarikat sekuriti.  Semakin banyak modal, semakin kuat syarikat sekuriti tersebut dan lebih banyak aktiviti perniagaan yang dapat dijalankan oleh mereka.

Sumber Rujukanmorouang

Akhir kata, pilihlah syarikat sekuriti yang berpengalaman, stabil dan telus dalam memberikan perkhidmatan. Sebagai pelabur, pastikan syarikat sekuriti pilihan dan wakil remisier/dealer yang bekerja dengan syarikat tersebut dapat mengurus anda dengan baik.

Baca juga 6 Broker Saham Paling Aktif Di Media Sosial.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerjaya Prospek: Terus Memperoleh Pelanggan Baharu

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR3.19, potensi kenaikan harga saham 41% dan kadar hasil dividen kira-kira 6% untuk FY27F

Semalam, Kerjaya Prospek berjaya meraih kontrak bernilai MYR529j daripada BRDB Developments (BRDB). Kontrak ini berkait dengan sebuah pembangunan bernama Eden Taman Duta yang merangkumi lapan buah blok bangunan kediaman berkonsepkan villa yang menempatkan 146 unit di Jalan Gallagher, Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Kerja-kerja pembinaan dijadualkan bermula pada 15 Jun dan akan disiapkan dalam tempoh 33 bulan dari tarikh bermulanya pembinaan.

Kontrak ini merupakan tawaran kerja ketujuh KPG untuk FY26

Yang pertama daripada BRDB. Malahan, terdapat dua kontrak lebih awal pada FY26 yang diterima daripada pelanggan-pelanggan baharu; terutamanya Sena Letrik dan IJM Land. Oleh demikian itu, KPG berupaya mendapatkan tiga pelanggan baharu pada FY26 dan hal ini memberikan petanda bahawa rangkaian pelanggan kumpulan ini dapat diperluas.

Kami ramalkan paras margin bersih projek ini akan berlingkungan antara 8-10%. Berdasarkan anggaran kami, baki buku pesanan berjumlah MYR4.5bn (termasuk tawaran terbaharu) oleh KPG mempunyai 70-80% kerja yang datang daripada pihakpihak berkaitan seperti Kerjaya Prospek Property (KPPROP MK, TIADA SARANAN) dan Eastern & Oriental (EAST MK, BELI, TP: MYR1.05).

Mengambil kira tawaran kontrak terbaharu ini, KPG sudah memperoleh projekprojek baharu bernilai kira-kira MYR1.6bn

Sejak awal tahun ini hingga sekarang (YTD) berbanding dengan sasaran FY26F-nya berjumlah MYR2bn dan andaian penambahan kerja bernilai MYR2.3bn kami untuk tahun kewangan yang sama. Pada pandangan kami, projek-projek yang bakal diperoleh untuk tempoh FY26 yang berbaki termasuklah:

i) AVÉA yang dilancarkan baru-baru ini oleh EAST, yang mungkin mencatat nilai pembinaan sekitar MYR400j (GDV: MYR1bn)

ii) Mezon@Park Enclave oleh Aspen Group di Batu Kawan (yang mungkin bernilai MYR200-400j, berdasarkan kontrak-kontrak sebelum ini)

iii) projek dengan GDV berjumlah MYR720j oleh KPPROP (nilai pembinaan: kira-kira MYR288j) di Batu Kawan.

Pendorong tambahan ialah sekiranya KPG berjaya mendapatkan kerja-kerja baharu daripada segmen perindustrian

Kontrak kerja terakhir yang diperoleh dalam kategori ini adalahpada bulan Sep 2023, iaitu daripada Texas Instruments.

Jangkaan perolehan

Kami tidak membuat sebarang pindaan pada perolehan FY26F memandangkan kerja terbaharu menepati sasaran penambahan kerja berjumlah MYR2.3bn kami untuk FY26F. Sehubungan dengan itu, TP MYR3.19 kami yang diraih melalui kaedah SOP dikekalkan. Premium ESG 2% turut dimasukkan dalam pengiraan TP kami berikutan markah ESG sebanyak 3.1.

Faktor pemangkin besar untuk KPG

Seandainya kumpulan ini mengambil bahagian dalam mana-mana projek prasarana utama seperti Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang). Menurut majalah The Edge, KPG menerusi sebuah konsortium dengan SinoHydro Corp dan Power China Group berhasrat memperoleh pakej kedua LRT Pulau Pinang (dengan anggaran nilai MYR4bn).

Risiko negatif

Kemerosotan pasaran hartanah dan tekanan kos berlarutan.

Asas Penilaian

Kami menilai Kerjaya Prospek menerusi kaedah SOP, iaitu diperoleh daripada gabungan kaedah penilaian P/E, dan RNAV.

Faktor Pemacu Utama

Perolehan Kerjaya Prospek diperkukuh oleh pesanan kerja pembinaan, jualan hartanah dan pembuatan lekapan & kelengkapan dalaman.

Risiko Utama

i. Kemerosotan pasaran hartanah
ii. Tekanan kos berpanjangan.

Profil Syarikat

Kerjaya Prospek memperoleh penyenaraiannya melalui pengambilalihan terbalik ke atas Fututech. Syarikat ini terlibat dalam pembinaan, pembangunan hartanah, dan pembuatan

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.