Tips Rancang Kewangan Untuk Setiap Peringkat Umur

Saban tahun statistik belia muflis di Malaysia semakin meningkat dan kebanyakannya berpunca daripada salah urus kewangan. Ikuti perkongsian usahawan muda Nur Aliah Mohd Nor ini, yang merupakan salah seorang stokis terbaik perfume De’Xandra.

Mengikut kajian, ramai orang gagal menguruskan wang simpanan dengan baik, menyebabkan mereka terpaksa bekerja lebih masa untuk sara hidup yang kian mencabar ini.

Bayangkan 5 tahun akan datang, duit RM1,500 ni takkan cukup dengan nak beli barang untuk anak-anak, barang keperluan, nak bayar hutang PTPTN dan ini belum termasuk lagi nak bayar hutang personal loan.

Jadi, di sini Lia nak ajak kepada semua belia-belia muda untuk mula merancang kewangan seawal usia 20-an. Manakala yang berumur 30 tahun ke atas perlu pendekatan lebih kepada perancangan persaraan.

Umur 20 hingga 29 tahun

+ Hidup gaya seorang student (suka berjimat)
+ Jadikan amalan suka dan cintakan menabung
+ Asingkan 30% duit untuk simpanan seperti simpan di ASB, Tabung Haji dan Koperasi
+ Bahagikan wang simpanan mengikut kategori seperti : tabung aset, tabung pendidikan, tabung anak dan tabung persaraan
+ Buat side income perniagaan, contoh jadi dropship Dexandra
+ Sentiasa follow-up mentor atau guru untuk bantu anda kembangkan perniagaan
+ Rajinkan diri untuk hadir ke seminar seperti Azizan Osman, IezaYusof dan CoachZie
+ Banyakkan membaca buku motivasi dan tips bisnes
+ Cari ILMU, ILMU dan ILMU di mana sahaja anda berada

Umur 30 hingga 39 tahun

+ Rancang beli rumah untuk dijadikan pasif income
+ Rancang duit persaraan dengan lebih baik dari sebelum ini
+ Asingkan 10% duit ke simpanan perlindungan iaitu Life Takaful dan Medical Card
+ Simpan 6 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan
+ Labur 10% je daripada simpanan untuk risiko yang tinggi seperti pelaburan saham
+ Korbankan banyak masa untuk dapatkan simpanan yang maksimum

Umur 40 hingga 49 tahun

+ Biasa waktu ini sudah berkeluarga
+ Pastikan hutang kredit dah diselesaikan
+ Fokuskan 100% kepada tabung persaraan
+ Fokuskan juga untuk simpanan pendidikan anak-anak
+ Teruskan menabung dan jangan pernah berhenti untuk menabung
+ Fokus untuk menyampai ilmu kepada generasi muda

Umur 50 tahun dan ke atas

+ Teruskan membuat simpanan (jangan pernah rasa dah terlambat)
+ Bincang dengan pasangan tentang pembahagian harta
+ Jangan ambil pelaburan yang berisiko tinggi
+ Rajinkan diri untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan
+ Banyakkan masa bermain dengan cucu-cicit di taman permainan
+ Eratkan lagi hubungan kasih dan sayang bersama keluarga yang di cintai dengan pergi bercuti

Kalau anda boleh follow betul-betul guideline yang Lia bagi di atas ini, InshaaAllah anda akan bebas hutang dan mempunyai simpanan yang sangat banyak.

Malah, duit lebihan yang anda ada itu boleh la bersedekah lebih atau menginfak harta bagi mencari keredhaan Allah SWT dan demi saham akhirat juga.

Pastikan setiap matlamat yang anda ingin capai, tulis dengan details berserta berapa jumlah yang anda inginkan. Kemudian tampal di ruang bilik tidur atau office anda.

Kredit: FB Nur Aliah Mohd Nor

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rawatan Gigi Yang Mana Tidak Boleh Dituntut Sebagai Pelepasan Cukai?

Ramai yang tidak tahu bahawa kos rawatan pergigian sebenarnya boleh dituntut sebagai pelepasan cukai pendapatan.

Bukan setakat rawatan hospital, pemeriksaan kesihatan atau pembelian ubat-ubatan tertentu. Rawatan gigi seperti scaling, tampalan dan cabutan gigi juga termasuk dalam senarai perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai.

Pelepasan cukai bukan bermaksud kita boleh tuntut semula wang yang dibayar kepada klinik gigi. Sebaliknya, perbelanjaan yang layak akan ditolak daripada pendapatan agregat bagi mengira pendapatan bercukai.

Untuk Tahun Taksiran 2026, pembayar cukai boleh menuntut pelepasan sehingga RM1,000 bagi pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Tetapi tidak semua rawatan gigi layak dituntut.

Ada yang pergi klinik gigi untuk scaling, tampalan, cabutan gigi dan pemeriksaan rutin. Ada juga yang memasang braces, membuat veneer atau menjalani rawatan pemutihan gigi.

Persoalannya, adakah semua perbelanjaan ini boleh dimasukkan dalam e-Filing?

Jawapannya, tidak.

Jom kita lihat rawatan pergigian yang perlu diberi perhatian sebelum membuat tuntutan pelepasan cukai.

1. Pemutihan gigi (Teeth Whitening)

Rawatan pemutihan gigi bertujuan menjadikan gigi kelihatan lebih putih dan menarik.

Ia lazimnya dikategorikan sebagai rawatan kosmetik dan bukannya rawatan pergigian untuk tujuan kesihatan.

Oleh itu, kos pemutihan gigi tidak boleh dituntut sebagai pelepasan cukai.

2. Pemasangan Veneer

Veneer ialah lapisan nipis yang dipasang pada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki warna, bentuk atau penampilan gigi.

Walaupun dilakukan oleh doktor gigi, rawatan ini lazimnya bersifat kosmetik.

Jadi, jangan anggap semua rawatan yang dilakukan di klinik pergigian secara automatik layak mendapat pelepasan cukai.

3. Rawatan Kosmetik Pergigian

Antara rawatan lain yang bertujuan semata-mata untuk memperbaiki penampilan gigi juga perlu diberi perhatian.

Contohnya:

  • Pembentukan semula gigi untuk tujuan kosmetik.
  • Rawatan estetik untuk memperbaiki senyuman.
  • Prosedur kosmetik yang tidak mempunyai indikasi perubatan.

Prinsipnya mudah: rawatan kosmetik semata-mata tidak termasuk dalam skop pelepasan rawatan pergigian.

4. Bagaimana pula dengan pemasangan pendakap gigi (braces)?

Ini antara perkara yang sering mengelirukan pembayar cukai.

Braces atau pendakap gigi digunakan untuk membetulkan kedudukan gigi dan masalah gigitan.

Walaupun rawatan ini dilakukan oleh pakar ortodontik, jangan terus menganggap kos pemasangan braces layak mendapat pelepasan cukai.

Ketetapan Umum LHDN tidak menyenaraikan braces secara khusus sebagai rawatan yang layak.

Jika rawatan mempunyai keperluan klinikal atau perubatan, dapatkan pengesahan LHDN berdasarkan keadaan sebenar rawatan sebelum membuat tuntutan.

Rawatan gigi apa yang boleh dituntut?

Antara rawatan pergigian yang termasuk dalam skop pelepasan cukai ialah:

  • Pemeriksaan pergigian.
  • Scaling dan pembersihan karang gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Cabutan gigi.

Rawatan tersebut mestilah dilakukan oleh pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan disokong dengan resit rasmi.

Boleh tuntut untuk isteri dan anak-anak?

Ya sudah tentu!

Di bawah perenggan 46(1)(g)(iv), Akta Cukai Pendapatan 1967, pembayar cukai layak menuntut pelepasan bagi perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk:

  • Diri sendiri.
  • Suami atau isteri.
  • Anak-anak.

Pelepasan yang dibenarkan adalah terhad kepada RM1,000 secara terkumpul, bukannya RM1,000 untuk setiap individu.

Contohnya:

Anda membelanjakan RM500 untuk scaling dan tampalan gigi sendiri, RM400 untuk rawatan gigi isteri dan RM300 untuk rawatan gigi anak.

Jumlah perbelanjaan ialah RM1,200.

Namun, jumlah maksimum yang boleh dituntut hanyalah RM1,000.

Bagaimana pula rawatan gigi untuk ibu bapa?

Ini lebih menarik.

Rawatan pergigian ibu bapa dan datuk nenek mempunyai kategori pelepasan cukai yang berbeza.

Di bawah perenggan 46(1)(c) Akta Cukai Pendapatan 1967, perbelanjaan rawatan perubatan dan pergigian ibu bapa serta datuk nenek boleh dituntut sehingga RM8,000 setahun. Ibu bapa atau datuk nenek hendaklah bermastautin di Malaysia.

Antara rawatan yang dinyatakan termasuk:

  • Cabutan gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Scaling.
  • Gigi palsu.
  • Rawatan akar (root canal).
  • Rawatan menggantikan gigi.
  • Pembaikan gigi.

Had RM8,000 ini dikongsi dengan perbelanjaan perubatan lain yang layak untuk ibu bapa dan datuk nenek.

Jangan lupa simpan resit!

Sebelum meninggalkan klinik pergigian, pastikan anda mendapatkan resit rasmi yang menyatakan jenis rawatan yang dilakukan.

Pastikan juga maklumat klinik atau doktor gigi dapat dikenal pasti.

Simpan semua resit dan dokumen sokongan selama tujuh tahun kerana LHDN boleh meminta dokumen tersebut sekiranya tuntutan dipilih untuk semakan atau audit.

Satu lagi perkara penting: jika kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan atau syarikat (klinik panel), jangan tuntut semula perbelanjaan yang sama sebagai pelepasan cukai individu.

Bila tarikh akhir untuk mendapatkan pelepasan cukai?

Perbelanjaan yang dibuat dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026 akan diambil kira untuk Tahun Taksiran 2026.

Maksudnya, jika anda memang bercadang untuk membuat pemeriksaan atau rawatan gigi, jangan tangguh sehingga tahun hadapan.

Pergi buat pemeriksaan. Kalau ada karang gigi, buat scaling. Kalau ada gigi berlubang, buat tampalan sebelum masalah menjadi lebih serius.

Ajak sekali pasangan dan anak-anak. Jangan lupa periksa keadaan gigi ibu bapa juga.

Kesimpulannya, pelepasan cukai bukan alasan untuk berbelanja secara berlebihan. Tetapi kalau memang ada keperluan rawatan, manfaatkan pelepasan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Jaga kesihatan gigi, jaga poket dan jangan biarkan pelepasan cukai yang layak dituntut begitu sahaja.

Sumber: Ketetapan Umum No. 7/2025, Pencukaian Individu Bermastautin Bahagian I – Hadiah atau Sumbangan dan Potongan yang Dibenarkan.