Kerja Pertama Yang Dilakukan Oleh 14 Orang Kaya Dan Terkenal Dunia

Kerja pertama biasanya merupakan platform untuk menimba ilmu. Kebanyakan daripada kita bekerja dalam masa yang singkat untuk mengambil sedikit pengalaman sebelum didedahkan dengan dunia pekerjaan yang sebenar.

Berikut adalah senarai eksekutif syarikat terkenal dunia sebelum mereka mengemudi syarikat terkemuka dan menjadi jutawan dan terkenal.

Jeff Bezos

Siapa sangka dahulunya beliau pernah bekerja di restoran McDonald’s pada tahun 1980-an, kini menjadi orang terkaya di dunia. Begitulah nasib manusia jika kita sendiri yang menentukan hala tuju hidup kita. Jeff Bezos yang dibayar dengan gaji sebanyak $2.69 untuk sejam di restoran tersebut.

Beliau yang kemudian menamatkan pengajian dalam bidang sains komputer dan memasuki alam pekerjaan secara profesional selepas tamat pengajianya itu. Beliau yang bekerja sebagai penganalisis saham di sebuah syarikat saham yang baru bermula yang bernama Fitel sebelum mengasakan Syarikat Amazon.

Kini kekayaannya adalah sebanyak $131 billion menurut perkiraan majalah Forbes.

Mark Zuckerberg

Mark Zukerberg boleh dikatakan bertuah kerana pekerjaan pertamanya adalah membina aplikasi untuk sebuah syarikat teknologi. Beliau yang pada ketika itu merupakan pelajar dalam bidang sains komputer di Universiti Harvard. Aplikasi yang dicipta itu adalah aplikasi untuk memilih lagu untuk didengar oleh orang ramai.

Aplikasi tersebut bernilai sebanyak $1 juta tetapi Mark Zukerberg tidak mengambil sebarang keuntungan daripada aplikasi yang diciptanya itu kerana dia memberi secara percuma kepada orang ramai untuk menggunakannya.

Sama seperti Facebook yang diberi percuma untuk orang ramai tetapi mengaut keuntungan hasil dari jualan iklan.

Satya Nadella

Satya juga bertuah kerana pekerjaan pertamanya adalah sebagai jurutera perisian komputer di Microsoft setelah tamat pelajaran di peringkat Universiti. Beliau yang menceritakan pengalaman pertamanya ditemuduga ketika berada di Microsoft pada tahun 1992.

Pada masa itu penemuduga telah bertanyakan soalan yang luar daripada skop kerja. Penemuduga bertanyakan sekiranya dia terlihat bayi yang jatuh ke lantai, apakah tindakan yang dilakukan olehnya pada ketika itu. Satya yang tidak menjangkakan soalan itu akan ditanya oleh penemu duga tersebut.

Beliau menjawab akan menghubungi 911 jika terdapat situasi tersebut berlaku kepadanya. Penemuduga tersebut ingin mengetahui sejauh mana dasar simpati yang ada dalam lubuk hati Satya.

Kini beliau merupakan CEO Syarikat Microsoft dengan pendapatan sebanyak $25 juta setahun.

Elon Musk

Digelar Iron Man dalam dunia nyata. Seperti Mark Zukerberg, Elon Musk merupakan seseorang yang obses dengan pengatucaraan komputer. Pekerjaan pertamanya mencipta kod bagi permainan video. Beliau telah menjual kod permainan itu dengan harga $500 ketika berusia hanya 12 tahun.

Kini beliau merupakan salah seorang bilionaire yang bernilai $20 bilion dan mempunyai dua buah syarikat yang terkenal dalam dunia teknologi. Syarikat tersebuat adalah Tesla, penerajui kereta elektrik dunia, dan Space X syarikat yang menerajui penerokaan angkasa lepas.

Jack Dorsey

Pekerjaan pertamanya adalah sebagai seorang model dan kemudian beralih kepada jurutera komputer. Beliau begitu obses dengan syarikat penghantaran ketika di usia remaja. Beliau telah membina aplikasi untuk syarikat penghantaran ketika usianya masih lagi remaja pada tahun 1991 di New York.

Beliau yang merupakan salah seorang pengasas media sosial yang terkenal iiatu Twitter dan kini mempunyai nilai kekayaan sebanyak $5.8 bilion.

Evan Spiegel

Merupakan pengasas untuk media sosial SnapChat. Beliau dibesarkan dalam keluarga  kelas pertengahan. Beliau yang mendapat pendidikan yang sempurna daripada sekolah persendirian yang terbaik di Santa Monica.

Pekerjaan pertama yang dilakukanya adalah dengan membuat pemasaran bagi jenama minuman popular Red Bull. Beliau yang pada ketika itu masih menjalani praktikal ketika melakukan tugas tersebut.

Beliau yang menjadi popular apabila menolak tawaran  untuk menjual syarikatnya kepada Mark Zukerberg, ketika syarikatnya itu masih belum lagi berada dalam pasaran saham. Mark Zukerberg yang memberi tawaran sebanyak $3 billion untuk memiliki syarikat Snapchat.

Kini kekayaanya adalah sebanyak $3.5 bilion.

Travis Kalanick

Seorang CEO yang penuh kontroversi di Lembah Silikon. Beliau yang mendapat imej yang buruk kerana pernah bergaduh dengan pemandu Uber ketika menggunakan perkhidmatan tersebut. Beliau yang meletak jawatan dalam pengurusan syarikat tersebut sebelum syarikat yang diasaskanya itu diapungkan di Bursa Saham.

Pekerjaan pertamanya sebelum menjadi CEO Syarikat Uber ialah sebagai seorang jururujual rumah ke rumah untuk pisau lipat jenama Cutco. Pekerjaan ini merupakan pekerjaan yang klasik yang popular di Amerika Syarikat suatu ketika dahulu sebelum wujudnya era pemasaran digital.

Steve Jobs

Digelar seorang visionary yang jelas dalam setiap tindakan yang dibuat serta dan mampu memperkenalkan produk yang mampu menjadikan trend semasa dunia. Beliau merupakan pengasas Syarikat Apple dan individu yang bertanggungjawab menyelamatkan Syarikat Apple daripada muflis .

Ketika usia masih lagi remaja, beliau menjadi seorang pengaturcara untuk permainan kepada syarikat terkenal pada masa tersebut iaitu Atari. Beliau membuat program permainan untuk syarikat tersebut.

Walaupun sudah meninggal dunia, legasi yang ditinggalkan oleh Steve Jobs sukar dilupakan terutamanya kepada peminat barangan Apple.

Tim Cook

Merupakan insan yang berjaya membawa Syarikat Apple ke arah landasan yang betul. Beliau merupakan orang paling kanan dalam syarikat tersebut ketika era Steve Jobs. Kerja pertama yang dilakukanya sebelum memasuki dunia korporat adalah menjual surat khabar di kawasan perumahannya di Alabama.

Beliau telah bekerja untuk syarikat IBM selama 12 tahun sebelum diserap masuk ke dalam Syarikat Apple oleh Steve Jobs. Kini beliau merupakan CEO yang dibayar gaji sebanyak $3 juta setahun di samping bonus syarikat.

Sheryl Sandberg

Merupakan wanita yang berjaya dan tulang belakang kepada Syarikat Facebook. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab mengembangkan Facebook bersama dengan Mark Zukerberg ketika era Facebook baru berkembang, dan dia adalah orang yang membawa perubahan tersebut.

Beliau yang sebelum ini bekerja untuk Syarikat Google, kemudiannya menyertai Facebook pada tahun 2008 sebagai Chief Operating Officer. Pekerjaan pertamanya selepas menamatkan pelajaran dari Universiti Harvard ialah di Bank Dunia pada tahun 1991.

Kini beliau merupakan di antara bilionaire wanita di dunia dengan nilai kekayaan sebanyak $1.7 billion.

Bill Gates

Merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia perkomputeran. Kerja pertamanya adalah ketika di usia 16 tahun yang mana pada masa itu dia telah membuat satu program untuk syarikat kereta. Beliau juga merupakan seorang yang sangat rajin dan pernah bekerja selama 18 jam sehari ketika usia remajanya.

Beliau yang sanggup membuat perkara yang sukar kerana pada era perkembangan komputer, banyak perkara baru yang perlu try and error.

Kini beliau merupakan salah seorang manusia terkaya di dunia dengan nilai melebihi $100 bilion. Beliau juga mempunyai yayasan terbesar di dunia yang membantu meningkatkan kehidupan seluruh manusia terutamanya dunia ketiga.

Sergey Brin

Beliau bekerja sebagai jurutera komputer di sebuah syarikat yang menyediakan kod analisis bagi institut Wolfram. Beliau yang kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di Universiti Stanford dan bertemu dengan Larry Page. Mereka berdua merupakan pengasas syarikat carian gergasi yang terbesar di dunia iaitu Google.

Kini beliau merupakan presiden Syarikat Alphabet yang merupakan pemilik syarikat Google. Nilai kekayaan yang dimiliki adalah $51.6 bilion.

Larry Page

Merupakan pengasas bersama untuk syarikat carian internet yang paling popular iaitu Google. Beliau merupakan anak kepada profesor sains komputer. Tidak hairanlah beliau turut mengikut jejak langkah bapanya dalam sains komputer.

Beliau yang menamatkan pengajian di dalam sains komputer dan bekerja sebagai jurutera di syarikat Advanced Management Systems yang berpengkalan di Washington.

Beliau telah berjumpa dengan Sergey Brin ketika berada di Universiti Stanford. Pada ketika itu, beliau inginkan maklumat berada di hujung jari dalam carian. Idea tersebut telah mencetuskan penubuhan Syarikat Google.

Kini nilai kekayaan yang dimiliki oleh Page adalah sebanyak $52.7 billion.

Sundar Pichai

Merupakan CEO Google selepas Eric Schmidt meletak jawatan. Kerja pertamanya adalah sebagai jurutera dalam bidang bahan binaan di syarikat Applied Materials.

Beliau yang menyertai Syarikat Google pada tahun 2004 dan menjadi CEO syarikat itu pada tahun 2015. Beliau merupakan CEO yang dibayar gaji yang sangat tinggi di Lembah Silikon.

Beliau juga diberi saham Google sebanyak 275,000 unit dan nilai kekayaannya sekarang adalah bernilai $650 juta. Beliau juga pernah menjadi buruan Syarikat Microsoft dan Twitter kerana kepakaran yang dimilikinya itu.

Sumber Rujukan: https://www.businessinsider.my

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.