Microsoft Melabur $1 Bilion Ke Dalam Bekas Syarikat Elon Musk Bagi Menaik Taraf Sistem Artificial Intelligence

Artificial Intelligence (AI) semakin mendapat tempat di kalangan syarikat gergasi dunia terutamanya syarikat teknologi yang berada di lembah silikon California. AI merujuk  kepada kepintaran buatan yang digunakan untuk memudahkan urusan kerja manusia yang memerlukan penelitian yang tinggi terhadap tugas yang dilakukan.

Kini AI telah menjadi semakin pintar dengan kebolehan mengesan gambar online yang dikongsi di Internet, dapat memandu dengan lebih cermat dan selamat tanpa pengawasan rapi.

Kepintaran buatan ini menjadi semakin penting apabila banyak syarikat teknologi mula berlumba-lumba di antara satu sama lain untuk menghasilkan kepintaran buatan yang terbaik setanding dengan kepintaran manusia atau mengatasinya.

Yang terbaru, syarikat gergasi dunia perkomputeran Microsoft telah bekerjasama dengan bekas syarikat yang diasaskan oleh Elon Musk yang digelar sebagai Iron Man di dunia nyata. Syarikat Microsoft telah melabur sebanyak $1 bilion dalam sebuah syarikat yang diasaskan oleh Elon Musk iaitu OpenAI.

Syarikat ini telah diasaskan oleh Elon Musk dan beberapa lagi sahabatnya termasuk Peter Thiel pada tahun 2015. Yang menariknya Peter Thiel adalah rakannya yang mengasas PayPal bersamanya pada tahun 1999.

Syarikat ini telah ditubuhkan secara bersendirian yang mana hanya sebagai syarikat pembangunan dan tidak membuat sebarang keuntungan. Di antara kejayaan yang dikecapi oleh syarikat ini adalah dengan berjaya menewaskan pemain Dota profesional dunia pada beberapa bulan yang lalu.

Pada awal tahun ini juga, mereka telah mengeluarkan satu versi yang mana keupayaan AI dapat membuat ayat yang ringkas dengan sendiri dan dapat menapis berita palsu yang tersebar di Internet. Dengan keupayaan ini, ia membuat orang ramai menjadi gelisah kerana  bimbang AI akan memberi ancaman kepada manusia.

Elon Musk telah meninggalkan syarikat ini pada tahun 2016 kerana tidak bersetuju dengan hala tuju syarikat ini. Selain itu juga, peristiwa yang mana AI ini telah membentuk bahasa komunikasi di antara mereka sendiri yang dilakukan oleh AI ciptaan Facebook telah mendapat perhatian Elon Musk.

Elon Musk berpendapat bahawa AI ini merupakan ancaman kepada manusia dan kesan tersebut lebih berbahaya berbanding dengan peperangan nuklear. Elon Musk dan beberapa syarikat yang membangunkan AI telah mementerai perjanjian untuk tidak membangunkan AI yang boleh menjejaskan kehidupan manusia dan pembangunan AI tersebut mestilah dapat memberi faedah yang besar kepada manusia.

Dengan penarikan diri Elon Musk, bermakna syarikat telah kekurangan dana untuk menjalankan penyelidikan kerana Elon Musk merupakan penyumbang dana yang terbesar dalam penyelidikan syarikat tersebut. Ada pihak yang mengatakan Elon Musk menarik diri daripada syarikat OpenAi kerana tidak mahu bersaing dengan syarikatnya yang sedia ada iaitu Tesla dan Space X.

Tesla yang merupakan sebuah syarikat kenderaan yang mengeluarkan kereta menggunakan tenaga elektirk untuk berfungsi dan sekarang merupakan pengeluar kereta elektrik terbesar di dunia. Tesla juga merupakan syarikat yang terkenal dengan menggunakan sistem auto-pilot dengan menggunakan teknologi yang menggunakan sistem AI untuk beroperasi.

Dengan pelaburan yang diberikan kepada syarikat ini oleh Microsoft, kekurangan dana untuk pembangunan AI syarikat ini dapat diatasi. Syarikat Microsoft yang kini sedang berlumba untuk membangunkan AI dengan syarikat gergasi yang lain seperti Amazon, Google dan Facebook; yang masing-masing membangunkan produk AI mereka sendiri.

Syarikat Microsoft yang melabur dalam syarikat ini untuk membawa fasa baru dalam teknologi AI yang mana ingin menjadikan AI itu sebijak manusia dalam proses membuat keputusan. Pihak OpenAi dan Microsoft bekerjasama untuk membangunkan AI generasi baru yang diberi nama Artificial General Intelligent (AGI).

Menurut Microsoft, AGI ini tidak merbahaya seperti AI yang lain kerana ianya berada di bawah kawalan keselamatan syarikat terbabit dan Microsoft yang terkenal dengan perkhidmatan simpanan awannya yang bernama Azure akan dintegrasikan bersama-sama.

Kedua pihak juga berharap kerjasama di antara kedua syarikat ini, AGI dapat digunakan bagi membantu manusia dalam melaksanakan tugas yang sukar dan memerlukan pengawasan yang rapi dan dalam masa yang sama berkembang seiring dengan kebijaksanaan manusia. Mereka turut berjanji tidak akan menggunakan teknologi ini dalam bidang ketenteraan.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA