Tips Untuk Bertahan Lama Dalam Pelaburan Saham

Setiap pelabur mempunyai impian untuk mendapatkan keuntungan daripada portfolio mereka dalam pelaburan saham. Di mana ianya mampu menjana kekayaan yang tidak terhingga.

Dengan memiliki portfolio saham yang baik, ianya mampu memperbaiki kedudukan kewangan peribadi dan keluarga, menaiktaraf gaya hidup, serta dapat memberikan peluang untuk kita bersara awal. Sehingga kita tidak perlu untuk bekerja setiap hari untuk menjana pendapatan.

Contoh terbaik adalah Warren Buffett, salah seorang pelabur tersohor sepanjang zaman. Walaupun beliau telah berusia 90 tahun, beliau masih seronok dengan kerjaya beliau sebagai seorang pelabur.

Kita mungkin tidak mampu menjadi sehebat beliau, jadi apakah tips untuk kita bertahan lama dalam pelaburan saham?

Banyak Membaca

Jika ada satu kualiti utama dalam menjadi seorang pelabur saham yang berjaya, ianya adalah sifat membaca.

Ada ramai individu berjaya di luar sana, di antaranya Benjamin Graham, Peter Lynch dan ramai lagi. Mereka banyak menulis buku dan berkongsi pengetahuan dalam pelaburan saham.

Mereka menerangkan proses pemilihan saham yang mereka lakukan. Jadi kita boleh ambil ilmu tersebut dan adaptasikan ke dalam pelaburan saham kita.

“The more that you read, the more things that you will know. The more that you learn, the more places that you will go.”

Sabar Dan Kawal Emosi

Ini merupakan kualiti utama dalam menjadi seorang pelabur saham yang baik. Peranan emosi dalam pelaburan telah menjadi tunjang utama dalam ‘Behavioral Finance’.

Sekiranya kita mahukan peluang yang tinggi untuk berjaya dalam dunia saham, kita perlu melihat pulangan keuntungan dalam jangka masa yang panjang. Pelabur akan berdepan dengan pelbagai emosi dalam pasaran.

Emosi seperti ketakutan, tamak dan kekecewaan, mendorong pelabur untuk membuat tindakan yang salah.

Ketika pasaran saham sedang meningkat menaik, para pelabur akan terperangkap untuk hanya membuat keuntungan dalam masa yang singkat. Ketika melakukan penjualan (sell), pasaran saham akan terus meningkat dan kita terlepas untuk meraih pulangan yang lebih tinggi.

Sebaliknya bila harga saham jatuh, ramai yang akan dilanda perasaan takut. Mereka akan menjual saham syarikat yang mempunyai asas fundamental yang kukuh di dalam sentimen pasaran yang tak menentu.

Sedangkan kita tahu bahawa biasanya harga saham dengan fundamental yang kuat pasti akan naik semula.

Oleh itu, seorang pelabur yang bijak perlu pandai mengawal emosi walau dalam apa jua keadaan. Bukan hanya ketika kita sedang mengalami kerugian, malah ketika kita sedang mengalami keuntungan juga.

Untuk anda yang sedang kerja makan gaji, teruskan bekerja dan belajar cara buat duit tambahan dengan menjadi seorang Swing Trader!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Menjadi Syarikat Tersenarai Awam Pertama Di Malaysia Meraih Skor ESG Tertinggi FTSE4Good

Kuala Lumpur– Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia”) menjadi syarikat tersenarai awam (PLC) pertama di Malaysia yang mencapai skor tertinggi 5.0 di bawah rangka kerja penilaian dan metodologi ESG FTSE4Good. Pencapaian ini meletakkan Bursa Malaysia dalam kalangan kumpulan terpilih syarikat dalam alam semesta FTSE4Good, yang menilai lebih daripada 12,000 syarikat di seluruh dunia.

Pencapaian ini didorong terutamanya oleh prestasi cemerlang di bawah tema Perubahan Iklim dalam kriteria FTSE4Good. Ia adalah hasil daripada penambahbaikan pendedahan kemampanan Bursa Malaysia merangkumi aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), khususnya pelaporan berkaitan iklim yang selaras dengan piawaian antarabangsa yang diiktiraf seperti IFRS S2.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Dato’ Fad’l Mohamed, berkata:

“Sebagai Bursa nasional, kami percaya standard yang kami galakkan dalam pasaran perlu terlebih dahulu dicerminkan dalam amalan kami sendiri. Pencapaian skor tertinggi dalam penanda aras ESG yang diiktiraf di peringkat global seperti penilaian ESG FTSE4Good membuktikan kemajuan kami dalam memperkukuh amalan dan pendedahan ESG. Ini merupakan satu standard yang komited untuk kami kekalkan, dan ia turut mengukuhkan kepentingan pelaporan ESG dalam membantu pelabur memahami risiko, peluang serta pemacu penciptaan nilai jangka panjang.”

Selain operasi sendiri, Bursa Malaysia turut memperkukuh keperluan pelaporan kemampanan bagi syarikat tersenarai selaras dengan Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Nasional. Bursa Malaysia juga memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti Centralised Sustainability Intelligence (CSI) Solution bagi memudahkan pelaporan kemampanan dan pengurusan data ESG untuk syarikat tersenarai serta pembekal mereka.

Secara keseluruhannya, inisiatif-inisiatif ini menyokong peningkatan kualiti dan kebolehbandingan pendedahan kemampanan dalam kalangan syarikat tersenarai.

Penanda aras FTSE4Good, yang diperkenalkan oleh FTSE Russell pada tahun 2001, merupakan antara penanda aras ESG yang paling lama bertapak dan paling diiktiraf di dunia. Dengan menilai lebih daripada 12,000 syarikat di seluruh dunia menggunakan metodologi yang telus dan berasaskan peraturan, FTSE4Good menjadi rujukan penting kepada pelabur institusi yang mencari syarikat dengan amalan ESG yang kukuh, di samping menggalakkan penambahbaikan berterusan dalam prestasi dan pendedahan kemampanan.