Yusuf Taiyoob, Dari Penjual Minyak Wangi Kepada Raja Kurma

Yusuf Taiyoob merupakan jenama yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Menjelang bulan Ramadhan, pasti akan berkumandang iklan jenama terkenal ini di corong radio.

Tapi pernahkan anda mengenali pemilik perniagaan ini iaitu Datuk Yusuf Taiyoob yang merupakan Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd ini?

Beliau yang berumur 62 tahun dapat berbangga dengan jualan tahunan yang mencecah beribu-ribu tan dan menjadi pengimport dan pengedar terbesar negara. Namun begitu kejayaan ini bukanlah mudah dan tidak datang bergolek.

Berniaga Sejak Usia Muda

Datuk Yusuf memulakan perniagaan pertamanya pada tahun 1979 setelah tamat pengajian. Beliau menjual minyak wangi dan turut mengeluarkan jenamanya sendiri bagi dijual kepada para pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya sebelum mencapai tahap sekarang. Katanya, beliau pernah dihalau dan produknya dicampak begitu saja.

“Saya bersusah payah ke Kuala Lumpur untuk mempromosi minyak wangi yang saya adun sendiri. Bukan saja syarikat berpengaruh itu tidak mahu menjual, minyak itu dibaling begitu saja,” kata beliau dalam satu temuramah.

Namun, cabaran yang dihadapi itu sama sekali tidak melemahkan semangatnya. Beberapa tahun pertama walaupun agak sukar beliau beliau berjaya mencatatkan keuntungan.

Keadaan bertukar apabila  beliau terpaksa menukar lokasi premis perniagaan. Semenjak itu peniagaannya merudum dan beliau mengalami tekanan yang amat berat sehingga kesihatannya terjejas.

Setelah kegagalan yang pertama, beliau sekali lagi memulakan bisnes dan kali ini memilih untuk menjual kekacang dan rempah ratus seperti saffron. Disebabkan kekangan modal, beliau terpaksa bermula dengan apa yang ada sahaja.

Jadi beliau menumpang menjual di kedai milik atuknya di George Town, Pulau Pinang.

Permulaan bisnes kedua ini juga tidak begitu memberangsangkan. Malah ada ketikanya bila tiada langsung jualan, beliau terpaksa merayu kepada pelanggan untuk membeli produk yang dijual.

Antara cabaran lain juga apabila syarikatnya mempunyai isu aliran tunai kerana para penjual diberi kredit sehingga 90 hari. Malah terdapat juga antara mereka yang cabut lari menyebabkan beliau terpaksa menaggung kerugian.

Tidak Mudah Berputus Asa

Photo by Naim Benjelloun from Pexels

Lama-kelamaan bisnes beliau mula mendapat kepercayaan pelanggan dan perniagaan pun berkembang. Dengan membekalkan produk kurma secara kecil-kecilan sehingga mampu mengeluarkan kurma dengan jenama sendiri pada tahun 1988.

Kebanyakan orang mungkin memikirkan bahawa perniagaan ini hanya berjalan sepanjang bulan Ramadan, tetapi tidak. Perniagaan kurma Yusof Taiyoob berjalan sepanjang tahun kerana mereka telah mempelbagaikan produk seperti kekacang dan bijian, rempah, cuka, minyak zaitun, buah-buahan kering dan bermacam-macam lagi makanan halal.

Setelah hampir 30 tahun membangunkan jenama Yusof Taiyoob, kini ianya dikenali bukan sahaja di dalam negara malah turut dieksport ke Thailand, Brunei, Indonesia, Singapura dan banyak lagi.

Tahukah anda, House of Amar merupakan jenama minyak wangi tempatan yang menawarkan lebih 900+ minyak wangi dupe dari Perancis, Itali, Dubai, Sweden dan tempatan yang sesuai untuk lelaki dan wanita.

Sumber Rujukan: Star Online

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.