Nak Melabur Unit Al-Salam REIT? Ambil Tahu 10 Perkara Ini Terlebih Dahulu

Tersenarai pada 29 September 2015, Al-Salam REIT menjana pendapatan daripada penyewaan pelbagai jenis hartanah yang terletak terutamanya di negeri Johor.

Kini, ia bernilai sebanyak RM533.6 juta di dalam Market Capitalisation.

Di sini, saya ingin berkongsi perkembangan terkini, prestasi kewangan, dan juga penilaian unit bagi Al-Salam REIT. Tanpa melengahkan masa, jom kita tengok 10 perkara ini sebelum nak melabur ke dalam unitnya.

1. Rumusan Portfolio Al-Salam

Pada mulanya, Al-Salam REIT mempunyai 31 buah hartanah. Kemudian, pada 21 September 2018, Al-Salam telah membeli Mydin Hypermarket Gong Badak dengan harga sejumlah RM155.0 juta.

Jadi, Al-Salam telah berjaya menambahkan nilai portfolio hartanah daripada RM911.5 juta pada tahun 2015 kepada RM1.09 bilion pada tahun 2018.

Di sini, saya akan memberi senarai hartanah yang dimiliki oleh Al-Salam dan penilaiannya:

  Hartanah-Hartanah Penilaian Dec 2015 (RM Juta) Penilaian Dec 2018 (RM Juta)
KOMTAR JBCC 462.0 465.0
@Mart Kempas 65.0 65.0
Mydin Hypermarket Gong Badak n/a 158.0
Menara KOMTAR 70.0 73.0
22 Kedai KFC dan Pizza Hut 155.3 165.7
5 Industrial Premises 130.9 136.0
Malaysian College of Hospitality & Management   28.2   30.0
Jumlah Portfolio Hartanah 911.5 1,092.7

Sumber: Laporan Tahunan 2015 dan 2018 Al-Salam REIT

2. Segmen 1: Retail

Ianya terdiri daripada tiga hartanah seperti KOMTAR JBCC, @Mart Kempas dan Mydin Hypermarket Gong Badak. @Mart Kempas berjaya merekod peningkatan daripada segi perolehan. Tetapi, perolehan KOMTAR JBCC telah menurun.

Secara keseluruhannya, ia menyebabkan perolehan bagi segmen ini menurun disebabkan oleh sumbangan perolehan daripada KOMTAR JBCC lebih besar jika dibandingkan dengan @Mart Kempas.

Pada Q4 2018, segmen ini telah mencapai penambahan perolehan disebabkan oleh sumbangan perolehan daripada Mydin Hypermarket Gong Badak.

Pada 31 Disember 2018, Metrojaya, iaitu penyewa besar KOMTAR JBCC; telah menamatkan kontrak penyewaan dan mengosongkan ruang niaga di KOMTAR JBCC. Pada tahun 2018, Metrojaya telah menyumbang setinggi 10 peratus perolehan KOMTAR JBCC. Sehingga kini, ruang tersebut masih dikosongkan dan belum disewakan kepada penyewa baru.

Sumber: Laporan Suku Tahunan Al-Salam REIT

3. Segmen 2: Bangunan Pejabat

Ia menjanakan pendapatan stabil daripada Menara Komtar, 25-tingkat bangunan pejabat di tepi KOMTAR JBCC. Kini, sejumlah 90% dari ruang pejabat yang sedia ada sedang disewakan kepada Johor Corporation (JCorp), TPM Technopark Sdn Bhd (TPM), dan Damansara Asset Sdn Bhd (DA).

TPM dan DA merupakan anak-anak syarikat bagi JCorp. Bagi setiap suku tahunan, Menara Komtar telah menyumbang RM2.3 juta perolehan kepada Al-Salam REIT.

Sumber: Laporan Suku Tahunan Al-Salam REIT

4. Segmen 3: 22 Kedai KFC dan Pizza Hut

Al-Salam REIT menyewa 22 kedai-kedai tersebut kepada QSR Group of Companies secara triple-net lease selama lima tempoh di mana setiap tempoh adalah untuk sepanjang tiga tahun. Ia bermula daripada tahun 2015.

Pada tahun 2018, Al-Salam telah memperbaharukan perjanjian sewa bagi 22 kedai-kedai seperti berikut:

Bilangan Kedai KFC / Pizza Hut Penyewaan Tempoh Kedua
11 6 Mei 2018 – 5 Mei 2021
10 29 September 2018 – 28 September 2018
1 Penyewaan Secara Bulanan

Sumber: Laporan Tahunan 2018 Al-Salam

Penjanaan perolehan mereka adalah stabil pada paras RM2.5-2.7 juta untuk setiap suku tahun.

Sumber: Laporan Suku Tahunan Al-Salam REIT

5. Segmen 4: Hartanah Lain-Lain

Ianya terdiri daripada enam buah hartanah. Lima daripada hartanah ialah bangunan perindustrian yang disewakan kepada QSR Group of Companies dengan perjanjian yang sama seperti 22 kedai-kedai KFC dan Pizza Hut yang disebutkan atas.

Ia telah memperbaharui perjanjian sewanya bagi lima hartanah berikut:

Bilangan Bangunan Industrial kepada QSR Group of Companies   Penyewaan Tempoh Kedua
2 6 Mei 2018 – 5 Mei 2021
3 29 September 2018 – 28 September 2018

Sumber: Laporan Tahunan 2018 Al-Salam

Malaysian College of Hospitality and Management ialah hartanah yang keenam untuk segmen ini. Ia disewakan kepada KPJ Education (M) Sdn Bhd dan KPJ Healthcare University Sdn Bhd selama sembilan tahun. Ianya akan tamat pada 31 Oktober 2019.

Sumber: Laporan Suku Tahunan Al-Salam REIT

Penjanaan perolehan mereka adalah stabil pada paras RM2.6-2.8 juta untuk setiap suku tahun.

6. Keputusan Kewangan Keseluruhan

Al-Salam REIT telah mencatatkan perolehan dan keuntungan bersihnya pada tahap RM20.0 juta dan RM7.0-8.0 juta bagi setiap suku tahun. Bagi tahunan, Al-Salam REIT telah merekod penurunan sedikit daripada segi untung bersih dari RM 36.0 juta pada 2016 ke RM 31.9 juta pada 2018.

Distribution Per Unit (DPU) bagi Al-Salam REIT telah menurun daripada 6.00 sen pada tahun 2016 kepada 5.35 sen pada tahun 2018.

Tahun 2016 2017 2018
Perolehan (RM ‘000) 76,135 80,033 82,151
Untung Bersih (RM ‘000) 36,037 35,542 31,867
DPU (Sen) 6.00 6.00 5.35

Sumber: Laporan Suku Tahunan Al-Salam REIT

7. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada 31 Mac 2019, Al-Salam REIT mempunyai RM596.0 juta di dalam Islamic Financing Facilities. Maka, nisbah hutangnya ialah 48.2%, satu tahap yang menghampiri nisbah hutang maksima 50% buat masa kini.

Average Profit Rate bagi Islamic Financing Facilities bagi Al-Salam ialah 5.54% setahun. 100% Islamic Financing Facilities adalah berdasarkan kepada floating rate.

8. Pemegang Unit Utama

Pada 31 Disember 2018, pemegang-pemegang unit Al-Salam REIT yang terbesar adalah seperti berikut:

No. Pemegang Saham Pemegangan Saham (%)
1 Damansara Assets Sdn Bhd (DA) 48.02%
2 Tabung Amanah Warisan Negeri Johor 16.58%
3 Waqaf An-Nur Corporation Bhd (Waqaf) 10.00%
4 Johor Corporation 4.21%
5 Kulim (Malaysia) Bhd (Kulim) 4.11%

Sumber: Laporan Tahunan 2018 Al-Salam

Dengan itu, JCorp merupakan pemegang unit utama Al-Salam sebab ia mempunyai pemegangan saham utama di dalam DA, Waqaf An-Nur, Kulim, KPJ Healthcare Bhd, Johor Land Bhd, Kumpulan Bertam Plantations Bhd & Tenaga Utama (J) Bhd.

9. P/B Ratio

Al-Saham REIT berharga RM 0.92 seunit pada tarikh 28 Ogos 2019.

Pada Q1 2019, Al-Salam REIT mempunyai aset bersih sebanyak RM1.06 seunit. Jadi, P/B Ratio-nya ialah 0.87, rendah daripada 3-tahun purata.

Tahun 2016 2017 2018 27 Ogos 2019
P/B Ratio 1.05 0.97 0.77 0.92

10. Kadar Dividen Kasar

Al-Saham telah membayar 5.50 sen di dalam DPU bagi tempoh 12 bulan yang lalu. Maka, kadar dividen kasarnya adalah 5.98% setahun, rendah daripada 3-tahun purata.

Tahun 2016 2017 2018 27 Ogos 2019
Kadar Dividen Kasar 5.61% 6.00% 6.60% 5.98%

Nota:
Kadar dividen bersih perlu diambil kira penolakan sebanyak 10% dalam Withholding Tax bagi ‘Taxable Portion’ DPU untuk setiap REIT di Malaysia.

Sudut Pandangan

Pada tahun 2018, KOMTAR JBCC telah mencatatkan penurunan perolehan. Oleh itu, ia telah menjejaskan prestasi kewangan Al-Salam REIT secara keseluruhan.

Pada Q1 2019, KOMTAR JBCC telah mencatatkan ‘occupancy rate’ sebanyak 62%. Ia adalah satu penurunan daripada 95% pada Q4 2018 dan ia disumbangkan oleh peninggalan Metrojaya sebagai penyewa utama KOMTAR JBCC.

Buat masa sekarang, penilaian seunit Al-Salam REIT adalah seperti berikut:
– P/B Ratio: 0.87 (lebih tinggi daripada 3-tahun purata)
– Kadar Dividen: 5.98% (lebih rendah daripada 3-tahun purata)

Jadi, wajarkah kamu melabur ke dalam unit Al-Salam?

Yang itu, kamu jawablah sendiri.

Biodata Penulis
Ian Tai merupakan Pengasas portal saham Bursaking.com.my dan Editor di KCLau.com. Beliau juga merupakan Penyumbang Artikel kepada The Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia, laman-laman web saham terkemuka di Singapura.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan MADANI Sasar Senaraikan 10 Syarikat Bumiputera Di Bursa Malaysia Pada 2026, 2027

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 syarikat Bumiputera disasar untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2026 dan 2027, dengan empat daripadanya berada dalam perancangan bagi disenaraikan tahun ini.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, berkata penyenaraian itu susulan hasil Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, sasaran itu jauh melebihi pencapaian lima tahun sebelumnya.

“Bagi menyokong sasaran berkenaan, program ’10 Juara Bumiputera’ hasil kerjasama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah diperkenalkan untuk membimbing syarikat berpotensi tinggi serta melahirkan 10 syarikat Bumiputera bernilai RM500 juta setiap satu menjelang 2028,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Fahmi berkata ekosistem PETRONAS, GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan salah satu penyumbang penting kepada agenda pembangunan bumiputera negara.

Beliau berkata, ekosistem berkenaan telah menyumbang RM50 bilion setahun, termasuk RM49.2 bilion pada tahun lalu, merangkumi pelaburan langsung, perolehan vendor, pembangunan bakat dan komuniti.

“Pada masa yang sama, garis panduan baharu pembangunan vendor Bumiputera turut diperkenalkan bagi memperkukuh saluran pembangunan vendor serta meningkatkan kapasiti mereka secara lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, Jemaah Menteri juga sedang meneliti cadangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) agar tempoh bayaran GLC dan GLIC kepada vendor tempatan dipendekkan bagi memastikan aliran kewangan atau ‘cash flow’ syarikat dan vendor tempatan dapat diuruskan dengan lebih baik.

Sementara itu, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai prestasi operasi pelabuhan persekutuan bagi suku pertama tahun ini yang mencatat 8.002 juta unit setara 20 kaki (TEU), menunjukkan peningkatan 8.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Ini dipacu oleh peranan negara sebagai penghubung utama bagi barangan dunia melalui aktiviti pemunggahan pindahan ke kapal atau transshipment yang mencatat pertumbuhan 9.96 peratus berbanding suku pertama 2025,” katanya.

Beliau berkata, kargo konvensional turut menunjukkan peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, terutama bagi kargo am yang meningkat 8.93 peratus dan kendalian pukal kering yang bertambah sebanyak 3.55 peratus.

“Prestasi ini amat membanggakan walaupun ketika negara berdepan dengan krisis geopolitik di Asia Barat yang bermula sekitar suku pertama tahun ini,” katanya.

— Berita Harian