4 Pasaran Saham Terbesar Dunia, Malaysia Di Mana?

Anda pelabur atau pedagang saham tegar Bursa Malaysia?

Dah kenal sangat perangai pasaran saham di Malaysia, dan bersedia untuk meneroka ke luar negara?

Kita kena juga ambil tahu perkembangan terkini pasaran saham global ni. Dan siapa lagi kalau bukan daripada pakar, iaitu Stallion Brothers. Jom kita dengarkan kupasan mereka berkenaan fakta menarik pasaran saham global seperti berikut:

Semakin Ramai Berminat Nak Melabur Saham Global

Semenjak dua menjak ni ramai yang berminat dengan pasaran saham global dan mula membuka mata tentang kelebihannya. Untuk posting kali ini, Stallion nak share sikit statistik penting yang korang kena tahu sebelum nak berjinak dalam pelaburan global.

Dalam bahasa mudahnya, pelaburan saham global ni adalah pelaburan yang dilakukan luar dari pasaran Bursa Malaysia. Jom tengok pasaran saham global mana yang paling best.

Secara keseluruhan, pasaran saham dunia mempunyai lebih kurang 90,000 saham, memang agak pening kalau kita tak tahu break-down untuk setiap pasaran saham yang ada di dunia ni.

Kalau korang nak tahu, ibu segala pasaran saham dunia terletak di United States atau lebih dikenali dengan panggilan Wall-Street yang merangkumi lebih 50% daripada nilai keseluruhan saham yang ada di dunia.

Wall-Street mempunyai lebih 15,000 saham dengan nilai keseluruhan pasaran berjumlah $40 trillion. So kalau kita cerita tentang melabur di pasaran global, sudah pasti Wall-Street adalah destinasi yang wajib untuk kita teroka.

Hampir kesemua syarikat terbaik dunia berlumba-lumba untuk meletakkan syarikat mereka di Wall-Street. Syarikat terbesar yang ada di Wall-Street adalah Microsoft[s], Apple[s], Amazon[ns], Google[s] dan Facebook[s]. Lagi best, 4 daripada 5 saham ni adalah patuh shariah!

Pasaran Saham China Mengekori Rapat

Pasaran kedua terbesar adalah pasaran saham Shanghai dan Shenzhen di China dengan nilai keseluruhan berjumlah $7 trillion. Pasaran saham di China mempunyai lebih 3,000 saham tetapi bukan semua saham boleh dibeli sebab kebanyakan saham besar di China dikawal oleh kerajaan. Pelabur luar boleh beli, tetapi ada banyak rules and regulations kita kena ikut, sebab tu Donald Trump jealous dengan China.

Pasaran ketiga terbesar adalah pasaran saham di UK dengan nilai keseluruhan berjumlah $4.88 trillion. Ada lebih 2800 saham yang didagangkan di UK dan antara saham terbesar adalah Shell, Uniliver, HSBC, BP dan BHP.

Tapi, pelabur atau trader pasaran global tak berapa suka sangat pasaran UK sebab movement agak lembab dan tak berapa meriah macam Wall-Street sebab banyak saham-saham tua yang dah mencapai tahap matang dan mendatar, maka pergerakan pun agak perlahan.

Next adalah pasaran saham di Germany dengan nilai keseluruhan berjumlah $2 trillion. Secara total ada 1,600 saham yang didagangkan di Germany dan yang terbesar adalah SAP, Siemens, VW, Adidas dan Daimler. Kalau ikutkan pengalaman Stallion dari segi trading, Germany adalah pasaran kedua terbaik dibelakang Wall-Street sebab meraka mempunyai beberapa saham creative dan mempunyai ciri-ciri saham seperti di Wall-Street antaranya adalah Adidas, VW, Diamler dan BMW.

Bursa Malaysia Macam Mana?

Pasaran Malaysia macam mana pulak? Bursa Malaysia mempunyai lebih kurang 900 saham dengan nilai keseluruhan berjumlah $400 billion dan nilai ini seolah-olah tidak berkembang sejak 5 tahun lepas. Sejak tahun 2014, pasaran saham Indonesia telah mula memintas Bursa Malaysia dan sekarang ni, nilai pasaran saham Indonesia sudah mencecah $500 billion dengan 677 saham didagangkan.

Dari segi prestasi, pasaran saham mana yang paling baik? Sudah pasti pasaran Wall-Street sebab Wall-Street dipenuhi dengan saham-saham creative yang telah berjaya menawan masyarakat dunia. Untuk tempoh 5-10 tahun, kenaikan 500% – 1000% adalah normal utk saham Wall-Street.

So kalau korang nak jadi pelabur saham global, tolonglah focus kepada saham-saham di Wall-Street. Saham negara Eropah, China, Japan dan lain-lain memang tak boleh nak lawan.

Sumber: Stallion Brothers

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.