Mengapa Jeff Bezos Jual Saham Amazon Bernilai Hampir $3 Bilion Dalam Tempoh Tak Sampai Sebulan?

Penjualan saham syarikat merupakan perkara yang normal bagi seseorang CEO untuk memiliki cash  di dalam  tangan. Penjualan saham itu tidak bermakna syarikat itu akan mengalami kerugian pada tempoh akan datang.

Jika seseorang CEO menjual dengan jumlah yang sangat besar, kemungkinan panik akan berlaku kerana harga saham untuk sesebuah syarikat itu akan jatuh secara mendadak dan akan merugikan para pelabur.

Namun, cara yang terbaik untuk menjual saham syarikat untuk menambah cash adalah ketika syarikat berada di puncak prestasi kerana nilai saham syarikat akan menjadi begitu mahal.

Hal yang sama berlaku kepada Jeff Bezos yang telah menjual sebahagian saham syarikatnya sendiri. Beliau telah menjual sebanyak 2.5% pegangan sahamnya dalam  syarikat untuk tujuan yang tertentu.

Walaubagaimanapun, Jeff Bezos masih lagi merupakan pemegang terbesar saham Syarikat Amazon dengan pegangan 11%. Penganalisis tidak dapat menjangkakan dengan tepat kenapa Jeff Bezos menjual sebahagian kecil  saham syarikatnya itu.

3 buah kondominium mewah yang dibeli oleh Jeff di New York City kemungkinan salah satu faktor kenapa dia menjual saham Amazon dalam tempoh masa yang singkat

Terdapat desas-desus yang mengatakan penjualan tersebuat adalah untuk membayar 3 buah unit kondominium yang dibelinya di New York yang berharga $80 juta untuk tinggal bersama dengan kekasih baharunya selepas perceraian dengan isteri pertama pada awal tahun ini. Beliau sebelum ini memiliki 4 buah rumah di New York City yang dibelinya 20 tahun yang lalu.

Ada juga yang membuat spekulasi bahawa dia telah menggunakan duit tersebut untuk menampung kos Syarikat Blue Origin yang merupakan sebuah syarikat penjelajahan angkasa lepas.

Penerokaan angkasa lepas oleh Jeff memerlukan dana yang besar saban tahun, bagi meneruskan cita-citanya untuk membangunkan penempatan di Marikh

Syarikat Blue Origin ini telah diasaskan oleh Jeff Bezos pada tahun 2000 yang bermatlamatkan untuk penerokaan angkasa. Seperti sedia maklum, penerokaan angkasa merupakan tugas yang sangat sukar kerana memerlukan teknologi yang sangat tinggi dan kos yang sangat besar.

Hanya 3 orang sahaja yang berani kehadapan untuk menceburi bidang ini. Mereka adalah, Jeff Bezos, Elon Musk dan Richard Branson. Penerokaan angkasa memerlukan dana yang begitu tinggi dan hasil pulangan yang tidak menentu.

Oleh itu dana luar perlu disuntik bagi meneruskan perkembangan. Beliau pernah mengeluarkan kenyataan mengenai penjualan saham Amazon sebanyak $ 1 billion setahun bagi menampung pembelanjaan Blue Origin pada tahun 2017.

Jeff Bezos juga pernah menjawab soalan wartawan ketika ditanya kenapa dia sanggup mengambil risiko unttuk menerokai angkasa terutamanya dalam membangunkan penempatan di planet Marikh. Beliau yang menjawab pertayaan adalah disebabkan sikap manusia dibumi semakin hari semakin merosakkan bumi dengan aktiviti yang tidak bermanfaat kepada alam sekitar, dan kerana itulah beliau mengambil keputusan untuk menerokai angkasa lepas.

Selain daripada itu juga, ada yang juga berpendapat bahawa duit penjualan saham itu sebahagiannya disalurkan kepada badan kebajikan yang memerlukan. Beliau yang menubuhkan badan kebajikan bernama Bezos Day One Fund yang mana teleh menderma sebanyak $2 bilion sejak penubuhanya pada tahun lepas.

Beliau yang dikritik hebat sebelum badan kebajikan ini ditubuhkan kerana kurang mesra dengan tujuan amal sedangkan beliau merupakan orang yang terkaya dunia. Tidak seperti Bill Gates dan Warren Buffet yang menderma hampir keseluruhan harta yang dimiliki mereka.

Harga saham Amazon sedikit jatuh semasa Jeff menjual sahamnya di pasaran terbuka

Penjualan Saham Amazon yang dilakukan oleh Jeff Bezos pada kali ini merupakan yang terbesar dalam sejarah penubuhan Syarikat Amazon.Dia yang menjual sebanyak 2 kali kurang dari tempoh sebulan dengan penjualan yang pertama adalah sebanyak 965,612 unit saham yang mana bernilai sebanyak $1.8 billion pada penghujung bulan Julai dan peringkat kedua pula beliau telah menjual sebanyak 531,852 unit saham yang bernilai $900 juta pada awal bulan Ogos.

Beliau juga telah menderma sebanyak 268 saham Syarikat Amazon yang bernilai hampir $500,000 kepada badan kebajikan yang tidak dinyatakan.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

UUE Holdings: Buku Pesanan Memperkukuh Kebolehlihatan Perolehan

Saranan BELI dan harga sasar (TP) MYR0.54 dikekalkan, potensi kenaikan harga 23%

Perolehan teras yang dicatat oleh UUE Holdings untuk FY26 (Feb) melangkaui jangkaan kami sedikit (106%) dan mengatasi ramalan konsensus (110%). Buku pesanan belum bayar berjumlah MYR536.4j memberikan kebolehlihatan perolehan melebihi tempoh dua tahun. Kami tetap memandang positif akan UUE, diperkukuh oleh CAGR perolehan tiga tahun mencecah 29% (FY26-29F), yang dipacu oleh kitaran menaik capex dalam Tenaga Nasional (TNB MK, BELI, TP: MYR16.50) dan SP PowerAssets

Keputusan melangkaui jangkaan

UUE melaporkan untung bersih teras 4QFY26 (Feb) bernilai MYR7.3j (+15% QoQ, +1% YoY), lalu membawa untung bersih teras FY26 kepada MYR22.1j (-1% YoY). Keputusan dilihat mengatasi jangkaan pada 106% ramalan kami dan 110% ramalan konsensus, terutamanya didorong oleh margin yang lebih kukuh daripada yang dijangka.

Rumusan keputusan

Pengebilan 4QFY26 daripada segmen kejuruteraan utiliti bawah tanah dilihat lebih rendah sedikit berbanding suku lalu (-5% QoQ, +30% YoY) akibat kurangnya kegiatan pembinaan semasa tempoh perayaan. Walaupun begitu, margin kasar berkembang kepada 27.4% (+2.3ppts QoQ), disokong oleh pengebilan lebih tinggi di Singapura (+4% QoQ), dan sumbangan lebih kukuh daripada segmen pembuatan dan perdagangan (+35% QoQ). Tekanan kos jelas dilihat, dengan belanja pentadbiran meningkat kepada MYR5j (berbanding kadar suku tahun biasa sekitar MYR4.5j)

Buku pesanan belum bayar mencecah MYR536.4j

Jumlah ini termasuklah kontrak EPCC yang baru diraih bernilai MYR16j, yang kami anggap penting dari segi nilai strategiknya kerana ia menandakan keupayaan UUE untuk menaiki rantaian nilai. Sementara itu, MoU dengan syarikat ASEAN Cableship, yang melibatkan potensi usaha sama (JV) untuk kerja penggerudian arah mendatar (HDD) dalam laut, telah tamat tempoh. Namun begitu, kami tidak begitu bimbang kerana UUE masih boleh menyertai tender-tender dalam laut secara bebas, lantas berpotensi mendapatkan bahagian untung penuh berbanding struktur 50:50 yang dicadangkan sebelum ini.

Anggaran perolehan

Kami rendahkan perolehan FY27-FY28F sebanyak -3% dan -13% disebabkan oleh penyelarasan masa pengiktirafan buku pesanan. Meskipun begitu, kami kekalkan andaian penambahan kontrak tahunan pada MYR320j, yang kami percaya dapat dicapai memandangkan kedudukan UUE yang kukuh dalam projek-projek melibatkan TNB, tumpuan khususnya dalam segmen 11kV dan 33kV yang berpermintaan tinggi di Malaysia, pendedahan kepada kitaran capex SP PowerAssets di Singapura, dan usaha-usaha yang sedang dilaksanakan untuk menaiki rantaian nilai. TP kami diperoleh berdasarkan asas separa tercair (912j saham dan skim pilihan saham pekerja (ESOS) sebanyak 89.8j pada MYR0.54), dengan kiraan diskaun ESG 4%. Mengikut asas tercair penuh (dengan waran), TP kami adalah sekitar MYR0.48.

Risiko-risiko negatif

Kegagalan untuk memperoleh kontrak baharu, kelewatan dalam mendapatkan kelulusan permit, dan kos bahan mentah lebih mahal daripada anggaran.

Faktor Pemacu Utama

i. Kadar penambahan buku pesanan yang lebih tinggi daripada yang dijangka
ii. Pengembangan margin

Risiko Utama

i. Penambahan kerja yang lebih perlahan daripada yang dijangka
ii. Kelewatan projek yang tidak diduga
iii. Kos berlebihan

Profil Syarikat

UUE ialah sebuah pusat penyelesaian sehenti yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan utiliti
menyeluruh kepada pelanggan, termasuklah perancangan dan pengurusan projek, pengesanan dan pemetaan utiliti, dan kepakaran teknikal penggerudian arah mendatar (HDD).

Carta Saranan

Penganalisis
Eddy Do +603 2302 8125 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.