22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia

Bila sebut pasal bilionair, ramai yang merujuk kepada senarai yang dikeluarkan Forbes. Dan berikut merupakan senarai terkini bilionair di Malaysia bagi tahun 2019:

Sumber: Forbes

Tapi sebenarnya ramai lagi orang yang hebat-hebat, terutamanya yang Bumiputera. Jom kita tengok mereka yang kaya-raya hasil daripada menjadi pemegang saham (shareholder) syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

1. Mohamad Shahrin Bin Merican (Maxis)

Sumber: Maxis

Dengan hampir 5 juta saham dimiliki beliau, kalau kita ambil harga semasa Maxis iaitu RM5.46 seunit (21 Ogos 2019), beliau bernilai RM26.678 juta

2. Dato’ Haji Badri Bin Haji Masri (Maxis)

This image has an empty alt attribute; its file name is maxis-substantial-shareholders-700x528.jpg
Sumber: Maxis

Beliau juga merupakan di antara pemegang saham Maxis yang terbesar dengan nilai RM26.618 juta. Dulu beliau merupakan Pengerusi dan Pengarah Astro.

3. Dato’ Raja Haji Munir Shah Bin Raja Mustapha (MyEG)

Sumber: The Edge Markets
Sumber: i3Investor

Beliau dahulunya pemilik terbesar MyEG sebelum menjual 1 bilion unit saham syarikat pada tahun 2017. Pada masa itu, harga MyEG adalah RM2.03 seunit, maka jualan tersebut bernilai lebih RM2 bilion jugalah.

4. Dato’ Dr. Ir. Mohd Abdul Karim Bin Abdullah (Serba Dinamik)

Sumber: Bursa Marketplace

Beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO bagi syarikat Serba Dinamik. Dengan pegangan sebanyak 346.78 juta saham dan nilai semasa saham RM4.40 seunit (21 Ogos 2019), beliau kini bernilai RM1.526 bilion.

5. Tuan Haji Abdul Kadier Bin Sahib (Serba Dinamik)

This image has an empty alt attribute; its file name is Mohd-Abdul-Karim-Bin-Abdullah-700x530.jpg
Sumber: Bursa Marketplace

Pemegang saham kedua terbesar Serba Dinamik, beliau merupakan Non-Independent Non-Executive Director syarikat. Dengan pegangan sebanyak 278.21 juta saham dan nilai semasa saham RM4.40 seunit (21 Ogos 2019), beliau kini bernilai RM1.224 bilion.

6. Dato’ Awang Daud Bin Awang Putera (Serba Dinamik)

This image has an empty alt attribute; its file name is Mohd-Abdul-Karim-Bin-Abdullah-700x530.jpg
Sumber: Bursa Marketplace

Seorang lagi ahli lembaga pengarah Serba Dinamik Berhad di dalam senarai. Beliau merupakan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan syarikat. Dengan pegangan sebanyak 153.01 juta saham dan nilai semasa saham RM4.40 seunit (21 Ogos 2019), beliau bernilai RM673.24 juta.

7. Datuk Hasmi Bin Hasnan (Naim + Dayang + Perdana)

Sumber: Bursa Marketplace

Beliau merupakan Pengarah Urusan Naim Holdings sejak tahun 2003 lagi. Beliau juga merupakan pengarah dua lagi syarikat yang tersenarai, iaitu Executive Chairman untuk Dayang Enterprise Holdings Berhad sejak 1 September 2018, dan Non Independent and Non Executive Chairman untuk Perdana Petroleum Berhad sejak 1 September 2018.

Sumber: KLSE Screener
Sumber: KLSE Screener

8. Tengku Dato’ Yusof Bin Tengku Ahmad Shahruddin (Perdana + Dayang)

Sumber: Bursa Marketplace
Sumber: Bursa Marketplace

Beliau merupakan shareholder keempat terbesar di Dayang Enterprise dan shareholder ketiga terbesar di Perdana Petroleum.

9. Dato’ Shahriman Bin Shamsuddin (Sapura Energy)

Sumber: Sapura Energy
Sumber: Bursa Marketplace

Beliau merupakan shareholder di dalam Sapura Holdings, yang merupakan pemilik kedua terbesar Sapura Energy ni.

10. Tan Sri Dato’ Seri Shahril Bin Shamsuddin (Sapura Energy)

This image has an empty alt attribute; its file name is top-10-sapura-holdings-700x367.jpg
Sumber: Bursa Marketplace

Beliau merupakan shareholder kelapan terbesar dengan 169 juta saham syarikat Sapura Energy ni. Beliau juga merupakan abang kepada Dato’ Shahriman Bin Shamsuddin di atas.

11. Dr. Roshayati Binti Basir (Kumpulan Fima)

Sumber: Bursa Marketplace

Beliau merupakan seorang doktor pakar di Pusat Perubatan Sunway dan merupakan shareholder terbesar di Kumpulan Fima Berhad yang terlibat dalam industri pelaburan dan hartanah.

Sebelum ini beliau juga merupakan pengarah untuk Nationwide Express.

Sumber: Bursa Malaysia

12. Rozilawati Bt Haji Basir (Fima Corporation)

Sumber: Bursa Marketplace

Beliau merupakan adik kepada Dr. Roshayati Binti Basir dan juga merupakan pemegang saham kesembilan terbesar, di samping menjadi shareholder di dalam Fima Metal Box Holdings yang merupakan pemegang saham terbesar Fima Corporation.

13. Rozana Zeti Binti Basir (Fima Corporation)

This image has an empty alt attribute; its file name is top-10-kumpulan-fima-700x364.jpg
Sumber: Bursa Marketplace

Beliau merupakan adik kepada Dr. Roshayati Binti Basir dan Rozilawati Bt Haji Basir. Beliau adalah shareholder kedua terbesar Fima Corporation. Memang rezeki adik-beradik.

14. Tan Sri Hamdan Mohamad (Ranhill)

Sumber: Bursa Marketplace

Beliau memegang jawatan sebagai CEO bagi Ranhill Berhad ni. Selain daripada menjadi pemegang saham kelima terbesar syarikat, beliau juga menjadi pemegang saham menerusi Hamdan Foundation juga.

15. Datuk Amar Abdul Hamed Bin Haji Sepawi (Ta Ann Holdings)

Sumber: Bursa Marketplace

Selain daripada menjadi shareholder ketiga terbesar, Datuk Amar Abdul Hamed juga memegang saham di dalam Mountex Sdn Bhd. Secara tak langsung, beliau merupakan majoriti shareholder syarikat.

16. Dato Ahmad Sebi Bin Bakar (Digi + Advance Synergy)

Sumber: Digi
Sumber: Bursa Marketplace

Dengan 58 juta saham Digi, dengan harga semasa di sekitar RM5 seunit – hampir RM300 juta jugalah nilainya. Selain daripada itu, beliau juga merupakan pemegang saham kedua terbesar Advance Synergy.

17. Tan Sri Abdul Rashid Hussain (Dialog + Priceworth)

Sumber: Dialog Group
Sumber: Bursa Marketplace

Siapa yang tak kenal dengan Tan Sri Rashid Hussain, pengasas RHB Bank? Sekarang beliau merupakan shareholder ke-12 terbesar Dialog Group dengan 71 juta unit saham. Dengan harga saham mencecah RM3.50, pegangan beliau hampir RM250 juta dengan syarikat Dialog ni.

Selain daripada itu, beliau juga merupakan shareholder ketiga terbesar Priceworth International dengan 240 juta saham syarikat.

18. Datuk Haji Khan Bin Mohd Akram Khan (G3 Global + MMAG)

Sumber: Bursa Marketplace
Sumber: KLSE Screener

Kalau nak tahu, Datuk Haji Khan Bin Mohd Akram Khan adalah Pengarah Urusan dan merupakan salah seorang pemilik Global Man Capital, iaitu pemegang saham terbesar G3 Global. Beliau juga memegang 15% saham MMAG Holdings secara tidak langsung.

19. Wan Khalik Bin Wan Muhammad (G3 Global)

Sumber: G3 Global

Beliau merupakan Pengarah Eksekutif syarikat dan juga merupakan salah seorang pemilik Global Man Capital bersama dengan Datuk Haji Khan Bin Mohd Akram Khan, iaitu pemegang saham terbesar G3 Global.

20. Tan Sri Dato’ Azman Hashim (AMMB Holdings + Amcorp Properties)

Sumber: Bursa Marketplace
Sumber: Bursa Marketplace

Siapa tak kenal dengan AmBank ni kan? Tan Sri Dato’ Azman Hashim merupakan Pengerusi AMMB Holdings dan juga pemegang saham terbesar melalui Clear Goal Sdn Bhd. Beliau juga merupakan shareholder di dalam Amcorp Property menerusi Amcorp Group.

21. Dato’ Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib (Cahya Mata Sarawak)

Sumber: Bursa Marketplace

Beliau merupakan pemegang saham keempat terbesar bagi Cahya Mata Sarawak (CMSB) dengan 97 juta unit. Dengan harsa saham CMSB sekitar RM2.30 seunit, ini bermakna beliau bernilai RM225 juta.

22. Datuk Haji Abu Hanifah bin Noordin (Datasonic)

Sumber: Bursa Marketplace

Beliau merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pengarah Eksekutif bagi syarikat Datasonic Group ni. Dengan 204 juta unit saham dan harga saham di paras RM0.90, beliau bernilai RM183 juta jugalah.

Bayangkan mereka ni jual sikit je pun pegangan saham yang ada, fuh! Inilah contoh bagaimana yang kaya makin kaya – melalui pegangan saham.

Senarai ini baru sedikit, rasanya ramai lagi sebenarnya yang kaya-raya tetapi memegang saham melalui proksi (beli saham guna nama orang lain).

Semoga lebih ramai lagi Bumiputera yang terlibat dalam dunia pelaburan saham dan secara tak langsung menjadi sebahagian dari pemilik syarikat yang maju dan kaya-raya.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kita Bajet Insurans, Tapi Lupa Bajet Check-up

Hampir setiap ketua keluarga mempunyai bajet yang cukup terperinci untuk perlindungan kesihatan samada menerusi insurans atau takaful.

Di Majalah Labur, kami percaya ramai pembaca setia kami rata-rata bersetuju yang sejumlah 5% – 15% dari gaji bulanan adalah amaun yang cukup sihat untuk perlindungan kesihatan.

Akan tetapi, ada satu perkara yang sering tidak mempunyai bajet khusus: pemeriksaan kesihatan berkala.

Kita lebih mudah menyediakan RM200 untuk membaiki sesuatu selepas rosak berbanding memperuntukkan sejumlah wang untuk memastikan masalah itu dapat dikenal pasti lebih awal.

Baca : 5 Perkara Medical Card Boleh Bantu Yang Tak Ramai Orang Tahu!

Dalam kewangan peribadi, cara berfikir seperti ini mungkin kelihatan kecil. Tetapi apabila melibatkan kesihatan, penangguhan boleh membawa kepada keadaan yang memerlukan lebih banyak masa, rawatan dan perbelanjaan.

Sebab itu preventive healthcare wajar dilihat sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan keluarga, bukan sekadar perbelanjaan tambahan.

Ada bajet insurans. Bagaimana dengan bajet kesihatan?

Insurans atau takaful penting untuk melindungi kewangan apabila berlaku keadaan yang memerlukan rawatan atau kemasukan ke hospital.

Tetapi perlindungan kewangan tidak semestinya bermaksud kita tidak perlu menyediakan bajet untuk penjagaan kesihatan rutin.

Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan untuk mengenal pasti faktor risiko, memberi nasihat pengurusan risiko dan membuat rujukan lanjut jika diperlukan.

pemeriksaan kesihatan

Pada asasnya, terdapat perbezaan antara:

“Saya mempunyai perlindungan jika sesuatu berlaku”

dengan

“Saya memperuntukkan wang untuk mengetahui keadaan kesihatan saya secara berkala.”

Kedua-duanya memainkan peranan yang berbeza dalam perancangan kewangan kesihatan.

Kesilapan ibu bapa : tunggu anak sakit baru bawa berjumpa doktor gigi

Perkara ini lebih mudah berlaku dalam kalangan ibu bapa. Anak tidak mengadu sakit, jadi pemeriksaan ditangguhkan. Gigi susu pula dianggap tidak begitu penting kerana akhirnya akan tanggal.

Apabila sakit mula berlaku, barulah ibu bapa mencari rawatan. Masalahnya, ketiadaan sakit tidak semestinya bermaksud tiada masalah.

Masalah ini yang cuba diketengahkan oleh Dr. A’tikah U’zed (Doktor Gigi di Klinik Pergigian Aesira) yang melihat ada keperluan untuk ibu bapa di Malaysia mengkhususkan wang untuk rawatan gigi anak mereka atau mereka sendiri!

pemeriksaan kesihatan gigi

Penegasan ini nampak ada intinya selepas kami melihat bahawa data National Oral Health Survey of Adults (NOHSA) 2020 menunjukkan ;

“Prevalens karies dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas ialah 85.1%, manakala dalam kumpulan umur 15–19 tahun pun prevalensnya masih 51.7%. Dalam kalangan orang dewasa yang mempunyai gigi, 40.7% mempunyai keperluan rawatan restoratif, 28.9% keperluan cabutan dan 4.5% keperluan rawatan endodontik.”

Masalah gusi juga tidak semestinya bermula dengan kesakitan.

NOHSA 2020 mendapati hanya 5.1% populasi bergigi mempunyai periodontium yang sihat, sementara 38.2% mempunyai periodontitis. KKM turut menerangkan bahawa penyakit periodontal boleh tidak disedari kerana pada peringkat awal ia boleh berlaku tanpa sakit.

Ini menjadikan pemeriksaan berkala satu perkara yang relevan bukan sahaja kepada kesihatan, tetapi juga kepada cara keluarga merancang perbelanjaan.

Kos rawatan gigi sebenarnya boleh dilihat sebagai kos tahunan

BilRawatanAnggaran kosKekerapan /Perspektif
1Konsultasi & pemeriksaan gigiRM30–RM1006–12 bulan / mengikut risikoKos asas untuk mengetahui keadaan gigi sebelum membuat keputusan rawatan
2X-ray gigi kecil (periapikal/bitewing)RM30–RM80Jika diperlukan doktorMembantu melihat masalah yang tidak jelas melalui pemeriksaan biasa
3X-ray panoramic (OPG)RM80–RM200Jika diperlukanBiasanya untuk penilaian keseluruhan rahang, gigi bongsu atau perancangan tertentu
4Scaling & polishingRM80–RM250Mengikut keadaan gigi/gusiPenjagaan berkala yang boleh dimasukkan dalam bajet pergigian tahunan
5Rawatan fluoridaRM50–RM120Berdasarkan risiko, terutama kanak-kanakPreventive care yang boleh dirancang lebih awal
6Fissure sealant±RM50–RM100/gigiTerutama gigi tertentu kanak-kanakPerbelanjaan pencegahan yang dibuat berdasarkan penilaian doktor
7Tampalan gigiRM80–RM300/gigiApabila terdapat kariesContoh kos rawatan yang mungkin timbul selepas pemeriksaan
8Cabutan gigi biasaRM80–RM300/gigiJika gigi tidak dapat dikekalkan / perlu dicabutKos meningkat berbanding penjagaan rutin apabila masalah memerlukan prosedur
9Rawatan saluran akar (root canal)±RM600–RM2,000/gigiUntuk gigi dengan masalah pulpa tertentuContoh bagaimana rawatan boleh menjadi lebih kompleks dan memerlukan bajet lebih besar
10Pembedahan gigi bongsu±RM800–RM2,500/gigiJika impaksi/kerumitan memerlukan pembedahanContoh kos prosedur yang lebih besar dan sukar dirancang sebagai perbelanjaan rutin

Semak : Senarai Harga Rawatan Gigi Terkini

Daripada melihat pergigian sebagai:

“Berapa saya perlu bayar apabila gigi sakit?”

lebih baik keluarga melihatnya sebagai:

“Berapa bajet saya perlu sediakan setiap tahun untuk penjagaan gigi?”

Ini tidak bermaksud seseorang perlu menjalani rawatan setiap tahun.

Sebaliknya, bajet tersebut boleh merangkumi pemeriksaan, penjagaan pencegahan dan rawatan yang diperlukan berdasarkan penilaian doktor gigi.

Kekerapan pemeriksaan pula bukan satu angka yang wajib sama untuk semua orang. Sesetengah individu mungkin memerlukan pemeriksaan lebih kerap berdasarkan risiko karies, keadaan gusi, sejarah rawatan dan faktor kesihatan lain.

Matlamatnya ialah tidak menunggu sehingga keadaan menjadi kecemasan sebelum mula merancang.

Contohnya, gigi jarang bukan semata-mata soal kosmetik

Ambil contoh diastema, atau gigi jarang.

Menurut Dr. A’tikah U’zied, diastema ialah ruang antara dua gigi yang paling kerap dilihat pada gigi hadapan atas.

Ia boleh berkait dengan saiz gigi berbanding rahang, faktor struktur semula jadi atau tabiat tertentu. Antara perkara yang boleh diperhatikan ialah ruang yang jelas antara gigi atau ruang yang semakin melebar.

Tidak semua diastema memerlukan rawatan.

Baca : Mencari Medical Card Terbaik? Tipu Semua Tu. Fahamkan 5 Perkara Ini

Tetapi apabila ibu bapa atau individu menyedari perubahan pada kedudukan atau jarak gigi, pemeriksaan memberikan peluang untuk menentukan sama ada ia sekadar variasi normal atau sesuatu yang memerlukan pemantauan atau rawatan.

Inilah konsep financial planning yang sering terlepas pandang.

Pemeriksaan bukan bermaksud kita sudah bersetuju untuk menjalani rawatan.

Pemeriksaan bermaksud kita mendapatkan maklumat terlebih dahulu.

Dengan maklumat itu, keluarga boleh membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan, bila ia perlu dilakukan dan bagaimana perbelanjaannya boleh dirancang.

Jadi, enam bulan atau setahun sekali?

Jawapannya bergantung kepada individu.

Jadual pemeriksaan gigi sepatutnya mengambil kira keadaan gigi dan gusi, tahap risiko, umur, sejarah rawatan serta penilaian doktor gigi.

Bagi sesetengah orang, pemeriksaan enam bulan sekali mungkin sesuai. Bagi yang lain, doktor mungkin mencadangkan sela masa yang berbeza.

Yang penting ialah jangan menjadikan “tidak sakit” sebagai satu-satunya ukuran untuk menentukan sama ada pemeriksaan diperlukan.

Konsep yang sama digunakan dalam kesihatan secara umum. KKM menerangkan bahawa saringan kesihatan bertujuan membantu mengenal pasti faktor risiko dan penyakit lebih awal supaya pengurusan dapat dimulakan.

Bagaimana keluarga boleh masukkan kesihatan dalam financial planning?

Satu pendekatan mudah ialah membahagikan perancangan kepada beberapa lapisan:

Pertama, perlindungan.
Insurans atau takaful untuk risiko kesihatan yang besar, mengikut kemampuan dan keperluan keluarga.

Kedua, dana kecemasan.
Simpanan tunai untuk perbelanjaan kesihatan atau kecemasan yang tidak dirancang.

Ketiga, preventive healthcare.
Bajet tahunan untuk pemeriksaan dan saringan yang bersesuaian dengan umur serta faktor risiko.

Keempat, penjagaan rutin.
Termasuk pergigian dan keperluan kesihatan lain yang boleh dijangka.

Dengan cara ini, kesihatan tidak hanya muncul dalam bajet apabila sesuatu sudah berlaku.

Baca : Permintaan Sektor Penjagaan Kesihatan Diunjur Meningkat Bagi Jangka Panjang

Kesihatan juga perlukan bajet sebelum ia menjadi kecemasan

Financial planning yang baik bukan sekadar mempunyai wang apabila berlaku masalah.

Ia juga tentang mengetahui perbelanjaan yang boleh dijangka, menyediakan ruang untuk penjagaan berkala dan membuat keputusan berdasarkan maklumat sebelum keadaan menjadi mendesak.

pemeriksaan kesihatan

Pemeriksaan kesihatan tidak menjamin seseorang akan terlepas daripada penyakit atau rawatan mahal. Begitu juga pemeriksaan gigi tidak menjamin seseorang tidak akan memerlukan prosedur kompleks pada masa hadapan.

Namun, pemeriksaan memberikan sesuatu yang penting dalam perancangan kewangan:

maklumat lebih awal.

Dan maklumat lebih awal memberikan keluarga peluang untuk membuat keputusan dengan lebih tenang, sama ada perlu merawat sekarang, memantau dahulu atau menyediakan bajet untuk rawatan pada masa akan datang.

Jadi, apabila menyediakan bajet keluarga untuk tahun hadapan, jangan hanya tanya:

“Berapa saya perlu simpan kalau saya jatuh sakit?”

Tanya juga:

“Berapa yang saya sanggup peruntukkan untuk mengetahui keadaan kesihatan saya sebelum ia menjadi kecemasan?”

Kerana dalam pengurusan kewangan kesihatan, bil rawatan bukan satu-satunya kos yang perlu difikirkan.

Masa, ketidakselesaan, kehilangan produktiviti dan keputusan yang dibuat ketika keadaan sudah mendesak juga mempunyai nilai.

Preventive healthcare bukan tentang berbelanja sebanyak mungkin untuk kesihatan.

Ia tentang merancang supaya kesihatan tidak menjadi kejutan kewangan kepada keluarga.

Artikel ini bertujuan memberikan maklumat umum dan bukan pengganti nasihat doktor atau doktor gigi. Keperluan pemeriksaan, saringan dan rawatan berbeza mengikut keadaan individu.