Senarai 58 Bank Yang Wujud Di Malaysia

Urusan menjadi lebih mudah dan pantas apabila kita benar-benar fahami prosedur dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia. Sebelum ini kita dah tengok Definisi Dan Fungsi Bank di Malaysia, semoga semakin ramai orang faham kenapa wujudnya begitu banyak bank.

Produk bank terdiri daripada produk Islamik dan produk Konvensional adalah bergantung kepada jenis bank tersebut. Ada bank yang hanya menawarkan produk konvensional dan ada juga bank yang menawarkan semua jenis produk.

Paling penting sekali, bank yang wujud di Malaysia ini haruslah disahkan dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Jom lihat senarai bank yang wujud di Malaysia menurut Bank Negara Malaysia.

1. Bank Komersial

Bank komersial adalah bank umum yang lengkap dengan segala perkhidmatan transaksi wang dalam negara dan luar negara serta mempunyai produk kewangan yang membantu orang ramai menguruskan kewangan masing-masing.  Menurut sumber Berita Harian, bank komersial juga aktif dalam menyalurkan pinjaman dan perniagaan serta mendapatkan pembiayaan yang mudah. Berikut adalah senarai bank komersial yang wujud di Malaysia.

  1. Affin Bank Berhad
  2. Alliance Bank Malaysia Berhad
  3. AmBank (M) Berhad
  4. BNP Paribas Malaysia Berhad
  5. Bangkok Bank Berhad
  6. Bank of America Malaysia Berhad
  7. Bank of China (Malaysia) Berhad
  8. CIMB Bank Berhad
  9. China Construction Bank (Malaysia) Berhad
  10. Citibank Berhad
  11. Deutsche Bank (Malaysia) Berhad
  12. HSBC Bank Malaysia Berhad
  13. Hong Leong Bank Berhad
  14. India International Bank (Malaysia) Berhad
  15. Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad
  16. J.P. Morgan Chase Bank Berhad
  17. MUFG Bank (Malaysia) Berhad
  18. Malayan Banking Berhad
  19. Mizuho Bank (Malaysia) Berhad
  20. OCBC Bank (Malaysia) Berhad
  21. Public Bank Berhad
  22. RHB Bank Berhad
  23. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
  24. Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad
  25. The Bank of Nova Scotia Berhad
  26. United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.

Bank Perbankan Islam (Dalam Dan Luar Negara)

Bank perbankan Islam atau dikenali sebagai bank Islam merujuk kepada sistem

perbankan yang menurut prinsip Islam iaitu undang-undang syariah.  Ia menggunakan konsep kewangan Islam dalam setiap urusniaga. Antara konsepnya adalah ijarah (sewaan), musyarakah (perkongsian), mudharabah (perkongsian keuntungan) dan banyak lagi.

  1. Affin Islamic Bank Berhad
  2. Al Rajhi Bank
  3. Alliance Islamic Bank Berhad
  4. AmBank Islamic Berhad
  5. MBSB Bank Berhad
  6. Bank Islam Malaysia
  7. Bank Muamalat Malaysia
  8. CIMB Islamic Bank Berhad
  9. Hong Leong Islamic Banking Berhad
  10. HSBC Amanah Malaysia Berhad
  11. Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
  12. Maybank Islamic Berhad
  13. OCBC Al-Amin Bank Berhad
  14. Public Islamic Bank Berhad
  15. RHB Islamic Bank Berhad
  16. Standard Chartered Saadiq Berhad

Bank Perbankan Islam Antarabangsa

1.  Alkhair International Islamic Bank Bhd
2.  PT. Bank Muamalat Indonesia, Tbk

Bank Pelaburan

Bank perbankan pelaburan adalah bank yang menguruskan dan terlibat dalam pelaburan, saham, simpanan dan sebagainya.  Mereka juga adalah broker bagi pelaburan saham serta pihak yang terlibat dalam menguruskan transaksi jual beli saham. Jom lihat Bank Pelaburan menurut Bank Negara Malaysia.

  1. Alliance Investment Bank Berhad
  2.  Affin Hwang Capital
  3. AmInvestment Bank Berhad
  4. CIMB Investment Bank Berhad
  5. Hong Leong Investment Bank Berhad
  6. Public Investment Bank Berhad
  7. RHB Investment Bank Berhad
  8. KAF Investment Bank Berhad
  9. Kenanga Investment Bank Berhad
  10. Maybank Investment Bank
  11. MIDF Investment Bank Berhad
  12. MIMB Investment Bank Berhad
  13. OSK Investment Bank Berhad
  14. ECM Libra Investment Bank Berhad

Itulah dia 58 senarai bank yang wujud di Malaysia sehingga hari ini yang masih membantu menguruskan hal-hal kewangan masyarakat dan negara.  Biarpun ia terdiri daripada local dan foreigner, ia tetap menjalankan tanggungjawab dengan baik di Malaysia dan telah membantu ramai orang.

Sumber Rujukan: 

  1. Wikipedia
  2. Infosantai
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

KWSP Suami Meninggal: Boleh Isteri Tuntut Sebagai Harta Sepencarian?

Selama ini, apabila seorang suami meninggal dunia, ramai mungkin menganggap wang KWSP yang ditinggalkan akan terus menjadi harta pusaka dan dibahagikan kepada waris mengikut faraid.

Namun, perkembangan hukum dan keputusan Mahkamah Syariah menunjukkan perkara ini sebenarnya lebih kompleks.

Pada September 2025, Muzakarah Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-128 memutuskan bahawa tuntutan harta sepencarian terhadap wang KWSP oleh ahli beragama Islam adalah diharuskan, tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan Mahkamah Syariah.

Keputusan ini membawa satu implikasi penting kepada pasangan yang berkahwin.

Wang KWSP tidak semestinya keseluruhannya menjadi harta pusaka untuk difaraidkan.

Sekiranya Mahkamah Syariah memutuskan sebahagian wang tersebut merupakan hak harta sepencarian pasangan, bahagian itu akan diberikan kepada pasangan terlebih dahulu. Bahagian yang diperintahkan sebagai harta sepencarian tersebut pula tidak dikira sebagai harta pusaka pencarum dan tidak tertakluk kepada pembahagian faraid.

Tetapi sebenarnya, isu ini bukan bermula pada 2025

Menariknya, beberapa negeri sudah mempunyai perkembangan berkaitan isu ini sebelum keputusan Muzakarah Kebangsaan tersebut.

Kelantan: kes KWSP sebagai harta sepencarian sejak 2000-an

Antara kes yang sering dirujuk ialah Norhayati binti Yusoff lwn Ahmad Shah bin Ahmad Tabrani, yang diputuskan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan.

Dalam kes tersebut, wang KWSP suami menjadi antara aset yang dituntut sebagai harta sepencarian.

Mahkamah mengiktiraf konsep sumbangan tidak langsung isteri. Walaupun isteri mungkin tidak membuat caruman KWSP secara langsung, sumbangan kepada rumah tangga boleh menjadi faktor dalam menentukan hak harta sepencarian.

Ini penting kerana ia menunjukkan bahawa persoalan harta sepencarian bukan semata-mata tentang siapa yang memasukkan duit ke dalam akaun.

Sumbangan pasangan kepada rumah tangga juga boleh mempunyai nilai dari sudut undang-undang Syariah.

Selangor pula mempunyai pendirian yang jelas

Dalam panduan Jabatan Mufti Selangor pada 2020 berkaitan wang KWSP selepas kematian suami, dinyatakan bahawa isteri boleh membuat tuntutan harta sepencarian sepanjang tempoh perkahwinan dengan arwah suami sebelum lebihan harta tersebut dibahagikan mengikut faraid.

Kemudian pada 2023, Selangor mempunyai fatwa khusus berkaitan harta sepencarian selepas kematian salah satu pihak dalam perkahwinan. Rujuk Fatwa Tentang Harta Sepencarian Selepas Kematian Salah Satu Pihak Dalam Perkahwinan Di Negeri Selangor.

Ini menunjukkan konsep tuntutan harta sepencarian selepas kematian bukan sesuatu yang hanya muncul selepas keputusan MKI pada 2025.

Johor: daripada pendirian lama kepada pendekatan baharu

Pendirian terdahulu di Johor menyatakan wang KWSP pencarum yang meninggal dunia merupakan harta pusaka dan tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian. Fatwa Johor yang lebih lama, dikeluarkan pada 2013, menyatakan:

“Apabila pencarum KWSP meninggal, wang KWSP ialah harta pusaka dan perlu difaraidkan; ia tidak boleh dijadikan harta sepencarian.

Namun, selepas keputusan MKI 2025, Johor mengambil pendekatan baharu yang membenarkan tuntutan harta sepencarian terhadap wang KWSP bagi ahli beragama Islam yang layak, tertakluk kepada keputusan Mahkamah Syariah. Rujuk Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor.

Perubahan ini menunjukkan bagaimana pendirian berkaitan KWSP dan harta sepencarian boleh berkembang mengikut keputusan hukum dan kerangka undang-undang semasa.

NegeriKedudukan yang ditemuiTahun / status
KelantanAda kes Mahkamah Tinggi Syariah yang membenarkan tuntutan terhadap KWSP sebagai harta sepencarian; turut ada fatwa berkaitan tuntutan harta sepencarian selepas kematianKes 2006; Fatwa Negeri 2002
SelangorSecara rasmi mengiktiraf bahawa selepas kematian salah satu pihak, pasangan boleh menuntut harta sepencarian. Soal jawab Mufti Selangor juga secara jelas menyebut isteri boleh menuntut harta sepencarian terhadap KWSP arwah sebelum baki difaraidkanFatwa 2023; panduan 2020
JohorDahulu berpendirian sebaliknya: KWSP ialah harta pusaka dan tidak boleh dijadikan harta sepencarian. Tetapi pada 2026, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor mengeluarkan keputusan baharu yang membenarkan tuntutan KWSP sebagai harta sepencarian, selaras dengan MKI 20252013 → berubah 2026
SarawakPernah memutuskan wang caruman KWSP tidak boleh dianggap harta sepencarian, sebaliknya harta pusaka yang difaraidkanKeputusan terdahulu

Jadi, apa maksudnya kepada pasangan?

Kita ambil contoh mudah.

Katakan seorang suami meninggal dunia dan meninggalkan RM500,000 dalam KWSP.

Isteri membuat tuntutan harta sepencarian.

Jika Mahkamah Syariah selepas mempertimbangkan tuntutan tersebut memutuskan bahawa RM150,000 adalah hak harta sepencarian isteri, maka RM150,000 itu bukan lagi sebahagian daripada harta pusaka suami untuk difaraidkan.

Baki RM350,000 pula barulah menjadi sebahagian daripada harta pusaka, tertakluk kepada proses pengurusan pusaka dan pembahagian mengikut faraid.

Jadi bukan bermaksud:

“Isteri automatik dapat separuh KWSP.”

Tidak.

Yang betul ialah:

“Isteri yang layak boleh membuat tuntutan, dan jumlah yang menjadi harta sepencarian bergantung kepada keputusan Mahkamah Syariah.”

Kenapa perkara ini penting untuk perancangan pusaka?

Sebab ramai orang melihat KWSP hanya daripada sudut simpanan persaraan.

Tetapi apabila berlaku kematian, ia menjadi sebahagian daripada proses pengurusan harta si mati.

Dalam konteks pasangan Islam, terdapat beberapa perkara yang perlu dibezakan:

Pertama, harta sepencarian.

Ini ialah tuntutan pasangan terhadap harta yang diperoleh sepanjang tempoh perkahwinan, tertakluk kepada undang-undang dan keputusan Mahkamah Syariah.

Kedua, harta pusaka.

Selepas hak-hak yang berkaitan seperti harta sepencarian ditentukan, baki harta si mati boleh menjadi harta pusaka.

Ketiga, faraid.

Baki harta pusaka kemudiannya dibahagikan kepada waris yang berhak mengikut hukum faraid.

Sebab itu seseorang tidak boleh terus melihat angka KWSP dan berkata:

“Ini semua akan difaraidkan.”

Ia bergantung kepada keadaan dan, bagi tuntutan harta sepencarian, keputusan Mahkamah Syariah.

Namun, jangan salah faham

Keputusan MKI 2025 bukan bermaksud setiap isteri automatik mendapat sebahagian daripada KWSP suami.

Ia hanya membuka ruang bahawa tuntutan tersebut diharuskan.

Tuntutan masih perlu dibuat dan dipertimbangkan oleh Mahkamah Syariah.

Jumlahnya juga tidak semestinya 50:50.

Mahkamah boleh melihat kepada pelbagai faktor dan bukti berkaitan sumbangan pasangan serta keadaan harta yang dituntut.

Satu lagi perkara penting ialah status keputusan hukum tersebut di setiap negeri. Keputusan Muzakarah MKI perlu dilihat bersama peruntukan dan proses undang-undang Syariah negeri masing-masing.

Daripada “siapa dapat KWSP?” kepada “apa hak setiap pihak?”

Ini sebenarnya perubahan cara kita melihat perancangan pusaka.

Bila seorang suami meninggal dunia, persoalannya bukan semata-mata:

“Berapa banyak isteri dapat?”

Tetapi:

“Apakah hak isteri sebagai pasangan? Apakah yang menjadi harta sepencarian? Apakah yang benar-benar menjadi harta pusaka? Dan siapa yang berhak menerima baki tersebut melalui faraid?”

Perbezaan ini nampak kecil, tetapi dari sudut nilai harta, ia boleh menjadi sangat besar.

Lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai simpanan KWSP jutaan ringgit.

Maka, bagi pasangan yang beragama Islam, memahami kedudukan harta sepencarian dan faraid semasa masih hidup jauh lebih baik daripada cuba memahami semuanya selepas berlaku kematian.

KWSP bukan sekadar soal berapa banyak kita berjaya kumpul. Kita juga perlu tahu bagaimana wang itu akan diurus apabila kita sudah tiada.

Penafian: Artikel ini bertujuan memberikan maklumat umum dan bukan nasihat undang-undang, fatwa atau nasihat kewangan. Kedudukan harta sepencarian, tuntutan wang KWSP dan proses pembahagian harta pusaka boleh berbeza mengikut negeri, fakta kes dan keputusan Mahkamah Syariah. Pembaca disarankan mendapatkan nasihat daripada peguam syarie, pihak berkuasa agama negeri atau pihak yang berkelayakan sebelum membuat sebarang tuntutan atau keputusan berkaitan harta pusaka.