12 Lokasi Hotspot Pelaburan Hartanah di Malaysia

Pertumbuhan sektor hartanah yang lembap dan lemah tidak dapat disangkal lagi oleh para penganalisis ekonomi bahkan Malaysia terus menghadapi isu lambakan hartanah tidak terjual yang luar biasa di pasaran.

Perkara ini disahkan lagi dengan data yang dikeluarkan Pusat Maklumat Hartanah Negara (NAPIC) di mana suku pertama 2019 sahaja memperlihatkan kediaman siap dibina tidak terjual di Malaysia pada jumlah 54,708 unit bernilai RM37.23 bilion.

Di atas kertas, pertumbuhan hartanah sememangnya dilihat lembap. Akan tetapi, lain pula ceritanya dengan hartanah dalam sektor sekunder.

Menurut PropertyGuru yang juga portal carian hartanah terkemuka di Malaysia, mereka melihat terdapat pola carian yang kerap terhadap hartanah di beberapa buah kawasan di Malaysia khususnya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Selangor, Penang dan Johor.

Di antara jenis hartanah yang paling kerap dicari di portal tersebut adalah hartanah kediaman jenis high-rise seperti  kondominium dan apartmen. Daripada segi harga pula, kebanyakan mereka membuat carian terhadap hartanah di bawah harga RM300,000 !

“Rupa-rupanya rakyat Malaysia mula beralih ke pasaran sekunder berbanding pasaran undercon!”

Lokasi Hotspot Di Selangor

1. Petaling Jaya

2. Shah Alam

3. Subang Jaya

Permintaan hartanah di Selangor kekal meningkat sungguhpun harga median hartanah tidak menunjukkan sebarang penurunan harga. Kawasan yang tersenarai teratas dan paling popular dalam carian di PropertyGuru ialah Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya.

Baca : 11 Rumah Moden Yang Ada di Malaysia

Untuk pengetahuan anda, jenis hartanah yang paling kerap dicari adalah dari jenis kondominium, diikuti apartmen, teres dua tingkat dan juga hartanah yang berorientasikan transit (TOD).

Perkara ini menjelaskan punca peningkatan dalam permintaan hartanah berdekatan MRT dan LRT di kawasan strategik.

Faktor lain seperti kos utiliti penyelenggaraan dan akses kemudahan seperti kolam renang dan gimnasium turut memainkan peranan kerana lambakan hartanah jenis kondomonium dan apartmen menawarkan fasiliti yang sama atau hampir sama.

Lokasi Hotspot Di Kuala Lumpur

1. Bangsar

2. Mont Kiara

3. Cheras

Sungguhpun berlaku penurunan dalam permintaan, permintaan untuk hartanah di Kuala Lumpur untuk kawasan Bangsar, Mont Kiara dan Cheras adalah tertinggi dan paling kerap dicari di portal PropertyGuru.

Baca : Senarai Rumah Paling Mahal di Malaysia 2018

Jenis hartanah yang dicari adalah kediaman jenis kondominium, apartmen dan townhouse. Punca utama kediaman high-rise lebih kerap dicari adalah kerana kosnya yang lebih murah dan mampu milik berbanding hartanah jenis landed di Kuala Lumpur yang mampu mencecah RM600,000 untuk rumah teres dua tingkat di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).  

Untuk harga pula, kebanyakannya mencari hartanah pada harga di bawah RM300,000 sungguhpun lokasinya kurang strategik.

Lokasi Hotspot Di Pulau Pinang

1. Georgetown

2. Bayan Lepas

3. Tanjung Tokong

Jenis hartanah di Pulau Pinang mempunyai banyak persamaan dengan Kuala Lumpur di mana hartanah jenis apartmen dan kondominium paling popular dan kerap dicari di portal PropertyGuru.

Rumah dengan unit dual key menjadi semakin popular kerana wujud permintaan dari golongan yang bekerja dan hidup di tempat yang sama.

Baca : Pelaburan Menarik Dengan Rumah Dual Key

Kawasan yang paling popular di Pulau Pinang adalah Georgetown, Bayan Lepas dan Tanjung Tokong.

Perkara ini tidaklah mengejutkan kerana ketiga- tiga lokasi tersebut terletak di pusat bandar dan menjadi lokasi untuk pekerja di pusat bandar menyewa dan faktor lain seperti berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Lokasi Hotspot Di Johor

1. Johor Bahru

2. Nusajaya

3. Bukit Indah

Berbeza dengan Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang yang menghadapi penurunan aliran pola permintaan sejak 2016, Johor merupakan satu-satunya negeri yang mencatatkan aliran pola permintaan terhadap hartanah dalam pasaran sekunder.

Lokasi tumpuan yang paling popular dan kerap dicari adalah Johor Bahru, Nusajaya dan juga Bukit Indah.

Akan tetapi, permintaan terhadap hartanah di Johor adalah lebih kepada hartanah jenis landed terutamanya hartanah kediaman jenis teres dua tingkat.

Berdasarkan data yang dikeluarkan PropertyGuru ini, kita dapat melihat bahawa terdapat 12 kawasan yang paling popular dalam carian hartanah di dalam portal tersebut.

Data ini amat berharga buat mereka yang sedang merangka perancangan untuk pelaburan hartanah jangka panjang.

Kesan yang jelas kita dapat lihat apabila penawaran pasaran oleh pemaju tidak mengikut kesesuaian bakal pembeli, mereka beralih ke pasaran yang sekunder di kawasan strategik.

Sumber Rujukan:

Ditulis oleh Mehmed Aezhad, beliau merupakan seorang Digital Marketing Specialist yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran digital hartanah.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman