Senarai Rumah Paling Mahal 2018 di Malaysia (Mengikut Negeri)

Kita mungkin tak pernah terfikir pun berapakah harga rumah yang paling mahal di Malaysia? Maklumlah, nak beli rumah sendiri pun belum lepas.

Apakah yang membuatkan sesebuah rumah itu menjadi mahal? Logiknya adalah lokasi, harga tanah, ciri-ciri rumah tersebut dan mungkin banyak lagi faktor lain.

Tapi sebelum itu, kami telah menggunakan beberapa buah laman web bagi mendapatkan maklumat mengenai rumah paling mahal di Malaysia.

1. Mudah.my

Ada yang masih tak kenal ke dengan laman web Mudah ni? Ia merupakan #1 dalam pengiklanan online, nak cari apa sahaja barang, mesti ada di sini.

Tapi boleh juga nak tengok harga-harga rumah yang ada di pasaran. Kita boleh filter dan susun mengikut harga, freehold atau leasehold dan banyak lagi.

2. iProperty

Tidak dinafikan, iProperty adalah laman web #1 Malaysia yang khusus untuk hartanah. Design laman web pun moden dan kemas, memang menjadi tumpuan bagi mereka yang ingin menyenaraikan rumah mereka untuk dijual dan bagi orang ramai untuk mencari rumah idaman.

Kita boleh filter jenis kediaman dengan lebih terperinci lagi, tengoklah sendiri. Tak pernah tahu pun ada sebanyak ni, biasa dengar rumah teres, rumah berkembar, rumah banglo, flat, apartmen dan kondominium saja. Rumah 4.5 tingkat pun ada ke???

Juga boleh tengok rumah yang baru dilancarkan atau yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Memang sangat komprehensif laman web iProperty ini.

Nak periksa harga hartanah komersial, kawasan perindustrian seperti kilang dan perladangan pun boleh juga.

Bukan itu sahaja, mereka juga banyak menulis artikel berkaitan hartanah, dan juga mengadakan pameran dan roadshow di seluruh Malaysia.

3. PropertyGuru

Lagi satu laman web yang boleh anda layari bagi mendapatkan harga rumah. Kalau nak tengok harga rumah dan hartanah komersial, di sini boleh filter juga mengikut keluasan lantai, keluasan tanah, harga sekaki, dilengkapi perabot atau tidak; dan bermacam-macam lagi.

Ia juga mempunyai bahagian khusus untuk baca tentang reviu mereka ke atas projek-projek baru dan artikel berkaitan isu semasa.

Jom tengok senarai rumah paling mahal di Malaysia mengikut negeri.

1. Kuala Lumpur

RM50 juta – U-Thant, Ampang Hilir

 RM40 juta – Kenny Hills, Bukit Tunku

2. Labuan

RM1.79 juta – Batu Arang

3. Putrajaya

RM6 juta – Presint 10

 RM4.5 juta – Danau Suria

4. Johor

RM19.5 juta – Iskandar Puteri, Nusajaya

RM14 juta – Gelang Patah

5. Kedah

RM8.5 juta – Pulau Langkawi

RM3 juta – Jitra

6. Kelantan

RM2.5 juta – Wakaf Che Yeh

RM2.4 juta – Sri Cemerlang

7. Melaka

RM5.6 juta – Ayer Keroh

RM5 juta – Melaka Tengah

8. Negeri Sembilan

RM6 juta – Port Dickson

RM5.5 juta – Nilai

9. Pahang

RM38 juta – Bentong

RM11.5 juta – Genting Highlands

10. Perak

RM11 juta – Gerik

RM10 juta – Ipoh

11. Perlis

RM2.9 juta – Kangar

RM1.5 juta – Taman Utama

12. Pulau Pinang

RM61 juta – Georgetown

RM25 juta – Pulau Tikus

13. Sabah

RM7.1 juta – Kota Kinabalu

RM5 juta – Penampang

14. Sarawak

RM6.8 juta – Kuching

RM2 juta – Miri

15. Selangor

RM30 juta – Pangsun, Hulu Langat

 RM25 juta – Country Heights, Damansara

16. Terengganu

RM4 juta – Marang

RM2.1 juta – Kemaman

Rumah Termahal Dijual Dalam Tempoh Setahun Kebelakangan

Kalau anda perasan, semua rumah-rumah di atas sebenarnya baru di peringkat pengiklanan. Tapi berapa ramai yang mampu beli dengan harga tersebut? Mungkin juga ramai nak tahu siapa pemilik sekarang yang nak jual hartanah tersebut.

Kalau harga jual sekarang pun ada yang sampai RM60 juta, agak-agak harga kos rumah tu berapa agaknya? Fuh…harap tuan punya rumah membayar cukai pendapatan yang sepatutnya kepada pihak LHDN.

Apa kata kita tengok pula rumah yang telah pun dijual?

Untuk itu, kita gunakan laman web Brickz yang mengambil data daripada Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta, yang merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Ia merekodkan segala transaksi hartanah setelah duti setem bagi Sales and Purchase Agreement yang telah dibayar.

Dan berikut adalah hasilnya:

Kebanyakan rumah yang telah dijual yang berharga di atas RM10 juta adalah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Walaupun diiklankan rumah sampai RM60 juta, tapi ia mungkin sekadar iklan sahaja.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman