Minda Kewangan Sebelum Bernikah: Bahagian 1

Melangkah ke alam perkahwinan pastinya menuntut seribu satu persediaan dan perasaan. Mana taknya, ketika zaman bujang kita hanya fikir pasal diri sendiri dan perut kita.

Bila dah kahwin nanti, jangan sesekali abaikan hal-ehwal pasangan kita.

Maka, bakal raja sehari perlu mempersiapkan diri dengan ilmu kewangan, ilmu rumah tangga, dan ilmu-ilmu lain yang dituntut dalam Islam. Persefahaman perlu wujud supaya tidak berlaku konflik di kemudian hari.

1. Keperluan Atau Kehendak

Photo by Jan Kopřiva from Pexels

Sudah menjadi rutin bagi kebanyakan orang bujang yang berkerjaya sama ada lelaki atau perempuan, setiap kali dapat gaji akan berbelanja barangan seperti beli baju, tiket wayang, tudung, beg tangan, kasut, dan alat solek.

Kalau kita termasuk kategori sebegini, mohon perlahan-lahan belajar untuk membeli barangan yang betul-betul perlu sahaja. Contoh mudah, semasa berjalan-jalan di pusat membeli belah nampak sehelai tudung ni “Ya Allah, cantik sangat!”.

Kalau berlaku situasi begini, jangan terus buat keputusan untuk beli tetapi fikir terlebih dahulu sama ada tudung tersebut keperluan mendesak atau hanyalah sekadar kehendak. Bila kita dah tahu tudung tu hanya kehendak, padamkan dulu niat untuk membeli dan simpan dulu duit tu.

Nak kahwin nanti banyak nak pakai duit.

2) Betulkan Mindset

Photo by Simon Migaj from Pexels

Mindset untuk invest terhadap pasangan masing-masing dalam jangka masa panjang. Bagi golongan lelaki bujang yang sudah terbiasa gunakan duit gaji atau hasil niaga hanya untuk kegunaan diri sendiri, maka kena tetapkan mindset lepas kahwin wajib tunaikan nafkah kepada isteri, walaupun isteri ada pendapatan sendiri.

Bagi golongan wanita yang berkerjaya pula, jika mindset lepas kahwin nanti gaji 100% untuk kegunaan diri sendiri saja, maka cepat-cepatlah istighfar.

Isteri yang baik akan sama-sama bantu dan tampung perbelanjaan suami bila dah berkeluarga nanti. Jangan lupa reset minda sebelum hari akad nikah ya.

Zaman sekarang ni memang tak cukup nak harapkan gaji suami sahaja nak tampung semua perbelanjaan.

3. Tukarkan Kemahiran Kepada Pendapatan

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Bagi mereka yang merancang untuk menjadi suri rumah selepas berkahwin, kenal pasti kemahiran yang sedia ada dan asah bakat yang dimiliki. Contohnya, kemahiran memasak, menjahit, reka bentuk poster, menulis, dan lain-lain.

Jika pandai buat kek tapi kurang pengalaman dalam bab hiasan kek, maka sebelum kahwin rajinkan diri menghadiri kelas-kelas menghias kek untuk tingkatkan kemahiran.

Jika suri rumah sepenuh masa pula boleh ambil peluang untuk mendalami ilmu pelaburan saham patuh syariah. Baca juga 5 Sebab Mengapa Wanita Perlu Melabur

Isteri yang bestari sentiasa panjang akal untuk bantu suami tampung perbelanjaan rumah dengan cara memanfaatkan kemahiran yang  ada, di samping dapat memanfaatkan masa yang ada. Jika aktif di laman sosial seperti Facebook dan Instagram, maka boleh atur strategi untuk berniaga secara online.

Baca juga Nak Isteri Gembira Dekat Rumah? Hadiahkan Isteri Benda-Benda Ini

Ditulis oleh Wan Mohamad Farhan bin Ab Rahman

Baca juga Minda Kewangan Sebelum Bernikah: Bahagian 2

Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?

Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Previous ArticleNext Article

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.