5 Sebab Mengapa Wanita Perlu Melabur

Tidak kira umur dan jantina, setiap insan perlu melakukan pelaburan dalam kehidupan. Ada banyak pelaburan yang boleh diusahakan, kita ada saham, hartanah, emas, unit trust dan bermacam-macam lagi. Masing-masing ada kelebihan masing-masing, yang membolehkan kita menambah pendapatan dan juga meningkatkan simpanan untuk hari tua.

Oleh itu, wanita juga digalakkan untuk melakukan pelaburan kerana beberapa sebab. Jom tengok 5 sebab utama mengapa wanita perlu melabur.

Sebab 1:  Wanita Lebih Bijak Dalam Pelaburan Saham

Kebanyakan yang memonopoli dunia pelaburan saham di Bursa Malaysia adalah lelaki berbanding wanita. Hal ini mungkin kerana wanita kita masih skeptikal dan menganggap orang lelaki saja yang hebat bercerita pasal saham.

Kalau diikutkan kajian, sebenarnya wanita lebih bijak dalam bidang pelaburan saham berbanding lelaki. Nak tahu kenapa, jemput baca Kenapa wanita lebih pandai melabur berbanding lelaki?

Suri rumah yang tidak bekerja juga boleh membuka akaun saham (CDS) dengan menyertakan dokumen seperti salinan kad pe­ngenalan dan salinan penyata bank. Nak dapatkan tunai pun senang, boleh jual saham yang dah dibeli pada bila-bila masa secara online.

Sebab 2: Wanita Impikan Persaraan Awal

Ini merupakan fakta yang tidak dapat disangkal kerana ramai wanita yang bekerjaya ingin bersara awal dan menumpukan perhatian kepada keluarga, terutamanya sebab nak ‘menjaga’ suami dan anak-anak. Sebab itulah, wanita perlu terlibat dalam pelaburan sejak usia muda lagi.

Jadi bila bersara kelak, adalah pendapatan selain daripada wang pencen / KWSP. Ini sedikit sebanyak akan membantu mereka ketika ‘sesak’ atau bila tiada sumber pendapatan lain.

Tapi zaman moden ni, macam-macam kaum wanita kita boleh buat. Cuba baca Nikmat Isteri Zaman WiFi, Melekat di Rumah Juga Boleh ‘Masyuk’.

Sebab 3: Wanita Lebih Bijak Menguruskan Hal Perbelanjaan

Kaum wanita ni sejak azali lagi telah ditugaskan untuk menguruskan hal perbelanjaan rumah termasuk hal anak-anak berbanding lelaki. Mereka juga lebih arif dan tahu akan status kewangan rumahtangga. Maka sayang kalau pengalaman ini tidak digunapakai dalam aktiviti mengembangkan duit (pelaburan).

Sebab 4:  Wanita Boleh Bantu ‘Top-up’

Pelaburan merupakan salah satu cara terbaik untuk menggandakan wang simpanan. Dengan adanya pelaburan, dapat juga ‘top-up’ mana yang kurang dalam akaun bank rumahtangga dan membantu suami. Malah, kita boleh anggap pelaburan itu sebagai sumber pendapatan kedua.

Sebenarnya tak perlu tunggu setahun pun untuk meraih hasil dari pelaburan, contohnya dividen dari pelaburan saham boleh dapat 4x setahun. Baca lagi di sini.

Baca juga Senarai Saham Dengan Dividen Yang Semakin Meningkat Sejak 3 Tahun Lalu (2016-2018)

Tak minat melabur dalam jangka masa panjang? Jika nak tambah pendapatan dalam jangka masa pendek juga boleh. Contohnya aktiviti beli jual saham di Bursa Malaysia boleh dilakukan setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan, tidak mengira masa.

Sebab 5: Wanita Boleh Berdiri Sendiri

Sebagai contoh, apabila terlibat dengan pelaburan hartanah, wanita mempunyai harta sendiri untuk kegunaan masa depan. Andai kata ditakdirkan menjadi ibu tunggal, wanita boleh meneruskan kehidupan dengan adanya harta yang dimilikinya sendiri.

Dengan cara ini, wanita boleh “berdiri sendiri” dengan kudrat yang ada, tanpa bergantung kepada seseorang yang bernama lelaki.

Kini ada cara yang lebih mudah untuk melabur hanya dengan aplikasi telefon pintar, tanpa perlu isi borang, tanpa melalui ejen dan mempunyai yuran yang rendah. Jemput baca 7 Langkah Mudah Nak Melabur Dengan Wahed Invest Modal Serendah RM100, Guna Smartphone Saja (Bonus RM40 Jika Anda Daftar Sekarang).

Muat turun aplikasi Wahed Invest di https://wahedinvest.com/get-started/ dan dapatkan bonus permulaan sebanyak RM10 dengan menggunakan kod ‘ezaado1’ sewaktu pendaftaran.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Lantunan Melawan Arus Namun Trend Menurun Masih Berlangsung

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mencatat lantunan melawan arus trend semalam apabila menaik MYR13 untuk ditutup pada paras MYR4,551. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras lebih rendah iaitu sebanyak MYR4,534. Ia jatuh kepada paras terendah sesi hari itu sebanyak MYR4,528 sebelum minat pembelian yang kuat muncul, lalu membawanya kepada paras tertinggi berjumlah MYR4,580. Akhirnya, ia menutup dagangan berhampiran paras tertinggi berkenaan dan membentuk corak lilin menaik. Pergerakan harga yang positif ini dianggap sebagai lantunan yang melawan arus trend. RSI sekarang semakin meningkat, sekali gus menunjukkan momentum menaik kembali muncul.

Walaupun mengalami kenaikan harga, komoditi ini masih lagi berada di bawah garisan SMA 50 hari, yang mengesahkan bahawa struktur pasaran menurun dalam jangka sederhana masih kuat. Kami ramalkan tekanan jualan akan kembali menghampiri garisan SMA 50 hari sekiranya momentum menaik bertahan. Buat masa sekarang, kami tetap berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO melepasi paras MYR4,700.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi kekal kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840.