Das Abdul: Dulu Jurutera, Sekarang Jutawan Bantal

Pernah saya ikuti beberapa seminar perniagaan, rata-rata peniaga membawa produk mereka sendiri. Salah seorang daripada peserta tersebut membawa bantal.

Rupa-rupanya beliau adalah ejen bagi produk bantal tersebut. Katanya itu adalah bantal hotel ala tujuh bintang.

Saya terfikir sejenak, bolehkah maju dengan bisnes bantal ni?

Beberapa tahun berlalu, saya dapati produk wanita mempunyai saingan yang tinggi. Kemudian saya terfikir, kalaulah beberapa tahun yang lalu, kita jual bantal.

Permintaannya mungkin tinggi sehingga sekarang. Tambah-tambah lagi kalau bantal tersebut berkualiti dan lain daripada produk bantal yang lain.

Hal ini membuatkan saya terfikir, siapa punya bisnes sebenarnya produk bantal hotel tu? Bila dikaji dan diselidik, rupa-rupanya pemilik perniagaan bantal ‘hotel tujuh bintang’ ini sudah pun bergelar jutawan dan dulunya merupakan seorang jurutera!

Kisah Das Abdul, Usahawan Bantal ‘Hotel Tujuh Bintang’

Das Abdul adalah seorang jurutera yang pernah kehilangan pekerjaan, namun kini beliau adalah seorang jutawan usahawan bantal ‘Hotel Tujuh Bintang’. Siapa sangka kan?

Bau-baru ini, beliau turut terpilih sebagai penerima Anugerah Superbrand Malaysia 2019 Edisi ke-11 di kalangan 28 jenama tempatan yang lain. 

Bermula sebagai seorang jurutera setelah tamat pengajian di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dalam Ijazah Kejuruteraan, beliau terpaksa meninggalkan kerjaya tersebut di atas masalah kewangan yang dihadapinya ketika itu. Kesusahan yang dialaminya amat perit jika difikirkan pada ketika itu.

Mula Berniaga Kecil-Kecilan

Atas desakan hidup, Das Abdul mula berniaga kecil-kecilan di but kereta. Mentor beliau pernah berkata ‘Guna apa sahaja yang ada di tangan untuk berniaga’. Ianya telah mencetuskan ilham kepadanya untuk berniaga bantal memandangkan hanya bantal berada di tangan beliau pada ketika itu.

Dengan niat dan semangatnya untuk membantu lebih ramai orang bagi mendapatkan bantal yang selesa dan terbaik, kini bantal jenama beliau telah mendapat permintaan tinggi dari Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura. Jualannya juga telah melebihi RM1 juta.

Tips Perniagaan: Sedikit Demi Sedikit

Das Abdul mula berniaga sedikit demi sedikit, dari bawah naik perlahan-lahan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit katanya. Pada mulanya, berniaga bantal di Car Boot Sale, jumlah bantal terjual hanyalah 20 biji sahaja.

Kemudian, beliau mengaplikasikan teknik pemasaran yang diajar oleh gurunya, dan 500,000 biji bantal telah terjual.

Kini, purata bantal terjual setiap bulan adalah 30 ribu sehingga 40 ribu sebulan. Dalam tempoh 3 tahun sahaja, mereka telah mempunyai lebih daripada 2,000 orang ejen di seluruh negara. 

Bagi mengembangkan produk mereka di pasaran, lebih daripada 13 jenis bantal telah dipasarkan.

Variasi Dan Kualiti Produk Bantal Das Abdul GLobal (DAG)

DAG telah mengeluarkan produk bantal yang berkualiti dan selesa untuk semua pengguna kelengkapan bilik tidur di Malaysia. Kualiti produk bantal yang diterapkan adalah ia mudah dicuci, sangat lembut, tahan lasak, anti alergik dan tidak panas. 

Paling istimewa, bantal Tujuh Bintang ini tidak busuk dan lembik jika terperangkap dengan kelembapan habuk dan sebagainya. Memang sesuailah dengan tagline mereka iaitu “Sleep Like A King”.

Demi meningkatkan kualiti produk beliau, Das Abdul telah meletakkan nama ‘Tujuh Bintang’ sempena produk yang amat berkualiti seakan hotel tujuh bintang, serta servis yang diberikan oleh mereka juga amat berkualiti. 

Di antara servis yang dimaksudkan adalah servis penghantaran, harga, layanan mesra dan sistem sokongan. Misi DAG adalah untuk memastikan pengguna dapat tidur dengan nyenyak dan berkualiti setiap hari.

Kecekapan Kumpulan Das Dalam Perniagaan

Dulu bergelar jurutera, pastinya Das Abdul mempunyai pengalaman yang boleh diaplikasikan ke dalam perniagaan. Begitu juga dengan kumpulan mereka yang sangat aktif memberi buah fikiran, idea serta menjalankan tanggungjawab dengan baik. 

Dengan kejayaan mendapatkan ejen yang ramai serta kakitangan HQ seramai 20 orang, DAG lebih berkembang maju sehingga ke hari ini.

Das Abdul mengakui bahawa kejayaannya menjual bantal ini adalah berkat sokongan daripada isteri tersayang, iaitu Puan Sapinah Muhammad yang juga merupakan Co-Founder DAG.

Sebenarnya tiada apa yang tak mustahil. Semuanya boleh menjadi realiti jika seseorang itu sentiasa berusaha dan meletakkan matlamatnya untuk jadi nombor satu.

Sumber RujukanDas Abdul Global

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.