Siapakah Gerangan Benjamin Graham, The Intelligent Investor?

Dalam pengalaman saya selama hampir lima puluh tahun di Wall Street, saya mendapati bahawa saya tahu sangat sedikit ‘mengenai apa yang akan dilakukan oleh pasaran saham’. Tetapi saya tahu lebih banyak ‘tentang apa pelabur sepatutnya lakukan’, dan itulah faktor’ perubahan’ penting dalam sikap seorang pelabur

Salah satu petikan kata-kata emas Benjamin Graham

Pelabur-pelabur tersohor datang dan pergi setiap masa, ada individu yang pernah menjadi kebanggaan dan contoh pada masa lalu, telah hilang di telan zaman. Namun, jika kita perlu memetik satu contoh terbaik mengenai sumbangan yang diberikan dalam dunia pelaburan, individu tersebut adalah Benjamin Graham.

Sumbangan beliau akan dikenang selama-lamanya, kerana ajarannya tidak pernah luput di telan zaman. Pelajaran yang diberikannya dalam seni pelaburan adalah salah satu sumbangan terbesar yang kita semua dapat nikmati sehingga ke hari ini.

Contohnya ‘Security Analysis’ masih lagi relevan sehingga hari ini, atau mungkin menjangkau lagi 100 tahun yang akan datang.

Asal-Usul Benjamin Graham

Benjamin Graham dilahirkan pada 9 Mei, 1894 di London, England oleh pasangan suami isteri yang beragama Jewish. Beliau berpindah ke bandar New York  bersama keluarganya ketika berusia setahun. 

Selepas kematian bapanya, mereka telah mengalami tekanan kewangan. Namun ia tidak mematahkan semangat beliau menjadi pelajar yang baik dalam akademik.

Cemerlang Dalam Akademik

Selepas menamatkan pengajian dengan cemerlang, beliau telah menerima banyak pelawaan peluang pekerjaan. Di antaranya Benjamin Graham pernah ditawarkan menjadi guru dalam subjek Matematik, Bahasa Inggeris, Falsafah dan banyak lagi.

Namun beliau telah menolak semua pelawaan tersebut. Beliau lebih berminat untuk memulakan karier sebagai seorang pelabur, yang telah membawa beliau menjalinkan kerjasama dengan Jerome Newman, dengan menubuhkan firma pelaburan mereka iaitu Graham-Newman Corporation.

Pada awalnya Benjamin Graham digelar sebagai ‘Jhon D. Rockefeller Utara’ kerana beliau banyak melabur dalam pembinaan paip minyak di utara negara Amerika Syarikat.

Mula Kerjaya Di Wall Street Ketika Berusia 20 Tahun

Benjamin Graham memulakan kariernya di Wall Street pada tahun 1914, sebelum hari pelaksanaan operasi rehat sementara waktu NYSE (New York Stock Exchange) berlaku. Percayakah anda, dalam catatan sejarah, operasi rehat sementara waktu NYSE yang paling lama berlaku, ialah pada masa tersebut, iaitu bersamaan 4 bulan, kerana disebabkan situasi perang dunia yang berlaku.

Ketika berumur 20 tahun, tanpa pengetahuan dalam bidang ekonomi sewaktu di zaman kolej, beliau terpaksa memulakan kerjayanya dengan jawatan yang rendah.

Tidak lama selepas itu, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi pembantu pengurusan bond, dan hanya dalam masa 6 minggu, beliau semakin berkembang maju, lalu dilantik menjadi penulis atau pengulas pasaran dalam akhbar harian.

Umur 34 Tahun Mula Mengajar

Benjamin Graham mengajar di Columbia Business School, selama 28 tahun, bermula pada tahun 1928. Pada masa yang sama, beliau juga mengajar NewYork Stock Exchange’s School, yanh kini dikenali sebagai New York Institute of Finance.

Beliau telah berjaya melahirkan ramai ilmuan terkenal dalam bidang pelaburan, antaranya Walter Schloss, Irving Kahn, dan Bill Ruane. Semestinya beliau juga telah berjaya melahirkan lagenda dunia saham, iaitu salah satu individu yang terkaya di dunia iaitu Warren Buffett, yang melalui adaptasi falsafah pelaburan Benjamin Graham.

Warren Buffett pernah berkata ‘saya membaca edisi pertama buku tersebut pada tahun 1950, ketika saya berumur 19 tahun. Saya berpendapat, buku ini mempunyai darjat ilmu yang paling tinggi dalam dunia pelaburan dan selagi manusia sentiasa belajar mengenai dunia pelaburan, selagi itulah nama Benjamin Graham akan sentiasa di kenang, sebagai individu yang menyediakan panduan ilmu pelaburan, melalui cara pemahaman yang paling mudah’.

Tidak cukup sekadar menyertakan petikan Warren Buffett terhadap diri beliau, Roger Lowenstein yang merupakan salah satu journalist Amerika yang sangat terkenal juga ada berkata ‘Investing without Graham would be like communism without Marx, the disciple would scarcely exist.’

Jason Zweig yang merupakan journalist popular bagi Wallstreet Journal ada mengatakan ‘..sebelum kewujudan idea pemikiran Benjamin Graham, pengurus kewangan berkelakuan seperti zaman pertengahan, dipandu oleh kepercayaan tahyul, meneka dan melakukan ritual yang tidak berperikemanusiaan..’ Ibaratnya seperti itulah kepentingan beliau dalam dunia pelaburan, telah banyak membuka fikiran dan menjadi ikutan kepada orang ramai.

Jika dilihat dalam situasi yang paling mudah ialah, dengan mengambil contoh penglibatan Wright Brothers dalam dunia penerbangan. Sebelum nama mereka dikenali sebagai tokoh tersohor dalam dunia penerbangan, Benjamin Graham akan melabur terhadap kepakaran mereka.

Beliau memahami, keadaan saham pada masa itu, merujuk pada harga saham semasa, tidak sama seperti terkandung dalam berita-berita kewangan berbanding kualiti perniagaan yang mereka miliki.

Salah satu kenyataan beliau berbunyi:

‘In the Wright Aeronautical(syarikat perkilangan pembuatan kapal terbang di New Jersey) example, the earlier situation presented a set of facts which demonstrated that the business was worth substantially more than $8 per share. In the later year, the facts were equally conclusive that the business did not have a reasonable value of $280 per share. It would have been difficult for the analyst to determine whether Wright Aeronautical was actually worth $20 or $40 a share, or actually worth $50 or $80. But fortunately it was not necessary to decide these points in order to conclude that the shares were attractive at $8 and unattractive, intrinsically, at $280.’

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.