Lima Penggerak Utama Pasaran Global Pada Minggu Ini (6-10 Januari 2020)

Risiko geopolitik dijangka akan terus memberi tekanan kepada pasaran saham global pada minggu ini, selepas serangan Amerika Syarikat (AS) yang meragut nyawa Jeneral perang negara Iran, iaitu Qasem Suleimani minggu lalu di Iraq.

Saham di Wall Street tertekan pada hari kedua dagangan (3 Januari) tahun baru 2020 selepas mencapai paras tertinggi pada hari sebelumnya.

Serangan yang meragut orang kanan kepimpinan negara Iran itu turut melonjakkan harga minyak mentah berikutan kebimbangan pasaran ketegangan yang bakal meningkat jika Iran bertindak balas. Iran yang merupakan di antara pengeluar terbesar minyak mentah di dunia, ia memberi risiko terganggunya bekalan dari negara tersebut.

Pada hari serangan itu berlaku, indeks Dow Jones Industrial Average (DJIA) menjunam sebanyak 230 mata di mana S&P500 dan DJIA kedua-duanya merekodkan hari paling buruk sejak sebulan yang lalu. Selepas serangan itu, penganalisa pasaran menjangka ketegangan akan semakin meningkat di Timur Tengah dan menimbulkan persoalan sejauh mana ia memberi impak kepada ekonomi dan pasaran global.

Pasaran Asia pada hari Isnin (6 Januari 2020) secara keseluruhannya turut jatuh dari paras tertinggi 18 bulan yang lalu berikutan perkembangan terbaru yang berlaku di Iraq. Ia sekaligus melonjakkan permintaan terhadap aset selamat (safe-haven) seperti emas yang manghampiri paras tertinggi yang pernah dicapai tujuh tahun yang lalu.

Indeks MSCI Asia Pasifik yang mengambil kira keseluruhan pasaran saham di Asia kecuali Jepun jatuh sebanyak 0.7% setakat pukul 3 petang hari Isnin (6 Januari 2020). Indeks Nikkei di Jepun pula jatuh sehingga 2% dan seperti biasa matawang Yen mengukuh berikutan risiko geopolitik yang berlaku.

Antara yang akan menjadi tumpuan pada minggu ini adalah laporan data pekerjaan Amerika Syarikat untuk bulan Disember 2019 yang dijangka merekodkan tambahan pekerjaan sebanyak 160,000 pada bulan tersebut.

Purata pendapatan pula dijangka meningkat sebanyak 3.1% berbanding tempoh sama pada 2018. Ini adalah data ekonomi yang ditunggu-tunggu oleh pasaran dunia kerana ia mewakili perkembangan ekonomi Amerika Syarikat yang banyak bergantung kepada sektor perkhidmatan.

Selain daripada itu, pasaran minyak mentah, isu perang dagang dan Brexit akan terus mencorak pergerakan pasaran pada minggu ini. Berikut adalah lima catalyst utama yang bakal menjadi perhatian para pelabur sepanjang minggu ini.

1. Risiko Geopolitik Timur Tengah

Risiko geopolitik meletus pada awal tahun baru yang melibatkan Amerika Syarikat dan Iran dibimbangi akan meningkatkan lagi ketegangan di wilayah Timur Tengah. Iran sudah pun bertindak balas terhadap aset-aset AS yang ada di Iraq termasuk pejabat kedutaan dengan rentetan kecaman dan ancaman dilemparkan antara kedua-dua pemimpin tertinggi negara yang bertelagah.

Presiden Trump telah melaungkan amaran keras kepada Iran untuk memberi tindak balas yang lebih besar sekaligus meningkatkan kebimbangan dalam kalangan pelabur. Pasaran global dijangka akan terus tertekan adalam tempoh beberapa hari dengan peralihan pelabur ke aset selamat (safe-haven) seperti emas, bon dan matawang Yen.

2. Data Pekerjaan NFP

Prestasi sektor pembuatan Amerika Syarikat sejak beberapa bulan yang lalu merosot dan pelabur mahu melihat bagaimana ia memberi impak kepada pasaran pekerjaan di negara itu. Pasaran buruh di negara ini kekal kukuh walaupun ekonomi dunia berhadapan dengan risiko perdagangan yang telah menekan sektor perkilangan.

Data pekerjaan Non-Farm Payroll (NFP) yang dikeluarkan setiap awal bulan akan menjadi perhatian pasaran untuk mendapatkan isyarat lebih jelas tentang kesan kepada pasaran pekerjaan di Amerika Syarikat terhadap kemerosotan sektor pembuatan.

Setakat ini, data pekerjaan tahun 2019 menunjukkan ia tidak mendapat impak yang signifikan daripada perang perdagangan di antara Washington dan Beijing di mana ekonomi berkembang sebanyak 2.1% pada suku ketiga.

3. Perjanjian Perdagangan AS-China

Hampir dua tahun perang dagang antara dua kuasa besar ekonomi dunia berlangsung dan kini ia bakal berakhir pada 15 januari 2020 iaitu tarikh untuk memeterai perjanjian perdagangan fasa satu, seperti yang dikatakan oleh Presiden Trump dalam akaun Twitter beliau pada 31 Disember 2019 yang lepas.

Tetapi maklumat lanjut tentang perjanjian tersebut masih menjadi tanda tanya di kalangan pelabur dan bagaimana ia boleh merancakkan semula pertumbuhan ekonomi dunia.

Pihak China tidak menjangka Trump akan mengumumkan tentang tarikh tersebut dan beliau dilihat cuba mendapatkan kredit untuk dirinya kerana perjanjian yang hampir dimeterai. China pula jarang sekali menggembar-gemburkan tentang perkara ini yang mana sedikit menimbulkan keraguan segelintir pelabur dan pemerhati politik.

Pihak China tidak pernah mengumumkan secara rasmi tentang bilakah perjanjian akan ditandatangani, tetapi menganggap perjanjian fasa satu itu sebagai keutamaan mereka.

4. Lonjakan Pasaran Minyak Mentah

Harga minyak mentah melonjak selepas kematian jeneral perang Iran dalam serangan dron oleh pihak Amerika Syarikat. Ketegangan di Timur Tengah itu dibimbangi akan mengganggu bekalan minyak mentah sekaligus menolak harga lebih tinggi.

Penanda aras West Texas Intermediate (WTI) naik sehingga 3% manakala penanda aras Brent-oil melonjak hampir 4% dan kini didagangkan di sekitar US$70.0 setong setakat pada pukul 4.43 petang hari Isnin (6 Januari 2020). Kali terakhir Brent mencapai harga ini adalah pada pertengahan bulan September apabila kemudahan pengeluaran minyak mentah Arab Saudi diserang.

Sama ada harga minyak mentah akan terus melonjak atau sebaliknya adalah bergantung kepada bagaimana Iran bertindak balas terhadap pembunuhan Jeneral Qassem Soleimani.

Lonjakan harga komoditi hitam pada September lalu tidak kekal apabila ia jatuh semula di bawah paras US$70 setong berikutan Arab Saudi tidak bertindak balas terhadap serangan yang mana Trump menuduh Iran sebagai pihak yang bertanggungjawab.

5. United Kingdom (UK) Keluar Dari Kesatuan Eropah

Sidang Parlimen Britain akan bersambung pada hari Selasa (7 Januari 2020) ini dan bakal mendebatkan perjanjian keluar Brexit oleh Perdana Menteri Boris Johnson. Rang undang-undang Brexit itu akan diperdebatkan di Dewan Parlimen yang lebih tinggi pada hari Khamis (10 Januari 2020) ini bagi mengesahkan keluarnya Britain dari Kesatuan Eropah (EU) pada 31 Januari 2020.

Tetapi pasaran masih bimbang jika UK keluar dari EU tanpa sebarang perjanjian yang dipersetujui bakal memberi tekanan kepada ekonomi secara keseluruhan termasuk matawang Sterling dan pasaran saham negara itu.

Selepas Parlimen meluluskan rang undang-undang tersebut, UK akan mempunyai satu tahun tempoh peralihan bagi merundingkan hubungan dagang di masa hadapan bersama EU. Jika perjanjian gagal dicapai sehingga akhir tahun 2020, maka UK bakal berhadapan dengan pelbagai halangan ekonomi di kalangan ahli-ahli Kesatuan Eropah.

Sumber Rujukan:

Ditulis oleh Rolandshah Hussin, seorang pelabur runcit dalam pasaran kewangan. Beliau adalah graduan dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dan kini memegang jawatan sebagai penganalisis konten di sebuah syarikat yang berpangkalan di China.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tarif Trump Boleh Jejaskan Pertumbuhan Perdagangan Global Sehingga 10 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Kemungkinan berlaku pengurangan jumlah perdagangan global sebanyak 7.0 hingga 10 peratus dalam jangka masa sederhana hingga panjang sekali gus menandakan penurunan ketara jika cadangan tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaksanakan.

Profesor di Stern School of Business, New York University (NYU), Steven A. Altman berkata senario itu boleh berlaku jika AS dan negara lain bertindak balas dalam bentuk tarif ke atas eksport AS.

Beliau juga mempertimbangkan kemungkinan kesan terhadap perdagangan global jika Trump meneruskan peningkatan tarif yang dicadangkan semasa kempen pilihan rayanya, termasuk pengenaan tarif 60 peratus ke atas semua import AS dari China, dan 10 peratus bagi import dari negara lain di seluruh dunia.

“Tarif ini berkemungkinan memperlahan pertumbuhan perdagangan global dengan ketara, walaupun tidak akan menjejaskan sepenuhnya,” katanya semasa taklimat media webinar mengenai pelancaran laporan DHL Trade Atlas hari ini.

Edisi 2025 itu menyediakan laporan mendalam mengenai landskap aliran import dan eksport global.

Laporan yang diterbitkan dengan kerjasama Stern School of Business, NYU itu meliputi hampir 200 negara, meneliti trend pertumbuhan perdagangan, peralihan dari segi geografi, campuran produk yang didagangkan dan perubahan menyeluruh dalam persekitaran perniagaan.

Altman berkata tanpa pelaksanaan sepenuhnya tarif yang dicadangkan Trump, perdagangan global dijangka berkembang kira-kira 16 peratus menjelang 2029, berbanding tahap unjuran 2024.

“Walaupun di bawah anggaran paling pesimistik iaitu pengurangan jumlah perdagangan sebanyak 10 peratus menjelang 2029, pertumbuhan perdagangan yang positif masih akan berlaku dalam tempoh lima tahun akan datang, walaupun jauh lebih rendah daripada senario asas itu,” katanya.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.