Senarai 91 Penyakit Kritikal Yang Dibenarkan Kita Bawa Keluar Duit KWSP

Semua orang faham yang KWSP ini adalah ‘tabung’ di hari tua. Tapi tidak semua orang tahu bahawa KWSP telah menambah senarai penyakit kritikal yang dibenarkan kita membuat pengeluaran KWSP.

Secara tidak langsung, bagi mana-mana individu yang ada masalah kesihatan kritikal, bolehlah keluarkan wang simpanan dari akaun KWSP bagi meringankan beban.

Senarai penyakit kritikal yang diluluskan oleh KWSP ini agak banyak juga dan BERIKUT adalah senarai untuk pelbagai jenis penyakit kritikal / kronik yang dibenarkan untuk kita bawa keluar duit KWSP.

1. Penyakit Kanser

2. Sistem Kardiovaskular

  • Arrhythmia Requiring Device Insertion (Pacemaker/Defibrillator)
  • Cardiomyopathy/Heart Failure
  • Congenital Heart Disease
  • Constrictive Pericarditis
  • Coronary Artery Disease/Ischaemic Heart Disease
  • Heart Attack/Myocardial Infarction
  • Heart Block Requiring Surgical Intervention/Pacemaker/Battery Implant
  • Heart Valve Replacement/Valvular Heart Disease Requiring Replacement
  • Peripheral Vascular Disease
  • Surgery to Aorta/Diseases of the Aorta Requiring Surgery

3. Endokrin/Perubatan

  • Epilepsy & Movement Disorders Requiring Deep Brain Stimulation or Surgery
  • Guillain-Barré Syndrome Requiring Immunoglobulin Treatment
  • Morbid Obesity or Obesity with Multiple Medical Complications and Life Threatening Requiring Bariatric Surgery
  • Pituitary Tumors
  • Sepsis with One or More Major Organ Failure
  • Type 1 Diabetes with Criteria for Insulin Pump Therapy

4. Gastroenterologi/Hepatologi

  • Chronic Inflammatory Bowel Disease
  • Chronic Liver Disease
  • Fulminant Viral Hepatitis
  • Pulmonary Hypertension

5. Sistem Genitourinari

  • Congenital Urinary Abnormalities Requiring Urgent and Major Surgical Intervention
  • Chronic Kidney Disease/Failure
  • Medullary Cystic Disease
  • Renal Calculi Requiring Surgical Intervention

6. Hematologi

  • Aplastic Anaemia
  • Haemophilia (Moderate to Severe – Factor Activity <5%)
  • Hematological Malignancies – Leukemia, Multiple Myeloma (Acute or Chronic Leukemia Diagnosed by Physician
  • Hematopoietic Stem Cell Transplantation
  • Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP) – Thrombocytopenia Refractory to Convention Steroid Treatment (1st Line Treatment)
  • Lymphoma
  • Myeloproliferative Disorders Requiring Blood Transfusion and/or Chelating Agents
  • Thalassemia Major Requiring Chelating Agent

7. Sistem Saraf

  • Alzheimer’s Disease
  • Apallic Syndrome
  • Benign Tumor Of Brain
  • Cerebral Palsy
  • Coma
  • Encephalitis
  • Loss Of Speech
  • Major Head Trauma
  • Meningitis
  • Motor Neuron Disease
  • Multiple Sclerosis
  • Muscular Dystrophy
  • Paralysis
  • Parkinson’s Disease
  • Poliomyelitis
  • Stroke
  • Total Permanent Disability

8. Oftalmologi

  • Advanced Diabetic Eye Disease – Diagnosed by Specialist
  • Age Related Macular Degeneration (Armd)/Polypoidal Choroidal Vasculopathy (PCV)
  • Blindness
  • Cataract Requiring Surgery (Intraocular Lens – IOL)
  • Corneal Disorders Requiring Corneal Surgery (Corneal Transplant) – Diagnosed by Specialist
  • Enopthalmic Socket – Diagnosed by Specialist
  • Glaucoma Requiring Surgery with Glaucoma Implant
  • Retinal Vascular Disease – Diagnosed by Specialist

9. Ortopedik

  • Gangrene/Necrotizing Fasciitis Requiring Amputation
  • Knee Injury Requiring Surgery/Implant/Graft
  • Osteoarthritis Requiring Surgery/Implant
  • Prolapse Intervertebral Disc with Significant Neurological Deficit Requiring Surgery
  • Shoulder Injury with Instability/Function Compromised Requiring Surgery/Implant/Graft
  • Spinal Stenosis with Significant Neurological Symptoms/Deficit Requiring Surgery
  • Unstable Spine Fractures/Trauma Requiring Surgery and Implant/Rehab Equipment

10. Sistem Pernafasan

  • Bronchiectasis
  • Chronic Lung Disease
  • Lung Fibrosis
  • Obstructive Sleep Apnea
  • Secondary Pulmonary Hypertension
  • Severe Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) / Emphysema

11. Penyakit Kanak-kanak Di Bawah 16 Tahun

  • Congenital Diseases Requiring Medical or Surgical Intervention Treated by Specialist Intellectual
  • Impairment Due to Accident or Sickness
  • Leukemia
  • Severe Asthma

12. Penyakit Mental

  • Bipolar Mood
  • Major Depression
  • Schizophrenia

13. Sistem Muskuloskeletal

  • Systemic Lupus Erythematosus (SLE) with Major Organ Involvement
  • Systemic Sclerosis/Scleroderma with Functional Impairment and/or Major Organ Involvement
  • Rheumatoid Arthritis/ Arthritis of any joint with Deformities requiring Surgery/Orthosis

14. Rheumatologi

  • Ankylosing Spondylitis Active Disease with Functional Impairment and/or Disability
  • Chronic Tophaceous Gout with Functional Impairment and/or Disability
  • Psoriatic Arthritis Active Disease with Functional Impairment and/or Disability
  • Rheumatoid Arthritis/ Arthritis of any joint with Deformities requiring Surgery/Orthosis

15. Lain-lain Penyakit

  • AIDS/HIV
  • Deafness
  • Loss of Independent Existence
  • Major Burns
  • Major Organ Transplant
  • Terminal Illness

Info Tambahan Untuk Pengeluaran KWSP Bagi Penyakit Kritikal 

1. Tidak Semua Penyakit Dibenarkan Untuk Pengeluaran

Untuk permohonan pengeluaran kita tak boleh main mohon saja. Bukan semua penyakit KWSP benarkan untuk membuat pengeluaran. Cuba semak dengan senarai di atas, atau boleh hubungi KWSP untuk mendapatkan senarai penyakit tersebut, atau layari laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/health untuk dapatkan butiran terkini.

2. Kelayakan Untuk Membuat Pengeluaran

Mereka yang belum mencapai usia 55 tahun serta mempunyai baki dalam Akaun 2 anda layak memohon untuk membiayai kos rawatan penyakit kritikal sama ada untuk diri sendiri atau keluarga.

3. Siapa Yang Layak Dibiayai

  • Diri sendiri
  • Ibu bapa
  • Pasangan
  • Adik-beradik
  • Anak

4. Cara Pengeluaran

Selepas anda sudah tahu kesemua syarat dan juga senarai penyakit kritikal dibenarkan KWSP yang telah dinyatakan tadi, kini tiba masanya untuk anda membuat permohonan pembiayaan.

a) Isi borang KWSP 9D(AHL).

b) Sediakan salinan kad pengenalan diri, penyata bank, dan surat pengesahan daripada majikan dan atau surat pengesahan daripada keluarga yang mengesahkan tanggungan pembiayaan perubatan.

c) Jangan lupa juga untuk dapatkan surat pengesahan dari doktor yang merawat anda. Setelah kesemua dokumen ini sudah lengkap, anda boleh memohon melalui laman web KWSP.

Setelah permohonan berjaya anda akan diberi tarikh untuk ke pejabat KWSP berdekatan anda bagi tujuan pengesahan cap jari. Sewaktu pergi untuk pengesahan cap jari, bawa sekali kesemua dokumen yang dinyatakan tadi (Salinan dan asal).

Selepas selesai cap jari permohonan anda akan diproses dalam masa 2 minggu. Tetapi pastikan Akaun 2 anda mencukupi untuk membuat permohonan pengeluaran.

Kewujudan KWSP Sememangnya Penting Untuk Kebajikan Para Pekerja

KWSP sangat penting buat para pekerja pada masa kini. Ia membantu menjaga kebajikan pekerja. Selain daripada PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial), KWSP juga dapat membantu membiayai kos perubatan yang saban tahun semakin meningkat.

Bayangkan jika tiada KWSP, macam mana para pekerja di negara kita hendak membayar kos rawatan yang makin mahal. Ianya pasti membebankan.

Sumber Rujukan: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/health

Selain untuk tujuan perubatan, banyak lagi benda yang kita boleh guna dengan duit KWSP kita. Boleh rujuk Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP dan Cara-Caranya.

Mesti ramai tak tahu bahawa Kalau Dibuang Kerja, Ini 4 Langkah Untuk Claim Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Daripada PERKESO.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

10 Kesilapan Isi e-Filing Yang Ramai Orang Selalu Buat

Setiap kali musim e-Filing, ramai antara kita akan buka MyTax, masukkan maklumat gaji, tuntut pelepasan cukai dan tekan butang “Hantar”.

Nampak mudah. Tapi betul ke semua maklumat dah diisi dengan tepat?

Ada yang tersalah pilih borang. Ada yang terlupa masukkan bonus. Ada juga yang tak lapor pendapatan sewa sebab ingat dah ada potongan PCB, jadi tak perlu risau lagi.

Kesilapan macam ini mungkin nampak kecil, tetapi boleh menyebabkan kita terlepas pelepasan cukai, lambat menerima bayaran balik atau terpaksa membayar cukai tambahan.

Jom semak 10 kesilapan yang patut kita elakkan.

1. ❌ Tersalah pilih Borang B atau Borang BE

Ini antara perkara asas yang ramai pembayar cukai perlu faham.

Borang BE digunakan oleh individu pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan, manakala Borang B digunakan oleh individu pemastautin yang menjalankan perniagaan.

Contohnya, Ali bekerja makan gaji dengan pendapatan tahunan RM72,000. Pada masa yang sama, dia menjalankan perniagaan menjual pakaian secara dalam talian (TikTok Shop, Shopee) dan memperoleh keuntungan bersih RM20,000 setahun.

Ali tidak boleh memilih Borang BE semata-mata kerana dia juga mempunyai pekerjaan tetap. Dia perlu menggunakan borang yang sesuai dengan keadaan pendapatannya.

Jika tersalah menghantar Borang BE, maklumat pendapatan perniagaannya mungkin tidak dilaporkan melalui borang yang sepatutnya.

Kesannya, Ali mungkin perlu mendapatkan panduan HASiL untuk membetulkan pelaporan cukainya.

Penting juga untuk diingat bahawa pendapatan sewa atau pendapatan sampingan tidak secara automatik bermaksud seseorang perlu menggunakan Borang B. Penentuan bergantung pada sifat pendapatan dan sama ada individu itu menjalankan perniagaan bagi tujuan cukai.

2. ❌ Tertinggal bonus ketika mengisi pendapatan penggajian

Katakan pendapatan penggajian seseorang sepanjang tahun ialah RM80,000, terdiri daripada:

  • Gaji tahunan: RM72,000
  • Bonus: RM8,000

Tetapi ketika mengisi e-Filing, dia hanya memasukkan RM72,000 dan terlupa memasukkan bonus.

Akibatnya, pendapatan penggajian terkurang lapor sebanyak RM8,000.

Jika tambahan pendapatan itu dikenakan cukai pada kadar marginal 19%, kesan cukai secara ilustrasi ialah:

RM8,000 × 19% = RM1,520

Jumlah sebenar bergantung pada pendapatan bercukai keseluruhan, pelepasan, rebat dan kadar cukai progresif.

Sebab itu, semak Borang EA atau EC dan pastikan jumlah pendapatan penggajian merangkumi gaji, bonus serta saraan bercukai lain yang berkaitan.

Dah hantar e-Filing? Jangan hantar borang baharu untuk tahun taksiran yang sama. Semak kaedah pindaan yang sesuai dengan HASiL kerana kesilapan ini melibatkan pendapatan terkurang lapor.

3. ❌ Tersalah pilih “Ya” untuk cukai ditanggung oleh majikan

Ada yang keliru antara cukai ditanggung majikan dengan Potongan Cukai Bulanan (PCB).

Ruangan “Cukai ditanggung oleh majikan” merujuk kepada keadaan majikan menanggung cukai pendapatan pekerja mengikut aturan pekerjaan. Ia bukan sekadar bermaksud majikan memotong PCB daripada gaji.

Bayangkan seorang pekerja sepatutnya menerima bayaran balik RM2,000, tetapi tersalah memilih “Ya” walaupun cukai sebenarnya ditanggung sendiri.

Kesilapan ini boleh menyebabkan bayaran balik tertangguh sementara maklumat disemak.

Isu ini pernah mendapat perhatian pada Mac 2026 apabila HASiL menjelaskan tindakan bagi kes pembayar cukai Tahun Taksiran 2025 yang tersilap memilih ruangan tersebut. Bagi kes yang disahkan, pembayar cukai tidak perlu meminda borang dan bayaran balik akan diproses secara berperingkat.

Jadi, jangan klik secara automatik. Fahami maksud setiap ruangan sebelum menghantar borang.

4. ❌ Tuntut Pelepasan Cukai untuk Perbelanjaan yang Sudah Dibayar oleh Majikan

Ramai tak sedar, bukan semua perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai boleh dituntut begitu sahaja, terutamanya apabila kos tersebut sudah ditanggung oleh majikan.

Contohnya, syarikat menyediakan manfaat perubatan yang menanggung 100% kos rawatan pekerja. Ali menerima rawatan penyakit serius bernilai RM5,000 dan keseluruhan bil dibayar oleh syarikat. Ali kemudian cuba menuntut RM5,000 yang sama sebagai pelepasan cukai perubatan dalam e-Filing.

Ini boleh menjadi kesilapan kerana Ali tidak menanggung sendiri perbelanjaan tersebut.

Apa yang perlu dibuat? Semak syarat khusus bagi setiap kategori pelepasan cukai dan pastikan tuntutan dibuat berdasarkan perbelanjaan yang benar-benar layak dituntut.

Ingat, tuntutan pelepasan cukai bukan sekadar tentang berapa banyak kita berbelanja, tetapi juga sama ada perbelanjaan itu memenuhi syarat yang ditetapkan.

Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius termasuk rawatan dibuat ke atas penyakit seperti sindrom Kurang Daya Ketahanan (AIDS), sindrom Parkinson, barah, penyakit buah pinggang, leukemia dan lain-lain penyakit yang serupa. ‘Lain-lain penyakit yang serupa’ termasuk serangan jantung, pulmonari hypertension, penyakit hati kronik, fulminant viral hepatitis, trauma kepala dengan defisit nurologikal, ketumbuhan otak dan kecacatan kepada pembuluh darah, melepuh dan melecur yang keterlaluan, pemindahan organ utama dan pemotongan kaki dan / atau tangan. Potongan sehingga RM10,000 dibenarkan ke atas amaun yang dibelanjakan untuk rawatan ke atas diri sendiri, pasangan atau anak. Rujuk Nota Penerangan BE

5. ❌ Tuntut pelepasan cukai, tetapi resit tak dapat dicari

Contohnya, seseorang menuntut pelepasan bagi pembelian komputer riba bernilai RM3,000 tetapi tidak dapat mengemukakan bukti pembelian apabila diminta.

Jika tuntutan itu tidak dapat disokong dan akhirnya ditolak, pendapatan bercukainya mungkin meningkat RM3,000.

Pada kadar marginal 19%, kesan cukai secara ilustrasi ialah:

RM3,000 × 19% = RM570

Dia mungkin perlu membayar cukai tambahan RM570, bergantung pada pengiraan cukai sebenar.

Sebab itu, pastikan tuntutan memenuhi syarat dan simpan resit, invois serta dokumen sokongan yang berkaitan.

HASiL secara amnya menetapkan rekod dan dokumen berkaitan cukai perlu disimpan selama tujuh tahun mengikut keperluan undang-undang.

6. ❌ Salah masukkan nombor akaun bank

Katakan seseorang layak menerima bayaran balik cukai sebanyak RM1,800, tetapi tersalah memasukkan nombor akaun bank.

Kesilapan ini boleh menyebabkan bayaran balik tertangguh atau memerlukan pengesahan lanjut.

Duit itu tidak semestinya hilang, tetapi pembayar cukai mungkin perlu menghubungi HASiL untuk menyelesaikan masalah tersebut.

7. ❌ Terlupa memasukkan maklumat anak

Ini juga boleh berlaku kepada ibu bapa yang mempunyai beberapa orang anak.

Contohnya, seorang pembayar cukai terlupa menuntut pelepasan anak sebanyak RM2,000 yang sebenarnya layak.

Jika kadar marginal cukainya 19%, kesan cukai secara ilustrasi ialah:

RM2,000 × 19% = RM380

Dia mungkin terlepas peluang mengurangkan cukai sebanyak RM380.

Walau bagaimanapun, kelayakan dan jumlah pelepasan bergantung pada syarat yang ditetapkan bagi tahun taksiran berkenaan, termasuk keadaan dan status anak.

Jadi, jangan anggap maklumat yang diisi pada tahun sebelumnya semestinya sudah lengkap untuk tahun semasa.

8. ❌ Tak lapor pendapatan sewa rumah

Ini contoh yang dekat dengan kehidupan ramai pekerja makan gaji.

Amir bekerja dengan pendapatan tahunan RM90,000. Dalam masa yang sama, dia menyewakan sebuah rumah pada harga RM1,200 sebulan.

Pendapatan sewa setahun:

RM1,200 × 12 bulan = RM14,400

Katakan perbelanjaan sewa yang dibenarkan ialah RM3,000. Pendapatan sewa bersih untuk ilustrasi ialah RM11,400.

Jika pendapatan bercukai Amir sebelum mengambil kira pendapatan sewa ialah RM75,000 dan tambahan itu dikenakan cukai pada kadar marginal 19%, kesan cukai secara ilustrasi ialah:

RM11,400 × 19% = RM2,166

Jumlah sebenar bergantung pada pengiraan pendapatan berkanun sewa, perbelanjaan yang dibenarkan, pelepasan dan kadar cukai progresif.

Jangan anggap pendapatan sewa boleh diabaikan hanya kerana kita sudah mempunyai pekerjaan tetap dan PCB dipotong setiap bulan.

9. ❌ Tak lapor pendapatan freelance atau komisen

Siti bekerja sepenuh masa dan turut melakukan kerja freelance pada hujung minggu.

Sepanjang tahun, dia memperoleh pendapatan freelance bersih sebanyak RM18,000 daripada perkhidmatan reka bentuk dan pengurusan media sosial.

Dia menganggap pendapatan itu tidak perlu dilaporkan kerana bayaran diterima daripada pelanggan secara berasingan daripada gaji.

Jika pendapatan tersebut merupakan pendapatan perniagaan yang perlu dilaporkan, kesilapan ini boleh menyebabkan cukai terkurang dikira.

Dengan andaian keseluruhan RM18,000 itu merupakan tambahan kepada pendapatan bercukainya dan dikenakan cukai pada kadar marginal 19%, kesan cukai secara ilustrasi ialah:

RM18,000 × 19% = RM3,420

Pengiraan sebenar bergantung pada sifat pendapatan, perbelanjaan yang dibenarkan dan pengiraan cukai keseluruhan.

Perkara yang sama perlu diberi perhatian bagi pendapatan komisen, perniagaan dalam talian dan aktiviti lain yang menghasilkan pendapatan bercukai.

10. ❌ Tak lapor pendapatan luar negara kerana ingat semuanya bebas cukai

Ada orang bekerja di Singapura, kemudian memindahkan gaji ke akaun bank Malaysia. Ada juga yang menjalankan perniagaan melalui eBay.

Persoalannya, adakah semua pendapatan ini automatik bebas cukai di Malaysia?

Jawapannya, tidak semestinya. Layanan cukai bergantung pada jenis pendapatan, sumber pendapatan, status pemastautin cukai dan syarat pengecualian yang berkenaan.

Contohnya, Ali bekerja di Singapura dan menerima gaji SGD5,000 sebulan. Dia memindahkan gajinya ke akaun bank Malaysia. Pemindahan wang itu sahaja tidak bermaksud gajinya automatik dikenakan cukai di Malaysia. Ali lazimnya perlu membayar cukai pendapatan di Singapura kerana dia bekerja secara fizikal di sana.

Sebaliknya, Ali turut menjalankan perniagaan menjual barang melalui eBay. Jika perniagaan itu diuruskan dari Malaysia, keuntungan perniagaan tersebut perlu dinilai berdasarkan peraturan cukai Malaysia dan mungkin perlu dilaporkan dalam e-Filing.

Dah hantar e-Filing tetapi baru sedar ada kesilapan?

Jangan terus panik. Tetapi jangan biarkan kesilapan itu tanpa tindakan.

Langkah pertama ialah kenal pasti jenis kesilapan:

  • Terlupa tuntut pelepasan atau rebat: Semak sama ada pembetulan boleh dibuat melalui saluran pindaan yang dibenarkan.
  • Pendapatan terkurang lapor: Semak kaedah pindaan yang sesuai, termasuk Borang Nyata Terpinda jika memenuhi syarat.
  • Salah pilih ruangan atau maklumat peribadi: Semak dengan HASiL sama ada perlu meminda borang atau mengemas kini maklumat sahaja.
  • Salah maklumat akaun bank: Hubungi HASiL untuk mendapatkan panduan mengemas kini maklumat bayaran balik.

Kaedah pembetulan bergantung pada jenis borang, tahun taksiran, tempoh pindaan dan keadaan kes.

Rujuk panduan rasmi: https://www.hasil.gov.my/individu/pindaan-taksiran/

Kesimpulannya

Mengisi e-Filing bukan sekadar memasukkan angka daripada Borang EA dan menekan butang “Hantar”.

Kita perlu memastikan semua pendapatan yang perlu dilaporkan telah dimasukkan, pelepasan memenuhi syarat dan maklumat peribadi adalah tepat.

Lebih baik semak dua kali sebelum hantar daripada terpaksa membetulkan kesilapan kemudian.

Simpan artikel ini untuk rujukan musim e-Filing dan kongsikan kepada kawan-kawan yang sedang mengisi borang cukai mereka.