4 Ciri Perbankan Islam, Yang Membuatkan Orang Bukan Islam Turut Tertarik

Dah pun masuk tahun 2020, tapi masih ramai yang tak percaya dengan Perbankan Islam atau Islamic Banking?

Tahukah anda bahawa jika disebut mengenai perbankan dan kewangan Islam, Malaysia adalah perintis dan pemimpin di peringkat global?

Ya, sememangnya benar! Malah, sejak penubuhan Akta Perbankan Islam pada tahun 1983 lagi, industri ini telah dilihat berkembang dengan mendadak sekali.

Menurut laporan Bank Negara pada tahun 2017, pembiayaan Islam di negara telah menyumbang 34.9% daripada jumlah pinjaman dan pembiayaan. Jika dibandingkan pada tahun 2000, yang hanya menyumbang kepada 5.3% saja.

Satu perkara menarik untuk perbincangan adalah demografi bagi penggunanya. Perbankan Islam tidak terhad hanya kepada orang Muslim.

This image has an empty alt attribute; its file name is assidq_300x250px_bm01.jpg

Namun, apakah ciri-ciri bagi industri yang kian meningkat ini untuk menjadikannya menarik bagi orang bukan Islam?

Kalau nak tahu, berikut adalah 4 ciri perbankan Islam yang membuatkan orang bukan Islam tertarik:

1. Keadilan Dan Perlindungan Daripada Risiko Yang Tinggi

Salah satu peraturan yang perlu dipatuhi oleh perbankan dan kewangan Islam adalah ianya perlu bebas daripada unsur “Gharar”. Perkataan itu boleh diterjemahkan secara umum sebagai ketidakpastian, ketidakcukupan, penipuan, peluang, atau risiko yang tidak memenuhi syarat.

Gharar mungkin wujud dalam senario berikut:

  • Sekiranya ia tidak jelas mengenai item yang sebenarnya. Kewangan Islam haruslah dikaitkan dengan aset sebenar
  • Sekiranya item tersebut tidak pasti dapat dihantar
  • Sekiranya penjualan sesuatu item tersebut adalah sengaja tidak jelas dan samar-samar maklumatnya. Contohnya adalah penjualan sebuah rumah yang tidak termasuk butir-butir penuh integriti strukturnya, bilangan biliknya, dan sebagainya.
  • Sekiranya item yang dijual melibatkan risiko atau bahaya yang tidak menentu, atau apabila hasilnya tidak diketahui.

2. Selamat Daripada Krisis

Kembali pada 2007 dan 2008, kebanyakan ekonomi dunia mengalami krisis. Walau bagaimanapun, kewangan Islam adalah sebaliknya – ia mengalami peningkatan sebanyak 25%!

Dua faktor utama telah dikenalpasti sebagai punca:

  • Bebas dari riba (kadar faedah): Selain daripada gharar, kewangan Islam perlu bebas daripada sebarang elemen riba. Ini menjadikan ia sebuah perjanjian yang lebih adil dan keuntungan boleh dikongsi oleh semua pihak yang berkepentingan.
  • Perkongsian risiko: Dengan konsep “Mudarabah” adalah kewangan Islam, sebarang risiko, kerugian, atau ganti rugi juga akan dikongsi dalam kalangan para pemegang saham dan bukan hanya para pembiaya.

3. Kos Tetap Dan Jelas

Dalam kewangan Islam, jumlah pembayaran maksimum telah dipersetujui terlebih dahulu. Dengan ini, bayaran adalah tetap dan kekal untuk keseluruhan tempoh yang telah ditetapkan.

Ia berbeza dengan pinjaman konvensional di mana amaun pembayaran adalah bergantung kepada BLR (Kadar Pinjaman Asas). Dalam erti kata lain, ia adalah kadar yang dirujuk oleh bank dalam pengurusan sebelum memutuskan berapa banyak bayaran yang akan dikenakan (iaitu kadar faedah) untuk pinjaman anda.

4. Penalti Yang Lebih Rendah

Tidak seperti pinjaman konvensional yang melaksanakan konsep kadar faedah pengkompaunan, yuran penalti lewat bayar dalam kewangan Islam hanya dikenakan ke atas jumlah baki hutang utama.

Berikut adalah contoh antara kedua-dua sistem. Senario yang diberikan adalah untuk pinjaman sebanyak RM100,000 dan penalti lewat sebanyak 3%:

PEMBIAYAAN ISLAM:

Bulan pertama: RM100,000 x 3% = RM3000
Bulan kedua: RM100,000 x 3% = RM3000
Bulan ketiga: RM100,000 x 3% = RM3000

Jumlah penalti selama tiga bulan:
RM3000 + RM3000 + RM3000 = RM 9000

PINJAMAN KONVENSIONAL:

Bulan pertama: RM100,000 x 3% = RM3000
Bulan kedua: (RM100,000 + RM3000) x 3% = RM3090
Bulan ketiga: (RM100,000 + RM3000 + RM3090) x 3% = RM3182.7

Jumlah penalti selama tiga bulan:
RM3000 + RM3090 + RM3182.7 = RM 9272.7

Adakah sekarang kita lebih yakin dengan kelebihan perbankan Islam?

This image has an empty alt attribute; its file name is assidq_300x250px_bm01.jpg

Dikarang oleh Sedania As Salam Capital. Diterjemah dan disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.

Tentang Sedania As Salam Capital Sdn Bhd

As-Sidq (TM) adalah sebuah platform perisian dipaten milik oleh Sedania As Salam Capital Sdn Bhd yang kukuh dan berskala dengan rekod prestasi terbukti lebih daripada 350,000 transaksi bernilai RM38 bilion. Perkhidmatan patuh syariah sepenuhnya, yang mudah diintegrasikan ke dalam mana-mana sistem dan proses sedia ada melalui API, kini digunakan oleh lebih daripada 40 institusi kewangan dan 7 bank di Malaysia. Misi teras As-Sidq (TM) adalah untuk membantu pelanggan mencari produk kewangan Islam yang sempurna dan menyampaikannya kepada mereka dalam masa yang sesingkat mungkin.

Sebagai peneraju industri dalam platform perdagangan komoditi Tawarruq untuk kewangan peribadi Islam, As-Sidq (TM) membantu institusi-institusi kewangan untuk memasar, mengenal pasti dan meluluskan pembiayaan peribadi Islam dengan menawarkan pemeriksaan profil pelanggan yang komprehensif dari DSR kepada CTOS / CCRIS. Ini membolehkan penyerahan petunjuk hangat yang membolehkan kelulusan hampir dijamin.

Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?

Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Adakah Wang Dalam E-Dompet Dan Simpanan Di Bank Sama?

Oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

Hari ini, bayar apa sahaja semudah mengimbas kod QR, sama ada di pasar raya, kedai kopi, pasar malam, mahupun gerai tepi jalan. Wang ditolak terus daripada akaun bank atau e-dompet (e-wallet) anda secara dalam talian. Dengan satu imbasan, urusan pembayaran selesai. Seolah-olah telefon pintar sudah menggantikan wang tunai.

Namun di sebalik kemudahan ini, masih terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna e-dompet: adakah wang yang disimpan dalam e-dompet mempunyai status yang sama seperti simpanan dalam akaun bank? Jika berlaku masalah kepada pengeluar e-dompet pula, adakah wang tersebut dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)?

Hasil tinjauan PIDM mendapati bahawa masih terdapat sebahagian pengguna beranggapan wang yang disimpan dalam e-dompet dilindungi oleh PIDM sebagaimana simpanan di bank ahli PIDM.

Kekeliruan ini mungkin timbul kerana e-dompet menawarkan fungsi yang hampir sama seperti kemudahan perbankan digital di bank. Walaupun kedua-duanya membolehkan pengguna menambah nilai, menyemak baki, memindahkan wang dan membuat pembayaran, namun fungsi utamanya adalah berbeza.

Sebenarnya, PIDM tidak melindungi wang atau dana yang disimpan dalam e-dompet. Tahukah anda – pengeluar e-duit atau e-dompet merupakan pengeluar wang elektronik yang beroperasi atas lesen berbeza jika dibandingkan dengan bank berlesen atau institusi perbankan Islam berlesen? E-duit juga bukan deposit. Berdasarkan ciri-ciri ini, pengeluar e-duit bukan institusi ahli PIDM dan e-duit tidak dilindungi oleh PIDM.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna dana dalam e-dompet tidak mempunyai perlindungan. Di Malaysia, e-dompet dikategorikan sebagai wang elektronik atau e-money yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Mengikut keperluan kawal selia, pengeluar e-dompet tertentu[1] perlu menyimpan dana pelanggan dalam akaun amanah di bank berlesen serta mengasingkannya daripada dana operasi syarikat. Langkah ini membantu memastikan wang pelanggan tidak digunakan untuk tujuan lain serta memastikan rekod yang lengkap disimpan bagi memudahkan proses pengesahan dan pengagihan baki setiap pengguna apabila diperlukan.

Sekiranya bank yang memegang akaun amanah pengeluar e-dompet ialah bank ahli PIDM dan bank tersebut gagal atau muflis, dana pelanggan yang disimpan dalam akaun amanah tersebut dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan yang ditetapkan.

PERBANDINGAN ANTARA E-DOMPET DAN AKAUN BANK
 E-dompetAkaun Simpanan di Bank
Fungsi utamaAplikasi dalam talian atau melalui peranti mudah alih yang digunakan untuk pembayaran harian, serta pemindahan dan penerimaan wangTempat simpanan wang yang berupaya melaksanakan transaksi pembayaran, pemindahan dan penerimaan wang serta membantu pengurusan kewangan
Penyedia perkhidmatanPengeluar e-dompet atau wang elektronikBank berlesen (bank komersial, institusi perbankan Islam atau bank digital)
Institusi perbankanPerkhidmatan e-dompet juga ditawarkan oleh institusi bukan perbankan.Ya
Cara dana disimpanDisimpan secara terkumpul dalam akaun amanah bankDisimpan terus dalam akaun bank atas nama individu
Perlindungan PIDMTerhad kepada dana dalam akaun amanah yang ditempatkan di bank ahli PIDM dan tertakluk kepada syarat kelayakanDeposit yang layak di bank ahli PIDM

Gambar rajah di bawah menunjukkan bagaimana dana dalam e-dompet dilindungi oleh PIDM secara tidak langsung:

Seiring perkembangan ekonomi digital, penggunaan e-dompet dijangka akan terus meningkat. Justeru, pengguna perlu memahami perbezaan antara e-dompet dan simpanan akaun bank, termasuk tahap perlindungan yang tersedia.  Dengan pengetahuan ini, pengguna dapat memanfaatkan kemudahan pembayaran digital dengan lebih yakin dan tahu hak mereka sebagai pengguna kewangan.

Untuk maklumat lanjut mengenai perlindungan PIDM ke atas deposit anda di bank ahli, klik https://www.pidm.gov.my/my/general/how-we-protect-you/dis


[1] Merujuk kepada pengeluar wang elektronik bukan bank dengan jumlah liabiliti e-Duit tertunggak sebanyak RM1 juta atau lebih, seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Dasar Bank Negara Malaysia mengenai Wang Elektronik (e-Duit).