Ibra’: Rebat Wajib dalam Pembiayaan

Lebih 80% produk pembiayaan perbankan Islam berasaskan konsep jual beli sama ada ianya merupakan kontrak Murabahah, Bai Bithaman Ajil (BBA), Bai Inah, atau Tawarruq.

Kesemua kontrak ini melibatkan akad jual beli aset pendasar (underlying asset) daripada satu pihak kepada satu pihak yang lain, iaitu di antara bank dan pelanggan mereka.

Dalam pengoperasian pembiayaan di antara pelanggan dan pihak bank, satu transaksi jual beli aset pendasar atau komoditi akan dilakukan dan seterusnya satu obligasi hutang akan dihasilkan di mana pelanggan akan membayar hutang itu kepada pihak bank secara ansuran.

Obligasi hutang itu terbit daripada penjualan aset atau komoditi daripada bank kepada pelanggan pada harga jualan atau istilahnya Selling Price. Selling Price ini merangkumi jumlah pembiayaan atau biasa disebut sebagai principal ditambah dengan kadar keuntungan bank.

Contohnya: Kita ke Bank untuk memohon pembiayaan peribadi sebanyak RM10,000. Bank akan menjual kepada kita komoditi dengan harga RM10,000 tambah Kadar Keuntungan Siling atau Kadar Keuntungan Kontrak (Ceiling Profit Rate/Contracted Profit Rate) dengan kadar kebiasaannya 10-12%. Kontrak pembiayaan 10 tahun pada kadar keuntungan 10% bermakna Selling Price yang dikenakan adalah RM15,858.00.

RM15,858.00 itu akan menjadi obligasi hutang kita.

Kerana inilah ada yang mengatakan pembiayaan di perbankan Islam lebih mahal berbanding perbankan konvensional. Realitinya, angka RM20,000 itu adalah kadar maksimum dan kadar sebenar yang dikenakan kepada kita adalah lebih rendah daripada itu.

Kadar sebenar dikenakan kepada kita dipanggil Kadar Keuntungan Efektif (Effective Profit Rate), yang berubah mengikut perubahan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) dan Kadar Bank (Bank Rate, BR). Dalam hampir semua keadaan kecuali pada waktu krisis di mana OPR akan mencanak naik, bayaran kepada bank tidak akan sampai jumlah RM20,000 tersebut.

Setelah selesai pembayaran atau dalam keadaan di mana kita membuat pembayaran awal, pihak Bank diwajibkan memberi Ibra’.

Apa itu Ibra’? 

Ibra’ adalah istilah bahasa Arab yang bermaksud pelepasan hak. Dalam istilah perbankan ia merujuk kepada pihak Bank yang melepaskan haknya untuk menerima bayaran kadar untung yang menjadi sebahagian daripada jumlah Selling Price.

Bahasa mudahnya Ibra’ adalah Rebat.

Di awal era perbankan Islam, Ibra’ ini bergantung kepada pihak bank masing-masing sama ada diberikan kepada pelanggan atau tidak. Namun bermula 1 November 2011, garis panduan Ibra’ oleh Bank Negara Malaysia (BNM) telah dikuatkuasakan.

Garis panduan ini mewajibkan bank-bank Islam memberikan Ibra’ kepada pelanggannya dalam keadaan-keadaan tertentu. Garis panduan tersebut juga menunjukkan cara kiraan dan jenis-jenis keadaan yang mewajibkan pemberian Ibra’ tersebut.

Garis Panduan Ibra’: https://www.bnm.gov.my

Contoh pengiraan Ibra’ dalam penyelesaian awal (early settlement) bagi Pembiayaan Perbankan Islam adalah seperti berikut:

Perbezaan amalan perbankan Islam dan perbankan konvensional adalah kewujudan caj penyelesaian awal. Perbankan Islam tidak dibenarkan mengenakan caj ini, sebaliknya ia perlu memberi Ibra’ kepada pelanggannya.

Harga Jualan :RM15,858.09

Jumlah Pembiayaan/Prinsipal : RM10,000

Kadar Keuntungan Siling (KKS) : 10%

Kadar Keuntungan Efektif (KKE) : 6%

Tempoh Pembiayaan : 10 tahun (120 bulan)

Cara Pembayaran : Bulanan

Ini adalah contoh mudah di mana Harga Jualan adalah RM15,858.09.

Namun itu hanya berlaku sekiranya pelanggan membuat bayaran ansuran mngikut KKS 10%, walaubagaimanapun pembayaran menurut KKE pada 6% menyebabkan di akhir pembiayaan iaitu bulan ke 120, pelanggan hanya membayar jumlah sebanyak RM13,322.46 (RM 10,000 + RM 3,322.46) sahaja.

Baki sebanyak RM 2,535.63 (RM15,858.09 – RM 12,322.46) dikira sebagai Ibra’ atau pemberian Rebat oleh pihak Bank.

Manakala sekiranya pelanggan memutuskan untuk membuat penyelesaian awal pada bulan ke-50, dia hanya perlu membayar baki RM6,543.48 maka jumlah Ibra’nya adalah RM15,858.09 – RM 6,543.48 = RM9,314.61.

Perbezaan ketara di antara perbankan Islam dan perbankan konvensional juga adalah pada KKS di mana caj bank pada pelanggan tidak boleh dan tidak akan melebihi kadar siling itu, berbeza dengan perbankan konvensional yang tidak meletakkan apa-apa kadar siling.

Dalam keadaan krisis seperti pada tahun 1998 di mana Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate) yang ditetapkan oleh BNM pada 12.27%, kadar ansuran pelanggan akan turut meningkat melebihi apa yang ditetapkan dalam dokumen perjanjian.

Maka selepas ini apabila kita berkunjung ke Bank untuk urusan pembiayaan, tanyakan pegawai tersebut berapakan kadar ansuran maksimum menurut KKS. Ini memberi peluang untuk kita berfikir kembali tahap kemampuan kita untuk 10-30 tahun tempoh pembiayaan yang akan datang.

Ditulis oleh Arham Merican, pegawai Shariah di salah sebuah bank Islam antarabangsa dan sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Pembangunan. Meminati bidang ekonomi dan Shariah dengan fokus pada pemberdayaan modal insan.

Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?

Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

LPPSA Kedua: Boleh Mohon Walaupun Pembiayaan Pertama Belum Habis, Ini Syarat & Kelayakannya

Ada pembiayaan LPPSA pertama yang masih berjalan tetapi sudah terfikir nak beli rumah kedua?

Mulai 4 Oktober 2026, penjawat awam yang layak boleh memohon Pembiayaan Kedua LPPSA tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya Pembiayaan Pertama.

Pada masa yang sama, LPPSA turut menaikkan had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sehingga RM1 juta.

Namun, ini bukan bermaksud semua penjawat awam automatik boleh meminjam RM1 juta. Jumlah sebenar masih bergantung kepada pendapatan bersih, kelayakan pemohon, baki kelayakan pembiayaan serta syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Apa perubahan LPPSA 2026?

Menurut notis rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026, dua perubahan utama mula berkuat kuasa pada 4 Oktober 2026:

Pertama, had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.

Kedua, pemohon boleh membuat permohonan Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan syarat yang ditetapkan.

Ini memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penjawat awam yang masih mempunyai pembiayaan pertama tetapi mahu menggunakan baki kelayakan mereka untuk pembiayaan kedua.

Had pembiayaan LPPSA sehingga RM1 juta

LPPSA menetapkan jadual had kelayakan berdasarkan pendapatan bersih.

Pendapatan BersihHad Kelayakan Maksimum
Lebih RM10,000RM1,000,000
RM10,000RM950,000
RM9,500RM930,000
RM9,000RM900,000
RM8,500RM880,000
RM8,000RM850,000
RM7,500RM830,000
RM7,000RM800,000
RM6,500RM780,000
RM6,000RM730,000
RM5,500RM670,000
RM5,000RM610,000
RM4,500RM550,000
RM4,000RM480,000
RM3,500RM430,000
RM3,000RM350,000
Sehingga RM2,500RM280,000

Jadual ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LPPSA mengenai penambahbaikan 2026.

Nota penting: Had maksimum ini bukan bermaksud pemohon pasti menerima jumlah tersebut. Amaun yang diluluskan masih bergantung kepada kelayakan pemohon dan syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

Siapa yang layak menikmati had baharu?

LPPSA menyatakan jadual kelayakan baharu ini terpakai kepada kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA, tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang tidak menggunakan jadual ini, antaranya:

  • Anggota Pentadbiran Persekutuan;
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Golongan tersebut tertakluk kepada peruntukan atau keputusan berkaitan yang berasingan.

Apa maksud “Pembiayaan Kedua” sekarang?

Ini bahagian yang paling menarik.

Sebelum penambahbaikan ini, pemohon secara amnya perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama sebelum membuat Pembiayaan Kedua.

Mulai 4 Oktober 2026, syarat tersebut tidak lagi diperlukan.

LPPSA menyatakan pemohon boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA.

Contohnya:

Ali membeli rumah pertama menggunakan LPPSA.

Pembiayaan pertama masih mempunyai baki.

Kemudian Ali mahu membeli rumah kedua.

Dengan peraturan baharu, Ali tidak perlu melangsaikan pembiayaan pertama terlebih dahulu semata-mata untuk memohon pembiayaan kedua.

Tetapi Ali masih perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi dan memenuhi syarat LPPSA.

Apakah syarat Pembiayaan Kedua?

LPPSA menetapkan beberapa syarat utama.

Pemohon perlu:

1. Merupakan kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

2. Potongan gaji bagi Pembiayaan Pertama telah dilaksanakan.

3. Tidak mempunyai tunggakan bayaran balik bagi Pembiayaan Pertama sedia ada.

Selain itu, permohonan tetap tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA yang berkuat kuasa.

Berapa margin Pembiayaan Kedua?

Ini juga penting kerana margin pembiayaan bergantung kepada status Pembiayaan Pertama.

Jika Pembiayaan Pertama sudah selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 100%.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Untuk Jenis 5 dan Jenis 7 bagi hartanah yang sama

LPPSA menetapkan margin sehingga 100% bagi:

  • Jenis 5 – Ambil Alih; dan
  • Jenis 7 – Ubah Suai,

bagi hartanah yang sama, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Contoh mudah Pembiayaan Kedua

Katakan seseorang masih mempunyai Pembiayaan Pertama LPPSA.

Kemudian dia mahu membeli rumah kedua berharga RM500,000.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum diselesaikan, margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Secara mudah:

RM500,000 × 90% = RM450,000

Jadi, secara teori, pembiayaan boleh mencapai sehingga RM450,000, manakala baki RM50,000 perlu ditanggung melalui sumber lain.

Tetapi angka sebenar masih tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan penilaian LPPSA.

Maksudnya, jangan terus anggap rumah RM500,000 akan mendapat pembiayaan RM450,000 kerana kelayakan sebenar setiap pemohon adalah berbeza.

Bagaimana LPPSA menentukan kelayakan?

LPPSA menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kemampuan bayaran balik.

Antara kriteria yang dinyatakan LPPSA ialah:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambil kira;
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pendapatan bersih bagi tujuan pengiraan LPPSA pula merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap yang diambil kira – potongan wajib.

Jadi, seseorang yang mempunyai gaji tinggi sekalipun tidak semestinya mendapat jumlah maksimum RM1 juta kerana pengiraan turut mengambil kira kemampuan bayaran balik.

Bagaimana pula kadar keuntungan?

Untuk pembiayaan hartanah sehingga RM1 juta, LPPSA memperkenalkan struktur kadar purata wajaran (blended rate).

Strukturnya:

Sehingga RM750,000 → 4.00% setahun

Bahagian melebihi RM750,000 sehingga RM1 juta → 4.50% setahun

Yang menariknya, pengiraan ini mengambil kira jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan bagi Pembiayaan Pertama dan Pembiayaan Kedua.

Contoh RM800,000

Bagi pembiayaan RM800,000:

RM750,000 pertama → 4.00%

Baki RM50,000 → 4.50%

Kadar purata wajaran yang terhasil ialah kira-kira 4.03% setahun.

RM1 juta bukan bermaksud boleh ambil RM1 juta untuk rumah kedua

Ini perkara yang ramai mungkin salah faham.

Had maksimum RM1 juta ialah had kelayakan maksimum, bukannya jumlah automatik yang boleh dipinjam.

Untuk Pembiayaan Kedua pula, LPPSA secara jelas menyatakan ia tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai had kelayakan RM800,000 tetapi telah menggunakan RM600,000 bagi Pembiayaan Pertama, baki kelayakannya tidak bermaksud dia boleh terus mengambil RM800,000 lagi.

Sebaliknya, pengiraan baki kelayakan perlu dibuat berdasarkan ketetapan LPPSA.

Sebab itu LPPSA menyediakan kemudahan SmartKira untuk membuat semakan anggaran kelayakan mulai 4 Oktober 2026.

Boleh beli rumah kedua sebelum rumah pertama habis bayar?

Ya, mulai 4 Oktober 2026, boleh memohon.

Tetapi terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Pembiayaan Pertama tidak perlu diselesaikan sepenuhnya.

Kedua: Pemohon perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi.

Ketiga: Pemohon masih perlu memenuhi syarat kemampuan bayaran balik dan syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti, tetapi bukan “lesen” untuk mengambil hutang rumah tanpa mengambil kira kemampuan kewangan.

Semua jenis pembiayaan boleh digunakan?

Menurut FAQ LPPSA, semua jenis pembiayaan dibenarkan bagi Pembiayaan Kedua, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, terdapat pengecualian tertentu.

Sebagai contoh, pelanggan yang sedang menikmati Pembiayaan Pertama Jenis 4 atau Jenis 5 bagi tanah dan belum memohon Jenis 6 untuk membina rumah, tidak dibenarkan memohon Pembiayaan Kedua bagi Jenis 4 atau Jenis 5 tanah tersebut.

LPPSA juga menjelaskan bahawa jika seseorang membeli tanah melalui Jenis 4 atau Jenis 5 dan kemudian memohon Jenis 6 untuk membina rumah di atas tanah tersebut, ia masih dianggap sebagai satu kelayakan pembiayaan, bukan Pembiayaan Kedua.

Bila boleh mula memohon?

Kemudahan baharu ini berkuat kuasa pada:

4 OKTOBER 2026

LPPSA menyatakan pelanggan boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan tersebut mulai tarikh berkenaan.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan sebelum 4 Oktober 2026, LPPSA menyatakan ia akan diproses berdasarkan had kelayakan amaun pembiayaan hartanah yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan diterima.

Kesimpulan

Penambahbaikan LPPSA 2026 membawa perubahan yang agak besar kepada penjawat awam.

Had kelayakan maksimum pembiayaan kini dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala Pembiayaan Kedua boleh dipohon tanpa perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama terlebih dahulu.

Tetapi perkara paling penting untuk difahami ialah:

RM1 juta = had kelayakan maksimum, bukan jumlah automatik.

Dan:

Pembiayaan Kedua = boleh mohon walaupun pembiayaan pertama masih berjalan, tetapi tertakluk kepada baki kelayakan dan kemampuan bayaran balik.

Jadi, kalau memang bercadang membeli rumah kedua, langkah pertama bukan terus cari rumah RM1 juta.

Semak dahulu baki kelayakan LPPSA.

Kemudian barulah tengok harga rumah yang benar-benar mampu ditanggung.

Nota: Maklumat ini berdasarkan pengumuman dan FAQ rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026. Syarat dan pengiraan sebenar adalah tertakluk kepada pekeliling, garis panduan serta ketetapan LPPSA yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan.

Sumber rasmi: LPPSA – Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 termasuk jadual kelayakan RM280,000 hingga RM1 juta.