Ilmu Technical Analysis: Trendline

Trendline adalah merupakan salah satu alat asas yang digunakan oleh penganalisa teknikal chart dalam menjalankan Analisis Teknikal.

Trendline adalah alat untuk menjangka pergerakan trend semasa melalui pergerakan harga sebelumnya, dengan melukis satu garisan lurus ke atas menandakan bull sedang menguasai harga saham. Atau sebaliknya melukis ke bawah menandakan bear sedang menguasai harga saham. Ianya membuktikan gambaran trend semasa dengan lebih jelas.

Trendline juga digunakan dalam semua jenis timeframe (1jam, harian, mingguan atau bulanan) dan digunakan di pelbagai pasaran semasa seperti saham, futues, bitcoin, forex dan sebagainya. Malah, dengan satu garisan trendline kita dah boleh tahu kedudukan support dan resistance.

Baca: Support and Resistance: Umpama Rumah Bertingkat

Pada kebiasaannya, harga saham akan bergerak secara zig-zag. Terdapat 3 jenis trendline yang biasa kita jumpa.

1. TRENDLINE UPTREND
Adalah keadaan harga semasa yang sedang bergerak menaik. Ini menunjukkan terdapat permintaan yang sedang berlaku pada saham tersebut.

2. TRENDLINE DOWNTREND
Bermaksud keadaan harga semasa sedang menuju ke bawah. Ini menunjukkan tekanan jualan terhadap pegangan saham sedang berlaku.

3. TRENDLINE SIDEWAYS
Bermaksud  pergerakan harga tidak menuju ke atas atau ke bawah. Namun harga saham tetap ada naik dan turun, cuma terbatas kepada satu ruang tertentu.

Berdasarkan ketiga-tiga jenis trendline di atas, trendline dapat disimpulkan sebagai pergerakan trend semasa.

Di antara sebab-sebab garisan trendline ini penting sewaktu menganalisis carta, kerana garisan trendline ini mampu memberi petunjuk ruang membeli dan menjual.

Jika pasaran semasa mula ke arah downtrend, kita boleh mencari peluang untuk menjual di antara kawasan trendline berkenaan kerana kebarangkalian di situlah harga tertinggi sebelum harga bertukar trend.

Sebaliknya, jika pasaran semasa berada di dalam keadaan uptrend, maka inilah peluang untuk menambah lagi pegangan.

3 Cara Nak Lukis Trendline

1. Lukisan garis trendline bermula dari consolidation pattern (trend semasa sudah berakhir) perubahan harga atau trend.

2. Perlu pastikan garisan trendline bersentuh sekurang-kurangnya 2-3 point shadow candlestick atau kebadan-badan candlestick. (lagi banyak point yang bersentuhan lagi bagus)

3. Sekiranya market jatuh atau terkeluar dari garisan trendline, ini menunjukkan tanda trend sebelumnya sudah tamat (ianya di kira trend terbaru).

Bagaimana nak tahu trendline yang dilukis salah atau betul?

Trendline yang tepat apabila garisan trendline mendapat tujahan harga yang kuat berulang-ulang kali. Semakin banyak sentuhan (tujahan) pada garisan trendline, semakin kuat garisan trendline tersebut.

Kredit Gambar: wrtraderacademy

Sebagai seorang trader atau pelabur, teknik trendline ini adalah teknik asas dalam menganalisa carta. Ianya sangat mudah untuk dilakukan namun mampu memberi impak yang besar.

Malangnya, ada yang masih salah melukis kedudukan tredline dan ramai orang sudah seakan-akan melupakan perkara asas yang penting ini.

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.