MLTT vs MRTT, Yang Mana Lebih Baik?

Dalam proses nak beli rumah, pembeli akan ditawarkan beberapa pilihan insurans untuk rumah tersebut sebagai satu pelan perlindungan risiko masa depan dalam pinjaman perumahan oleh bank.

Fungsi insurans ini adalah melindungi anda dan waris atas sebarang perkara di luar jangkaan yang berlaku kepada anda sebagai peminjam dari bank seperti kes cacat kekal dan kematian.

Ada juga segelintir orang yang mengatakan insurans hartanah adalah tidak penting dan merupakan satu beban terhadap peminjam. Pendapat ini ada kiri dan kanannya.

Baca : Apa Perbezaan Takaful Rumah MRTT Dengan MLTT?

Ada insurans yang boleh dimasukkan dalam bayaran ansurans bulanan dan ada insurans yang perlu dibayar secara lumpsum.

Ada juga pihak yang mengatakan insurans hartanah adalah perlindungan kepada anak – anak dan isteri anda supaya mereka bukan sahaja dapat terus tinggal di rumah tersebut, bahkan mendapat pampasan!

Baca : Pertimbangkan 5 Benda Ini Sebelum Memilih Pelan Takaful

Nak percaya mana satu?

Sebelum kita mula masuk ke fasa yang lebih kritikal, adalah lebih baik sekiranya kita fahamkan terlebih dahulu apa sebenarnya MRTT dan MLTT ini.

Dilema MRTT vs MLTT Dalam Insurans Hartanah Anda

MRTT bermaksud Mortgage Reducing Term Takaful yang bermaksud perlindungan insurans takaful atas baki hutang hartanah anda dan jumlah baki hutang akan berkurangan sedikit demi sedikit tahun demi tahun.

Dari sudut lain pula, MLTT pula bermaksud Mortgage Level Term Takaful yang mempunyai nilai simpanan pada hujung tempoh perlindungan hartanah anda.

Baca : 10 Soalan Yang Sering Ditanya Tentang Takaful

Dalam MLTT, pinjaman hartanah kita dilindungi kerana jumlah simpanan MLTT boleh digunapakai untuk menyelesaikan baki hutang hartanah.

Dan yang lebih menarik adalah MLTT membenarkan kita untuk menggunakan perlindungan tambahan lain sebagai contoh sakit cacat kekal, kemalangan, kematian dan pelbagai lagi manfaat.

Akan tetapi, jangan pula anda anggap MLTT dan MLTA adalah dua produk insurans yang sama. MLTT adalah ‘Takaful’ dan MLTA adalah ‘Assurance’.

Sebagai orang Islam, kita diwajibkan untuk mengambil produk yang patuh syariah iaitu MLTT.

Baca : Perbezaan Takaful Dengan Insuran Konvensional

Ada mazhab yang mengatakan seorang peminjam hartanah ‘wajib’ mengambil insurans hartanah dan satu lagi mengatakan peminjam ‘tidak wajib’ mengambil insurans hartanah.

Sebenarnya, kita tidak diwajibkan pun untuk mengambil insurans hartanah. Akan tetapi, pihak bank boleh menjadikannya wajib bergantung kepada keadaan dan masa tertentu.

Memandangkan MLTT adalah patuh syariah, artikel ini akan terus mengupas kebaikan MLTT berbanding MLTA.

MLTT: Mortgage Level Term Takaful

1. Perlindungan

Perlindungan yang kita dapat adalah berdasarkan jumlah keseluruhan hutang hartanah.

2. Penama

Berbeza dengan MRTT yang penamanya adalah pihak bank, MLTT membenarkan kita meletakkan penama hartanah kepada ahli keluarga.

3. Bayaran

Bayaran untuk MLTT boleh dibuat secara ansuran di mana jumlah insurans dimasukkan sekali dengan jumlah keseluruhan pinjaman hartanah kita.

4. Objektif

Tujuan utama polisi ini adalah untuk membolehkan kita / waris mendapat hak milik penuh hartanah dan pampasan.

5.  Waris

Ini yang paling penting, di mana waris akan mendapat pampasan dalam bentuk wang dan hartanah tersebut.

6. Pembatalan Polisi

Sungguhpun kita melakukan refinancing terhadap hartanah, polisi MLTT tidak terbatal.

7. Pindah Milik

Hartanah boleh dipindah milik berbanding insurans MRTT.

Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) Pula Sesuai Untuk:

1. Pelaburan

Sekiranya kita bercadang untuk berkecimpung dalam pelaburan hartanah, MRTT adalah sangat sesuai.

2. Refinance

Polisi tidak akan terbatal sungguhpun kita melakukan refinancing dari bank yang sama.

3. Umur Tidak Lebih 35 Tahun

Memandangkan perlindungan telah dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman hartanah kita, MRTT lebih sesuai untuk peminjam yang berumur tidak lebih daripada 35 tahun.

4. Liputan

MRTT memberi faedah kepada kita dengan melindungi keseluruhan pinjaman hartanah di dalam satu pelan yang sama.

Contoh Kiraan Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)

Umur: 28 tahun

Nilai Rumah: RM500,000

Nilai Pinjaman: 90%

Nilai Pinjaman & Perlindungan: RM450,000

Caruman: RM235/ bulan

Jumlah Caruman 30 Tahun: RM84,600

Pulangan Selepas 30 Tahun: RM86,900

Pampasan (Hilang Upaya Selepas Tahun Ke 3): RM411,300 hutang & RM50,000 waris.

Pampasan (Kematian Selepas Tahun Ke 3): RM411,300 hutang & RM50,000 waris.

Berbalik kepada soalan awal tadi iaitu kenapa MLTT jauh lebih baik berbanding MRTT, ianya adalah kerana liputan perlindungan yang bersifat holistik dan memberi faedah yang besar kepada waris anda kelak.

Baca : “Musibah Tak Mungkin Berlaku Dekat Aku…”. Lupakan Takaful Jika Anda Betul Yakin

Kita tidak perlu risau andai kata berlaku kematian mengejut dan ke mana keluarga kita hendak tinggal atau adakah kita tinggalkan wang ringgit untuk mereka.

Dan yang paling penting, pelan perlindungan ini adalah patuh syariah!

Sumber Rujukan:

  1. Rahsia Takaful
  2. Hartabumi
  3. Gila Hartanah
  4. Loanstreet
  5. Life Takaful
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ini Cara Semak Takaful & Insurans Anggota Keluarga Yang Meninggal Dunia Melalui Portal ‘Semak Kasih’

Apabila berlaku kematian dalam keluarga, urusan pengurusan jenazah, penyelesaian hutang dan pembahagian harta pusaka menjadi fokus utama waris. Namun, ada satu perkara kritikal yang kerap menjadi tanda tanya atau terlepas pandang oleh kebanyakan waris: “Adakah arwah ada mengambil pelan perlindungan Takaful atau insurans hayat semasa hidupnya?”

Sebelum ini, untuk mendapatkan jawapan ini bukanlah satu tugas yang mudah. Waris terpaksa menjejaki dan menghubungi satu demi satu syarikat Takaful atau insurans hayat yang beroperasi di Malaysia. Proses ini bukan sahaja memakan masa, malah menguji emosi dan tenaga waris yang masih dalam fasa berduka.

Melihat kepada kesulitan ini, satu inisiatif besar telah dilancarkan bagi membantu mempermudah urusan rakyat Malaysia melalui pengenalan portal Semak Kasih.

Rupa-rupanya Ada 50,000 Polisi & Sijil Masih Belum Dituntut!

Menurut data yang dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Mohd Radzuan Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Mark O’Dell, dianggarkan terdapat kira-kira 50,000 polisi insurans dan sijil takaful melibatkan manfaat kematian yang masih belum dituntut oleh waris.

Jumlah yang sangat besar ini membuktikan ramai waris di luar sana yang sebenarnya langsung tidak tahu akan kewujudan pelan perlindungan atau ‘hadiah terakhir’ (hibah/manfaat kematian) yang ditinggalkan oleh arwah untuk kelangsungan hidup mereka. Di sinilah Portal Semak Kasih bertindak sebagai jambatan penyelesaian.

Apa Itu Portal Semak Kasih?

Semak Kasih merupakan sebuah platform sehenti (one-stop platform) percuma yang dibangunkan secara bersama oleh Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM). Paling penting, platform Semak Kasih ini diletakkan di bawah selian penuh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menjamin keselamatan data pengguna.

Portal Semak Kasih ini diwujudkan khusus untuk membolehkan waris menyemak sama ada ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia mempunyai polisi insurans hayat atau sijil takaful keluarga yang masih aktif dan boleh dituntut.

Bagaimana Portal Ini Membantu Waris?

Sistem Semak Kasih direka dengan ciri keselamatan yang tinggi bagi melindungi privasi maklumat si mati, di samping memberikan kemudahan optimum kepada waris melalui fungsi berikut:

  1. Semakan Tanpa Dedah Butiran Sulit: Sistem akan membuat semakan tanpa mendedahkan butiran terperinci sijil/polisi, nilai perlindungan keseluruhan, mahupun status tuntutan semasa secara terbuka bagi mengelakkan salah guna maklumat.
  2. Kenal Pasti Syarikat Berkaitan: Membantu waris mengetahui dengan tepat syarikat insurans atau pengendali Takaful mana yang memegang polisi arwah.
  3. Mempercepat Urusan & Menyediakan Maklumat Hubungan: Sistem akan membekalkan maklumat perhubungan syarikat berkenaan secara terus. Ini memudahkan waris membuat pertanyaan lanjut tanpa perlu membuang masa mencari nombor talian khidmat pelanggan secara rawak.

Panduan Langkah Demi Langkah: Cara Buat Semakan di Portal Semak Kasih

Bagi waris yang ingin menggunakan kemudahan ini, prosesnya sangat ringkas, telus, dan boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian menerusi 4 langkah mudah ini:

  • Langkah 1: Layari portal rasmi Semak Kasih di alamat semak-kasih.mycoverage.my.
  • Langkah 2: Daftar akaun pengguna baharu di dalam platform tersebut.
  • Langkah 3: Masukkan maklumat penting individu yang telah meninggal dunia seperti Nama Penuh dan Nombor Kad Pengenalan (IC).
  • Langkah 4: Muat naik salinan Sijil Kematian arwah yang jelas untuk proses pengesahan pihak sistem.

Apa yang berlaku selepas permohonan dihantar?

Sistem portal akan memproses data tersebut dan menjana satu laporan rasmi sekiranya terdapat rekod yang sepadan. Jika ada syarikat yang dikesan mempunyai polisi atas nama arwah, waris hanya perlu menghubungi syarikat tersebut secara terus berpandukan maklumat hubungan yang diberikan dalam laporan untuk memulakan proses tuntutan manfaat.

Kesimpulan: Jangan Biarkan Hak Waris Tercicir

Inisiatif Portal Semak Kasih ini sememangnya satu langkah yang sangat murni. Ia bukan sahaja mencerminkan tanda kasih buat mereka yang telah pergi dan yang ditinggalkan malah ia memelihara kebajikan ekonomi waris yang mungkin amat memerlukan dana tersebut demi meneruskan kehidupan.

Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga terdekat yang telah meninggal dunia (sama ada baru atau lama) dan status pelan perlindungannya masih samar, manfaatkanlah portal percuma ini hari ini.

Sila kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, dan sahabat handai anda. Mungkin ada dalam kalangan kenalan kita yang sedang buntu menguruskan harta pusaka arwah dan amat memerlukan maklumat ini.