Bagaimana A.I Boleh Bantu LHDN Kesan Aktiviti Elak Cukai

Semakin hari dunia di sekeliling kita menjadi semakin canggih. Dengan adanya kombinasi Big Data dan Kepintaran Buatan atau pun Artificial Intelligence (AI), banyak perkara bakal menjadi lebih mudah.

Kita dah masuk fasa harga minyak dunia yang semakin menjatuh, maka negara kita perlu mengurangkan kebergantungan kepada hasil petroleum.

Nak tak nak, hasil kutipan cukai langsung perlu dimaksimakan. Syarikat atau individu yang terlajak buat duit perlu bayar cukai yang sepatutnya.

Negara lain pun dah mula guna AI untuk meningkatkan kecekapan kutipan cukai.

Baca :
1. China prepares to unleash artificial intelligence to catch tax cheats
2. AI as ‘ultimate auditor?’ Congress praises IRS’ adoption of emerging tech

Berita baiknya di Malaysia, LHDN kita dah on the way.
Baca : LHDN bangun Pelan Transformasi Hasil kesan aktiviti elak cukai

Jom kita lihat 4 cara bagaimana AI dapat membantu meningkatkan kecekapan kutipan cukai di Malaysia.

1. AI Bantu Automasi

Kerja-kerja yang sebelum ini memakan masa yang lama serta berulang-ulang untuk disiapkan; kini dah boleh di automasi. Maka pegawai boleh memberi tumpuan kepada tugas yang lebih mencabar intelektual.

Cuba bayangkan ada bertimbun-timbun resit yang ditulis tangan yang perlu disemak dengan teliti mungkin mengambil masa berjam-jam atau berhari-hari lamanya. Kaedah sebelum ini mungkin perlu ditukar dahulu format dokumen tadi kepada digital supaya boleh dianalisa.

Tetapi dengan menggunakan Machine learning, sistem dah belajar siap-siap resit itu adalah tulisan tangan dan jenis transaksi (belanja, belian) tersebut.

2. AI Bantu Buat Ramalan

Algoritma yang lebih power juga dikenali sebagai deep learning. Kekuatan deep learning bukan menggunakan logik, tetapi untuk mengenal pasti corak. Bayangkan sebuah perisian yang mampu menganalisa kempen pemasaran yang boleh hasilkan peningkatan dalam jualan.

Contohnya setiap kali produk Nestle adakan peraduan (Beli & Menang), perisian ini mampu meramal jualan yang bakal mereka dapat.

Atau sebuah sistem yang boleh meramal bakal pembayar cukai yang bakal berlaku tidak jujur berdasarkan corak penipuan yang biasa dibuat oleh pembayar cukai sebelum ini. Maknanya LHDN awal-awal dah boleh tahu kriteria pembayar cukai yang macam mana yang akan berlaku tidak jujur.

3. AI Bantu Penjanaan Senario

Algoritma yang lebih hebat digelar generative models boleh melakukan lebih daripada sekadar meramal. Malahan, algoritma ini mampu menghasilkan data yang seakan-akan set data yang sedia ada, tetapi menjana senario yang mungkin ‘terlepas pandang’ sebelum ini.

Contohnya:

  • Bila syarikat A berpindah pejabat ke Sri Hartamas sebenarnya meninggikan kebarangkalian untuk kena audit.
  • Bila syarikat ubah struktur syarikat sebenarnya akan memberi kesan kepada kadar cukai pendapatan mereka (tax bracket).
  • Bila sosio-ekonomi dan keadaan politik negara berubah, sebenarnya ia akan membebankan pembayar cukai.

AI mampu menganalisa data berdasarkan corak yang dipelajari daripada data-data sedia ada dan output yang telah terhasil.

4. AI Bantu Buat Keputusan

Photo by Kevin Ku on Unsplash

Dah bersediakah kita untuk benarkan robot bantu buat keputusan untuk kita sebab AI mampu mengesan sebarang anomali atau benda yang luar biasa dan terus bertindak.

Sebagai contoh, kes audit ke atas syarikat dapat diselesaikan dalam masa beberapa minit dengan hanya membiarkan AI menganalisa dokumen-dokumen perniagaan seperti borang cukai, penyata kewangan, rekod jualan, belian, maklumat aset dan sebagainya.

Logiknya selepas ini syarikat atau individu nak tipu celah mana pun AI boleh tahu.

Masa Depan

Aplikasi AI masih perlu “dilatih” oleh orang yang tahu pasal cukai.

Pegawai-pegawai LHDN jangan risau. Ini bukan tentang menggantikan AI dengan tenaga kerja manusia, tetapi mengenai teknologi yang boleh menambah nilai peranan manusia.

Sumber Rujukan: Medium.com

Jemput juga baca Apa Faedah Guna A.I Dalam Pelaburan Saham?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wakaf: Cara ‘Pro’ Untuk Kurangkan Cukai Pendapatan

Bagi kebanyakan orang, musim e-Filing adalah musim kena keluarkan duit. Waktu inilah bermulanya episod memburu resit. Kita selongkar setiap laci dan emel, mencari segala resit buku, alatan sukan, SSPN, hinggalah ke caruman takaful semata-mata mahu memenuhkan setiap ruang pelepasan cukai yang ada. (situasi ini tidak lagi sesuai di zaman e-invois)

Persoalannya, adakah itu sahaja pelepasan cukai yang ada?

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, membayar cukai adalah sumbangan kita untuk pembangunan negara. Namun, sebagai pembayar cukai yang bijak, kita pasti mahu memanfaatkan setiap insentif yang disediakan oleh kerajaan untuk mengoptimumkan aliran tunai kita.

Sebenarnya, kerajaan melalui Akta Cukai Pendapatan 1967 telah menyediakan satu instrumen yang sangat istimewa namun jarang dimanfaatkan sepenuhnya: iaitu Wakaf Tunai. Di bawah Subseksyen 44(11D), sumbangan wakaf bukan sekadar satu ibadah harta, malah ia adalah instrumen perancangan cukai (tax planning) yang sangat efektif.

1. Kenapa Wakaf Lebih “Padu” Daripada Pelepasan Cukai Biasa?

Kebanyakan pelepasan cukai (relief) ada had yang kecil (RM2,500 – RM3,000). Tapi Wakaf di bawah Subseksyen 44(11D) membolehkan anda menolak sehingga 10% daripada pendapatan agregat. Makin tinggi pendapatan, makin “berbisa” kesan potongan Wakaf ni berbanding pelepasan (relief) biasa yang ada had. Jika pendapatan setahun anda RM100,000, pelepasan gaya hidup tetap terhad pada RM2,500. Tetapi melalui Wakaf, anda boleh memotong sehingga RM10,000 terus daripada pendapatan anda.

  • Pelepasan biasa: Mengurangkan pendapatan selepas dikira untung (kesannya kecil).
  • Wakaf: Mengurangkan pendapatan agregat (kesannya besar!). Ia boleh merendahkan tax bracket anda ke tahap yang jauh lebih rendah.

2. Simulasi

Bila anda sedang mengisi e-Filing, cari bahagian bertajuk DERMA / HADIAH / SUMBANGAN.

Anda perlu cari ayat: “Hadiah wang dalam bentuk wakaf kepada pihak berkuasa agama / badan agama / universiti awam…”. Masukkan JUMLAH (RM) sumbangan wakaf yang sepanjang tahun tersebut (berdasarkan resit rasmi yang anda terima).

Katakan pendapatan tahunan anda adalah RM60,000.

Tanpa Wakaf (RM)Dengan Wakaf (RM)
Pendapatan Agregat60,00060,000
Sumbangan Wakaf0(6,000)
Baki Pendapatan Agregat60,00054,000
Tolak Pelepasan Diri/KWSP/Gaya Hidup(15,000)(15,000)
Pendapatan Bercukai (A)45,00039,000

Pengiraan Cukai

Sekarang kita kira cukai berdasarkan baki (A) tadi:

Kes 1: Tanpa Wakaf (RM45,000)

  • RM35,000 pertama = RM600
  • Baki RM10,000 seterusnya (x 6%) = RM600
  • JUMLAH CUKAI KENA BAYAR = RM1,200

Kes 2: Dengan Wakaf (RM39,000)

  • RM35,000 pertama = RM600
  • Baki RM4,000 seterusnya (x 6%) = RM240
  • JUMLAH CUKAI KENA BAYAR = RM840

Dengan berwakaf, cukai anda menjadi RM840 sahaja. Anda jimat RM360 dan pada masa yang sama, anda sudah ada RM6,000 pelaburan akhirat yang pahalanya mengalir sampai kiamat.

Kalau orang kata: “Aku bayar zakat pun dah cukup kot…”

“Betul bos, Zakat itu wajib. Dalam Islam, 2.5% daripada harta kita itu bukan milik kita. Ia adalah hak asnaf yang “menumpang” dalam harta kita. Jika kita tak bayar, kita seolah-olah “memegang” harta orang lain. Wakaf itu pula macam kita buat “simpanan tetap” (fixed deposit) yang bagi dividen pahala sampai kiamat. Kalau sedekah itu macam bagi orang ikan, wakaf itu macam kita buatkan kolam.

Kalau boleh buat dua-dua, kenapa nak pilih satu? LHDN bagi tolakan untuk kedua-duanya.

PerkaraSituasi A (Zakat Sahaja)Situasi B (Zakat + Wakaf)
Pendapatan AgregatRM100,000RM100,000
Sumbangan WakafRM0(RM10,000)
Baki Pendapatan AgregatRM100,000RM90,000
Tolak Pelepasan Individu(RM15,000)(RM15,000)
Pendapatan Boleh DicukaiRM85,000RM75,000
Cukai Kasar (Anggaran)RM8,200RM6,100
Tolak Rebat Zakat(RM2,500)(RM2,500)
Cukai Perlu BayarRM5,700RM3,600

Pengiraan ini adalah sekadar ilustrasi sahaja. Nilai sebenar bergantung kepada pelepasan individu dan kadar cukai semasa.

2. Cara Nak Berwakaf (Saluran Rasmi)

1. Portal Rasmi (Paling Senang)

Layari laman web Wakaf Wilayah Persekutuan (www.wakafwilayah.com.my).

  • Boleh pilih projek spesifik yang nak dibantu.
  • Bayar terus guna FPX (online banking).
  • Resit digital biasanya akan dihantar terus ke emel.

2. Kaunter Zakat & Wakaf MAIWP/PPZ

Geng bisnes yang suka urusan face-to-face boleh terus ke kaunter PPZ-MAIWP yang berdekatan.

  • Cakap sahaja: “Saya nak buat Wakaf Tunai untuk potongan cukai.”
  • Dapat resit fizikal on-the-spot.

Semua negeri di Malaysia mempunyai institusi Wakaf masing-masing di bawah Majlis Agama Islam Negeri dan peraturan Subseksyen 44(11D) ini terpakai di seluruh Malaysia, bukan di Wilayah Persekutuan sahaja. Maksudnya, kalau anda duduk di Selangor, Johor atau Pulau Pinang anda tetap boleh guna strategi ini melalui institusi wakaf negeri masing-masing.

  • Selangor: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)
  • Johor: Saham Wakaf Johor (Yayasan Wakaf Johor)
  • Pulau Pinang: Wakaf Pulau Pinang
  • Perak: Wakaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR)
  • Kedah: Wakaf Kedah
  • Negeri Sembilan: Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan
  • Melaka: Wakaf Melaka
  • Pahang: Wakaf Pahang
  • Kelantan: Wakaf Tunai MAIK
  • Terengganu: Wakaf MAIDAM
  • Sabah: Wakaf Sabah (MUIS)
  • Sarawak: Tabung Baitulmal Sarawak