6 Sebab Kenapa Kena Jadikan Tria Seputeh Sebagai Portfolio Hartanah Pelaburan Anda Yang Seterusnya

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang berminat dengan pelaburan hartanah. Tetapi terlalu banyak pilihan yang ada, sampai tak tahu nak pilih yang mana.

Yang terbaru, kita ada Tria Seputeh yang sedang giat di bangunkan. Jom kita tengok kenapa ianya sesuai untuk dijadikan sebagai hartanah pelaburan yang di impikan ramai.

Tapi sebelum kita mulakan bicara, apa kata kita berkenalan dulu dengan pemaju projek Tria Seputeh ini iaitu MRCB Land.

Pemaju Yang Bertanggungjawab Membangunkan KL Sentral

Kredit Gambar: MRCBQuillREIT

Bila disebut KL Sentral, mesti ramai yang pernah berkunjung atau bekerja di sini. Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) adalah pemaju yang bertanggungjawab membangunkan kawasan KL Sentral sehingga ia menjadi seperti sekarang ini.

Jika dahulu, kurang pembangunan di sini, kini kita ada pelbagai pejabat seperti Q Sentral dan Menara CIMB, pusat membeli-belah Nu Sentral, hotel terkemuka seperti St Regis dan beberapa kediaman golongan atasan seperti KL Sentral Park dan Suasana Sentral.

Tak lupa juga di KL Sentral terletaknya hab pengangkutan yang menempatkan stesen LRT, komuter, monorel, ETS dan banyak lagi.

Kredit Gambar: Property Guru

Sekarang kita sudah pun kenal dengan MRCB dan sentuhan mereka dengan KL Sentral, mari kita tengok pula projek Tria Seputeh ini. Ianya merupakan kondominium eksklusif yang terletak di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dan merupakan hartanah yang sangat hot buat masa sekarang.

1. Lokasi Strategik

Dalam sebarang pelaburan hartanah, mantra terkenal yang sering kita dengar adalah lokasi. Tria Seputeh adalah sebahagian daripada 9 Seputeh, yang merupakan projek pembangunan bercampur yang terdiri daripada komersial, perumahan, pendidikan dan taman yang berkeluasan 17.4 ekar. Ianya bermatlamatkan kehidupan sihat yang mampan.

Tria Seputeh adalah projek fasa kedua, dengan fasa pertama yang dinamakan Residensi Vivo. Ianya terdiri daripada empat menara apartmen untuk kediaman, satu menara SOHO untuk ruang pejabat, dan ruang komersial yang menempatkan kedai-kedai.

Namun bila kita sebut Jalan Klang Lama, mungkin ada yang berpendapat ianya suatu tempat yang tak berapa sesuai dan ‘lama’. Tapi tahukah anda, Jalan Klang Lama kini sedang mengalami perubahan yang besar dengan banyak pembangunan baru bagi menggantikan yang lama?

Projek di sekitar Tria Seputeh adalah kawasan perumahan yang agak matang seperti Taman Seputeh, Taman Desa, Kuchai Lama, Taman OUG, Sri Petaling, PJ New Town, Bangsar dan Kampung Kerinchi.

Lokasinya juga sangat strategik dan berhampiran dengan salah satu pusat membeli-belah yang terbesar di Malaysia iaitu Mid Valley Megamall. Selain daripada itu Bangsar South, Bangsar dan juga KL Sentral hanya kurang dari 5km; tidak jauh dari Tria Seputeh.

Pelbagai kemudahan turut disediakan, terutamanya sekolah swasta seperti Campus Rangers International School, Kuen Cheng School, Alice Smith School dan Universiti Malaya. Manakala pusat-pusat perubatan yang terdekat pula adalah Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Pantai Hospital Kuala Lumpur.

2. Pelbagai Akses

Lokasi yang strategik, pasti ianya memerlukan banyak kemudahan bagi menarik orang ramai untuk menyewa unit kita bukan?

Di antara kelebihan Tria Seputeh ini adalah kerana ia mempunyai pelbagai akses. Ini bagi memudahkan mereka yang tinggal di sini untuk keluar dan masuk daripada Jalan Klang Lama ini.

Antara akses-akses yang berdekatan adalah New Pantai Expressway (NPE), Lebuhraya Persekutuan, East West Highway, Lebuhraya Sprint dan Kerinchi Link. Samada anda bekerja di Kuala Lumpur atau Selangor, cukup mudah untuk ke destinasi yang ingin dituju.

Kita mempunyai potensi penyewa di serata tempat, yang pastinya berminat untuk mencari di sekitar kawasan ini.

3. Eksklusiviti

Dengan kawasan persekitaran yang dah ‘matured’, pastinya ramai orang akan membuka mata dan mencari kawasan yang menjadi perhatian ramai untuk di diami. Di sinilah tarikan utama Tria Seputeh, dengan menjanjikan gaya hidup moden serba mewah.

Di Tria Seputeh ini, bilangan unit yang ditawarkan adalah sangat terhad. Jumlah yang ada hanyalah 734 buah unit di 3 buah blok yang berasingan. Hanya 7 hingga ke 11 unit saja setiap tingkat dan sehingga 5 lif disediakan bagi bakal penghuni.  

Tak cukup dengan itu, setiap bangunan ada lobi peribadi tersendiri, tempat istirehat, kemudahan di atas ‘rooftop’ dan bermacam-macam lagi.

4. Promenade Boulevard di 9 Seputeh

Paling menarik tempat ini dengan adanya Promenade Boulevard yang terletak berhadapan projek pengindahan “River of Life”, yang merupakan kawasan yang indah kehijauan dan berlandskap sepanjang 1km untuk para komuniti menikmati aktiviti-aktiviti luar seperti berjogging, berbasikal, dan turut serta kemudahan-kemudahan yang boleh di nikmati antaranya adalah taman permainan kanak-kanak yang unik, “skatepark”, kiosk kontena  dan banyak lagi.

5. Dibangunkan Pemaju Berkaliber

MRCB adalah merupakan syarikat pembinaan yang berkaliber dan tersenarai di Bursa Malaysia dan ianya juga merupakan parent company kepada MRCB Land.

Dan baru-baru ini, MRCB Land telah memenangi beberapa anugerah berprestij oleh PropertyGuru Asia seperti berikut:

  • Best Developer – MRCB Land
  • Best Mixed Use Development – 9 Seputeh
  • Best High End Condo / Apartment Development (Klang Valley) – Tria Seputeh
  • Special Recognition for Building Communities – MRCB Land
  • Special Recognition in CSR – MRCB Land

Anugerah yang bertaraf antarabangsa telah berjaya dimenangi MRCB Land dan Tria Seputeh, sekaligus meningkatkan lagi kredibiliti pemaju dan projek ini. Memang tidak dinafikan lagi kualiti hasil sentuhan mereka, pastinya memenuhi cita rasa penyewa.

6. Transformasi Jalan Klang Lama

Usaha menaik taraf Jalan Klang Lama oleh MRCB Land turut membawa kepada transformasi Jalan Klang Lama kepada pembangunan yang drastik dan pada masa yang sama ia menjadi projek pembangunan hartanah berintegrasi di Kuala Lumpur.

Ianya sekaligus turut meningkatkan permintaan dan harga hartanah di kawasan Jalan Klang Lama ini. Amat beruntung bagi mereka yang membuat keputusan yang bijak untuk melabur, sebelum ianya menjadi rebutan orang ramai.

Bertindak Sekarang Sebelum Terlambat

Bagi mereka yang berminat untuk melabur atau membeli Tria Seputeh sebagai pelaburan untuk masa hadapan, boleh hubungi 03-7971 9983 atau layari triaseputeh.com.my untuk keretangan lanjut.

Juga boleh masukkan info anda di Google Form ini jika berminat.

Dengan itu, kami paparkan gambar-gambar kemudahan yang terdapat di Tria Seputeh untuk tatapan anda semua.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman