Apa Itu P/E Ratio (Price-To-Earnings Ratio)?

Price-to-earnings ratio atau pun ringkasnya P/E ratio merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh pelabur dan pedagang untuk menilai harga saham bagi sesebuah syarikat.

Contohnya : harga Saham A = RM1, harga Saham B = RM10. Saham mana lebih rendah nilainya?

Keliru tak? Harga saham saja tak cukup mencerminkan nilai sesuatu saham.

P/E ratio diperoleh dalam nilai gandaan apabila harga pasaran saham (market price per share) dibahagi dengan pendapatan bagi satu unit saham (earning per share).

P/E ratio yang negatif bermakna syarikat tersebut sedang mengalami kerugian, manakala P/E ratio yang tinggi berbanding syarikat yang berada dalam industri yang sama, menunjukan bahawa syarikat berkenaan dijangka untuk berkembang pada masa akan datang.

Namun begitu, P/E ratio yang tinggi juga boleh membawa maksud harga saham tersebut berada dalam keadaan overvalued.

Ratio ini sesuai digunakan bagi membandingkan harga saham di antara syarikat yang berada dalam industri dan perniagaan yang sama. Syarikat-syarikat ini kebiasaannya akan mempunyai P/E ratio yang hampir sama dan boleh dijadikan sebagai benchmark bagi industri tersebut.

P/E ratio dapat menentukan harga saham yang sesuai dengan keuntungan yang diperolehi syarikat.

Contoh 1:

Pada 31 Mac 2020, harga saham Ajinomoto Malaysia adalah RM13.00. Ia telah menjana sebanyak RM0.931 di dalam Earnings Per Share (EPS).

Maka, P/E Ratio bagi Ajinomoto adalah:
13.00 / 0.931 = 13.96

Contoh 2:

Pada 31 Mac 2020, harga saham Kossan Rubber Industries adalah RM5.13. Ia telah menjana sebanyak RM0.156 di dalam Earnings Per Share (EPS).

Maka, P/E Ratio bagi Kossan adalah:
5.13 / 0.156 = 32.88

Terdapat Dua jenis P/E ratio yang biasa digunakan bagi menganalisa saham dan menjangkakan nilai saham adalah Trailing dan juga Forward P/E.

Trailing P/E

Pengiraan bagi Trailing P/E menggunakan earning per share yang dilaporkan oleh syarikat berkenaan bagi empat suku tahunan yang lepas.

Dengan ini, penganalisa dapat mengenal pasti nilai P/E ratio pada masa kini dan juga harga saham yang bersesuaian dengan jumlah earning per share pada waktu itu. Kaedah ini digunakan bagi mengelakkan daripada melakukan kesilapan menggunakan jangkaan yang tidak tepat.

Namun, kaedah ini tidak dapat digunakan bagi membuat jangkaan nilai saham pada masa akan datang.

Forward P/E

Pengiraan bagi Forward P/E menggunakan jangkaan earning per share syarikat pada masa akan datang.

Dengan kaedah ini, penganalisa saham akan dapat membuat jangkaan nilai P/E ratio dan nilai saham pada masa akan datang. Kaedah ini digunakan bagi mengambil peluang untuk membeli saham dengan lebih cepat dan lebih murah.

Namun, dengan menggunakan kaedah ini, pelabur dan pedagang terdedah kepada risiko terlebih jangka earning per share syarikat tersebut dan berpotensi mengalami kerugian apabila jumlah earning per share sebenar diumumkan.

Nilai benchmark P/E ratio bagi setiap industri adalah berbeza. Oleh itu, penting bagi pelabur dan pedagang untuk mempunyai ilmu berkenaan industri dan perniagaan syarikat yang sedang dinilai.

Kalau nak tahu apa yang dimaksudkan dengan margin keuntungan, ROE, DCF, Dividend Yield dan bermacam-macam lagi; jemput baca Pengenalan Nisbah Kewangan (Financial Ratio).

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kajian Segmen Pasaran SC Perkukuh Rangka Kerja Pasaran Awam

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula serta Kertas Respons, memperkenalkan penambahbaikan bersasar terhadap rangka kerja pasaran utama.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan akses kepada penyenaraian awam bagi penerbit, di samping memperjelas peranan serta memperkukuh pembezaan antara setiap segmen pasaran seperti berikut:

  • Pasaran Utama  – Pasaran utama bagi syarikat lebih besar dan dikenali
  • Pasaran ACE        – Pasaran bagi syarikat kecil dan sederhana yang berfungsi sebagai laluan peralihan ke Pasaran Utama

Penambahbaikan ini adalah susulan proses rundingan awam yang telah selesai  pada Disember 2025 di bawah kajian segmentasi pasaran, dengan mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan.

Cadangan yang diterima pakai bagi Pasaran Utama akan berkuat kuasa pada 3 Jun 2026 melalui Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula.

Pengerusi SC, Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata penambahbaikan ini mencerminkan komitmen berterusan SC terhadap pengawalseliaan yang bersesuaian dengan tujuan (fit-for-purpose) — seimbang, memudah cara serta responsif terhadap  evolusi model perniagaan.

“Usaha ini menyokong inisiatif lebih luas SC dalam meningkatkan kecekapan kawal selia dan kecemerlangan tadbir urus seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Pasaran Modal 2026–2030,” katanya.

Penambahbaikan utama termasuk:

  • Pasaran Utama: Keperluan keuntungan yang lebih tinggi, kualiti pelaporan kewangan yang diperkukuh, penambahan fleksibiliti dalam penilaian aliran tunai operasi serta peluasan kelayakan bagi penyenaraian berasaskan infrastruktur.
  • Pasaran ACE: Diperkukuh sebagai pasaran berasaskan penaja (sponsor-driven), dengan keperluan rekod prestasi minimum dua tahun selepas penyenaraian sebelum boleh dipindahkan ke Pasaran Utama, pemansuhan pengecualian terhadap penajaan dan moratorium, serta pengenalan keperluan peruntukan pegangan saham awam minimum.

Dato’ Faiz menambah, “Secara keseluruhannya, segmentasi yang lebih jelas ini memperkukuh pembezaan antara lapisan pasaran, meningkatkan kualiti penyenaraian serta menyediakan laluan peralihan yang lebih tersusun bagi syarikat untuk berkembang daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman berikut: