‘Market Outlook’ Dan 5 Saham Pilihan Rakuten Trade

Semalam telah berlangsungnya sesi ‘Virtual Market Outlook’ yang telah diadakan oleh pihak Rakuten Trade kepada pihak media. Dan berikut merupakan hasil kajian daripada penyelidik mereka, iaitu Mr Kenny Yee, Ketua Penyelidik dan Ms Yong Jun Ting, Penganalisa Ekuiti.

Di Mana Kita Sekarang?

Angka-angka ini kelihatan menakutkan, terutamanya aliran pelaburan asing yang kini mencecah RM11.9 bilion bagi tahun 2020 ini. Ditambah lagi dengan kejatuhan harga minyak ke paras $34 USD setong dan mata wang Ringgit yang melemah.

Pendapatan Syarikat Terjejas

Hampir semua sektor di Malaysia mencatatkan pendapatan syarikat yang menurun. Bila pendapatan turun, keuntungan syarikat pun akan turun.

Pelabur Asing Bawa Keluar Wang Pelaburan Tanpa Henti

Kalau diikutkan, jumlah wang pelaburan yang dibawa keluar setakat 15 Mei 2020 telah pun melebihi jumlah wang yang dibawa keluar mereka sepanjang tahun 2019. Ngeri bukan?

Nasib Baik Ada Pelabur Runcit Tempatan

Mungkin disebabkan moratorium 6 bulan, mungkin disebabkan lebih ramai orang duduk di rumah, mungkin disebabkan pusat perjudian semuanya ditutup; kita dapat lihat peningkatan yang sangat ketara pelabur runcit yang melabur ke dalam pasaran saham.

Masa Depan Malaysia

Indeks FBM KLCI dijangka berada di paras 1,400 mata pada penghujung tahun 2020 nanti. Pendapatan syarikat dijangka terjejas teruk sepanjang tahun ini.

Mata wang Ringgit dijangka mengukuh sedikit berbanding US Dolar dan kadar faedah yang menarik bakal membawa masuk semula pelaburan asing ke dalam negara.

Senarai Top 30 FBM KLCI Bakal Berubah

Dijangkakan bahawa Malaysia Airports bakal terkeluar daripada senarai 30 syarikat teratas dalam senarai FBM KLCI. Ianya bakal digantikan oleh Telekom Malaysia, sama-sama kita nantikan pengumumannya.

Jom kita tengok pula 5 saham pilihan Rakuten Trade seperti berikut:

1. Ancom Berhad

Ancom Berhad ini terlibat dalam sektor pertanian dan bahan kimia.

Harga saham Ancom Berhad ini telah membuat reversal yang baik setelah mengalami kejatuhan yang sangat besar.

2. Supercomnet Technologies

Scomnet merupakan syarikat yang popular di kalangan pelabur, mereka telibat dalam sektor kesihatan dan lebih banyak mengeskport barangan mereka ke luar negara.

Harga saham Scomnet ini telah jatuh banyak dan telah berjaya membuat reversal dengan jayanya.

3. LYC Healthcare

Nama pun ‘healthcare’, sudah tentunya syarikat LYC ini terlibat dalam sektor penjagaan kesihatan.

Kalau tengok pada carta, harga saham LYC baru saja mencatatkan ‘fresh breakout’ dan berpotensi untuk naik lebih tinggi lagi.

4. Bahvest Resources

Bahvest ini terlibat dalam sekto perlombongan emas. Perasan tak harga emas naik apabila ekonomi gawat?

Harga saham Bahvest kelihatan sedang downtrend, mungkin mengambil masa sikit untuk membuat tujahan yang kuat untuk harga saham meningkat naik.

5. RCE Capital (tak patuh syariah)

Satu-satunya saham syarikat dalam senarai Top 5 ini yang tak patuh syariah. RCE Capital terlibat dalam memberi kemudahan pinjaman kepada pelanggan.

Harga saham syarikat telah membuat reversal yang baik dan baru saja membuat ‘fresh breakout’.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan MADANI Sasar Senaraikan 10 Syarikat Bumiputera Di Bursa Malaysia Pada 2026, 2027

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 syarikat Bumiputera disasar untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2026 dan 2027, dengan empat daripadanya berada dalam perancangan bagi disenaraikan tahun ini.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, berkata penyenaraian itu susulan hasil Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, sasaran itu jauh melebihi pencapaian lima tahun sebelumnya.

“Bagi menyokong sasaran berkenaan, program ’10 Juara Bumiputera’ hasil kerjasama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah diperkenalkan untuk membimbing syarikat berpotensi tinggi serta melahirkan 10 syarikat Bumiputera bernilai RM500 juta setiap satu menjelang 2028,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Fahmi berkata ekosistem PETRONAS, GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan salah satu penyumbang penting kepada agenda pembangunan bumiputera negara.

Beliau berkata, ekosistem berkenaan telah menyumbang RM50 bilion setahun, termasuk RM49.2 bilion pada tahun lalu, merangkumi pelaburan langsung, perolehan vendor, pembangunan bakat dan komuniti.

“Pada masa yang sama, garis panduan baharu pembangunan vendor Bumiputera turut diperkenalkan bagi memperkukuh saluran pembangunan vendor serta meningkatkan kapasiti mereka secara lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, Jemaah Menteri juga sedang meneliti cadangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) agar tempoh bayaran GLC dan GLIC kepada vendor tempatan dipendekkan bagi memastikan aliran kewangan atau ‘cash flow’ syarikat dan vendor tempatan dapat diuruskan dengan lebih baik.

Sementara itu, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai prestasi operasi pelabuhan persekutuan bagi suku pertama tahun ini yang mencatat 8.002 juta unit setara 20 kaki (TEU), menunjukkan peningkatan 8.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Ini dipacu oleh peranan negara sebagai penghubung utama bagi barangan dunia melalui aktiviti pemunggahan pindahan ke kapal atau transshipment yang mencatat pertumbuhan 9.96 peratus berbanding suku pertama 2025,” katanya.

Beliau berkata, kargo konvensional turut menunjukkan peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, terutama bagi kargo am yang meningkat 8.93 peratus dan kendalian pukal kering yang bertambah sebanyak 3.55 peratus.

“Prestasi ini amat membanggakan walaupun ketika negara berdepan dengan krisis geopolitik di Asia Barat yang bermula sekitar suku pertama tahun ini,” katanya.

— Berita Harian