30 Saham Di Bawah Nilai (Undervalued)

Bila pasaran saham satu dunia merudum, kebanyakan saham-saham syarikat mengalami kejatuhan yang sangat besar. Selagi pandemik Covid-19 ini belum jumpa jalan penyelesaiannya, maka pasaran saham dijangka akan terus menjadi tidak menentu.

Kalau kita tengok balik sejarah, setiap 10-12 tahun memang akan berlaku krisis ekonomi. Tahun 1998 kita ada Krisis Kewangan Asia, tahun 2008 kita ada Krisis Subprime pula.

Tapi apa jadi 1-2 tahun selepas krisis tersebut berlaku? Pasaran saham kembali pulih dan saham-saham yang merudum tadi, mula naik semula.

Nah, kini krisis kewangan telah kembali.

Adakah kita nak melihat sahaja peluang-peluang keemasan ini berlalu begitu sahaja? Sebab itulah penting untuk kita tahu saham-saham yang di bawah nilai ini.

Sebab bila market naik semula, saham-saham ini akan memberikan pulangan yang sangat baik.

Tapi Bagaimana Nak Menilai Sesuatu Saham?

Cara terbaik untuk menilai sesuatu saham yang dikongsikan menerusi Wikipedia, dikenali sebagai penilaian pendapatan atau kaedah aliran tunai setelah didiskaun, yang melibatkan pemberian diskaun terhadap keuntungan (dividen, perolehan, atau aliran tunai) yang dapat kepada seseorang pemegang saham dalam masa terdekat, dan nilai akhir sewaktu ianya dijual.

*Ini merupakan definisi teknikal, kalau tak faham tak apa.

Di antara indikator yang digunakan adalah:

  • Earnings per share (EPS)
  • Price to Earnings (P/E)
  • Growth rate
  • Capital structure substitution – asset pricing formula
  • Price earnings to growth (PEG) ratio
  • Sum of perpetuities method
  • Return on Invested Capital (ROIC)
  • Return on Assets (ROA)
  • Price to Sales (P/S)
  • Market Cap
  • Enterprise Value (EV)
  • EV to Sales
  • EBITDA
  • EV to EBITDA

Amacam, banyak kan?

Tapi kami biasanya menggunakan Earnings Per Share (EPS), Price to Earnings (P/E) ratio dan Market Capitalization untuk menilai sesuatu saham.

Earnings Per Share (EPS) –> Nilai perolehan bagi setiap saham, contohnya dengan setiap unit saham berapa perolehan yang syarikat dapat. Pastikan syarikat tersebut mempunyai EPS yang positif sahaja, anda tidak mahu melabur ke dalam syarikat yang rugi

Price Earnings Ratio (P/E Ratio) –> Untuk ini, kita kena tengok berapa harga saham semasa syarikat dan nilai EPS. Jika saham sekarang didagangkan pada harga RM10, dan nilai EPS adalah RM1, maka P/E ratio syarikat adalah 10. Lagi rendah nilai ini, lagi bagus syarikat tersebut.

Market Capitalization –> Harga Saham didarab dengan Jumlah Volume Saham yang berada di pasaran.

Dengan erti kata lain, ianya sama seperti Fundamental Analysis. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca Apa Itu Fundamental Analysis Yang Selalu Sifu Saham Sebut Tu?

Ini adalah senarai Top 30 Saham Di Bawah Nilai (Mengikut Price-to-Book Ratio):

*Saham patuh syariah
Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. Pada masa kini saham manakah boleh beli dan yang mana ada potensi untuk meningkat (Saham Di Bawah Nilai), cara cara membeli saham yang minimum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.