5 Teknologi Canggih Yang Ada Sekarang, Bila Nak Cuba?

Sebut sahaja teknologi canggih, pasti kita akan terbayangkan cerita sains fiksyen seperti dalam filem Back to the Future dan sebagainya. Ternyata teknologi tersebut sudah wujud sekarang.

Sudah tentu setiap ciptaan juga mempunyai fungsinya yang tersendiri. Ramai yang tak percaya, tapi dunia telah melahirkan beberapa teknologi canggih seperti berikut.

1.  Hoverboard Atau Skateboard Terbang

Hoverboard sudah menjadi trend permainan anak-anak muda pada zaman ini. Hoverboard mampu menyeimbangkan keadaan badan pengguna dan memberi navigasi pemanduan secara automatik.

Namun begitu, hoverboard yang diharapkan pada masa akan datang adalah menyerupai skateboard, tanpa roda dan dapat terbang. Kemungkinan dalam waktu terdekat ini kita sudah dapat melihatnya kerana beberapa syarikat sedang membangunkannya seperti The Zapata Flyboard Air™.

2.  Kereta Pemanduan Automatik

Kereta pemanduan adalah kereta berteknologi canggih yang mampu memandu sendiri tanpa pemandu. Kereta ini menggunakan kamera sensor khusus yang dapat mengesan objek dan pergerakan di sekitarnya.

Tidak dinafikan kereta ini cukup hebat dari segi sistem teknologinya. Model kereta yang ada ciri ini adalah seperti:

  • Tesla Model 3, S and X.
  • Cadillac CT6.
  • Kia Telluride / Hyundai Palisade, Sonata.
  • Audi A6 / A8.
  • BMW X5 and 3 Series.
  • Mercedes Benz E-Class and S-Class.
  • Nissan Leaf / Rogue.
  • Infiniti QX50.

Sumber : AutoPilot Review

3. Smartphone Fleksibel

Sumber : asia.nikkei.com

Teknologi smartphone ini telah dikembangkan oleh Samsung dengan skrin AMOLED yang boleh dilipat. Risau pula bila ianya boleh bengkok-bengkok, takut patah atau pecah.

Namun untuk masa hadapan, pasti banyak jenama yang yang akan mengeluarkan smartphone jenis ini.

4.  Kereta Api Super Laju

Teknologi kereta api hyperloop ini sudah mula diperkenalkan oleh Elon Musk iaitu pengasas yang juga CEO Tesla dan Space Musk. Elon Musk sendiri bercita-cita agar kesemua bandar besar mempunyai pengangkutan yang cepat, selesa dan pantas.

Dengan Hyperloop, 20 hingga 40 orang penumpang dapat dibawa dengan kelajuan mencecah 1.700 kilometer sejam. Kereta api laju di dunia ini merupakan teknologi tercanggih di dunia pada tahun 2020 ini.

5. Mesin Lipat Pakaian

Tak perlu canggih sangat pun, asalkan boleh membantu kita dalam urusan harian di rumah. Kini sudah ada mesin lipat pakaian yang dapat membantu para isteri.

Dengan teknologi ini, kita hanya perlu menggantungkan baju dan mesin ini akan melipatkannya secara automatik. Mudah bukan?

Semoga teknologi tercanggih di dunia ini dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Sumber Rujukan:

  1. https://www.tokopedia.com/blog/teknologi-masa-depan-tercanggih/
  2. https://www.bharian.com.my/bisnes/teknologi/2019/01/519603/3-inovasi-hebat

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.