Misi Bersama Valuefy dan BIMB Investment Memelopori Landskap Pelaburan Syariah Digital Mampan Malaysia

Penyedia teknologi pelaburan digital, Valuefy Solutions, memangkinkan BIMB Investment, pengurus dana Shariah-ESG terkemuka di Asia, melancarkan BEST Invest, aplikasi mudah alih pelaburan saham amanah dalam talian (aplikasi BEST Invest), platform pelaburan Robo-Intelligence Shariah-ESG mampan dalam talian yang pertamanya. Aplikasi BEST Invest memberikan pengalaman pelaburan digital dari titik mula hingga akhir yang lebih bijak dan berdasarkan data kepada pelabur Malaysia untuk mencapai matlamat kewangan dan pelaburan.

“Malaysia adalah pasaran baharu yang berpotensi besar kerana pelabur runcit tidak mempunyai akses yang cukup untuk mendapatkan nasihat kewangan dan alat pelaburan yang kos efektif. Halangan masuk untuk pelaburan juga agak tinggi, terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah seperti lulusan baharu. Aplikasi BEST Invest oleh BIMB Investment membantu rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk mula melabur dalam dana unit amanah patuh Syariah, pada titik masuk yang sangat rendah, dengan aplikasi yang sangat mudah digunakan. Kami telah mengenal pasti semua masalah bagi rakyat Malaysia untuk mula melabur dan kami memuji langkah BIMB Investment untuk memulakan platform pelaburan Robo-Intelligence dalam talian yang akan merevolusikan pelaburan dalam dana unit amanah. Kami menjangkakan COVID-19 akan mempunyai kesan tabiat yang berkekalan yang akan mempercepatkan keperluan untuk digitalisasi hubungan di antara penasihat kewangan dan pelanggan,” kata Sharad Singh, CEO Valuefy Solutions.

Sharad Singh, CEO Valuefy Solutions

Sharad turut berkata, “Kami sangat gembira melihat aplikasi BEST Invest yang kini telah dilancarkan. Ia memperkenalkan konsep pelaburan baharu di Malaysia dan platform aplikasi dalam talian pelaburan Robo-Intelligence Shariah-ESG pertama di dunia. Respons awal sangat baik, dan kami berhasrat untuk meningkatkan platform dengan lebih banyak ciri dari semasa ke semasa”.

Valuefy Solutions menawarkan penyelesaian canggih dalam pengurusan kekayaan, perbankan, aset dan pengurusan dana kepada institusi kewangan terkemuka di seluruh dunia. Dengan penyelesaian khas seperti Wealthfy, Valuefy mengubah ruang perbankan swasta dan kewangan peribadi dengan menyediakan teknologi penasihat digital, integrasi yang lancar dan kemampuan untuk menyampaikan nasihat yang kompleks dengan lebih mudah.

Teknologi Valuefy mendigitalkan pengalaman perjalanan pengguna secara menyeluruh, dari proses pengenalan pelanggan, nasihat, pelaksanaan perdagangan, laporan & penglibatan pelanggan. Proses pengenalan pelanggan dilakukan dengan OCR dan pengecaman wajah. Proses ini membantu mendaftarkan pelanggan baharu dalam masa 3-5 minit tanpa sebarang dokumen atau perjumpaan secara langsung. Valuefy membawa pengalaman yang luas dalam penyelesaian teknologi transformatif ke seluruh industri perkhidmatan kewangan, dari segmen pasaran massa runcit hingga individu dengan nilai kekayaan tinggi. Ini membolehkan keputusan yang lebih bijak dan berdasarkan data pada setiap tahap kitaran hidup pelaburan dengan membawa pengabungan analisis, teknologi dan pengalaman pengguna dalam satu lapisan.

“Kami berbangga bekerjasama dengan Valuefy Solutions yang membolehkan BIMB Investment menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup mereka melalui pelaburan. Kami berharap melalui Aplikasi BEST Invest, lebih ramai rakyat Malaysia akan menanamkan kebiasaan pelaburan dan simpanan demi mencapai kualiti hidup yang lebih baik. Melabur sering dianggap hanya untuk golongan yang kaya, memerlukan modal yang besar dan mempunyai banyak proses. Kini, dengan aplikasi BEST Invest yang menggunakan teknologi canggih seperti Robo-intelligence dan teknologi data besar, sesiapa saja dapat mengakses pelaburan berkualiti yang hanya memerlukan 10 minit untuk diselesaikan dan dengan jumlah pelaburan minimum 10 Ringgit Malaysia ”, kata CEO BIMB Investment, Najmuddin Mohd Lutfi.

BEST Invest membantu pelabur untuk membina portfolio pelaburan unit amanah yang optimum secara digital dan didorong data, algoritma dan analisis. Pelaburan dibuat berdasarkan matlamat kewangan pelabur dan toleransi risiko. Dana unit amanah dalam aplikasi BEST Invest mematuhi syariah-ESG dengan pelaburan ke dalam Ekuiti Global, Ekuiti Asia Pasifik, Ekuiti Malaysia, Sukuk Global dan Pasaran Kewangan. Pelaburan minimum bermula pada 10 Ringgit Malaysia atau sekitar USD 2.30 (bergantung pada tarikh kadar penukaran) dengan sifar caj penjualan. BIMB Investment adalah pemateri UNPRI dan telah memberi tumpuan kepada pelaburan ESG sejak 2015.

Untuk memuat turun aplikasi BEST Invest, sila kunjungi Apple AppStore atau GooglePlay Store atau lawati www.bimbinvestment.com.my

Pernyataan Penafian

Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami prospektus dan risalah keterangan produk (PHS), termasuk prospektus tambahan jika ada, sebelum melabur. Jika ada sebarang keraguan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional sebelum melakukan transaksi atas talian.

Mengenai Valuefy

Valuefy adalah makmal teknologi pelaburan unggul dengan penyelesaian canggih yang memerkasakan institusi kewangan global terkemuka. Ditubuhkan pada 2010, Valuefy telah berkembang dengan pesat dan hari ini memberi servis kepada lebih daripada USD 250 Bilion Aset Di Bawah Pengurusan di seluruh dunia.

Laman web: https://www.valuefy.com/

Mengenai BIMB Investment Management Berhad

BIMB Investment Management Berhad (“BIMB Investment”), pemateri UNPRI, adalah syarikat pengurusan pelaburan Shariah-ESG yang terkemuka, menyediakan penyelesaian pelaburan Shariah-ESG yang komprehensif merentas pelbagai kelas aset kepada pelabur individu dan korporat di Malaysia dan rantau ini. Anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad dan ahli Kumpulan Syarikat Tabung Haji, BIMB Investment adalah syarikat pengurusan dana Islam berlesen yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan beribu pejabat di Kuala Lumpur dengan lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam pengurusan dana. Nombor bebas tol: 1-800-88-1196

Laman web: www.bimbinvestment.com.my

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CIMB Securities Kekal Saranan ‘Neutral’ Ke Atas Sektor Hartanah

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan saran an ‘neutral’ terhadap sektor hartanah, terutamanya di Johor, susulan pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, memandangkan keputusan itu memberikan mandat yang jelas kepada pentadbiran baharu untuk memastikan kesinambungan pembangunan.

CIMB Securities dalam nota penyelidikannya hari ini memaklumkan bahawa ia termasuk pengumuman rasmi pelan tindakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada suku keempat 2026, dengan sokongan daripada kerajaan perpaduan persekutuan.

Bank pelaburan itu juga menjangkakan pelancaran projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor Bahru bernilai RM7 bilion pada separuh kedua 2026, berikutan pemberian surat hasrat kepada konsortium DOM Industries-MMC Engineering-Nylex- BTS Group Holdings.

Bagaimanapun, projek infrastruktur rentas sempadan yang lain, termasuk cadangan Laluan Link 2 Sistem Transit Rapid (RTS) Tuas-Iskandar Puteri dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, masih menunggu kejelasan dasar yang lebih lanjut.

“Walaupun kami mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap sektor hartanah, pelan tindakan JS-SEZ yang akan datang dan permulaan Laluan Link RTS pada suku pertama 2027 akan menyokong permintaan bagi hartanah kediaman bertanah dan perindustrian di Johor, dengan kesan limpahan faedah kepada aset komersial dan runcit di koridor pertumbuhan utama,” menurut nota penyelidikan itu.

Nilai tanah industri utama dilaporkan telah meningkat dua kali ganda kepada RM150 bagi setiap kaki persegi daripada RM 70-RM80 bagi setiap kaki persegi pada 2024, didorong oleh permintaan berterusan berkaitan pusat data, dengan pencarian tanah semakin beralih ke luar Johor Bahru disebabkan oleh kekangan bekalan tenaga dan air.

Namun, CIMB Securities memberi amaran mengenai segmen kediaman bertingkat tinggi di Johor Bahru, di mana data suku pertama 2026 daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic) menunjukkan stok sedia ada sebanyak 108,863 unit pangsapuri perkhidmatan, serta bekalan masuk dan dalam perancangan masing-masing sebanyak 41,832 dan 18,712 unit sehingga 2030/2031.

Ia meningkatkan risiko lambakan bekalan sekiranya permintaan gagal seiring dengan bekalan tambahan tersebut.

Dalam senarai analisisnya, UEM Sunrise kekal sebagai pilihan utama bagi peningkatan semula nilai tanah Johor, memandangkan simpanan tanah Iskandar Puteri yang luas dan pelan induk perindustrian Gerbang Nusajaya yang akan datang pada suku pertama
2027.

Pemaju lain yang mempunyai pendedahan ketara kepada kawasan sekitar Laluan Link R’TS termasuk Eco World, Mah Sing Sunway, SP Setia dan KSL Holdings.

Sementara itu, Perkhidmatan Tren Elektrik Kuala Lumpur-JB Sentral yang baharu telah meningkatkan ketersambungan dalam negeri dan membuka peluang pembangunan di daerah sekitar, sekali gus memberi manfaat kepada Matrix Concepts menerusi perbandaran Bandar Seri Impian miliknya di Kluang.

Dalam PRN diadakan pada 11 Julai, 2026, Barisan Nasional mengekalkan penguasaan di Johor dengan majoriti dua pertiga yang besar, selepas memenangi 48 daripada 56 kerusi dipertandingkan.

BERNAMA