Rasa Seperti Jutawan Di Jualan Berjenama 8.8 Shopee Ini

Shopee telah memperkenalkan ciri baharu yang dinamakan Berjuta Diskaun Berjenama atau Million Dollar Brands Discounts yang akan membolehkan pengguna membeli produk 100% original daripada jenama kegemaran dengan diskaun hebat. Dapatkan pembersih vakum Dyson V7 Fluffy+ yang serba boleh pada hanya RM1,209 berbanding harga sekarang iaitu RM1,899; atau hidangkan masakan istimewa buat keluarga dengan menggunakan Tefal Daily Cook Stewpot with Lid bernilai RM159 yang boleh didapati pada harga RM59 pada 8 Ogos dari 12 tengah malam hingga 2 pagi.

Selain itu, jadilah pemilik Apple Airpods Pro; gayakan warna lipstik baharu oleh MAC Cosmetics, rasa lebih yakin dengan Elizabeth Arden atau dapatkan jam tangan bergaya Cerruti 1881. Portal Berjuta Diskaun Berjenama dapat diakses melalui laman utama Aplikasi Shopee, dan menawarkan tawaran cukup hebat daripada pebagai jenama termasuk Samsung, Seiko, Tomei, JBL, Fjallraven Kanken, Bonia, Levi’s, dan banyak lagi.

Dengan potongan harga hingga 96%, semua tawaran di portal Berjuta Diskaun Berjenama disubsidi oleh Shopee. Tambahan pula, produk yang disertakan tag Shopee Mall dijamin 100% tulen. Sekiranya mana-mana produk ini didapati palsu, polisi Jaminan Produk Tulen Shopee Mall akan digunakan dan Shopee akan mengembalikan wang kepada pelanggan sebanyak dua kali ganda daripada jumlah yang dibayar untuk produk tersebut.

Permainan Shopee

Ciri Berjuta Diskaun Berjenama ini diperkenalkan bersempena Jualan Berjenama 8.8 Shopee. Keseluruhan kempen ini, yang berlangsung dari sekarang hingga 8 Ogos, membawa keseronokan kepada pengguna Shopee yang berpeluang memenangi hadiah bernilai hingga RM88,000 setiap hari dengan bermain Shopee Garden, Flappy Shopee, Shopee Poly, Shopee Link dan banyak lagi.

Super Brand Day

Beberapa jenama juga telah mengambil kesempatan untuk menjalankan Super Brand Day mereka bersama Shopee semasa Jualan Berjenama 8.8 ini. Pengguna boleh menikmati tawaran dan promosi yang diperhebat serta mengambil bahagian dalam pertandingan yang menawarkan hadiah menarik. Jenama-jenama ini ialah Perfect Diary, L’Oreal, realme, Innisfree, Tefal, Bokitta, Enfagrow, P&G, Acer, Universal Traveller, Photobook, Unilever, Skechers, Philips dan Vinda.

Nikmati Penjimatan Lebih Besar

Selain tawaran dan diskaun berjenama, pengguna boleh menikmati tawaran RM8 setiap hari semasa Jualan Kilat Shocking Sale. Pada hari terbesar kempen iaitu 8 Ogos, perbelanjaan minimum untuk pengguna menikmati penghantaran percuma akan direndahkan kepada RM10 dari 12 tengah malam hingga 2 pagi dengan kejutan tambahan sepanjang hari, manakala jenama-jenama akan menawarkan baucar potongan harga 50% yang tidak patut dilepaskan.

My Girls Talk Show

Berehat sebentar daripada membeli-belah dan dapatkan inspirasi melalui rancangan bual bicara  wanita baharu ini. Menampilkan peserta dahulu daripada Miss Astro Chinese International Pageant, rancangan ini bertujuan memperkasakan wanita dalam pelbagai topik dan pengalaman ketika mereka menjalani gaya hidup pantas hari ini. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai cara menjadi pembeli atas talian yang bijak; dapatkan tips kecantikan, serta cara mengekalkan hubungan yang sihat dengan menonton Shopee Live pada hari Ahad (9 dan 16 Ogos) jam 8.30 malam dengan ulangan pada hari Sabtu (8, 15 dan 22 Ogos) jam 5.30 petang.

Walaupun pelancaran portal Berjuta Diskaun Berjenama adalah seiring dengan Jualan Berjenama 8.8 Shopee, ciri tersebut akan terus berada di Aplikasi selepas 8 Ogos dengan tawaran dan jenama yang diperbaharui bagi memastikan pengalaman membeli-belah yang menarik dan berpatutan untuk pelanggan.

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee dilancarkan di 7 pasaran pada tahun 2015 untuk menghubungkan pengguna, penjual, dan perniagaan di rantau ini.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Ia menawarkan pilihan produk yang luas, disokong oleh pembayaran dan logistik bersepadu, serta ciri-ciri hiburan popular yang disesuaikan untuk setiap pasaran. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE:SE), sebuah syarikat internet pengguna global terkemuka. Selain daripada Shopee, perniagaan teras Sea termasuk bahagian hiburan digital, Garena, dan bahagian perkhidmatan kewangan digital, SeaMoney. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CIMB Securities Kekal Saranan ‘Neutral’ Ke Atas Sektor Hartanah

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan saran an ‘neutral’ terhadap sektor hartanah, terutamanya di Johor, susulan pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, memandangkan keputusan itu memberikan mandat yang jelas kepada pentadbiran baharu untuk memastikan kesinambungan pembangunan.

CIMB Securities dalam nota penyelidikannya hari ini memaklumkan bahawa ia termasuk pengumuman rasmi pelan tindakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada suku keempat 2026, dengan sokongan daripada kerajaan perpaduan persekutuan.

Bank pelaburan itu juga menjangkakan pelancaran projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor Bahru bernilai RM7 bilion pada separuh kedua 2026, berikutan pemberian surat hasrat kepada konsortium DOM Industries-MMC Engineering-Nylex- BTS Group Holdings.

Bagaimanapun, projek infrastruktur rentas sempadan yang lain, termasuk cadangan Laluan Link 2 Sistem Transit Rapid (RTS) Tuas-Iskandar Puteri dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, masih menunggu kejelasan dasar yang lebih lanjut.

“Walaupun kami mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap sektor hartanah, pelan tindakan JS-SEZ yang akan datang dan permulaan Laluan Link RTS pada suku pertama 2027 akan menyokong permintaan bagi hartanah kediaman bertanah dan perindustrian di Johor, dengan kesan limpahan faedah kepada aset komersial dan runcit di koridor pertumbuhan utama,” menurut nota penyelidikan itu.

Nilai tanah industri utama dilaporkan telah meningkat dua kali ganda kepada RM150 bagi setiap kaki persegi daripada RM 70-RM80 bagi setiap kaki persegi pada 2024, didorong oleh permintaan berterusan berkaitan pusat data, dengan pencarian tanah semakin beralih ke luar Johor Bahru disebabkan oleh kekangan bekalan tenaga dan air.

Namun, CIMB Securities memberi amaran mengenai segmen kediaman bertingkat tinggi di Johor Bahru, di mana data suku pertama 2026 daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic) menunjukkan stok sedia ada sebanyak 108,863 unit pangsapuri perkhidmatan, serta bekalan masuk dan dalam perancangan masing-masing sebanyak 41,832 dan 18,712 unit sehingga 2030/2031.

Ia meningkatkan risiko lambakan bekalan sekiranya permintaan gagal seiring dengan bekalan tambahan tersebut.

Dalam senarai analisisnya, UEM Sunrise kekal sebagai pilihan utama bagi peningkatan semula nilai tanah Johor, memandangkan simpanan tanah Iskandar Puteri yang luas dan pelan induk perindustrian Gerbang Nusajaya yang akan datang pada suku pertama
2027.

Pemaju lain yang mempunyai pendedahan ketara kepada kawasan sekitar Laluan Link R’TS termasuk Eco World, Mah Sing Sunway, SP Setia dan KSL Holdings.

Sementara itu, Perkhidmatan Tren Elektrik Kuala Lumpur-JB Sentral yang baharu telah meningkatkan ketersambungan dalam negeri dan membuka peluang pembangunan di daerah sekitar, sekali gus memberi manfaat kepada Matrix Concepts menerusi perbandaran Bandar Seri Impian miliknya di Kluang.

Dalam PRN diadakan pada 11 Julai, 2026, Barisan Nasional mengekalkan penguasaan di Johor dengan majoriti dua pertiga yang besar, selepas memenangi 48 daripada 56 kerusi dipertandingkan.

BERNAMA