Kaji 5 Benda Ini Bagi Menilai Tahap Kewangan Sesebuah Syarikat

Bagi yang baru ingin menceburkan diri dalam pelaburan saham, anda sudah tentu selalu dengar fundamental dan teknikal analisis. Dua analisis ini adalah strategi untuk kita berjaya dalam pelaburan saham.

Bak kata orang, sebelum berperang kita perlu membuat persediaan rapi supaya tidak kecundang di tengah jalan. Begitu juga dengan pelaburan saham. Nampak mudah, tetapi sebelum mula melabur pastikan anda tahu strategi bagaimana mengaut keuntungan dan meminimumkan kerugian.

Untuk makluman, kaunter saham yang disenaraikan di Papan Bursa Malaysia adalah syarikat yang telah melalui proses Initial Public Offering (IPO). IPO adalah di mana syarikat telah menjadi public listed dari syarikat bertaraf private company.

Kelebihan proses IPO ini adalah sesebuah syarikat itu akan mendapat suntikan modal untuk mengembangkan perniagaan. Pelabur boleh terdiri sama ada pelabur runcit (individu) atau pelabur institusi (syarikat).

Jika syarikat public listed menjana keuntungan, hasil keuntungan tersebut akan dikongsi dengan para pelabur.

Bagi pelabur baru, ada baiknya anda belajar dulu berkenaan fundamental analisis. Fundamental analisis ini adalah asas sesuatu syarikat sama ada mempunyai aset yang banyak, hutang yang banyak, atau peluang untuk menjana keuntungan.

Sebagai pelabur, kita sudah tentu ingin melabur ke dalam syarikat yang menjana keuntungan setiap tahun, tidak mempunyai masalah pengurusan, dan tidak mempunyai hutang yang banyak. Semua ini merupakan asas sebelum memulakan pelaburan.

Berikut disenaraikan 5 kajian yang boleh kita lakukan sebelum melabur dalam sesebuah saham syarikat yang tersenarai:

1. Profit Margin

Profit margin adalah hasil syarikat daripada pendapatan yang diperoleh. Senang cerita ianya adalah berapa keuntungan dari jualan yang telah dibuat.

Sumber: Malaysia Stock Biz

Contoh: OpenSys profit margin = 11.6%.

Ini bermakna setiap RM1 pendapatan syarikat, OpenSys menjana RM0.11 keuntungan bagi menampung perbelanjaan atau kos jualan.

Semakin besar nilai profit margin, semakin bagus kedudukan kewangan sesebuah syarikat.

2. Earnings Per Share (EPS)

EPS adalah sejauh mana sesebuah syarikat memperoleh pendapatan dan pulangan yang mencukupi kepada pelabur.

Contoh: OpenSys EPS = 0.0386.

Ini bermakna setiap saham yang dimiliki oleh pelabur mendapat keuntungan sebanyak 0.0386 sen bagi seunit saham. Pendapatan ini boleh diagihkan kepada pelabur dalam dividen atau disimpan oleh syarikat untuk tujuan mengembangkan lagi bisnes.

Semakin besar nilai EPS, semakin bagus bisnes syarikat.

3. Return On Equity (ROE)

ROE digunakan untuk pelabur kenal pasti tahap pulangan bagi setiap RM1 yang dilaburkan.

Contoh: OpenSys ROE = 17.55.

ROE ini boleh dikatakan bagus kerana melebihi 15. Semakin besar nilai ROE, semakin bagus kedudukan bisnes syarikat.

4. Price-to-Earnings Ratio (PE)

P/E Ratio adalah satu kaedah untuk membandingkan harga pasaran saham dengan pendapatan seunit saham syarikat. PE yang negatif bermakna syarikat sedang mengalami kerugian manakala PE yang tinggi bermakna syarikat berada dalam keadaan yang baik.

Walaubagaimanapun, PE yang tinggi juga boleh disebabkan oleh harga saham sudah menjadi overvalued.

Contoh: OpenSys PE = 27.72.

Ini bermakna saham OpenSys bernilai lebih 27.72 daripada pendapatan syarikat.

Sumber: Bursa Marketplace Alpha Indicator Report

Nak tahu samada overvalued atau tidak, kita bandingkan dengan syarikat-syarikat lain yang berada dalam industri yang sama atau merupakan peer kepada Opensys.

Omesti adalah syarikat dengan P/E Ratio yang paling rendah manakala Kronologi Asia mempunyai P/E Ratio yang paling tinggi.

5. Market Capitalization (Market Cap)

Market Cap adalah nilai pasaran sesebuah syarikat dan ianya boleh digunakan bagi menggambarkan saiz sesebuah syarikat. Market Cap terbahagi kepada tiga iaitu Large Cap, Mid Cap dan Small Cap.

Blue chip adalah syarikat bersaiz besar dengan market cap melebihi RM10 bilion. Syarikat ini adalah kukuh dan mempunyai risiko yang agak rendah tetapi pergerakan harga saham mungkin agak perlahan.

Mid Cap pula adalah syarikat bersaiz sederhana dengan market cap RM1 bilion hingga RM10 bilion. Pergerakan saham pula mungkin sedikit agresif berbanding Large Cap dan risiko pelaburan bersifat sederhana.

Manakala Small Cap adalah syarikat bersaiz kecil dengan market cap RM200 juta sehingga RM1 bilion. Pergerakan harga saham sangat agresif dan boleh jadi sangat menguntungkan atau sangat merugikan.

Walaubagaimanapun, setiap syarikat mempunyai kelebihan dan kekurangan. Melaburlah mengikut strategi masing-masing.

Contoh: OpenSys Market Cap = 318.74 Juta

Ini bermakna OpenSys adalah dalam kategori syarikat Small Cap.

Pentingnya Fundamental Yang Cantik

Kesimpulannya, fundamental analisis ini adalah perkara wajib terutamanya bagi pelabur jangka panjang. Dengan melihat kepada 5 perkara ini, sudah memadai untuk pelabur mengenalpasti berkenaan tahap kewangan dan bisnes sesuatu syarikat.

Untuk mendapatkan semua analisa di atas, anda boleh dapatkan melalui Bursa Marketplace, Malaysia Stock Biz, Trading View, dan banyak lagi. Tak perlu nak ingat formula.

Bila fundamental dah bagus, baru kita dalami ilmu Analisa Teknikal bagi menentukan masa terbaik untuk beli saham yang mempunyai fundamental yang cantik.

Ditulis Oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain
Boleh dihubungi melalui emel [email protected]

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pintaras Jaya: Mencatat Keuntungan Untuk Suku Ketujuh

Saranan BELI kekal, dengan harga sasar (TP) baharu mencecah MYR1.92 daripada MYR2.18, potensi kenaikan harga saham 47% dan kadar hasil dividen kira-kira 4% untuk FY27F (Jun)

Perolehan teras berjumlah MYR19.6j (-1.4% YoY) sepanjang 9 bulan pertama pada FY26 (9MFY26) yang dicatatkan oleh Pintaras Jaya gagal mencapai jangkaan kami. Keputusan ini mencapai 67% unjuran sepenuh tahun kami. Penyimpangan negatif ini berlaku akibat paras margin untung kasar (GPM) lebih rendah daripada ramalan. Oleh sebab prospek pembinaan lebih baik di Singapura, penilaian PINT murah pada P/BV FY27F 0.5x (-1SD daripada purata 10 tahunnya 1.1x dan purata lima tahun sebanyak 1x oleh Indeks Pembinaan Bursa Malaysia).

Rumusan keputusan

Bahagian pembinaan meneruskan rentak positif apabila mencatat PBT untuk suku ketujuh berturut-turut pada 3QFY6 walaupun prestasinya 1.7% YoY lebih rendah pada paras MYR6.2j. Walau bagaimanapun, keputusan ini diimbangi oleh pengiktirafan peruntukan untuk kos-kos pembaikan bernilai MYR2.3j pada suku yang sama berbanding dengan penarikan peruntukan kos-kos pembaikan bernilai MYR1.7j pada 3QFY25. Sementara itu, bahagian pembuatan merekodkan PBT 3QFY26 berjumlah MYR1.3j (-52% YoY) ketika jumlah jualan lebih rendah dan kos buruh lebih mahal.

Tawaran kerja baharu YTD-FY26 bernilai sekitar MYR250j (berbanding sasaran tawaran kerja FY26 awal kami berjumlah MYR300j)

Dengan buku pesanan belum bayar semasa MYR264j setakat akhir Mac. Buku pesanan semasa termasuk gabungan projek berkaitan kereta api, kediaman persendirian, dan Badan Perumahan & Pembangunan (HDB) khususnya di Singapura manakala buku tender yang mencecah kira-kira MYR3bn juga lebih cenderung kepada projek di Singapura.

Prospek

Projek Laluan Transit Aliran Massa Cross Island (Fasa 3) dijangka akan memulakan kerja pembinaan pada CY27. Kami juga mendapat tahu bahawa PINT sudahpun memulakan sebahagian kerja awal pembinaan untuk Changi Terminal 5 dan kami tidak menolak kemungkinan untuk PINT meraih pakej-pakej kerja yang lebih besar apabila kemajuan projek meningkat. Jika diimbaskan kembali, PINT pernah terlibat dalam pembinaan Terminal 4 antara CY15 dan CY16.

Oleh sebab keputusan tersasar

Kami rendahkan perolehan FY26F-28F sebanyak 8%, 11% dan 10% setelah menyemak sasaran penambahan kerja FY26 dan FY27 kami kepada MYR250j (daripada MYR300j) dan MYR300j (daripada MYR400j) dan memberikan andaian margin yang lebih konservatif. Kami turut menurunkan P/BV sasar kepada 0.8x (0.9x sebelum ini) untuk BVPS FY27F supaya dapat mencerminkan risiko-risiko harga bahan meninggi yang berlarutan (dengan kesan sebahagiannya diimbangi oleh langkah Kerajaan Singapura untuk berkongsi kenaikan kos (pada 50% tambahan langsung) untuk kerja-kerja sektor awam kritikal. Oleh itu, kami meraih TP baharu sebanyak MYR1.92 termasuk diskaun ESG 4%.

P/BV sasar (melebihi P/BV purata 5 tahun bernilai 0.7x oleh PINT) adalah wajar kerana permintaan pembinaan sektor awam 2027-2030 diramalkan mencecah nilai SGD39-47bn di Singapura. Bagi tujuan penghematan dan keseragaman dengan kontraktor pembinaan cerucuk lain, kami terus berpegang dengan penilaian P/BV kerana kontraktor cerucuk besar yang tersenarai sedang berdepan risiko harga bahan yang tinggi.

Risiko utama

Penambahan kerja lebih perlahan daripada jangkaan dan penangguhan projek.

Asas Penilaian

Kami gunakan P/BV 0.8x untuk FY27F (Jun)

Pemacu Utama

Pelancaran untuk pelbagai projek prasarana besar di Singapura berjalan lebih pantas daripada yang dijangkakan

Risiko Utama

Penambahan kerja lebih perlahan daripada jangkaan dan penangguhan projek

Profil Syarikat

Pintaras Jaya ialah pakar pembinaan cerucuk. Dengan memanfaatkan kemahiran terasnya dalam pembinaan cerucuk, ia juga mengembangkan jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada segmen-segmen pembinaan am dan kerja kejuruteraan awam. Pintaras Jaya juga memiliki sebuah jabatan pembuatan yang kecil, tetapi menjana keuntungan dengan mengeluarkan kontena keluli industri.

Sekilas Pandang Keputusan

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.