Bank Reject? Buat 4 Perkara Ini Untuk Dapatkan Kelulusan Bagi Permohonan Kad Kredit

Penolakan memang memeritkan hati. Walaupun yang kena tolak itu hanyalah permohonan kad kredit. Dia punya kecewa memang tak boleh bawa bincang.

Jika permohonan anda ditolak, jangan berputus asa! Ketahui mengapa permohonan anda ditolak, betulkan masalah ini dan akhirnya anda akan mendapat kad yang anda inginkan.

Berikut adalah empat langkah untuk meningkatkan mutu permohonan kad kredit anda yang seterusnya!

Langkah 1: Ketahui Mengapa

Menerima surat penolakan daripada bank untuk kad kredit agak mengecewakan.

Tetapi sebelum anda membakar surat itu, cuba kaji terlebih dahulu mengapa permohonan anda ditolak. Baca surat tersebut untuk memahami mengapa permohonan anda ditolak. Jika pihak bank tidak menyeneraikan sebab, anda boleh menghubungi bank untuk pertanyaan lanjut.

Berikut adalah beberapa sebab yang boleh mengakibatkan permohonan kad kredit anda ditolak:

Maklumat tidak mencukupi atau tidak mempunyai dokumen yang diperlukan

Dalam kebanyakan kes, anda perlu mengemukakan penyata KWSP terkini dan Kad Pengenalan bersama dengan permohonan anda. Kadang-kadang, lebih banyak dokumen sokongan diperlukan dan permohonan anda mungkin ditolak jika dokumen tidak lengkap.

Ada masalah dengan laporan kredit anda

Kerap lewat dalam membuat bayaran kad kredit atau pinjaman anda yang lain akan mengheret skor kredit anda ke bawah. Semak laporan kredit anda untuk mengetahui sama ada anda menunjukkan sebarang tanda sebagai pembayar yang lemah.

iMoney menawarkan cara untuk menyemak laporan kredit anda secara percuma. Semakan ini juga menyediakan nasihat untuk memperbaiki laporan kredit anda.

Nisbah hutang (DSR) kepada pendapatan yang tinggi

Nisbah hutang kepada pendapatan mengukur berapa banyak anda belanjakan untuk pembayaran hutang setiap bulan berbanding pendapatan bulanan anda. Nisbah yang disarankan adalah di bawah 30%.

Pendapatan anda tidak stabil

Bank sentiasa ingin melihat sumber pendapatan yang stabil dan boleh diramal daripada pelanggan mereka. Jika anda baru sahaja mula bekerja, atau telah menganggur untuk seketika, mungkin lebih baik anda menunggu sekurang-kurangnya enam bulan dalam pekerjaan baru supaya anda dapat menunjukkan pendapatan yang konsisten sebelum memohon kad kredit.

Pendapatan anda terlalu rendah

Pastikan anda memohon kad di mana anda boleh memenuhi syarat pendapatan minimum. Gaji minimum adalah berbeza bagi kad kredit yang berlainan. Namun, pendapatan anda mestilah sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan untuk kad yang paling asas.

Anda mempunyai terlalu banyak kad kredit

Anda tidak boleh memiliki lebih dari dua kad kredit jika berpendapatan kurang daripada RM36,000 setahun. Anda boleh membatalkan satu kad dahulu, kemudian baru memohon yang lain.

Anda memohon terlalu banyak kad kredit dalam tempoh masa yang singkat

Anda mungkin menganggap anda boleh mendapat kelulusan bagi satu kad jika anda melakukan permohonan untuk beberapa kad, tetapi ini mungkin membuat anda kelihatan sebagai tidak mempunyai kepercayaan kredit yang baik. Jika anda ditolak, tunggu beberapa bulan sebelum melakukan permohonan sekali lagi.

Ingat, jika permohonan anda ditolak daripada satu bank, bank lain akan tahu mengenainya apabila melihat laporan kredit anda dan mungkin tidak akan meluluskan permohonan anda.

Dengan mengetahui faktor-faktor yang lazimnya dipertimbangkan oleh bank apabila meluluskan permohonan kad kredit, anda mungkin dapat membetulkan kesalahan anda sebelum permohonan anda yang seterusnya!

2. Kemaskan Laporan Kredit

Laporan ini diuruskan oleh Biro Kredit di bawah Bank Negara Malaysia melalui Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Dalam laporan ini, anda dapat melihat kredit tertunggak anda (seperti pinjaman rumah, sewa beli, kad kredit, pinjaman peribadi dan overdraf), akaun perhatian khusus (seperti Pinjaman Tidak Berbayar, atau yang berada di bawah program pengurusan hutang khas, seperti di bawah AKPK), dan permohonan kredit atau pinjaman.

Maklumat dari CCRIS di ambil oleh agensi kredit dan institusi kewangan untuk menyediakan skor kredit untuk anda. Skor kredit ini adalah petunjuk kesihatan kewangan anda dan digunakan oleh bank untuk menilai kualiti anda sebagai pengguna kad kredit.

Skor yang rendah menunjukkan bahawa anda tidak mempunyai asas kewangan yang elok, dan mengurangkan peluang anda berjaya dalam permohonan kad kredit.

Jadi, anda perlu meningkatkan skor kredit melalui langkah-langkah berikut:

Jika anda berdisiplin dalam melaksanakan ketiga-tiga langkah di atas selama enam hingga 12 bulan, skor kredit anda kemungkinannya akan bertambah baik. Anda juga perlu rajin dalam menyemak skor kredit. Sekiranya terdapat kesilapan dalam laporan kredit anda, anda boleh membantah dan memperbetulkan kesilapan tersebut. Skor kredit anda boleh disemak melalui iMoney CreditScore, yang menggunakan skor dari Experian (dahulunya dikenali sebagai RAM Credit Information). Segala maklumat dari iMoney CreditScore disediakan secara percuma.

3. Kurangkan DSR

Pemberi pinjaman menggunakan DSR untuk mengukur berapa banyak pendapatan anda dibelanjakan untuk pembayaran hutang setiap bulan. Kaedah ini digunakan untuk mengukur keupayaan membayar hutang masa depan jika kad dikeluarkan kepada anda. Nisbah ini dinyatakan sebagai peratusan di mana peratusan yang lebih rendah dianggap lebih baik.

Sebagai contoh, Hana mempunyai gaji RM4,500 sebulan, dan gabungan bayaran hutang beliau ialah RM2,000 sebulan, yang termasuk kad kredit, pinjaman kereta dan pinjaman peribadi. DSR beliau ialah RM2,000 dibahagikan dengan RM4,500, iaitu 44%.

Ini kurang baik bagi Hana, dan sebarang permohonan kredit baru, termasuk kad kredit, mungkin ditolak disebabkan oleh DSR yang tinggi ini.

4. Pilih Kad Yang Betul

Satu lagi sebab mengapa permohonan kad kredit ditolak adalah kerana pemohon tidak memenuhi syarat kad kredit. Oleh itu, adalah penting untuk menyemak dan memahami syarat kad yang anda ingin dapatkan sebelum mengemukakan permohonan anda.

Syarat pendapatan minimum untuk kad kredit di Malaysia ialah RM2,000 sebulan, atau RM24,000 setahun. Untuk melindungi pemegang kad dan membantu mereka mengelakkan diri dari hutang besar, Bank Negara Malaysia memperkenalkan peraturan baru di mana mereka yang mempunyai pendapatan tidak melebihi RM36,000 setahun hanya boleh memegang kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja. Pada masa yang sama, had kredit maksimum yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali pendapatan bulanan mereka, bagi setiap pengeluar kad.

Jika anda berada di dalam kategori ini, ia lebih masuk akal untuk memastikan kedua-dua kad kredit yang anda miliki dapat membantu anda menjimatkan wang dan berbelanja dengan bijak. Ini bermakna mendapatkan kad yang sesuai dengan gaya hidup anda! Terdapat pelbagai kad di pasaran, seperti kad untuk petrol, perjalanan, barangan runcit dan membeli-belah, dan juga untuk makan. Dengan mendapatkan kad yang sesuai dengan gaya hidup anda, anda boleh diberi ganjaran untuk perbelanjaan anda.

Dengan mengetahui garis panduan am bagi kad kredit di negara ini, semak syarat yang dinyatakan dan jangan memohon kad di mana anda tidak dapat memenuhi syarat yang ditetapkan. Skor kredit anda mungkin terjejas jika permohonan kredit anda ditolak, oleh itu, lebih baik anda tidak “cuba nasib anda” dengan permohonan yang anda tahu mungkin tidak akan diluluskan kerana ini akan memberi kesan negatif pada skor kredit masa depan anda.

Kadang-kadang masalah yang membawa kepada penolakan awal anda adalah mudah untuk dibetulkan. Jangan putus asa apabila anda mendapat surat penolakan, sebaliknya ketahui apa yang salah. Ia mungkin hanya kesilapan kecil dalam borang permohonan anda.

Walaupun ia kesilapan kecil, tunggu sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan sebelum mengemukakan permohonan anda yang seterusnya. Setiap kali anda melakukan permohonan, ia melibatkan pertanyaan tentang kredit anda, dan anda perlu memastikan anda mempunyai tempoh masa yang sewajarnya.

Artikel ini diterbitkan untuk kali pertama di iMoney Malaysia. Layari laman web iMoney untuk mempelajari cara-cara mengurus kewangan peribadi anda.

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM24.85 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM 19.50 RM 15.60.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Teraju Akan Wujudkan Dana RM1 Bilion Untuk Bantu Perusahaan Bumiputera

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) — Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) akan mewujudkan dana agregat sebanyak RM1 bilion untuk syarikat bumiputera dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang. 

Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Junady Nawawi, berkata dana itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.

“Kami akan memilih beberapa bank perdagangan dan institusi kewangan pembangunan sebagai rakan kongsi.

“Dana itu akan diagihkan dalam bentuk pinjaman. Kami akan berbincang dengan rakan kerjasama untuk merendahkan kadar faedah pinjaman di bawah kadar pasaran (supaya ia) menarik kepada syarikat bumiputera,” katanya kepada Bernama di luar program Mempertingkat Penciptaan Nilai Bumiputera di sini hari ini. 

Menurutnya dana agregat berjumlah RM1 bilion itu menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan.

“Ini bererti, dengan (setiap) RM1 yang dibelanjakan kerajaan untuk syarikat bumiputera, menggunakan komitmen itu, rakan kerjasama akan memberikan lima kali ganda jumlahnya. Kami juga tidak akan menumpukan kepada geran selepas ini, tetapi kepada pinjaman seperti ini,” katanya.

Beliau berkata, dengan saiz dana itu, Teraju menyasarkan untuk meningkatkan pertumbuhan sehingga 5,000 perusahaan bumiputera dan memudahkan penskalaan 1,000 perusahaan bumiputera menjelang 2030.

Teraju akan bekerjasama dengan institusi kewangan seperti Bank Muamalat Malaysia Bhd, RHB Islamic Bhd, MIDF Bhd, MBSB Bank Bhd, Sabah Credit Corporation, Maybank Islamic Bhd, SME Bank, Agrobank, Bank Rakyat, Credit Guarantee Corporation, Exim Bank, Pernas dan Development Bank of Sarawak, untuk mewujudkan kemudahan pembiayaan bernilai RM 1bilion untuk syarikat bumiputera.

— BERNAMA