Ant Group Bakal Menjadi IPO Termahal Di Dunia

Pembayaran melalui cashless platform ini semakin dapat diterima oleh kebanyakan pengguna pada masa kini. Negara kita juga turut tidak terkecuali dalam menggunakan aplikasi sejak kebelakangan ini.

Kerajaan Malaysia juga turut menggalakan rakyat negara kita untuk membiasakan diri untuk menggunakan teknologi cashless ini dengan memberi bantuan kewangan melalui perkhidmatan e-Penjana.

Kini, sebuah lagi syarikat FinTech yang bakal menjadi syarikat gergasi dunia dalam menyediakan perkhidmatan cashless. Syarikat yang diasaskan oleh Alibaba pada tahun 2003 adalah sebuah platform pembayaran online di China.

Sebelum ini, mereka dikenali sebagai Alipay dan ditukar nama menjadi Ant Group pada tahun 2014 apabila Alibaba membuka peluang pelaburan kepada orang ramai daripada sektor swasta.

Ant Group berkembang dengan pesat di China dan sangat popular di sana yang mana kebanyakan pengguna menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka di dalam urusan pembelian harian mereka.

Hanya WeChat Pay yang dimiliki oleh Syarikat Tencent sahaja yang menjadi pesaing rapat kepada Ant Group ini.

Syarikat ini bukan sahaja menyediakan perkhidmatan cashless malah lebih advance lagi dengan menyediakan perkhidmatan pelaburan yang mana syarikat itu mempunyai sebuah mutual fund bernama Yu’e Bao. Ianya merupakan di antara mutual fund terbesar dunia yang menguruskan aset pelaburan sebanyak $157 bilion.

Syarikat ini mempunyai pengguna yang aktif seramai 700 juta  pengguna dan 80 juta pengguna mereka adalah di kalangan peniaga kecil. Pada tahun lepas sahaja, transaksi yang menggunakan platform Ant Group ini bernilai $15 trilion hampir menyamai transaksi yang dilakukan di Kesatuan Eropah.

Selain daripada itu, syarikat ini turut meluaskan operasi mereka ke pasaran antarabangsa disebabkan pelancong China yang semakin ramai membanjiri negara Eropah sebelum berlakunya pandemik pada awal tahun 2020. Ant Group juga turut meluaskan kerjasama dengan beberapa buah negara Asean bagi meluaskan penguasaan mereka di rantau tersebut.

Setelah syarikat ini hampir dua dekad di pasaran China, ia bakal mengapungkan sahamnya bagi menambah modal pelaburan mereka.

Ant Group yang bakal disenaraikan di pasaran saham Shanghai dan Hong Kong sebagai tempat mereka melakukan IPO memandangkan hubungan tegang sekarang ini di antara kerajaan Amerika Syarikat dan China.

Para penganalisis percaya yang syarikat ini bakal menjadi salah sebuah gergasi di dalam fintech dengan nilai di antara $250 ke $300 bilion yang mana nilai ini melebihi kebanyakan bank terkemuka di Amerika Syarikat.

Setakat ini, syarikat Ant Group bernilai $30 billion untuk diapungkan.

Jika syarikat ini berjaya mencapai valuation sebanyak $30 billion ketika hari pertama diapungkan, mereka akan menjadi syarikat termahal di dunia yang disenaraikan di pasaran saham. Rekod tertinggi setakat ini masih lagi dipegang oleh Saudi Aramco, gergasi minyak dari Arab Saudi yang bernilai $29.4 bilion.

Selain itu juga, Jack Ma akan bakal menjadi senarai 10 bilionaire terkaya dunia memandangkan Alibaba memegang sebanyak 33% saham di dalam kumpulan ini. Seramai 17 orang pekerja Alibaba juga bakal menjadi bilionaire setelah lama memegang saham Ant Group.

Ant Group bakal menjadi pesaing hebat kepada PayPal yang telah lama bertapak di dalam industri fintech di peringkat antarabangsa.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan MADANI Sasar Senaraikan 10 Syarikat Bumiputera Di Bursa Malaysia Pada 2026, 2027

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 syarikat Bumiputera disasar untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2026 dan 2027, dengan empat daripadanya berada dalam perancangan bagi disenaraikan tahun ini.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, berkata penyenaraian itu susulan hasil Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, sasaran itu jauh melebihi pencapaian lima tahun sebelumnya.

“Bagi menyokong sasaran berkenaan, program ’10 Juara Bumiputera’ hasil kerjasama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah diperkenalkan untuk membimbing syarikat berpotensi tinggi serta melahirkan 10 syarikat Bumiputera bernilai RM500 juta setiap satu menjelang 2028,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Fahmi berkata ekosistem PETRONAS, GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan salah satu penyumbang penting kepada agenda pembangunan bumiputera negara.

Beliau berkata, ekosistem berkenaan telah menyumbang RM50 bilion setahun, termasuk RM49.2 bilion pada tahun lalu, merangkumi pelaburan langsung, perolehan vendor, pembangunan bakat dan komuniti.

“Pada masa yang sama, garis panduan baharu pembangunan vendor Bumiputera turut diperkenalkan bagi memperkukuh saluran pembangunan vendor serta meningkatkan kapasiti mereka secara lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, Jemaah Menteri juga sedang meneliti cadangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) agar tempoh bayaran GLC dan GLIC kepada vendor tempatan dipendekkan bagi memastikan aliran kewangan atau ‘cash flow’ syarikat dan vendor tempatan dapat diuruskan dengan lebih baik.

Sementara itu, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai prestasi operasi pelabuhan persekutuan bagi suku pertama tahun ini yang mencatat 8.002 juta unit setara 20 kaki (TEU), menunjukkan peningkatan 8.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Ini dipacu oleh peranan negara sebagai penghubung utama bagi barangan dunia melalui aktiviti pemunggahan pindahan ke kapal atau transshipment yang mencatat pertumbuhan 9.96 peratus berbanding suku pertama 2025,” katanya.

Beliau berkata, kargo konvensional turut menunjukkan peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, terutama bagi kargo am yang meningkat 8.93 peratus dan kendalian pukal kering yang bertambah sebanyak 3.55 peratus.

“Prestasi ini amat membanggakan walaupun ketika negara berdepan dengan krisis geopolitik di Asia Barat yang bermula sekitar suku pertama tahun ini,” katanya.

— Berita Harian