Kalau Semua Orang Miskin, Siapa Pula Nak Bersedekah?

Apa khabar pedagang-pedagang dan pelabur-pelabur saham semua? Portfolio banyak hijau ke banyak merah sekarang ni?

Kalau hijau Alhamdulillah, kalau merah pun ucaplah Alhamdulillah dan muhasabah diri mengapa kita sedang mengalami kerugian. Rajin-rajinlah kita cari ilmu dan perbaiki kelemahan.

Data menunjukkan semakin ramai orang kita yang terlibat dalam pasaran saham. Semoga kalian berjaya meraih pulangan yang baik seterusnya dapat upgrade tahap kewangan diri dan keluarga.

Tak ada masalah kita nak ada banyak duit.

Malahan Islam suruh kita jadi kaya, kerana bila kita kaya, kita mampu berzakat dan bersedekah. Jika semua orang miskin dan tak mampu nak berzakat, kita nak harap pada siapa pula?

Baca: Panduan Mengira Sendiri Zakat Saham Beserta Contoh

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

Jom kita layan video di bawah yang merupakan salah satu cara gembira untuk belanja RM3 ribu dalam masa 15 minit.

Terima kasih diucapkan kepada MR TOY dan Aeon Mall Shah Alam di atas kerjasama menjayakan projek kami membahagiakan anak yatim.

Rasa seronok dan sayu bercampur-campur bila melihat kegembiraan yang terpampang di wajah anak-anak yatim dari Rumah Nur Sakinah.

Adik-adik ini dibenarkan untuk mengambil apa saja barang yang ada di dalam kedai, tak kira berapa pun harganya.

Ingat, bila kita kaya, kita boleh bantu lebih ramai orang. Bila kita kaya, kita boleh keluarkan lebih banyak zakat. Jadi, tolonglah jadi kaya.

Semoga kita semua kaya di dunia dan untung di akhirat.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PNB Institusi Pelaburan Keempat Terbaik Global Dalam Skor GSR

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) mencatat pencapaian baharu apabila menduduki tempat keempat terbaik di peringkat global dalam Papan Skor Governance, Sustainability and Resilience (GSR) 2026 yang diterbitkan oleh Global SWF.

PNB turut mengekalkan kedudukan sebagai institusi pelaburan milik negara dengan penarafan tertinggi di Malaysia dalam penilaian yang membabitkan lebih 200 institusi pelaburan milik kerajaan di seluruh dunia.

Dalam penarafan itu, PNB memperoleh markah keseluruhan 88 peratus, merangkumi 90 peratus bagi tadbir urus, 100 peratus untuk kelestarian dan 60 peratus bagi aspek daya tahan.

Pencapaian berkenaan menunjukkan peningkatan ketara berbanding kedudukan ke-17 yang direkodkan pada tahun lalu, sekali gus mencerminkan usaha berterusan organisasi memperkukuh tadbir urus serta amalan perniagaan yang bertanggungjawab.

Menurut PNB, skor penuh bagi komponen kelestarian diberikan berdasarkan kekuatan rangka kerja tadbir urus, ketelusan pendedahan maklumat, komitmen terhadap agenda iklim dan penerapan pertimbangan kelestarian dalam aktiviti pelaburan.

PNB juga memaklumkan bahawa pihaknya memperbaharui Rangka Kerja Kelestarian dengan memberi tumpuan kepada tiga teras strategik iaitu Kelestarian Organisasi, Kepengurusan Bertanggungjawab dan Pembangunan Negara.

Selain itu, antara faktor yang menyokong pencapaian itu ialah kejayaan memenuhi sasaran Perusahaan Sifar Bersih bagi pelepasan Skop 1 dan Skop 2 pada 2025 serta usaha memperkukuh aspirasi Portfolio Sifar Bersih menjelang 2050.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Rizal Rickman Ramli, berkata peningkatan daripada tangga ke-17 kepada tangga keempat global dalam tempoh setahun mencerminkan usaha kolektif organisasi memperkukuh tadbir urus dan daya tahan institusi.

“Pencapaian ini mencerminkan kemajuan yang telah kami capai dalam memperkukuh tadbir urus, menerapkan amalan yang bertanggungjawab dan membina organisasi yang lebih berdaya tahan.

“Pencapaian skor kelestarian sempurna ini merupakan pengiktirafan yang amat bermakna kepada PNB kerana ia mencerminkan komitmen dan usaha berterusan kami untuk mengintegrasikan pertimbangan kelestarian ke dalam cara kami beroperasi, melabur dan melaksanakan kepengurusan.

“Menerusi Rangka Kerja Kelestarian yang telah diperbaharui, kami terus memperkukuh pendekatan yang lebih holistik, berteraskan kelestarian organisasi, kepengurusan bertanggungjawab dan pembangunan negara,” katanya.

— Berita Harian