Skandal ‘Cuci Duit’ Yang Melibatkan HSBC

Hongkong and Shanghai Banking Corporation Limited atau lebih dikenali dengan nama singkatannya HSBC mula diasaskan pada tahun 1865 dan kini beroperasi di 68 negara dengan anggaran sebanyak 3,900 pejabat. HSBC merupakan sebuah bank yang terkenal dan di antara bank yang terbesar di dunia dengan nilai aset melebihi USD2 trilion.

Namun, mungkin ramai yang tidak pernah dengar yang HSBC pernah terlibat dengan skandal AMLA dan didenda sebanyak USD1.9 bilion pada tahun 2012.

HSBC gagal menyediakan sistem pengawasan transaksi yang efektif bagi menangani aktiviti pengubahan wang haram dan menyembunyikan transaksi dengan negara-negara berisiko tinggi di bawah senarai Financial Action Task Force (FATF) seperti Iran, Libya dan Sudan.

US Justice Department menggarkan sebanyak USD881 juta hasil dari wang haram oleh kartel Sinaloa dari Mexico dan kartel Norte de Valle dari Colombia telah berjaya digubah atau pun ‘dicuci’ melalui HSBC Mexico.

Perkara ini berlaku akibat daripada kelemahan yang ada pada proses pembukaan akaun. Setiap bank seharusnya patuh kepada garis panduan ‘Know Your Customer’ (KYC) yang diwujudkan bagi menjadi garis panduan kepada institusi kewangan dalam proses pengesahan identiti pelanggan dan risiko yang bakal dihadapi bagi pihak bank sepanjang perhubungan bersama pelanggan tersebut.

Proses pengesahan perlu dilakukan bagi memastikan syarikat atau pun individu tersebut adalah seperti mana yang dinyatakan dan tidak terlibat dalam aktiviti haram bagi mengelakkan risiko bank terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram.

Walaupun HSBC telah sedia maklum bahawa sebarang perniagaan yang dilakukan di Mexico merupakan satu risiko yang tinggi, mereka secara sengaja meletakkannya akaun yang dibuka di bawah kategori risiko rendah. Melalui cara tersebut, sebarang transaksi dari akaun tersebut tidak akan dikategorikan sebagai risiko tinggi dan akan terlepas daripada sistem pengawasan transaksi.

Dengan itu, dinggarkan nilai transaksi lebih USD670 bilion telah terlepas daripada sistem pengawasan mereka. US Justice Department menyatakan HSBC mengabaikan beberapa amaran bahawa sistem pengawasan mereka memerlukan penaiktarafan dan tidak mencukupi.

Pada tahun 2008, tiada tindakan diambil oleh CEO HSBC Mexico apabila dimaklumkan oleh pihak berkuasa Mexico bahawa mereka mempunyai rakaman suara seorang raja dadah Mexico yang menyebut HSBC adalah tempat untuk ‘mencuci’ duit.

Akhirnya, pada December 2012, HSBC bersetuju untuk menyelesaikan perkara ini di luar mahkamah dan membayar denda sebanyak USD1.9 bilion. Sejurus sahaja berita ini tersebar, harga saham HSBC terus meningkat kerana jumlah denda adalah kurang dari USD2 bilion yang telah dianggarkan.

Ada yang merasakan denda yang dikenakan ini adalah terlalu ringan. Cuba lihat berapa keuntungan mereka peroleh setiap tahun.

Sumber : Statista

HSBC membuat kenyataan bahawa di antara tahun 2009 sehingga 2011, mereka telah membelanjakan sebanyak USD700 juta bagi melakukan penaiktarafan sistem agar dapat menangani masalah menggubahan wang haram. Skandal HSBC ini juga telah didokumentarikan pada tahun 2018 oleh Netflix, berjudul “Dirty Money: Cartel Bank”.

Adakah langkah yang diambil oleh HSBC dapat mengurangkan risiko mereka terlibat dalam skandal AMLA pada masa akan dating?

Jawapannya ada pada fail Treasury’s Financial Crimes Enforcement Network (FinCEN) yang telah bocor pada penghujung September yang lalu.

Baca juga Kisah Cuci Duit (Money Laundering) Di Malaysia

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ada Gaji Tetap Tapi Buat Side Income? Jangan Terkejut Jika Terima Notis CP500 Dari LHDN

Ramai yang mempunyai gaji tetap beranggapan urusan cukai mereka telah selesai kerana majikan sudah membuat potongan cukai bulanan (PCB) setiap bulan. Namun, keadaan berbeza apabila seseorang individu mempunyai pendapatan tambahan selain gaji.

Antara pendapatan sampingan yang sering diterima rakyat Malaysia termasuk:

  • Pendapatan sewa rumah/homestay
  • Bisnes online
  • Grab/Food Panda rider
  • Content creator
  • Komisen jualan
  • Ejen insurans/takaful
  • Ejen hartanah

Jika anda mempunyai pendapatan seperti ini, anda mungkin akan menerima Notis CP500 daripada LHDN.

Apa Itu CP500?

CP500 ialah arahan bayaran ansuran cukai yang dikeluarkan oleh LHDN kepada individu yang mempunyai pendapatan selain penggajian.

Secara mudahnya, LHDN menganggarkan cukai yang perlu dibayar berdasarkan rekod tahun-tahun terdahulu dan membenarkan bayaran dibuat secara ansuran setiap dua bulan.

Daripada menunggu sehingga hujung tahun dan membayar sekaligus, sistem CP500 membantu menyebarkan beban pembayaran sepanjang tahun.

Kenapa Pekerja Bergaji Tetap Boleh Terima Notis CP500?

Ramai menyangka CP500 hanya untuk peniaga sepenuh masa.

Hakikatnya, seorang pekerja bergaji juga boleh menerima CP500 jika mempunyai pendapatan sampingan yang signifikan.

Sebagai contoh:

Ahmad bekerja sebagai jurutera dan menerima gaji RM8,000 sebulan. Pada masa sama, beliau memperoleh RM3,000 sebulan daripada sewaan sebuah apartmen. Walaupun PCB telah dipotong daripada gajinya, pendapatan sewa tersebut tidak tertakluk kepada PCB. Oleh itu, LHDN boleh mengeluarkan CP500 bagi memastikan cukai ke atas pendapatan sewa itu dibayar secara berperingkat.

CP500 Bukan Cukai Tambahan

Salah faham yang sering berlaku ialah ramai menganggap CP500 sebagai cukai tambahan.

Sebenarnya tidak.

Bayaran CP500 hanyalah bayaran pendahuluan terhadap cukai yang bakal dikira apabila anda mengemukakan borang cukai pendapatan.

Jika jumlah CP500 yang dibayar melebihi cukai sebenar, lebihan tersebut boleh dituntut semula. Jika tidak mencukupi, baki cukai perlu dijelaskan.

Musim Borang B: Semak Jika Anda Ada CP500

Bersempena musim penghantaran Borang B, individu yang mempunyai pendapatan selain penggajian disarankan untuk menyemak MyTax masing-masing.

Ramai pembayar cukai hanya menyedari kewujudan CP500 selepas menerima peringatan atau notis tunggakan.

Lebih baik mengetahui lebih awal dan merancang aliran tunai berbanding berdepan cukai yang besar secara mengejut.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Menerima Notis CP500?

Apabila menerima notis CP500, anda perlu memberi perhatian kepada tiga perkara utama:

  • Membuat bayaran cukai secara ansuran setiap dua bulan.
  • Membayar jumlah yang dinyatakan dalam notis CP500.
  • Memastikan bayaran dibuat sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Ramai pembayar cukai menyimpan notis tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan kerana menyangka ia sekadar makluman biasa. Hakikatnya, CP500 adalah jadual bayaran ansuran cukai yang dikeluarkan oleh LHDN dan memerlukan tindakan daripada penerima notis.

Jika anda tidak bersetuju dengan jumlah yang ditetapkan atau menjangkakan pendapatan anda jauh berbeza daripada tahun sebelumnya, anda boleh menghubungi LHDN untuk mendapatkan penjelasan lanjut atau membuat semakan yang bersesuaian.

Bagaimana LHDN mengetahui anda mempunyai pendapatan tambahan? Secara umumnya, CP500 ditentukan berdasarkan maklumat yang telah dilaporkan dalam borang cukai tahun-tahun terdahulu. Dengan pelaksanaan e-Invois yang semakin meluas, data transaksi yang direkodkan juga dijangka membantu meningkatkan ketepatan maklumat percukaian pada masa hadapan.

Terlepas Bayar CP500, Ada Penalti?

Ya. Jika bayaran CP500 tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti lewat bayar boleh dikenakan oleh LHDN.

Namun bagi Tahun Taksiran 2026, LHDN memberikan pengecualian penalti kepada individu yang mempunyai pendapatan penggajian serta pendapatan bukan penggajian yang menyebabkan notis CP500 dikeluarkan, termasuk pendapatan seperti sewa, faedah dan royalti.

Artikel The Star juga menekankan bahawa kelayakan bergantung kepada jenis pendapatan dan profil pembayar cukai, bukan sama ada penerima CP500 kali pertama atau tidak.

Langkah ini diperkenalkan bagi membantu kumpulan tersebut menyesuaikan diri dengan pelaksanaan sistem CP500 sepanjang tempoh peralihan.

Contoh:

Ahmad bekerja makan gaji dan PCB dipotong setiap bulan. Pada masa sama, beliau menerima pendapatan sewa rumah. Oleh sebab pendapatan sewa tidak tertakluk kepada PCB, Ahmad menerima notis CP500.

Sekiranya Ahmad tidak membuat bayaran ansuran CP500 pada Tahun Taksiran 2026, beliau tidak akan dikenakan penalti 10% di bawah Seksyen 107B(3) Akta Cukai Pendapatan.

Namun begitu, cukai yang masih belum dibayar tetap perlu dijelaskan apabila beliau mengemukakan borang cukai pendapatan kelak.

Ringkasnya, yang dikecualikan adalah penalti, bukannya cukai.

Baca lagi KONSESI PENGENAAN PENALTI KE ATAS NOTIS BAYARAN ANSURAN (CP500) BAGI INDIVIDU YANG MENERIMA PENDAPATAN PENGGAJIAN

Kesimpulan

Mempunyai pendapatan sampingan sememangnya satu perkara yang baik kerana ia membantu meningkatkan pendapatan. Namun begitu, jangan lupa bahawa setiap pendapatan juga datang bersama tanggungjawab percukaian.

Jika anda mempunyai pendapatan selain gaji, luangkan sedikit masa untuk memahami CP500. Ia bukan hukuman, bukan juga cukai tambahan, tetapi mekanisma yang membantu pembayar cukai mengurus bayaran cukai dengan lebih teratur sepanjang tahun.