Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Oktober 2020

Tak sanggup lagi aku
Mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku
Biarkan ia pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli
Tidak mahu kuingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

FBM KLCI berterusan jatuh sejak bulan Ogos yang lalu, sehingga memecahkan sokongan yang kuat pada hari terakhir bulan Oktober. Maka beramai-ramailah yang menyanyikan lagu Tragedi Oktober yang dipopularkan oleh Awie ini.

Ramai yang menanggung kerugian, tetapi mungkin tidak seteruk seperti yang ada dalam senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Oktober 2020 ini.

Sumber: iSaham Screener

1. SMTrack Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

2. Metronic Global

Sumber: Bursa Marketplace

3. AirAsia X

Sumber: Bursa Marketplace

4. Vortex Consolidated

Sumber: Bursa Marketplace

5. Top Builders Capital (Dulu dikenali sebagai Ikhmas Jaya Group)

Sumber: Bursa Marketplace

6. Trive Property Group

Sumber: Bursa Marketplace

7. Econpile Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

8. Destini Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

9. INIX Technologies Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

10. Pasukhas Group

Sumber: Bursa Marketplace

Senarai Penuh Dengan Penny Dan Super Penny

Bila pasaran saham tak berapa nak cantik, maka banyak saham-saham yang akan jatuh. Saham yang mempunyai Fundamental yang kukuh pun boleh jatuh, maka saham-saham penny tanpa Fundamental yang kukuh pastinya boleh jatuh lagi teruk.

Disebabkan itulah kita digalakkan untuk menjauhkan diri daripada membeli saham-saham penny dan bermasalah ini. Takut bila dah terbeli nanti, tak pandai pula nak Cut Loss sehingga menyebabkan kerugian yang lebih besar lagi.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Oktober 2020 ini adalah berdasarkan Screener Worst Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

ASYIK-ASYIK TERLEPAS

Dengar cerita ada beberapa leader syarikat sarung tangan getah yang catat prestasi keuntungan luar biasa baru-baru ini.

Nah kami belanja antara leader syarikat sarung tangan getah
• Topglove
• Hartalega
• Supermx

Kalau dah terlepas kapal, kita perhatikan laggard bagi syarikat sarung getah pula
• HLT
• Rubberex
• Adventa

Itu contoh sahaja, ada lagi kaunter lain dalam senarai leader & laggard ni…

Ingat pelabur dan pedagang bijak takkan kejar harga yang dah naik.

Sebaliknya mereka akan mula memerhatikan syarikat yang bakal ikut naik juga (read: laggard)

Mana nak cari tu? Jangan risau, kami ada share semuanya dalam e-book ini.

➡️ 

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Semoga lepas ni, takde yang tertinggal kereta api lagi…

Dapatkan e-book Leaders and Laggards sekarang
➡️ 

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan MADANI Sasar Senaraikan 10 Syarikat Bumiputera Di Bursa Malaysia Pada 2026, 2027

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 syarikat Bumiputera disasar untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2026 dan 2027, dengan empat daripadanya berada dalam perancangan bagi disenaraikan tahun ini.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, berkata penyenaraian itu susulan hasil Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, sasaran itu jauh melebihi pencapaian lima tahun sebelumnya.

“Bagi menyokong sasaran berkenaan, program ’10 Juara Bumiputera’ hasil kerjasama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah diperkenalkan untuk membimbing syarikat berpotensi tinggi serta melahirkan 10 syarikat Bumiputera bernilai RM500 juta setiap satu menjelang 2028,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Fahmi berkata ekosistem PETRONAS, GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan salah satu penyumbang penting kepada agenda pembangunan bumiputera negara.

Beliau berkata, ekosistem berkenaan telah menyumbang RM50 bilion setahun, termasuk RM49.2 bilion pada tahun lalu, merangkumi pelaburan langsung, perolehan vendor, pembangunan bakat dan komuniti.

“Pada masa yang sama, garis panduan baharu pembangunan vendor Bumiputera turut diperkenalkan bagi memperkukuh saluran pembangunan vendor serta meningkatkan kapasiti mereka secara lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, Jemaah Menteri juga sedang meneliti cadangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) agar tempoh bayaran GLC dan GLIC kepada vendor tempatan dipendekkan bagi memastikan aliran kewangan atau ‘cash flow’ syarikat dan vendor tempatan dapat diuruskan dengan lebih baik.

Sementara itu, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai prestasi operasi pelabuhan persekutuan bagi suku pertama tahun ini yang mencatat 8.002 juta unit setara 20 kaki (TEU), menunjukkan peningkatan 8.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Ini dipacu oleh peranan negara sebagai penghubung utama bagi barangan dunia melalui aktiviti pemunggahan pindahan ke kapal atau transshipment yang mencatat pertumbuhan 9.96 peratus berbanding suku pertama 2025,” katanya.

Beliau berkata, kargo konvensional turut menunjukkan peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, terutama bagi kargo am yang meningkat 8.93 peratus dan kendalian pukal kering yang bertambah sebanyak 3.55 peratus.

“Prestasi ini amat membanggakan walaupun ketika negara berdepan dengan krisis geopolitik di Asia Barat yang bermula sekitar suku pertama tahun ini,” katanya.

— Berita Harian