Belanjawan 2021: Ulasan Mengenai 9 Perkara Yang Berkaitan Dengan Industri Hartanah

Pada hari Jumaat 6 November 2020 yang lalu, Kerajaan menerusi Tengku Zafrul Aziz selaku Menteri Kewangan ke-18 Malaysia telah membentangkan Belanjawan 2021.

Belanjawan 2021 merupakan agenda penting dalam memacu ekonomi, sosial, pendidikan dan dasar negara bermula 1 Januari 2021 ini.

Sungguhpun begitu, wujud pelbagai reaksi di kalangan rakyat Malaysia termasuk Jemaah Menteri sendiri akan Belanjawan 2021.

Di saat pelbagai kementerian lain menghadapi pemotongan dana dan ada juga yang tiada dana yang diperuntukkan, Kerajaan terus komited membantu pemilikan hartanah di kalangan rakyat Malaysia dengan memperkenalkan pelbagai polisi, bantuan dan skim.

Ini jelas menunjukkan industri hartanah di Malaysia tidak di anak tirikan sama sekali dan Kerajaan sedar isu pemilikan hartanah adalah kompleks dan mustahil untuk diselesaikan dengan satu atau dua mekanisma sahaja.

Namun begitu, kita tidak akan membahaskan polemik dan kontroversi di sebalik Belanjawan 2021. Sebaliknya, ulasan ini adalah berkaitan dengan industri hartanah berdasarkan Belanjawan 2021.

1. Pengecualian Duti Setem

Kredit Imej : RTM

Kerajaan menggalakkan pemilikan rumah untuk hartanah bernilai RM500,000 ke atas dengan mengecualikan duti setem untuk surat perjanjian pinjaman sepenuhnya.

2. Perumahan Golongan Berpendapatan Rendah

Kredit Imej : RTM

Golongan berpendapatan rendah boleh menarik nafas lega apabila Kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi membina perumahan yang selesa dan berkualiti untuk golongan berpendatan rendah.

3. Rumah Mesra Rakyat

Kredit Imej : RTM

Sebanyak RM315 juta diperuntukkan Kerajaan untuk membina 3,000 rumah mesra rakyat menerusi Program Perumahan SPNB. Buat pengetahuan anda, Syarikat Perumahan Negara (SPNB) yang dimiliki Kementerian Kewangan merupakan pemaju hartanah tempatan yang ditubuhkan pada tahun 1997.

4. Perumahan Penjawat Awam

Kredit Imej : RTM

Penjawat awam sedia ada juga bakal menerima manfaat besar apabila RM310 juta diperuntukkan untuk membina lebih banyak unit kediamaan PPAM di seluruh negara.

Penjawat awam boleh memohon pinjaman melalui Lembaga Pembayaan Perumaan Sektor Awam (LPPSA).

5. Skim Rent-To-Own (RTO)

Kredit Imej : RTM

Tambahan sebanyak RM1 bilion bagi membina 5,000 rumah PR1MA khusus untuk pembeli rumah pertama menerusi skim Rent-To-Own (RTO) di seluruh negara.

6. 7 Projek Baru

Kredit Imej : RTM

Sebanyak RM3.8 bilion akan dibelanjakan bagi pembangunan 7 projek baharu di seluruh negara iaitu :-

  •  Jambatan Klang Ketiga
  •  Central Spine Road
  •  Jambatan Sungai Marang
  •  Jalan Persekutuan
  •  Lingkaran Pulau Indah
  •  Lebuhraya Pan Borneo Sabah
  •  Jalan Pintasan Cameron Highlands

7. Koridor Wilayah Pembangunan Ekonomi

Kredit Imej : RTM

Bagi meningkatkan ekonomi sesebuah wilayah, Kerajaan bakal membelanjakan RM780 juta untuk pembangunan :-

  •  Bas Rapid Transit IDRA Johor
  •  Jambatan Palekbang ECER
  •  Zon Pembangunan Khas NCER
  •  Kawasan Perindustrian Samalaju
  •  Pelabuhan Kontena Sepangar Bay

8. Pembangunan Kwasa Damansara

Kredit Imej : RTM  

Sebanyak RM50 bilion telah diperuntukkan untuk membangunkan Kwasa Damansara yang dijangka mampu menghasilkan 100,000 peluang pekerjaan dan menggalakkan pembinaan unit kediaman sehingga 250,000 unit.

9. Program Pinjaman Pembangunan Ladang Hutan

RM500 juta diperuntukkan sebagai dana pusingan bagi pembangunan ladang hutan yang berkeluasan 4 hektar atas kapasiti pembangunan di seluruh negara.

Apa yang pasti Belanjawan 2021 bukanlah belanjawan yang terbaik pernah dibentangkan.

Tetapi, sekurang – kurangnya kita dapat melihat industri hartanah tidak dipinggirkan dari sudut membantu pemilikan hartanah di kalangan golongan B40 dan M40.

Selain itu, wujud bajet yang begitu besar untuk pembangunan kawasan baharu dan infrastruktur.

Ini merupakan berita gembira yang dinanti – nantikan khususnya projek pembangunan Kwasa Damansara dan Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Sumber Rujukan :

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dilema mahu membeli atau menyewa rumah

Memiliki rumah sejak sekian lama dianggap sebagai simbol kestabilan dan kejayaan hidup bagi rakyat Malaysia.

Tidak hairanlah ramai golongan muda merasakan mereka perlu membeli rumah secepat mungkin yang memaksa mereka menanggung komitmen pinjaman perumahan selama 30 hingga 40 tahun.

Namun, dalam cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat, harga rumah yang terus berada di luar kemampuan sebahagian besar pembeli muda serta corak pekerjaan yang semakin dinamik, tiba masanya kita menilai semula maksud sebenar ‘seseorang itu ada rumah’.

Pada asasnya, rumah adalah tempat berteduh dan menyediakan keperluan asas untuk kediaman. Yang mustahak adalah ‘jaminan tempat kediaman dan kepentingan untuk mendiami’ yang lazimnya adalah melalui pemilikan tetapi boleh juga melalui penyewaan.

Bagi ramai golongan muda, terutamanya di peringkat awal kehidupan, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih praktikal dan fleksibel.

Ia membolehkan mereka mampu untuk menetap berhampiran tempat kerja, mengurus kewangan dengan lebih baik dan mengelakkan beban hutang jangka panjang sebelum benar-benar bersedia untuk membeli rumah sendiri.

Perubahan cara berfikir ini secara perlahan-lahan membuka ruang kepada perkembangan pasaran sewaan di Malaysia, termasuk kemunculan konsep ‘co-living’ atau kediaman bersama di dalam sebuah komuniti transit, serta juga konsep Rent-to-Own (RTO) atau Sewa-untuk-Beli.

Walaupun segmen ini masih kecil berbanding pasaran sewaan konvensional, ia semakin mendapat perhatian khususnya dalam kalangan generasi muda.

Konsep ‘co-living’ menawarkan bilik atau unit yang lengkap dengan perabot, tempoh sewaan yang lebih fleksibel serta kemudahan bersama yang diuruskan secara profesional.

Ia juga mengurangkan kos kemasukan (barrier of entry) kerana penyewa tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli perabot atau menanggung pelbagai kos utiliti secara berasingan.

Bagi golongan belia dan profesional muda, pekerja kontrak serta mereka yang sering berpindah lokasi pekerjaan, ‘co-living’ menyediakan pilihan perumahan yang lebih mudah dan praktikal tanpa perlu membuat komitmen membeli rumah ketika pendapatan mereka, khususnya pendapatan boleh guna mereka masih sedang dibina dan deperkukuhi.

Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi sekiranya pasaran sewaan ingin berkembang menjadi satu cabang penting dalam ekosistem perumahan negara.

Cabaran pertama ialah persepsi masyarakat. Budaya pemilikan rumah masih sangat kuat dan menyewa sering dianggap sebagai pilihan sementara atau petanda seseorang mencapai kestabilan kewangan.

Persepsi ini ada benarnya, tetapi ia juga mewujudkan tekanan sosial yang menyebabkan ramai membeli rumah lebih awal daripada kemampuan sebenar mereka ataupun menyebabkan kerakusan pasaran yang sehingga mengakibatkan tekanan mental dan emosi.

Hakikatnya, keperluan perumahan setiap individu berbeza mengikut peringkat kehidupan. Ada yang memerlukan fleksibiliti untuk berpindah mengikut kerjaya, manakala ada yang lebih selesa menangguhkan pembelian rumah sehingga kedudukan kewangan mereka lebih kukuh.

Oleh itu, menyewa tidak sepatutnya sewenang-wenangnya dilihat sebagai pilihan yang kurang baik sehingga dilihat sebagai stigma berbanding pemilikan rumah.

Cabaran kedua ialah pasaran sewaan negara yang masih belum matang dan terpasung. Sebahagian besar pasaran masih dikuasai oleh pemilik individu dengan standard pengurusan, syarat penyewaan dan kualiti penyelenggaraan yang berbeza-beza.

Keadaan ini menyebabkan pengalaman menyewa tidak seragam dan kadangkala menimbulkan ketidakpastian kepada penyewa dan juga pemilik rumah.

Cabaran ketiga pula ialah kekurangan rangka kerja perundangan yang menyeluruh untuk mengawal selia sektor sewaan kediaman.

Pelaksanaan dan penggubalan sebuah akta, seperti Akta Penyewaan Kediaman (RTA) yang satu ketika dahulu diusulkan tetapi tertangguh, perlu disegerakan bagi mewujudkan pasaran sewaan yang lebih teratur dan telus.

Sebuah akta yang khusus untuk regulasi pasaran penyewaan sektor kediaman ini berpotensi untuk menyediakan perlindungan yang lebih jelas kepada penyewa dan juga pemilik, memperkukuhkan mekanisme penyelesaian pertikaian serta meningkatkan keyakinan pelabur dan pengendali profesional dalam sektor perumahan sewaan.

Bagi akta sedemikian, keutamaan harus diberikan kepada pendekatan yang mesra penyewa, mesra pemilik dan mesra pelabur yang mengimbangi secara saksama kepentingan-kepentingan setiap pemegangtaruh untuk melahirkan satu persekitaran pasaran yang menang-menang.

Tumpuan juga harus diberikan untuk memperhalusi dan mengukuhkan konsep RTO atau Sewa-untuk-Beli sebagai salah satu langkah penyelesaian menang-menang.

Dalam jangka panjang, pembangunan pasaran sewaan yang lebih tersusun akan memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat.

Persediaan dan ketersediaan bakal pembeli rumah adalah berbeza-beza di dalam persekitaran yang mencabar dewasa ini di samping tekanan sosial berkenaan kemampuan dan pemilikan rumah idaman.

Walaupun apapun keadaannya, yang pasti adalah setiap individu dan isi rumah seharusnya mempunyai akses dan jaminan tempat kediaman yang selesa, mempunyai akses kepada kemudahan, selamat dan mampu dibayar mengikut keperluan serta kedudukan kewangan masing-masing.

Dalam hal ini, memperkukuhkan pasaran sewaan melalui konsep seperti RTO dan ‘co-living’ serta pemerkasaan rangka kerja perundangan berpotensi untuk melengkapkan ekosistem perumahan negara dengan menyediakan pilihan yang lebih pelbagai dan inklusif untuk rakyat Malaysia.

Penulis ialah Pengarah Kanan, Penyelidikan Hartanah Rahim & Co Chestertons

— Berita Harian